7 Februari
2020
Sebab aku jenis cepat panik bila nak kena naik
public transport, pukul 4.20 aku dah set alarm untuk bangun. Pertama sekali
terus goreng nasi lebih semalam buat bekal hari ni. Rasa macam bangun sahur
pulak ha…
Siap masak tu terus makan apa yang boleh
dimakan, perabih apa yang boleh perabih. Dan start packing. Subuh masuk pukul
5.30 lebih, jadi lepas Subuh baru kami bersiap betul-betul dan pukul 6.10 kami
keluar dari rumah Airbnb tu. Kat luar temperature -7, tapi sebab takde angin,
it wasn’t so bad.
Jalan kaki tak sampai 10 minit dah sampai stesen
bas. Check platform kami, then pergi tunggu dekat sana, walaupun di luar
bangunan dan sejuk gedi. One of the reasons ialah sebab naik Flixbus tu,
seating dia first come first served. So kalau lambat takut penuh ke, tak dapat
dok sebelah-sebelah ke. All good, by 6.45 dah settle down dalam bas dan bas
gerak tepat pukul 7.
Cuaca masih gelap di luar. Apa lagi, kita membutalah
dulu. Aku jaga balik pukul 8 lebih, barulah baca buku, tenung pemandangan dan
sebagainya. Sempat check-in flight sekali sebab esok nak balik dah.
Seperti dijadualkan, kami sampai di Venice-Mestre
pukul 11 pagi. I can’t believe I’m back here just 2 months later. Secara
jujurnya, bukanlah sebab Venice ni tempat favorite ke, ape ke. Aku punya
prinsip simple, flight kat mana murah, kita beli. Dan nak dijadikan cerita hari
tu flight yang murah ialah Munich, Venice dan Milan. Dan aku sangat tak enjoy
Milan. Jadi at least Venice lebih menarik. Sebab tu jugaklah tiba-tiba ada
Slovenia dalam itinerary kali ni. Aku tak tau apa-apa pun pasal Slovenia tu.
Tapi bila chart peta, Slovenia ialah bandar middle point antara Salzburg dan
Venice. So, kita pergi. Simple.
Kami decide untuk tak duduk dalam Venice tu
sendiri. Masuk kali ketiga aku datang sini pun tak pernah lagi duduk dalam
Venice tu. Tahla, jiwa aku terlalu moden kot. Untuk bersiar-siar, tengok pemandangan
semua, aku boleh kata Venice tu cantik. Tapi untuk duduk hotel dekat situ, aku
rasa bilik-bilik dia mesti sempit, old fashioned, dan super mahal sebab dalam kawasan
main attraction. Serta aku tak sanggup mengheret beg dengan keadaan jalan-jalan
dia yang sempit tu. Biarlah duduk di bandar. Bukan susah pun nak naik train ke
sana.
Kami check in di hotel kami, Staycity Apartment
Mestre. Just nice, double room dengan toilet dan kitchen. Kami sampai sana slightly
before 11.30 tapi kami dibenarkan masuk bilik terus. Alhamdulillah. Disebabkan
Zohor akan masuk dalam masa sejam dan dalam Venice tu sendiri punyalah susah
nak cari tempat solat, kami lepak dulu dalam bilik tunggu Zohor. Pukul 12.45
camtu baru keluar.
Jalan kaki pergi train station, beli tiket,
naik train pergi Venice Santa Lucia. Iaitu sampai betul-betul dalam Venice tu
dah. Mulalah sesi merayau. Kali ni betul-betul rasa macam bersiar-siar petang
je sebab takde nak kejar amik gambar landmark ke, nak tengok apa-apa ke, sebab
semua dah tengok. Lebih kepada menjenguk kedai souvenir je sebab macam masih
ada belum cukup untuk family members. Kebetulan lalu sebelah kedai pizza halal,
kami singgah makan pizza dan lasagna. Tapi lasagna dia tak sedap. Aku masak
sedap lagi. Peh, riaknye!
Puas berjalan dan membelanjakan wang, termasuk
membelikan barang yang dipesan oleh kawan Ayah di Hard Rock Café. Nak dijadikan
cerita, ada promo dekat HRC tu, kalau beli barang, boleh dapat diskaun beli beg
limited edition diorang. Just nice je untuk beg yang memang kami dok cari.
Sedangkan beli beg korok-korok dalam kedai souvenir tu pun kami tanya harga dah
EUR20 ke EUR25. Beg HRC tu EUR14 je. Beli sudeyy..
Dekat nak senja tu masa berjalan ke arah
stesen, kami lalu kedai Magnum. Teringin pulak nak lepak. So kami lepak la
kejap, sembang-sembang, makan-makan dan tumpang toilet. Hihi. Sebelum sampai
stesen detour lagi ke supermarket pulak, kot-kotlah ada apa-apa yang boleh
dibawa balik. Tapi selepas spend time dekat Salzburg dan Ljubljana, I’m
spoiled. Barang dekat Italy ni mahal. Benchmark dia sekarang mozzarella pada
harga average 60 sen euro. Sini mahal, EUR1.90 ke atas. So tak beli apa-apa
lah. Malas pun ye.
Balik jelah. Dinner pun tak. Balik terus mandi
dan duduk bawah selimut, baca buku main phone. Ada lebihan roti dan butter,
makan tu je. Yang aku geram tu on the way balik tadi, very near to our hotel,
ada supermarket halal, yang jual ayam, daging mentah segala. Eloklah time beras
aku semua dah habis baru nak jumpa benda ni. Hari tu dekat Munich pun jumpa
betul-betul depan hotel, tapi masa tu dok hotel yang takde dapur. Memang saja
tak nak bagi aku masak hebat-hebat di oversea.
Oh well, esok nak balik dah. Anak jantan dah
membilang hari tu, mama balik bila, sampai pukul berapa. Sabar ye, sket je
lagi.