23 Jun 2018
Kami bangun macam biasa dan breakfast dengan
family kawan kami tu. Wife dia masak macam biasa jugak. Memandangkan hari ni
hari Sabtu, kawan kami tu tak kerja. Jadi dia pelawa nak bawak kami jalan ke
mall yang jauh sikit. So sebab kami pun takde plan apa-apa hari ni, kami terima
pelawaan tu. By 9 lebih tu kami gerak dan sampai sana dalam pukul 10.
Sesungguhnya aku lupa apa nama shopping mall
tu, tapi dia dekat dengan stadium CSKA, satu kelab bola sepak Moscow. Dalam
mall tu ada aquarium besar, setinggi 3 tingkat agaknya. Cantik! Macam
kebiasaan, bila kami travel, kalau terjumpa H&M je mesti barang murah, jadi
kami beli baju anak-anak dekat sana. Dan masuk beberapa kedai barangan jenama
tempatan. Decathlon pun ada jadi kami masuk jenguk-jenguk souvenir World Cup.
Tak lama kami dekat sana, sebab lepas Zohor tu
kawan kami sekeluarga ada jemputan open house kawan-kawan diorang. Kami tak
ikut, tapi kami plan nak ke masjid besar di Moscow ni untuk solat Zohor.
Sebelum gerak dari mall tu kami lepak minum kopi dan makan dessert dulu.
Mulanya kami mintak kawan kami tu ajar je macam
mana nak ke masjid tu, tapi diorang kata biar diorang hantarkan je senang. So
oklah. Kami sampai di Cathedral Mosque tu dalam pukul 1 lebih. Just nice dah
masuk Zohor. Cantik juga dalam dia. Ada nampak pasangan Islam Russia kahwin
juga hari tu, dok bergambar di perkarangan masjid. Kalau nak naik Metro ke masjid ni,
station terdekat dengan masjid ni ialah Prospekt Mira.
Lepas solat kami jalan kaki ke station metro
dan kami terus ke Kievskaya Mall. Dari sini ada bas free yang bawa terus ke Fan
Fest. Jimat duit, masa dan tenaga. Tak sampai 10 minit naik bas dah sampai. Hari ni
barulah kami berpeluang masuk ke Fan Fest ni. Rupanya dalam tu memang ada jual
semua merchandise setiap negara yang masuk World Cup. Tapi semua original merchandise
ya. Jadi harga pun tulen-tulen belaka. Dekat sinilah baru aku nampak jersey
Iceland, Korea. Tapi kalau untuk dijadikan souvenir untuk orang lain tu memang
tak mampulah makcik nak membelinya. Kalau orang kirim duit makcik terima.
Tapi untuk diri sendiri tu kami consider jugak.
Husband aku dah cuba jersey Iceland dan dah decide nak beli, tapi bila tanya
harga dia dekat promoter tu (nasib baik tanya dulu), harganya RUB6000,
bersamaan RM360. Baiklah, simpan balik. Tak sanggup.
So kami keluar dari situ dan pergi ke skrin-skrin
besar yang tayangkan bola. Tengah ada game Belgium vs Tunisia, jadi kami lepak
sekejap dekat situ. Adalah 20 minit je kot kami duduk. Lepas tu rasa gelisah
sebab belum setel souvenir. Hari ni hari terakhir kami. Nak tak nak kena beli
sekarang.
So kami gerak dari situ, naik bas ke Kievskaya
balik. Dekat sana sempat shopping Lush sikit lagi. Lepas tu amik metro ke Partizanskaya.
Kami ke sana lagi, cari souvenir. In the end untuk lelaki dalam family kami,
kami beli keychain je. Tahlah buntu je.
Sekejap je dekat situ, beli barang lepas tu
balik. Beli peach buat makan sambil berjalan. Kawan kami ajak keluar dinner
lagi malam ni. Aku belum habis terkenang makanan jepun semalam, tapi sebab dia
nak bawak kami try makanan lain pulak, aku pendamlah keinginan aku tu. Dia ajak
jumpa terus di Kievskaya Mall balik. Memandangkan masih banyak masa sebelum masa
yang dijanjikan, kami decide untuk turun di setiap station metro untuk ambil
gambar station metro.
Ya, mungkin aku belum sebut lagi tentang ni.
Perkara yang paling mengagumkan bagi kami dekat Moscow ni ialah station metro
dia yang sangat, sangat, sangat cantik! Macam muzium! Penuh ukiran, chandelier,
gambar-gambar mozek, tiang-tiang, patung. Macam-macam design yang semuanya ada
kisah tersendiri. Kalau ada banyak masa terluang, aku takkan teragak-agak untuk
ambil tour khas untuk ceritakan tentang metro station. Aku pernah nampak orang
join tour tu beberapa hari sebelum tu. Kalau korang pergi Russia, aku syorkan
sangat korang melawat ke sebanyak mungkin metro station. Just mind blowing.
Balik tengok station LRT/MRT kita rasa mehhhh… hahah.
So anyway, sampai Kievskaya kami jumpa dengan
kawan-kawan kami tu. Dia bawak kami makan di kedai burger halal, Black Star
Burger. Katanya it is owned by a Muslim Russian artist. Ramai orang beratur dan
kedai penuh, tapi kami berjaya dapat tempat duduk. Nak makan pun dia sediakan
sarung tangan siap-siap sebab burger dia sangat juicy, meleleh-leleh makan tu. Tisu
kalau setakat sehelai tu memang tak cukup. Sedap! Tapi aku takde ambik gambar pulak dekat Black Star Burger tu. Korang Google jelah kalau nak tengok. Banyak je gambar dia. Gambar orang makan pakai glove hitam tu betullah tu. Aku Google tadi pastu teringin pulak. Ish!
Habis makan kami merayau shopping lagi. Aku
teringin nak pergi Moscow River Cruise, tapi rasa tak proper pulak kalau kami
kata nak balik sendiri lepas diorang dah bawak kami pergi makan. Lagipun
husband aku pun dah sibuk nak balik tengok bola lepas tu. So balik jela. Aku
masih dok terbayang-bayang sushi semalam, tapi perut dah penuh gila dah, macam
pelahap sangat pulak kalau singgah beli makanan lagi. Maka aku kuburkan niatku.
Kedai tu buka sampai 5 pagi, tapi gigih sangatlah nak bangun jalan kaki ke
kedai pagi-pagi buta tu beli makanan bawak balik Malaysia?
Balik tu kami mandi semua, solat, packing. Husband
aku tengok bola. Aku memang tak keluar bilik dah.
No comments:
Post a Comment