22 Jun 2018
Pukul 5.45 pagi tu sampai Kazansky Station di
Moscow. Bunyi je 5.45 pagi, macam Subuh, padahal dah terang benderang macam 9
pagi. Kami pun segar bugar sebab dah tidur dalam train 13 jam. Ambil metro
terus ke rumah kawan aku semula. By the time kami sampai ke rumah dia dah pukul
7.30, anak-anak dia baru nak ke sekolah. Wife dia pulak dah sediakan breakfast
lagi untuk kami.
Kami makan berempat, bersembang sampai pukul 9
bila kawan kami tu gerak ke ofis. Kami boleh aje nak terus keluar merayau sebab
kami tak penat. Tapi sebab hari ni hari Jumaat, husband aku nak merasa solat
jumaat di masjid sini. Jadi kami lepak je di rumah menunggu Zohor. Aku guna
peluang ni untuk cuci baju sikit, kurangkan load baju kotor dalam beg kami. Aku
kerja sikit. Bila pergi jenguk di dapur, wife kawan aku tu dah masak lunch
pulak untuk kami. Jadi kami makan sama-sama, lepas tu husband aku gerak ke
masjid. Aku sambung bersembang sampai dah Zohor, terus solat, get ready semua.
Dah janji dengan husband aku, dia tak perlu
patah balik ke rumah sebab masjid betul-betul sebelah metro station Minskaya. So aku
menapak sorang-sorang ke metro station. Takde takut apa pun, sini safe je. Cuaca
panas, keliling tasik yang aku lalu tu orang dok berjemur, bermandi-manda. Maklumlah,
sebulan dua ni je diorang dapat merasa panas. Lepas tu bila sejuk tu, hilang
akal sejuknya, pernah cecah -30 kata member kami tu.
Hari ni pun takdelah misi apa sangat yang nak
ditengok. Paling penting ialah kami masih belum jumpa kebanyakan souvenir. Nak mencari
souvenir World Cup, langsunglah tak wujud barang-barang daripada semua negara
yang terlibat. Contohnya nak cari T-shirt Spain ke, muffler Germany ke,
keychain England ke, magnet team bola Iceland ke. Langsung takde. Yang ada cuma gambar mascot World Cup tu,
dan barang merchandise Russia. Kami masuk beberapa kedai sukan yang kawan kami
suggest pun, tak jumpa apa yang dicari.
So dari kedai tu kami ke Arbatskaya; Kawasan tourist
dan shopping di Moscow ni. Ada banyak kedai makan, kedai souvenir, dan dekat
situ juga ada Hard Rock Café Moscow. Sama juga, masuk kedai souvenir tapi tak
jumpa apa yang berkenan. Jalan-jalan tengok orang. Bila dah takde idea, kami
refer kawan kami, dia suggest suruh pergi hypermarket sebab katanya dia macam
pernah ternampak jual barang World Cup juga.
So seterusnya kami ke Gagarin. Dalam mall tu
ada hypermarket yang dalam Bahasa Russia bertulis ‘awah’. Entah apelah sebutan
dia, aku pun lupa. Oklah, ada jugaklah barang World Cup sikit dalam tu. Itu pun
cuma t-shirt yang tulis nama-nama stadium World Cup. Kami beli jugalah t-shirt Kazan
untuk anak-anak, dan baju untuk kami. Lepas bayar dan masa tengah jalan keluar,
kami ternampak kedai Lush!
Yay!! Jadi aku terus ‘ting!” mendapat idea
untuk beli barang-barang Lush je untuk kaum wanita dalam family aku. Borong
sabun dekat situ dalam 10 ketul. Barulah kami gerak balik. Kawan kami dah pesan
awal-awal, dia nak bawak kami keluar dinner malam ni jadi kami tak sambung lepak.
Terus balik rumah dia, dan terus keluar dengan diorang.
Kami dibawa ke Kawasan dekat aje dengan rumah
diorang, in fact kami pernah lalu jalan kaki masa balik dari Fan Fest hari tu.
Makan di kedai Jepun: Yakitoriya. Dekat kedai ni kami order makanan seafood dan
vegetable based saja. Jangan order ayam dan daging. Choice makanan dia sangat
banyak dan sangat interesting, especially sushi dan maki dia.
Dan bila makanan sampai, subhanallah, sedapnyaaaaaaa!
Tak pernah aku jumpa yang lebih sedap daripada ni! Tapi makan pun segan-segan,
sebab awal-awal kawan kami dah cakap dia nak bayar. Kalau kami yang bayar
memang tah pape lagi aku order lagi. Tak habis memang aku bungkus je bawak
balik. Dan benarlah kata pepatah kan, siapa malu dia rugi. Hahah. Apparently kedai ni bukak dari pukul 10 pagi sampai 5 pagi. So ini memang
selalu jadi port lepak untuk kawan kami tu.
Ni aku letak gambar nama kedai tu, sebab dalam tulisan Russia kan, nanti orang tak reti baca. Dia ada banyak cawangan dalam Russia tu. Sedap weh, kalau mengikut tekak aku. Sape pegi, aku nak kirim bleh? Kalau bleh order Foodpanda ni memang dah ku order.
Lepas makan kami terus balik sebab dah
kekenyangan, sengkak perut. Ada bola dekat TV, tapi aku macam biasalah, lepas
je mandi dan solat memang terus tak gerak dah daripada katil. Rugi sebenarnya
kan? Siang sampai pukul 9.30 malam, tapi awal-awal dah balik tidur. Hehe.
Faktor usia!
No comments:
Post a Comment