Wednesday, 22 January 2025

Trip 2025 - Day 2: Athens

19 Jan 2025

Aku terjaga pukul 1.30 pagi macam tu, rasa macam dah tidur lama sangat. Bangun kerja sikit sampai pukul 3, lepas tu aku tidur balik sampai 4.30. Baru bangun, kerja lagi, dan start masak breakfast pukul 6 pagi. Subuh masuk pukul 6.07 pagi, jadi semua pun pakat bangun.

Aku masak nasi lemak pagi ni sebab semalam dah tak dinner. Tapi cam biasa, tempat baru tapi ambitious kemain. Belum kenal lagi dapur dia jenis macam mana, dah ada hati masak nasi lemak. Pastu tak masak-masak sebab bukak api tak cukup kuat. Sadis btul. Nasib baikla makan sedap jugak rasanya, walaupun berjanggut menunggu nasi masak. Sambal ayah dah beli awal-awal sambal paket, portion sekali makan terus habis. Telur kita goreng je. Apartmen ni periuk dia ada sebijik je nok. Pastu frying pan sebijik. Dah periuk guna masak nasi, takde dah periuk nak masak lauk nok.

Akhirnya kami berjaya melangkah keluar berjalan untuk hari kedua pada pukul 8.50 pagi. 1st destinasi, Acropolis. Kami beli tiket single-single je, tak beli pakej sebab tak tentu ada masa nak habiskan melawat semua attraction yang ada. Acropolis ni tiket masuk dia €20 sorang. Tapi nasib kami baik, kami datang musim sejuk, harga winter murah 50%, jadi sorang €10 je.

Masuklah explore Kawasan tapak bersejarah tu, dengan binaan dan runtuhan dia. Menarikla. Walaupun aku bukanlah bijak sangat Sejarah, jadi semua runtuhan dia nampak sama je. Bergambar, jalan-jalan, mendaki sikit-sikit. By the time pukul 10 tu berduyun-duyun tourist yang sekali datang satu bas. Ada bas bawak tourist Korea, ada yang bawak semua mat saleh. Sesakla jugak, tapi masih boleh dibendung. Cuaca panas Terik tapi nyaman, dalam 15 darjah Celsius macam tu. Tapi seriusla, aku tak boleh imagine kenapa tempat ni peak time dia masa summer. Sekarang pun suhu dah 15, dengan matahari Terik. Kalau summer tu mau 40 darjah. Bagi aku berjalan winter ni banyak gila bestnya. Sejuk, nyaman, tak ramai orang, tiket murah.

Anyway, lama juga kami di Acropolis, sampai pukul 11 lebih. Selesai di situ kami berjalan ke arah Ancient Agora, melalui Kawasan café-café tepi jalan dengan banyak orang buka gerai jual kraf dan makanan. Kami santai-santai cuci mata, beli roti, singgah beli yogurt yang sangat sedap dengan honey dan walnut. Kemudian barulah kami masuk ke Ancient Agora. Ada muzium, ada Kawasan runtuhan, siap tumpang toilet. Dekat sini tiket masuk biasa dia €10, tapi musim winter harga dia jadi €5 sahaja each. Sampailah pukul 1.30 macam tu, kami keluar dari sana.

Nak cari lunch, kami jalan ke Kawasan Pakistan semalam semula, kali ni makan di kedai Desi Food. Makan nasi beryani, souvlaki, chicken sandwich yang dia buat macam roti john, dan chai 2. Semua tu pun harganya jatuh dalam €15. Ayah dan adik sempat tinggalkan kami dekat situ, diorang pegi solat.

Selesai semua dekat sana kami sambung berjalan lagi. Pergi cari lukumades (donat bulat) yang famous di sana, makan-makan di Kawasan Syntagma. Lepas tu kami pergi berjalan di area Anafiotika dan Plaka. Tengok-tengok souvenir, cuci-cuci mata. Sebelum balik kami decide untuk cuba makanan di satu kedai halal yang kami jumpa, kedai falafel Tou Psyrri. Bungkus aje bawa balik ke bilik sebab aku malas nak masak malam ni.

Kami sampai balik bilik dalam pukul 5. Mandi-mandi semua dan berehat, makan. Nampaknya kami memang tak tengok pemandangan Athens di waktu malam. Sekali dah balik tu malas betul nak keluar balik.

No comments:

Post a Comment