4 Februari 2018
Dah 24 jam snow turun tak berhenti. Tapi pukul
7 lebih tu masa tengah mengemas beg untuk check out, matahari keluar. Aku dah
berharap sikit yang cuaca akan berubah. Kami breakfast, sambil berperang dengan
anak-anak yang macam allergic dengar perkataan “cepat”, diorang automatic jadi
makin lambat. Akhirnya kami berjaya keluar dari bilik pukul 9. Elok turun je ke
kereta salji lebat balik. Dari tempat parking kami dapat tengok laluan keluar
dari kawasan hotel tu penuh salji. Jalan tu naik bukit pulak tu. Aduhai. Staff hotel
kata better tunggu sekejap sampai salji reda.
Kami termenung sekejap dalam kereta. Sekejap tu
ada staff dia datang sodok salji dekat luar, jadi kami pergi tolong. Mamat tu
tanya kami ada snow chain ke tak untuk kereta; memang ada tapi tak reti pasang.
Jadi dia offer untuk tolong. Berhempas pulas memasang snow chain, dekat
setengah jam jugak. By then ada orang lain dah takeover sodok salji kat bukit
tu.
Jadi bila kami cuba naik bukit tu dengan snow
chain yang terpasang, dah tak berkesan sebab snow dah takde. Risaunya aku,
takut terbalik kereta tu. Last-last lepas 3-4 kali cubaan, kami terpaksa undur
balik dan cabut snow chain tu. Lepas tu barulah lepas nak naik. Nak turun bukit
depan tu pun tak kelakar jugak, brek tak makan sebab jalan licin. Nasib baikla driver
ada skill, reti nak tarik handbrake segala. Kalau aku sorang tu jawabnya cium
pokok dah.
Bila dah sampai ke jalan besar barulah kami sedar
tahap keseriusan situasi ini. Semua tempat penuh salji. Jalan raya biasanya
clear walaupun kiri kanan jalan bersalji, tapi hari ni jalan raya pun penuh
salji. Jalan ke depan sikit nampak bas accident langar pokok. Semua orang
memandu pada kelajuan minimal. Aku gelisah dibuatnya.
Perjalanan kami hari ni ialah untuk ke Seongsan
dan apa-apa attractions sepanjang jalan ke sana. Perjalanan dari Jungmun nak ke
Seongsan pada hari biasa mungkin ambil masa sejam. Tapi hari ni haruslah lagi
lama. Jalan raya 70km sejam kita boleh bawak kereta 30 ke 40km sejam sahaja. Jumpa
lagi kereta accident langar tiang tengah jalan. Semakin risau aku. Kereta kami
pun beberapa kali tersasar dan sedikit terbabas bila nak stop dekat traffic
light sebab tayar susah nak grip. Berzikir berdoa non stop.
Masa kami lalu di stop pertama yang kami
rancang, iaitu Jeju Folk Village, salji tengah sangat lebat. Husband aku kata
kalau kami stop dekat sini, kalau berjaya buat aktiviti pun, kemungkinan besar
kereta kami akan tersadai dalam salji tebal dan tak boleh teruskan perjalanan. Jadi
kami batalkan plan ni. Terus ke Seopjikoji. Nasib baiklah Allah dengar doa
akan. Elok sampai dekat sana, matahari keluar dan salji berhenti. Kami dapat
naik atas tu dan bergambar sikit, walaupun jalannya licin. Seongsan Ilchulbong
pun nampak clear dari sana. Seterusnya kami ke Seongsan Ilchulbong, dan sempat
stop tepi-tepi jalan untuk ambil gambar.
Sepatutnya di Seongsan Ilchulbong ni, kalau
hari biasa, kami nak panjat sampai atas. Sebab trip pertama dulu aku dan
husband dah naik sampai atas. Kali ni ingat nak ajak anak-anak. Tapi hari ni
tak berani, takut tengah naik atas cuaca berubah balik. Bahaya bawak anak-anak
kecik ni. Tapi kami tetap masuk di perkarangan gunung tu dan bayar entrance fee.
Dapatlah bergambar sikit. Jumpa ramai jugak orang kita dekat situ. Sebelum
gerak dari sana sempat pergi shopping souvenir untuk anak-anak. Diorang sibuk
sangat nak beli keychain Jeju untuk kawan-kawan. Ahjumma dekat situ pulak
kemain berusaha cakap Melayu. Banyak jugak words yang dia tau. Comey je.
Sebelum tinggalkan kawasan ni, kami nak cari
lunch. Adik ipar aku ada share satu kedai yang orang Melayu kita pergi makan,
kedai fish and chips. Nama dia Willala. Bila wazekan, jaraknya cuma dalam 250
meter dari Seongsan Ilchulbong. Jadi kami pun pergi. Tanya-tanya dulu dekat
tokey dia tu, rupanya dia masak fish and chips guna beer batter. Kami baru nak
bangun gerak dari situ, lepas tu dia kata, “If because of your religion you
cannot eat beer batter, I can make a new batter for you using just water.” Bagi
kami that’s good enough, sebab kedai dia pun hanya jual seafood, ikan, sotong,
udang. So kami setuju. Order ikan 1, sotong 1, goreng pisang 1, cheesestick
goreng 1. Total harga KRW39,000. Mahal la kalau convert ke duit Malaysia. Tapi sebab
sekali ni je kami makan di kedai, takde masalahla. Sedap jugak.
Habis makan tu kami teruskan perjalanan balik
ke Jeju-si ke hotel kami yang terakhir sebelum balik esok. Kami cuba elak lalu
jalan Halla Mountain, sebab boleh agak dekat atas sana lagi teruk salji dia. Jadi
jauhla sikit kena pusing pulau.
Lepas makan lunch, driver mengantuk pulak tu
nak drive jauh. Terpaksa berhenti tepi jalan bagi dia tidur kejap. Padahal sejak
berhari-hari lepas takde berhenti lunch dekat mana-mana, steady je boleh
berjalan sepanjang hari. Perut kenyang je terus mengantuk. Hihih.
Sampai di penginapan ketiga kami, Beach House
Pension, lebih kurang pukul 5. Tempat ni betul-betul dekat dengan airport, jadi
selang beberapa minit ada kapal terbang berlepas dekat atas. Rasakan! Nak dekat
sangat dengan airport kan! Bukan apa, nak menyenangkan kerja esok pagi.
Kami check in dan solat, lepas tu terus keluar
balik. Nak membeli-belah sikit, esok dah nak balik.
Aku tak tahu dekat mana
orang shopping dekat sini, sebab sejak 1st time datang memang aku
tak jumpa tempat shopping berpatutan. Jadi pergi Emart balik. Nak beli souvenir
pun aku buntu. Beli honey butter almond tu sikit, seaweed untuk anak-anak sebab
yang beli semalam habis diorang kerjakan, dan aku bagi anak-anak peruntukan
sorang KRW10,000 untuk beli apa-apa bawa balik. Yang tu yang ambil masa lama
tu, puas diorang merayau cari benda nak bawa balik. KRW10,000 tu memang tak
banyak mana, aku tahu, tapi cukuplah untuk kenangan diorang, dan belajar manage
duit sendiri.
Yang buat aku gelisah tu, tak dapat beli limau.
Kalau tidak memang aku tak plan nak beli pun, sebab nanti terlebih berat beg, tapi
tiba-tiba mak mertua aku sebut pulak. Bila dah sebut tu, kalau tak beli rasa
serba tak kenalah. Kami nak cari balik limau kecik-kecik yang sama yang kami
makan di Cheonjeyeon hari tu. Masa tu beli seplastik tu baru KRW1,000. Hari ni
di E-mart harganya KRW8,000! Telan air liur aku. Kalaulah aku tahu awal-awal,
memang aku borong dekat ahjumma tu hari tu. Kalau setakat simpan 2-3 hari
takkan dah busuk kan?
Sambil merayau tu kami ditegur oleh 1 couple cina
dari Malaysia. Diorang pun holiday juga. Sembang-sembang sikit pasal beli barang.
Sangat friendly.
So memandangkan tak jumpa apa dihajati, kami
keluar dari situ. Cuaca masih bersalji dan angin kuat. Kami drive around dekat
luar dan jumpa pasar mini dekat lorong-lorong, jadi aku pergi cari limau. Dekat
sini adala, harga murah sikit dari di E-mart tadi, jadi aku gagahkan beli juga
sebab esok dah tak sempat. Ingat nak shopping sikit barang sendiri, nak habiskan
duit, tapi cuaca tak mengizinkan.
Rasa bersalahla juga, aku balik ni boleh
dikatakan tangan kosong. Anak-anak nan ramai di rumah pun tak dapat apa-apa. Tapi
dari dulu dah aku sebut perkara ni, sejak kali pertama datang. Jeju ni tak
macam Seoul. Dekat Seoul tempat shopping bersepah, apa-apa je boleh jumpa. Dekat
sini sehelai T-shirt Jeju pun aku tak jumpa. Adik dok mintak t-shirt I Love
Jeju pun aku tak dapat belikan. Kalau nak batu Dol Harubang tu banyakla, tapi
nak buat apa. Jadi makanlah limau, honey butter almond, dan seaweed tu ya?
Kami balik je ke bilik, panaskan nasi tomato Brahims
untuk dinner. Anak-anak aku bagi peluang makan maggi lagi sebab nak habiskan
makanan. Risau juga ni, aku ambil beg 20kg je untuk balik. Harapnya cukup.