1 Februari 2020
Disebabkan semalam 6.45 ‘malam’ dah tido, pukul
2.30 pagi aku dah terjaga. Which is fine by me coz I got lotsss of work to do.
Masa tu jugak bersembang chatting dengan anak-anak kejap. Sambil-sambillah
kerja. Sampai dalam pukul 4.45 pagi, aku tidur balik sampai Subuh pukul 6.
Bangun tu bersiap sambil bermalas-malas, pukul
7.40 macam tu kami keluar bilik, pergi breakfast dulu. Kami memang cari hotel
yang breakfast included untuk mempercepatkan aktiviti pagi. Choice of food dia
reasonable. Banyak pilihan roti yang setanding bakeri rasa dia. Pilihan cheese
yang super banyak sampai aku rambang mata. Ada telur rebus, muesli, yogurt,
cereal, juices. Pilihan babi pun banyak juga, tapi tak yahla amik, tengok je
sudahlah!
Makan kenyang-kenyang, kami jalan kaki ke
Hauptbahnhof, yakni Munich Central Station. Plan hari ni nak ke kem tahanan
perang Dachau (sebutannya Dakau). Dia agak ke luar bandar sikit. Firstly kena
beli tiket, dan terpinga-pinga seketika di depan mesin tak tau nak beli apa.
Google-google dekat situ, kami end up beli group tiket untuk travel sampai ke
area M1. Total EUR14.80.
Aku nak sebut jugaklah, sebenarnya kat sini,
ujian terbesar untuk kami ialah tentang kejujuran. Sebab apa, sebab walaupun
dia sediakan mesin tiket di sini-sana, nak keluar masuk train tu langsung takde
palang, takde penjaga, takde sebarang pemeriksaan langsung. Sepanjang dua-tiga
hari ni kalau kami nak merayau tanpa bayar 1 sen pun, memang boleh sangat. In
the end, its your conscience. Kami tak tenang jiwa kalau buat camtu, so beli
jugaklah tiket.
Train ke Dachau ialah train S2 dan perjalanan
ambil masa dalam 20 minit. Sesampai di sana perlu naik bas 726 yang akan bawa
kita terus ke Dachau Concentration Camp. Nak masuk kem ni free je. Kami
dapatkan map dan brochure, lepas tu husband ajak beli audio guide. And then
kami start explore.
Subject matter yang berat untuk hari ni, menerokai
kem tahanan perang, Perang Dunia Kedua. Kem ni ialah kem pertama yang Hitler
tubuhkan selepas mendapat tampuk kuasa di German pada tahun 1933, yang asalnya
merupakan kem tahanan politik. Semakin hampir dengan perang dunia, semakin
ramai ditangkap dan diletakkan di situ, khususnya orang-orang Yahudi. Tapi
based on pembacaan aku tadi, bukan itu saja. Paderi-paderi Kristian pun ada
yang ditangkap, sesiapa saja yang menunjukkan penentangan terhadap regim
Hitler, selain golongan pengemis, golongan homoseksual dan banyak lagi. In
total tahanan dalam tu melibatkan rakyat dari kira-kira 20 negara. Hampir
200,000 orang pernah ditahan di sana, dengan jumlah kematian sekitar 40,000 orang.
Scary bila baca layanan kepada tahanan, seksaan
yang diorang hadapi, hidup dengan tak cukup makan, dipaksa kerja non stop. Aku
jenis tak boleh tolerate sangat violence ni, so beberapa kali juga bergenang
air mata. If it can happen to one group of people, who’s to say it won’t happen
to us? Orang Uyghur juga sedang menghadapinya sekarang. Hitler pun gelarkan kem
ni ‘Re-education Camp’ sama macam di Uyghur sekarang.
Kami cadang nak spend 2 jam je di
situ, tapi in the end it took up to 4 hours because there’s just so much to
digest. We finished there at 2 pm. Terus naik bas ke stesen kereta api, balik
ke Munich. Kami balik ke area hotel dulu, makan di kedai nasi arab lagi (a
different one), then naik solat. Baru keluar balik.
Kali ni terus tuju ke Primark. Dia
dalam one shopping complex yang aku pun tak perasan nama dia sebab laju sangat
jalan, excited. Aku setelkan beli baju anak-anak berlapan di rumah dan untuk
diri sendiri. Pukul 5 lebih tu balik hotel. Hari dah gelap dan baru lepas
hujan. Kami dah malas nak berjalan ke mana-mana, especially since malam minggu
ni ramai btul brader-brader dok lepak minum beer. Lagi pulak area hotel kami tu
sebenarnya dipenuhi dengan strip club, so cam agak nervous di situ (walaupun curious,
hihihih).
So balik bilik, mandi solat semua
dan berselubung di bawah selimut sambil kerja (what else). Suami ku menonton
bola dan main game. Sampai pukul 9, aku dah tak larat buka mata. Sekian.
No comments:
Post a Comment