Tuesday, 21 January 2025

Trip 2025 - The Journey and Day 1

 17 Jan 2025 & 18 Jan 2025

Our next trip is finally here! It’s the last day of school for term 2024/2025. By 5pm we have left home for the airport. Kali ini memandangkan masa untuk bergerak ke airport (4 jam sebelum flight) serentak dengan masa jem ya amat sempena petang Jumaat hari cuti sekolah bermula, maka kami decide untuk ke KLIA naik train saja. Mahal sikit, tapi lebih mahal lagi kalau tertinggal flight sebab jem.

Sampai di KLIA pukul 6.10 macam tu, pergi solat Asar dulu, lepas tu pergi drop baggage di kaunter Etihad Airways. Semua lancar, kami terus masuk ke gate. Singgah solat Maghrib dan Isyak, makan sekejap di Burger King, satu-satunya kedai yang harga agak marhaen di sekitar situ. Kemudian kami ke gate. Flight kami ke Abu Dhabi pada pukul 9.25 malam.

Flight sangat penuh malam ni. Aku dan anak-anak duduk bertiga, Ayah duduk dengan mat dan minah saleh di row tengah. Kakak masuk je flight, belek-belek in flight entertainment sikit, lepas tu dia lena-selenanya sampailah kami tiba di Abu Dhabi hampir 7 jam kemudian. Aku dengan adik mostly berjaga. Dia main game, aku tengok Hindustan; Rocky Aur Rani Ki Prem Kahani. Food dalam flight ni tak berapa sedap, tapi layankan aje. Yang penting aku tak bleh lena. Kalau ada pun mungkin sejam atau sejam setengah.

Sampai di Abu Dhabi pukul 12 tengah malam waktu tempatan tapi kami agak terkejar-kejar sebab transit kami hanyalah sejam setengah. Nak kena lalu security lagi sekali, lepas tu mencari gate, dan yang lebih penting lagi, mencari food untuk kakak sebab dia takkan makan food dalam flight. Menggagaulah jugak. Nasib baik sempat. By the time kami masuk ke gate, orang dah pun boarding.

Next flight kami kecil aje, tapi penuh juga. Aku masih duduk bertiga dengan anak-anak. Ayah masih duduk berjauhan. Kakak juga tetaplah seperti biasa, tidur setidurnya, ternganga-nganga punya sedapnya. Aku dapat juga tidur kali ni. Salah satu sebabnya sebab flight kali ni TV pun takde. Tenang sket takde distraction. Takde choice, memang kena tidur. Adik pun dapat tidur, alhamdulillah. Flight ambil masa dalam 6 jam.

Pukul 6 pagi waktu tempatan, alhamdulillah kami sampai di Athens!! Aku sangat impressed dengan experience di sini, sebab dari masa kami touchdown kapal sampailah kami dapat teksi ke bandar Athens, hanya ambil masa genap sejam. Proses cop passport yang sangat pantas, dan proses luggage keluar yang lebih pantas lagi sebab kami siap je cop passport tu terus keluar ke baggage claim dan beg kami dah pun keluar. Kami yang berlama-lama take turns jaga luggage untuk pergi toilet, lepas tu merayau cari prayer room dia untuk solat Subuh.

Kami ambil airport teksi kaler kuning tu untuk ke apartment kami: Lume Athens. By pukul 7.40 dah sampai depan apartment. Satu je yang kurang best, aku rasa first2 sampai kami dah kena scam dengan airport teksi. Biasakan airport teksi ni harga dia fix. Tulis kat signboard dekat tmpt amik teksi tu, harga dia €40-€55, tapi bila kami sampai dia bil kami €66. Dah sampai pun, malas nak bising, bayar jelah.

Kami mesej caretaker apartment tu untuk beritahu kami dah sampai. Dia bagi arahan untuk check in sendiri sebab diorang sampai pukul 9 je. Alhamdulillah, kami dibenarkan terus masuk bilik walaupun checkin time ialah pukul 3 petang kot. Sangat lega. Sampai je terus masak dulu ye, kawan-kawan. Bukak paket cucur adabi, masak breakfast sebab kakak dah lama tak makan. Lepas makan tu barulah freshen up, rehat sekejap sampai pukul 10. Baru kami keluar merayau.

First sekali kami selesaikan permintaan adik nak pergi Olympic Stadium, Panathenaic Stadium. Kami menapak je ke sana walaupun jauhla sikit. Cuaca sedap-sedap je, dalam 13 darjah Celsius. Cerah dan nyaman. Alang-alang dah sampai, kami bayarla tiket masuk adult €10, kanak-kanak €5, masuk tengok dalam tu, bergambar.

Dari sana kami menapak lagi ke Syntagma Square. Jalan-jalan dalam tu, cari lunch. Payah rupanya nak cari makanan halal kat sini. So we ended up sampai di Kawasan foreign workers kat area sini; tempat orang Pakistan, Bangladesh, india. So first day ni kami makan di Pak Taka Tak Restaurant. Makan chicken pulao, chicken biryani, chai. Okla food dia. Portion besar, kami makan berempat kenyang. Dan total harga hanyalah €16. Air mineral dia bagi free je.

Di sekitar situ juga kami end up tanya pasal sim card Greece untuk aku pakai data dengan anak-anak. Dekat tempat lain kami pergi tanya €50 untuk unlimited data sebulan. Dekat sini aku dapat €15 unlimited data untuk sebulan. Aku tak taulah kan kalau guna sehari dua tetiba sebenarnya tak unlimited. Tapi ia masih deal yang murah so kami beli. Pastu dah alang-alang tu kami tanya dia masjid terdekat. Ada someone tolong hantar kami ke sana. Bukanlah masjid pun, maybe surau je untuk pekerja area situ. Kebetulan aku dan kakak both takleh solat, so Ayah dan adik je masuk. Kami tunggu di luar.

Selesai yang wajib, kami sambung berjalan, lalu Kawasan shopping di Monastiraki, Syntagma, nampaklah kawasan-kawasan bersejarah di Athens. Hari ni kami tengok dari jauh saja dulu. Bergambar ala kadar. Dalam pukul 4.30 tu adik menyuarakan kepenatan. Mata dia pun dah merah tahan mengantuk. So oklah kami balik bilik. Maghrib pun pukul 5:30 petang. Sampai bilik tu take turns mandi. Kami actually tak dinner pun malam ni. Kakak je sorang bukak stok bihun sup instant. Kami yang tiga lagi ni, lepas mandi semua memang dah terbongkang terus. Pukul 7 malam dah tidur ya. Kita refreshkan diri so that starting esok jetlag kita terus dah takde.

No comments:

Post a Comment