Sunday, 9 February 2020

Couples Trip 2020: Day 8 - Ljubljana to Venice


7 Februari 2020

Sebab aku jenis cepat panik bila nak kena naik public transport, pukul 4.20 aku dah set alarm untuk bangun. Pertama sekali terus goreng nasi lebih semalam buat bekal hari ni. Rasa macam bangun sahur pulak ha…

Siap masak tu terus makan apa yang boleh dimakan, perabih apa yang boleh perabih. Dan start packing. Subuh masuk pukul 5.30 lebih, jadi lepas Subuh baru kami bersiap betul-betul dan pukul 6.10 kami keluar dari rumah Airbnb tu. Kat luar temperature -7, tapi sebab takde angin, it wasn’t so bad.

Jalan kaki tak sampai 10 minit dah sampai stesen bas. Check platform kami, then pergi tunggu dekat sana, walaupun di luar bangunan dan sejuk gedi. One of the reasons ialah sebab naik Flixbus tu, seating dia first come first served. So kalau lambat takut penuh ke, tak dapat dok sebelah-sebelah ke. All good, by 6.45 dah settle down dalam bas dan bas gerak tepat pukul 7.

Cuaca masih gelap di luar. Apa lagi, kita membutalah dulu. Aku jaga balik pukul 8 lebih, barulah baca buku, tenung pemandangan dan sebagainya. Sempat check-in flight sekali sebab esok nak balik dah.

Seperti dijadualkan, kami sampai di Venice-Mestre pukul 11 pagi. I can’t believe I’m back here just 2 months later. Secara jujurnya, bukanlah sebab Venice ni tempat favorite ke, ape ke. Aku punya prinsip simple, flight kat mana murah, kita beli. Dan nak dijadikan cerita hari tu flight yang murah ialah Munich, Venice dan Milan. Dan aku sangat tak enjoy Milan. Jadi at least Venice lebih menarik. Sebab tu jugaklah tiba-tiba ada Slovenia dalam itinerary kali ni. Aku tak tau apa-apa pun pasal Slovenia tu. Tapi bila chart peta, Slovenia ialah bandar middle point antara Salzburg dan Venice. So, kita pergi. Simple.

Kami decide untuk tak duduk dalam Venice tu sendiri. Masuk kali ketiga aku datang sini pun tak pernah lagi duduk dalam Venice tu. Tahla, jiwa aku terlalu moden kot. Untuk bersiar-siar, tengok pemandangan semua, aku boleh kata Venice tu cantik. Tapi untuk duduk hotel dekat situ, aku rasa bilik-bilik dia mesti sempit, old fashioned, dan super mahal sebab dalam kawasan main attraction. Serta aku tak sanggup mengheret beg dengan keadaan jalan-jalan dia yang sempit tu. Biarlah duduk di bandar. Bukan susah pun nak naik train ke sana.

Kami check in di hotel kami, Staycity Apartment Mestre. Just nice, double room dengan toilet dan kitchen. Kami sampai sana slightly before 11.30 tapi kami dibenarkan masuk bilik terus. Alhamdulillah. Disebabkan Zohor akan masuk dalam masa sejam dan dalam Venice tu sendiri punyalah susah nak cari tempat solat, kami lepak dulu dalam bilik tunggu Zohor. Pukul 12.45 camtu baru keluar.

Jalan kaki pergi train station, beli tiket, naik train pergi Venice Santa Lucia. Iaitu sampai betul-betul dalam Venice tu dah. Mulalah sesi merayau. Kali ni betul-betul rasa macam bersiar-siar petang je sebab takde nak kejar amik gambar landmark ke, nak tengok apa-apa ke, sebab semua dah tengok. Lebih kepada menjenguk kedai souvenir je sebab macam masih ada belum cukup untuk family members. Kebetulan lalu sebelah kedai pizza halal, kami singgah makan pizza dan lasagna. Tapi lasagna dia tak sedap. Aku masak sedap lagi. Peh, riaknye!

Puas berjalan dan membelanjakan wang, termasuk membelikan barang yang dipesan oleh kawan Ayah di Hard Rock Café. Nak dijadikan cerita, ada promo dekat HRC tu, kalau beli barang, boleh dapat diskaun beli beg limited edition diorang. Just nice je untuk beg yang memang kami dok cari. Sedangkan beli beg korok-korok dalam kedai souvenir tu pun kami tanya harga dah EUR20 ke EUR25. Beg HRC tu EUR14 je. Beli sudeyy..

Dekat nak senja tu masa berjalan ke arah stesen, kami lalu kedai Magnum. Teringin pulak nak lepak. So kami lepak la kejap, sembang-sembang, makan-makan dan tumpang toilet. Hihi. Sebelum sampai stesen detour lagi ke supermarket pulak, kot-kotlah ada apa-apa yang boleh dibawa balik. Tapi selepas spend time dekat Salzburg dan Ljubljana, I’m spoiled. Barang dekat Italy ni mahal. Benchmark dia sekarang mozzarella pada harga average 60 sen euro. Sini mahal, EUR1.90 ke atas. So tak beli apa-apa lah. Malas pun ye.

Balik jelah. Dinner pun tak. Balik terus mandi dan duduk bawah selimut, baca buku main phone. Ada lebihan roti dan butter, makan tu je. Yang aku geram tu on the way balik tadi, very near to our hotel, ada supermarket halal, yang jual ayam, daging mentah segala. Eloklah time beras aku semua dah habis baru nak jumpa benda ni. Hari tu dekat Munich pun jumpa betul-betul depan hotel, tapi masa tu dok hotel yang takde dapur. Memang saja tak nak bagi aku masak hebat-hebat di oversea.

Oh well, esok nak balik dah. Anak jantan dah membilang hari tu, mama balik bila, sampai pukul berapa. Sabar ye, sket je lagi.

Saturday, 8 February 2020

Couples Trip 2020: Day 7 - Ljubljana


6 Februari 2020

Bangun ngam-ngam time Subuh sebab semalam pukul 11 lebih baru masuk tido. Lepas Subuh tu masak breakfast. Goreng cucur bawang Adabi pulak. Rezeki, rumah kami ni ada sediakan minyak masak. Telur yang rebus semalam bancuh buat egg mayo, makan dengan roti. Makan-makan semua. Bersiap.

Dalam pukul 8.30 tu kami keluar merayap. Cuaca cerah hari ni, langit sangat biru. Tapi suhu dia kemain sejuk! Pagi tadi masih -1. Kami pakai tiga ke empat lapis pun masih meremang-remang bulu roma sambil berjalan.

Sebenarnya kami takde hala tuju pun hari ni. Sebab town Ljubljana ni takdelah besar mana. Plan asal ialah nak cover town Ljubljana ni lepas kami sampai sini semalam. Kan sepatutnya train sampai 2.30 petang. Lepas letak beg dan solat tu insyallah kami masih ada masa dalam 2 jam untuk explore this area. Cukup sebenarnya. Sepatutnyala. Dan hari ni patutnya kami nak keluar ke kawasan Tasik Bled, lebih kurang sejam dari sini.

Tapi disebabkan perkara-perkara yang di luar kawalan berlaku semalam, kami rugi satu hari. Kalau ikutkan aku, aku nak proceed je dengan Lake Bled tu hari ni sebab kata tuan rumah kami, bas ada sejam sekali untuk ke sana. Tapi Ayah pulak kata, let’s just enjoy the city sebab dia tak nak kelam kabut.

So demikianlah kami berjalan tanpa hala tuju. Satu tempat yang dia excited nak tengok iaitu filming location cerita Memories of the Alhambra tu pun, bila kami sampai dekat fountain tu, ia ditutup dengan some sort of Christmas decoration. Kecewa btul.

Sejuk-sejuk tu, kami pergi lepak taman tengah-tengah panas dan termenung tengok orang, sambil makan baki cucur pagi tadi. Dah boring lepak situ baru kami jalan kaki naik Ljubljana Castle. Boleh naik train, tapi sebab banyak sangat masa tak tau nak buat apa, kami jalan kaki. Semput weh!

Tapi dekat atas tu view cantikla. Kalau masa biasa kami akan explore kejap je atas tu, lepas tu turun balik. Tapi tadi kami rilek-rilek je. Segala muzium dia kami masuk. Sampai dalam pukul 2 petang. Turun pergi makan kat kedai kebab. Lepas tu merayau lagi. Nak kena cari beg sebenarnya, sebab luggage kami macam dah sendat disebabkan gatal pi beli kasut ari tu. Tak jumpa yang menarik lagi. Nak beli beg balik kampung je. Bukan luggage.

Kami pun belum solat, so bila Google cari masjid terdekat, rupanya cuma 2 blok dari rumah kami. Kalau boleh tu taknak lah balik lagi, sebab hari masih cerah. Tapi sebab dah dekat sangat, baik balik je selesa sikit. Lepas semayang kami keluar balik, tapi pergi supermarket depan rumah ni jela. Jumpa plak barang-barang makanan yang harga tak masuk akal lagi. Rasa nak nangis aku.

Mozarella 49 sen. Coklat satu bar yang 100 gm tu 33 sen. Yogurt secawan 19 sen. Kalau convert duit kita pun masih tak masuk akal jugak. Kami beli tadi dalam 10 bar coklat dan 2 botol jus baru 4 euro. Kalaulah boleh aku bawak balik mozzarella tu, memang aku angkut berkodi-kodi. Masalahnya bukan pasal nak mengangkut, tapi pasal mozzarella tu perlu disimpan dalam peti sejuk. 20 jam perjalanan dari time check out hotel sampailah jejak dalam pintu rumah di KL tu, mau berkulat mozzarella aku. Maka ku pendam Hasrat hati.

Balik rumah, masak nasi, goreng telur dan sayur sebab nak perabih makanan. Lepas makan tu mandi, solat semua dan berkubang bawah selimut. Esok perjalanan Panjang. Seawal 6 pagi dah kena keluar dari rumah ni sebab bas pukul 7.

Friday, 7 February 2020

Couples Trip 2020: Day 6 - Salzburg to Ljubljana


5 Februari 2020

Kami akan check out dari rumah di Salzburg ni hari ni. Pagi tadi bangun pukul 5.30 lebih untuk siapkan dan submit kerja semalam. Lepas Subuh masak breakfast. Disebabkan takde minyak masak, tepung Cucur Manis Adabi tu aku bancuh buat jadi pancake. Itu memang benda favorite aku untuk bawak travel sebab dia versatile. Kalau minyak masak available, boleh jadi cucur. Kalau jumpa pisang, boleh jadi cekodok. Kalau minyak limited, dia boleh jadi pancake. Rasa dia pun sedap. Goreng sekali scrambled eggs. Dan baki telur yang tak habis kita rebus bagi senang bawak travel. Esok-esok boleh buat sandwich.

Tengah aku masak tu, riuh jap Ayah panggil. Dekat luar dah start snowing. Excited memangla excited. Tapi kami juga perlu memikirkan logistic untuk ke station. Plan asal nak heret je luggage tu, jalan kaki. Tapi dalam cuaca macam ni, risiko tinggi. Jalan licin, takut beg tersangkut-sangkut, dan kami pun akan jadi lebih lambat. Kalau berlenggang takes 15 minit untuk ke stesen, dengan situasi camni takut jadi double. So Ayah decide nak naik teksi je. Orait.

Dekat pukul 9 tu bersiap dan finalize packing. Train kami pukul 10.12 pagi. Sampai station pukul 9.50, pergi tanya-tanya dekat kaunter semua, dan rush ke platform. Train dah sedia ada, terus naik. Okla, tenang kembali bila dah naik. View kat luar sangat cantik, winter wonderland. I feel bad for the kids sebab diorang pergi Swiss Italy hari tu tak jumpa snow.

Sepatutnya kami sampai ke Villach Hauptbahnhof station pukul 12.43 untuk pertukaran train, dan ada masa 10 minit sebelum next train sampai untuk ke Ljubljana. Tapi nak dijadikan cerita, cuaca buruk buat train kami delay sampai 35 minit. So by the time kami sampai di Villach, of course the connecting train dah lama berlepas. Tanya pegawai dia, kami dibawa ke kaunter dan diberikan attachment ticket untuk naik next train. Tapi next train dia pukul 4.53 petang. So kami ada 3 jam setengah nak kena lepak kat situ. Haihhh…

Lagi sekali aku kagum dengan penerimaan aku. Kalau dulu harus muncung dah sedepa, stress-stress, semua benda tak kena. Tapi kali ni, oh well, benda di luar kawalan. Just enjoy things as they come. Kami decide untuk masukkan luggage dalam loker berbayar dekat dalam station tu, dan keluar merayau di pekan Villach ni. Kebetulan bila Google, kedai halal ada banyak dan masjid pun ada. So kami keluar makan ikan lagi sebab jumpa kedai sama macam semalam. Hahah.

Then pergi cari masjid. Lagi sekali, rezeki yang sukar dijelaskan. Kami sesat mencari masjid tu, sebab google maps bawak ke blok yang lain. Ada dalam 10 minit kami terpinga-pinga pusing area tu. Masa kami finally jumpa masjid tu, pintu masjid tu kunci. Biasalah, masjid di Europe ni biasanya dalam bangunan kedai atau ofis je. Tak sampai seminit kami ada depan pintu masjid tu, datang sorang pakcik ni terus ke pintu masjid dan buka guna kunci. Dia tak pandai cakap English, tapi dengan hand gestures kami bolehlah communicate. Dia faham kami nak solat. Dia tunjuk dekat mana ambil wuduk semua.

Tempat solat perempuan sepatutnya dekat atas, tapi aku tak nak naik sorang-sorang. Dia nampak agaknya muka aku berubah. Bila lepas aku ambil wuduk tu, dia sendiri alihkan mimbar dan susun penghadang buat ruang aku solat dekat bawah. Thank you pakcik. Tak lama lepas tu makin ramai orang sampai. Rupanya kami datang ni elok-elok masuk Asar. Seriously kalau kami sampai walau 5 minit awal pun, mesti tempat tu berkunci dan kami akan blah macam tu je. Rezeki sungguh.

Siap solat kami merayau di pekan ni tanpa arah tuju sementara nak menunggu pukul 4 lebih. Ayah ajak try kedai kebab pula tapi aku teman dia makan je. Pukul 4.15 macam tu kami balik ke station semula. Collect luggage dari loker dan naik ke platform. Train sampai on time. Free seating je. Kami duduk 1 cabin dengan sorang mat saleh lelaki. Awalnya semua orang buat hal sendiri je. Aku baca buku, Ayah main game, mamat tu dengar lagu dan asyik keluar masuk.

Tapi at 1 point tiba-tiba train tu stop dan tak gerak-gerak. Delay lagi. Ada pokok tumbang pula atas landasan. Masa tu baru semua orang start bersembang. Mamat tu dari Innsbruck, Austria, datang ke Slovenia untuk pergi music festival. Kami bertukar-tukar cerita pasal negara masing-masing and general world issues. Bila finally train sampai di Ljubljana, kami berpisah camtu je. Nama dia pun tak tanya.

Heret beg ke Airbnb kami. Singgah kedai beli telur, susu dan roti je. Sampai rumah tu terus masak Maggi untuk dinner. Itu je yang mampu untuk malam ni. Penat sudah. Sedappp…

Barulah mandi, basuh baju dalam washing machine dia, solat semua. Sekian…

Thursday, 6 February 2020

Couples Trip 2020: Day 5 - Hallstatt & Salzburg


4 Februari 2020

Bangun dalam pukul 5, kerja sampai Subuh. Pukul 6 tu masak breakfast. Hari ni buat grilled cheese sandwich guna mozzarella 65 sen yang aku beli dekat sini hari tu. Makan dengan scrambled egg. Sedap! Yang tak habis kita bungkus buat bekal makan tengah hari.

Siap makan terus bersiap untuk keluar. Hari ni kami kena menapak pergi tempat kereta sewa lagi. Kita tengoklah nasib kita hari ni. Berjaya dapat kereta ke tak. Entah-entah booking tarikh 2021 pulak ke. Hihihi..

Hari ni hujan gerimis halus-halus je, so much better than semalam. Kami orang pertama sampai ofis Budget car rental tu, jadi dia terus proses booking kami. Friendly jugak mamat tu. “Let me guess, you’re going to Hallstatt?” Dia petik. Heheh. Typical sangat tourist nih kan. Dia tengok booking kami, dia kata you are getting a free upgrade to a bigger, better car. Aku sengih je. Bila dia bagi kunci, dia tunjuk ke arah kereta. “That silver Mercedes car over there.” Mak aihhh. Punya canggih, dengan boot boleh muat 3-4 luggage. Kalau dapat ni masa travel dengan anak-anak, memang selesa gile. Sayang btul nak sewa sehari je.

Hikmah yang kami dapat dengan tersalah booking semalam tu ialah harga sewa kereta last minute ni lebih murah daripada yang semalam. Harga yang semalam RM440 untuk sehari, yang ni cuma RM330. Cuma bila tengok cuaca hujan dan salji macam ni, kami ambil sekali full insurance coverage, EUR11 sehari. Jadilah total dalam RM380. Masih murah daripada kereta semalam. Dapat pulak upgrade camni, puas hati.

Sebab apa kami sewa kereta ialah, untuk pergi ke Hallstatt tu agak complicated. Kalau naik bas ambil masa dalam 2 jam dan kena tukar-tukar bas. Train ambil masa lebih lama kalau tak silap. Dan harga naik public transport pun 2 hala boleh cecah sampai RM500. Sebab 1 way seorang dah EUR20 lebih. Ambil tour harga untuk 2 orang dalam RM600. Selain tu, kalau naik public transport kita tak terus sampai ke Hallstatt. Dari perhentian terakhir kita perlu naik bot dengan harga dalam EUR6 sehala kalau tak salah. Itu based on my researchla.

Sebab tu lepas survey betul-betul, sewa kereta ialah option paling jimat. Jimat masa dan jimat wang. Perjalanan kami ke sana ambil masa dalam sejam 10 minit, dan sampai betul-betul dekat dengan laluan masuk ke perkampungan Hallstatt tu. Parking agak mahal kalau stay lebih daripada 3 jam, iaitu EUR8.50 untuk parking antara 3 dan 6 jam. So kalau nak jimat, masuk dalam tu ambil-ambil gambar terus berambuslah! Hahah. The best place to park ialah dekat dengan pejabat tiket masuk ke Salt Mine.

Masa kami sampai sana, cuaca tengah sangat sejuk, angin kuat, salji yang turun tajam-tajam dan pedih di muka. So kami lari masuk ke tempat Salt Mine tu dulu, tempat perlombongan garam sejak tahun 1300-an kalau tak salah. Consider juga untuk masuk situ, tapi disebabkan full tiket harga sorang dalam EUR34, aku rasa malas pulak. Kalau anak-anak ada mungkinlah informative untuk diorang. Kita tua-tua ni datang nak ambil gambar je. So panaskan badan dalam souvenir shop dia sekejap sampai snow dia halus sikit, dah tak sakit muka, baru kami keluar.

Berjalan masuk ke pekan Hallstatt tu. Kedai banyak tutup sebab sekarang low season. Orang pun taklah ramai sangat. Masih boleh cari space untuk ambil gambar. Ramai tourist dari China. Neves i. Koreans dan Indonesian pun ramai. Aku rasa diorang ni semua datang dengan tour bus. Sebab sekali datang segerombolan semua satu bangsa. Masa kami dok struggle nak ambil gambar guna monopod, satu mamat dari Thailand offer untuk ambilkan gambar. Nyampah agaknya tengok kami tak dapat-dapat angle cantik. Hahah. Mekaseh yer.

Lepas tu jalan-jalan jela, menikmati snow yang mula lebat. Dah kebas hidung tu, masuk kafe minum hot chocolate dan makan pastry sikit. Sambil-sambil aku melayan anak jantan dok mesej-mesej. Diorang tengah dinner time kat Malaysia. Dia bagilah laporan hari dia.

Sebelum balik kami singgah souvenir shop dekat Salt Mine tu sebab lepas survey dalam Hallstatt, barang kat situ paling reasonable. Tempat ni specialty dia garam, so kita belila garam sikit bawak balik.

By pukul 2 tu kami gerak. Masih awal untuk balik pulangkan kereta, tapi kami pun takde survey sangat apa nak tengok sebab tak boleh expect berapa lama akan spend masa dekat Hallstatt. Solat pun belum sebab dari tadi Google masjid atau surau terdekat, yang ada pun di Salzburg semula. Cuaca tak sesuai untuk solat di luar, sejuk gila, dengan snowing lagi. So kami drive je tanpa hala tuju, dan akhirnya berhenti dekat kawasan kedai-kedai tepi jalan. Tumpang toilet di satu farmasi untuk ambil wuduk. Lepas tu masuk kedai baju, solat dalam fitting room. Coverline lah sikit, ambil beberapa baju acah-acah nak try. Tapi lepas tu kami takdelah balik bodoh je. Beli baju anak sorang sehelai, kebetulan baju-baju dekat kedai tu murah.

Kami teruskan perjalanan, ingat nak mencari tasik Wolfgangsee. Memang lalu sebelah tasik tu, so bila sampai information centre dia, kami stop dan masuk nak dapatkan info. Orang dekat situ tak begitu membantu. Dia kata season ni semua benda tutup, bot, gondola, water sports semua tutup so there’s nothing for us here. Well, we kinda know that, but we would appreciate it if she could at least tell us which way untuk pergi ke kawasan utama tasik tu, atau a nice photo spot, or something like that. So whatever, hari pun dah start senja. Kami teruskan balik je.

Sampai di ofis car rental pukul 5.30. Terus pulangkan kereta dan jalan kaki balik. Ayah kata takyah masak hari ni, dia nak makan kedai fish n chips semalam lagi sebab malam ni dah last dekat sini, takut teringat-ingat agaknye. Hihihi. Gigih menapak 1km pergi makan. Tapi food dia malam ni mengecewakan la sikit. Mungkin kami sampai dah lambat, makanan yang dia hidang pun semua sejuk. Takpelah, makan je. Lepas tu jalan balik.

Mandi, solat, aku terus kena mengadap laptop sebab ada job baru masuk dan deadline esok pagi. Rezeki jangan ditolakkk…

Wednesday, 5 February 2020

Couples Trip 2020: Day 4 - Salzburg


3 Februari 2020

Jaga pukul 4 pagi lagi hari ni, kerja macam biasa sambil bersembang dengan Ayah. Anak-anak je tak contact kami hari ni sebab diorang sekolah. Pukul 6 tu solat Subuh dan aku start masak breakfast. Semalam saja masak nasi lebih, so pagi ni aku goreng nasi guna perencah Seri Aji tu.

Siap masak tu makan, dan get ready untuk keluar. Tak semangat rasa nak keluar sebab hujan sejak malam semalam. Pagi ni pun masih agak lebat. Tapi memang takde pilihan, sebab tengok pada ramalan cuaca, hujan memang takkan berhenti langsung sepanjang hari. Mustahil untuk aku stay di bilik sepanjang hari. So redah jugak hujan.

Hala tuju ialah ke tempat car rental sebab kami sewa kereta sehari untuk ke Hallstatt. Ambil masa 15 minit jalan kaki ke sana. Dalam cuaca biasa, 15 minit tu kacang je. Tapi dalam hujan memang tak kelakar. Belum apa-apa kasut aku dah masuk air. Haihh… Anyway, sampai di car rental tu, baru nak rasa lega. Tapi bila keluarkan booking print out tu, brader tu kata booking kami ni untuk sebulan lagi. Kami tersalah book untuk 3 Mac. Yeeeee… Aku dah kata dah, kami memang suka buat perangai kartun macam ni. Padahal aku rasa aku dan Ayah dah berpuluh kali tenung kertas tu, haram tak nampak perkataan Mac tu.

Brader tu suruh kami try modify booking tu, tukar tarikh hari ni, tapi website yang kami guna, iaitu Kayak, takde option tu. Cuma ada option untuk cancel the booking. Mamat tu kata dia boleh offer kereta dia yang available, tapi harga yang dia quote berbeza hampir RM300 daripada yang asalnya kami dapat. Tak kelakar untuk satu hari. So kami kata thank you, but no thanks.

Pergi masuk kafe dekat situ dan bincang sekejap. Bila kami buat search untuk book kereta hari ni, boleh dapat harga murah di kedai lain. Tapi Ayah risau takut last minute booking camni proses dia jadi lambat dan kami akan start journey dah tengah hari. So we decided to book kereta tu untuk esok je. Nasib baiklah jadual kami very flexible kali ni. Ayah pujuk kata all things happen for a reason. Aku pun redha je. Nampak sangat weh, kami dah tua. Kalau benda macam ni berlaku beberapa tahun lepas, harus jadi modal bergaduh buat beberapa ketika, dok mengungkit sape salah. Tapi dah tua ni macam dah mellow sket. Walaupun aku memanglah kecewa sebab Salzburg hari ni takde apa yang boleh kami buat dengan hujan non stop camni. So Ayah kata, mari kita shopping.

Lantas kami ke station tram depan tu dan pergi ke Salzburg Designer Outlet. Saja jalan-jalan cuci mata. Aku saja buat lawak, alang-alang dah sampai ni, kasut pun basah, kita beli kasut baru jelah. Dengan sepantas kilat Ayah bawak masuk segala jenis kedai kasut. Dia jumpa kasut boot Clarks dulu, EUR36 je weh. Mane nak dapat boot harga camtu. Convert duit kita baru dalam RM150. Aku suruhla dia beli. Ingatkan dah setel. Tapi dia tak puas hati sebab aku tak beli. Dia heret masuk segala kedai suruh aku try segala kasut. Aku dah ada boot waterproof yang sangat selesa kat rumah (yang aku memang dah sarung kat kaki sebelum gerak ke KLIA hari tu, tapi last minit aku pi tukar pakai Skechers. Bongok!), sebab tu aku tak mau beli. Mamat ni rasa guilty kot, dia sorang beli. So in the end kat satu kedai ni nama Salamander, jumpalah yang murah, selesa dan nampak reasonable.

Supaya tak membazir, aku beli boot tu ikut saiz kaki anak dara aku, iaitu 38 (kaki aku saiz 35/36), so that balik kang aku boleh bagi dia. Longgar sikit untuk aku tapi masih boleh berjalan. Coz seriously I don’t need another pair of boots! Lagipun harga EUR30 je weh. Tak sampai RM150. Mane nak jumpa harga camtu kat Malaysia. Bayangkan kalau kerja sini, gaji ikut rate sini. Beli kasut pun 30 hengget je. Beli groceries dah murah, kasut pun murah. Duit diorang guna buat apa ntah? Memang cepat bleh jadi jutawan.

Pastu disebabkan bekal dah bawak siap-siap konon-konon nak berkelah kat Hallstatt tadi kan? Haa, kau berkelah la dalam mall tu, makan nasi goreng. Jimat duit. Lepas tu kami balik apartmen simpan barang dan solat. Sorang pakcik mat saleh dalam tram tegur kami, dari Singapore ke? Kami jawab dari Malaysia. Dia kata ooohh, dia pernah pergi Malaysia dulu, pergi Genting main judi. Hihihi… Sibuk dia tanya kami 1st time datang Europe ke, pernah pergi mana semua. Dia asal Venezuela rupanya. Lepas tu stop kami dah sampai. Tak sempat sambung bersembang.

Sampai rumah solat semua, sembang dengan anak-anak jap sebab diorang dah balik sekolah. Tukar socks dan kasut baru, keluar berhujan balik. Serious weh, hujan dia tak berhenti walau sesaat. Dahla apartmen kami ni jauh. Jalan pegi jenguk Mirabelle Garden tu dulu, tapi disebabkan cuaca mendung kelam suram begitu, takde mencapai piawaian nak ambil gambar. Kami terus jalan untuk naik Fortress Hohensalzburg pula. Itu jela yang reasonable pun dalam hari hujan camni sebab aktiviti dia banyak dalam castle tu. Tiket basic dia EUR12.90 sorang. Naik kabel car ke atas, dan masuk dalam fortress tu tengok muzium-muzium dia.

By pukul 5 tu kami turun balik, dan jalan ke kedai fish n chips yang kami nampak semalam. Nordsee nama dia. Aku dah tak kuasa nak balik masak. Tanya brader pekerja kedai tu, is everything here halal? Dari semalam aku dah perhati, pekerja kedai tu kebanyakannya muslim, dan menu dia takde pape yang involve daging semua. Seafood semata-mata. Mamat tu kata yes, all halal, I’m a muslim too. Yesss, maka aku order salmon, Ayah order fish n chips. Habis tu tak cukup! Order lagi 1 fish n chips kami share 2 orang. Lapar btul!

Siap tu barulah balik. Singgah kejap je beli telur untuk masak breakfast esok. Dan Sabun serta syampu sebab tuan tanah kedaung tak sediakan sabun dan syampu. Nyampah!

Balik, mandi, solat dan bersidai sebelah heater. Sekian.

Tuesday, 4 February 2020

Couples Trip 2020: Day 3 Munich - Salzburg


2 Februari 2020

Kami akan meninggalkan Munich hari ni. Semalam tidur pukul 9, dan aku jaga pukul 4 pagi hari ni. Sambung siapkan kerja sambil melayan anak nak bersembang dekat whatsapp. Sampai Subuh, kami terus bersiap. Pack barang, solat semua, pukul 6.45 pagi seperti yang dirancang, kami check-out. Saja cuba nasib tanya dekat reception, boleh ke kami makan breakfast masa tu, sebab sepatutnya pukul 7 baru start. Dia kata boleh, alhamdulillah. Setel satu masalah nak cari makanan pagi ni dengan rushing nak ke bus station.

Bas kami ke Salzburg pukul 8 pagi, naik Flixbus. Biasalah bila naik public transport macam ni, aku kena gerak awal sebab aku cepat panik takut tak jumpa cari platform ke, tersalah station ke. Sebab kami memang banyak kali buat perangai macam ni. Ada je yang tak kena. Kiikiki... By 7.30 tu kami dah sampai di tepi platform kami. Orang yang nak ke Salzburg pun tak ramai, tak risau berebut seat (sebab bas ni free seating, sape cepat dia dapat).

Pukul 7.45 tu naik ke bas, pukul 8 tepat bas jalan. Bas double decker, selesa la jugak. View sepanjang jalan pun sangat cantik. Kami sampai di station Salzburg South pukul 9.45 pagi. Beli 24 hour pass untuk pusing Salzburg, harga EUR4.20 seorang. Sementara tunggu bas sampai, layan anak jantan bersembang lagi kat video call. Dia tak bleh move on betul mak ayah dia berjimba tanpa dia. Haihhh..
Anyway, kami naik bas sampai ke Makartplatz. Dari sana kami kena menapak dekat 1 km untuk sampai ke apartmen kami. Boleh tahanlah cabaran dia dengan mengheret beg tu. Tapi bangunan cantik-cantik so ralit jugaklah aku.

Masa sampai dekat dengan kawasan rumah tu, kami terpinga-pinga kejap tak tau yang mana pintu masuk. Baru sedar yang phone Ayah takde internet, entah apesal. Kalut sekejap. Nasib baik ada hamba Allah mane tak taulah, yang on wifi rumah dia tak boh password. Baik hati betul. Aku pinjam la beberapa saat untuk google apesal fon dia tak boleh guna. Rupanya walaupun dah beli sim card yang boleh pakai di seluruh Europe, dia masih kena on kan roaming. Ye, pelajaran baru untuk hari ini.

Lepas tu baru dapat contact owner rumah tu. Dia mintak 10 minit. Cleaner dia turun turut kami, naik untuk uruskan check in dan tinggal beg je. Dia belum siap mengemas. Bukan salah dialah, sebab kami sampai awal gile, pukul 11. Check in time sebenarnya pukul 2. Tak kisahlah, asalkan dapat tinggal beg dan merayau dekat luar.

Kami akan berada dekat sini 3 malam, dan ramalan cuaca mengatakan ketiga-tiga hari tu hujan. Haiyaaa… Tapi I refuse to let this stress me up. Hari mendung dan hujan gerimis sekali-sekala, tapi kami jalan je. Pergi makan kat kedai pizza halal, lepas tu pergi grocery shopping sket untuk balik masak.

Kami beli barang penuh beg k! Susu 1 liter, telur 6 biji, roti sebuku panjang, mozzarella cheese 125g, butter seketul besar, air ice lemon tea sebotol, carrot dan bawang. Total semua tu jadi EUR8 je. Ya rabbi! Murah giler kalau ikut kos sara hidup dekat sini. Mozarella tu harga dia EUR0.65 sen. Mozarella tau tak! Ish aku tak boleh terima betul. Kalau kerja kat sini confirm kaya sebab seminggu beli groceries tak sampai EUR20 agaknya. Kat Malaysia rumah aku barang seminggu RM200 tak lari beb!

Selesai tu kami naik bas balik ke apartmen untuk simpan barang dan solat. Selesai tu barulah keluar balik, jalan-jalan di Mozart Birth House, dan beberapa attractions dekat situ. Sempat singgah makan dessert special Austria; Nockerl. Dia macam souffle cicah dengan jem. Sedap gak.

Jalan-jalan ikut kaki, cuaca masih mendung dan hujan gerimis. Sampailah pukul 4.30 lebih tu bila hari dah start gelap, kami balik. Sebenarnya masih belum penat. Tapi disebabkan hari ni Ahad dan majoriti kedai tutup, kami dah takde aktiviti nak buat bila malam. Balik ke apartmen dan masak nasi, goreng telur dan goreng sayur. Makan dengan kicap manis. Yummm.

Tadi masa kami cari souvenir, sempat bersembang dengan sorang pekedai. Orang mat saleh warga tempatan rasanya. Bila dia dapat tahu kami dari Malaysia, dia excited. Dia kata 10 tahun lepas dia kerja bidang software untuk Shell dan selalu deal dengan orang Malaysia. Diorang selalu berulang ke KL. Dia kata kalau banding dengan Austria, KL sangat moden dan laju. Sini semua bangunan lama preserved for tourism. Aku kata kat dia, aku suka yang kat sini, sebab tu aku datang sini. Huhuhu… Baik uncle tu. Kami beli fridge magnet dekat dia 4 bijik dengan 3 keping poskad. Poskad 3 keping tu dia bagi free je. So sweet uncle! So far kedai dia jugak jual magnet paling murah.


Monday, 3 February 2020

Couples Trip 2020 - Day 2: Dachau & Munich


1 Februari 2020

Disebabkan semalam 6.45 ‘malam’ dah tido, pukul 2.30 pagi aku dah terjaga. Which is fine by me coz I got lotsss of work to do. Masa tu jugak bersembang chatting dengan anak-anak kejap. Sambil-sambillah kerja. Sampai dalam pukul 4.45 pagi, aku tidur balik sampai Subuh pukul 6.

Bangun tu bersiap sambil bermalas-malas, pukul 7.40 macam tu kami keluar bilik, pergi breakfast dulu. Kami memang cari hotel yang breakfast included untuk mempercepatkan aktiviti pagi. Choice of food dia reasonable. Banyak pilihan roti yang setanding bakeri rasa dia. Pilihan cheese yang super banyak sampai aku rambang mata. Ada telur rebus, muesli, yogurt, cereal, juices. Pilihan babi pun banyak juga, tapi tak yahla amik, tengok je sudahlah!

Makan kenyang-kenyang, kami jalan kaki ke Hauptbahnhof, yakni Munich Central Station. Plan hari ni nak ke kem tahanan perang Dachau (sebutannya Dakau). Dia agak ke luar bandar sikit. Firstly kena beli tiket, dan terpinga-pinga seketika di depan mesin tak tau nak beli apa. Google-google dekat situ, kami end up beli group tiket untuk travel sampai ke area M1. Total EUR14.80.

Aku nak sebut jugaklah, sebenarnya kat sini, ujian terbesar untuk kami ialah tentang kejujuran. Sebab apa, sebab walaupun dia sediakan mesin tiket di sini-sana, nak keluar masuk train tu langsung takde palang, takde penjaga, takde sebarang pemeriksaan langsung. Sepanjang dua-tiga hari ni kalau kami nak merayau tanpa bayar 1 sen pun, memang boleh sangat. In the end, its your conscience. Kami tak tenang jiwa kalau buat camtu, so beli jugaklah tiket.

Train ke Dachau ialah train S2 dan perjalanan ambil masa dalam 20 minit. Sesampai di sana perlu naik bas 726 yang akan bawa kita terus ke Dachau Concentration Camp. Nak masuk kem ni free je. Kami dapatkan map dan brochure, lepas tu husband ajak beli audio guide. And then kami start explore.

Subject matter yang berat untuk hari ni, menerokai kem tahanan perang, Perang Dunia Kedua. Kem ni ialah kem pertama yang Hitler tubuhkan selepas mendapat tampuk kuasa di German pada tahun 1933, yang asalnya merupakan kem tahanan politik. Semakin hampir dengan perang dunia, semakin ramai ditangkap dan diletakkan di situ, khususnya orang-orang Yahudi. Tapi based on pembacaan aku tadi, bukan itu saja. Paderi-paderi Kristian pun ada yang ditangkap, sesiapa saja yang menunjukkan penentangan terhadap regim Hitler, selain golongan pengemis, golongan homoseksual dan banyak lagi. In total tahanan dalam tu melibatkan rakyat dari kira-kira 20 negara. Hampir 200,000 orang pernah ditahan di sana, dengan jumlah kematian sekitar 40,000 orang.

Scary bila baca layanan kepada tahanan, seksaan yang diorang hadapi, hidup dengan tak cukup makan, dipaksa kerja non stop. Aku jenis tak boleh tolerate sangat violence ni, so beberapa kali juga bergenang air mata. If it can happen to one group of people, who’s to say it won’t happen to us? Orang Uyghur juga sedang menghadapinya sekarang. Hitler pun gelarkan kem ni ‘Re-education Camp’ sama macam di Uyghur sekarang.
Kami cadang nak spend 2 jam je di situ, tapi in the end it took up to 4 hours because there’s just so much to digest. We finished there at 2 pm. Terus naik bas ke stesen kereta api, balik ke Munich. Kami balik ke area hotel dulu, makan di kedai nasi arab lagi (a different one), then naik solat. Baru keluar balik.
Kali ni terus tuju ke Primark. Dia dalam one shopping complex yang aku pun tak perasan nama dia sebab laju sangat jalan, excited. Aku setelkan beli baju anak-anak berlapan di rumah dan untuk diri sendiri. Pukul 5 lebih tu balik hotel. Hari dah gelap dan baru lepas hujan. Kami dah malas nak berjalan ke mana-mana, especially since malam minggu ni ramai btul brader-brader dok lepak minum beer. Lagi pulak area hotel kami tu sebenarnya dipenuhi dengan strip club, so cam agak nervous di situ (walaupun curious, hihihih).
So balik bilik, mandi solat semua dan berselubung di bawah selimut sambil kerja (what else). Suami ku menonton bola dan main game. Sampai pukul 9, aku dah tak larat buka mata. Sekian.

Sunday, 2 February 2020

Couples Trip 2020: Day 1 - Munich


31st January 2020

Flight ke Munich pun penuh, kali ni ada orang duduk satu row dengan kami, perempuan mat saleh. Kenalah bersopan sikit. Tapi masuk-masuk flight je terus lentok di bahu suami, sedar-sedar flight dah di udara dan kabin dah gelap dan sunyi sepi. Entah masa bila takeoff pun aku tak sedar. Hihihi…

In fact half the time on the flight aku tido je. Terjaga betul-betul akhirnya masa tinggal lagi 2 jam nak sampai, sebab aku dah lapar, dok terjenguk-jenguk bila diorang nak serve makanan. Main game, tengok movie lagi, dan akhirnya diorang hantar makanan. First choice aku tak available masa aku mintak, so dia bagi makanan lain dulu, yang selesai aku bedal sampai abis. Pastu tengok-tengok dia datang bagi satu bungkus makanan lagi, 1st choice aku tadi. Maka aku bedal jugak lagi. Peh, berselera benar!

Dalam pukul 5.30 lebih tu touchdown di Munich. Minah saleh sebelah aku tu menggelabah jap masa turun tu, dia genggam lengan aku. Comey je. Aku senyum je kat dia, tapi aku lupa aku pakai face mask. Tak taula dia boleh nampak ke tak kening aku senyum hahaha.

Proses dalam imigresen dan baggage collection pun cepat. Lancar semuanya. Takde pun sape-sape check temperature ke, check kau asal dari Wuhan ke tidak ke, amik sampel darah ke papelah precaution pasal coronavirus tu. Aku pun tak tau nak lega ke nak risau.

Seterusnya kami cari surau, sebab masa google ada cakap dalam ni ada specific Muslim prayer room. Lepas melilau seketika dan check information board baru jumpa. Di Parcel C, Terminal 1, Level 5. It’s not a proper room, Cuma diorang letak divider untuk jadikan 1 ruang solat. Wuduk perlu diambil di toilet tingkat 3, tapi dekat toilet tu ada satu bilik toilet yang diorang convert menjadi bilik wuduk. Adala kemudahan tu walaupun not as convenient as in our own country kan.

Dah solat, pergi cari tiket train untuk ke city dan juga simcard. Tiket train tu harganya EUR24.30 yang boleh digunakan untuk whole day ke whole city. Train ambil masa dalam 45 minit, sampai ke Hauptbahnhof. Dari Hauptbanhof tu jalan kaki 5 minit dah sampai ke hotel kami, Blue Belle Zentrum Hotel.

Kami akan duduk di sini 2 malam, dan dapat harga dalam RM600 total, breakfast included. Sepanjang perjalanan ke hotel ini ada banyak sangat kedai arab dan kedai runcit arab. So memang senangla makan. Saja ambil hotel kali ni, sebab rasa awal lagi, boleh survive tanpa masak.

Masa sampai hotel tu baru 9 lebih. Kami dah bersiap sedia untuk disuruh datang balik petang untuk check in, sebab biasanya rules memang macam tu. Tapi harapan kami besar kalau dapat checkin dan masuk bilik terus sebab nak freshen up sikit lepas berbelas jam dalam flight. Alhamdulillah, murah rezeki, dia terus bagi kami checkin sebab bilik dah ready. So dapatlah masuk bilik mandi wangi-wangi semua. Terus keluar balik lepas tu.

First sekali beli simcard dulu sebab belum jumpa lagi dekat airport tadi. Okla, dapat 10GB harga EUR35. Kami teruskan perjalanan merayau ke attractions dekat Munich ni. Sebenarnya aku pun tak research sangat apa nak tengok, sebab Munich ni pun takde landmark yang significant. So jalan jela ikut kaki, nampak bangunan cantik ambil gambar. Masuk kedai-kedai window shopping. Lama gak kami berjalan, sampai perut lapar. Masa tu pun dah pukul 1 macam tu. So kami patah balik ke hotel, makan dulu kat kedai arab betul-betul bawah hotel. Sedap gak, makan nasi arab, roti arab, hummus, ayam. Lepas tu naik atas solat Zohor Asar dulu supaya aku tak payah mengheret telekung keluar.

Barulah kami keluar semula. Kali ni destinasinya ke Allianz Arena, stadium Bayern Munchen FC. Naik train ke sana, dan lepas tu kena menapak jauh juga untuk sampai ke stadium. Niatnya nak masuk Stadium Tour, tapi nasib tak baik, beberapa sesi tour dah sold out dan kalau kami nak, kena tunggu dalam 2 jam setengah. Nasib baik Ayah kata tak payah tunggu. Kami beli tiket muzium dia saja. Okla, merayau dalam tu sampai dalam pukul 4.30. Kami jalan kaki balik ke train dan balik. Awal lagi, tapi aku dah keletihan sebab tak cukup tidur semalam.

On the way balik tu ternampak ada orang bawak beg Primark besar-besar, so teruja kejap. Google tengok-tengok memang ada Primark kat sini. Tapi aku tak sanggup dah nak berjalan. Esok jelah shopping. Balik bilik, mandi, solat dan terus pengsan. Maghrib masuk pukul 5 lebih, jadi just nice jela, jamak siap-siap pastu setel sampai pagi.

Couples Trip 2020: The journey


Tiap-tiap tahun kan memang kami pergi holiday berdua. So dekat-dekat masuk tahun baru kita dah kena atur bila Tarikh-tarikh sesuai untuk travel sepanjang tahun. Selepas dibelek calendar cuti umum dan juga calendar cuti sekolah anak-anak, ternyata the only suitable time untuk pergi jalan berdua ialah lepas raya cina. Sebab masa tu ofis ayah cuti 2 kali Jumaat sempena Hari Wilayah dan Thaipusam. So dia tak perlu ambil cuti banyak sangat.

Ya, memang aku terasa kami baru je balik dari Melbourne dan Swiss Italy. But seriously, it’s now or none at all for this year. Nak tak nak, kami proceed cari tiket. Dan basic rule aku simple, mana murah kita beli. Tiga bandar yang murah kali ni ialah Milan, Munich dan Venice. Disebabkan kami baru je balik dari Milan, kami decide untuk ke Munich dan balik dari Venice.

So here goes.

30 Januari 2020

Flight kami pukul 8 malam, jadi belah pagi sempat uruskan anak-anak balik sekolah, sempat kerja half day, sempat bawak diorang pergi lunch. Macam yang aku cakap, makin diorang ni besar aku sebenarnya makinnnnn berat nak tinggal so aku tau diorang pun enjoy travel macam aku. Dan tak susah pun sebenarnya bawak diorang berjalan. Sempoi. But we’ve made this promise with each other to have that much of time to spend per year, so aku akur.

Penghargaan perlu diberi kepada mak aku yang sanggup jaga diorang, dan adik aku yang bertindak jemput diorang balik sekolah hari-hari serta hantar jemput diorang mengaji. Nasib baik anak dia pun sekolah dan mengaji tempat sama. So sekali harung.

Kami naik grab ke KLIA pukul 4.30 dan sampai sana 5.30. Drop baggage sebab dah check-in, beratur Panjang jugak. Masuk tu pergi solat Asar dan terus melepak dekat dengan gate. Kena pakai mask the whole time, dengan kecoh-kecoh coronavirus ni. Risau la jugak.

Boarding semua lancar. Kami duduk berdua di seat bertiga, jadi lapangla sikit. Dapatlah gilir-gilir baring atas riba masing-masing. Hehe. Awal lagi so tak tidur, tengok a few movies sampai diorang serve makanan. Lepas tu baru tido kejap. Sampai Doha pukul 11 lebih malam, atau pukul 3 pagi waktu di Malaysia.

Transit dalam 2 jam lebih jadi pergi solat Maghrib Isyak dulu, baru menunggu di gate untuk next flight. Malang nasib kami dikelilingi ramai warga China sebab gate kami dekat-dekat dengan gate ke Hong Kong dan Beijing. Semoga Allah melindungi kami daripada virus durjana.