19/20 June 2018
Kawan kami bermurah hati hantarkan kami ke
Kazansky Train Station, Moscow, jadi kami sampai ke sana dengan lancar. Masih ada
2 jam sebelum train kami berangkat masa kami sampai, dan platform mana train
akan sampai pun belum diberitahu sebab maklumat tu hanya dikeluarkan setengah
jam sebelum train berlepas.
Orang sangat ramai, jadi kami duduk aje buang
masa. Pukul 11 lebih tu barulah kami gerak ke platform. Ada nampak satu
keluarga orang Melayu kita juga naik train yang sama. Mulanya aku excited la
nak senyum, tapi rupanya kena ignore. Kahkah. Dia langsung tak nak make eye contact
dengan aku. Maka aku pun abaikan jelah. Train sampai, kami berpusu-pusu naik.
Untuk perjalanan ke Kazan yang ambil masa 12
jam ni, kami beli tiket kabin 2nd class. Dalam kabin jenis ni, kami
berkongsi 4 orang satu kabin, katil double decker, dengan tempat tidur sorang
satu. Disebabkan kita takkan tahu kita akan kongsi dengan siapa, kami ambil
langkah selamat dengan beli seat tingkat atas, supaya takdelah aku diskodeng
oleh entah sape-sape nanti. Tiket kami pergi balik berharga lebih kurang USD100
seorang. Sepatutnya bila ada Fan ID dan tiket bola, kami boleh apply untuk free
train ke mana-mana bandar tempat kami akan tengok bola. Tapi nasib kami tak baik,
tiket train free dah sold out by the time kami cuba book. Jadi takde pilihan
lain, terpaksa ambil train ni. Nak naik flight pun boleh, tapi harga lagi 3
kali ganda.
Pandangan pertama dekat kabin tu memang kecut
juga perut aku. Macam manalah nak kongsi dengan strangers dalam kabin sekecil
ni. Nak panjat tingkat atas pun kemain curam. Membayangkan husband aku yang
boleh tahan besar nak bersempit dekat atas tu pun aku risau. Masa tu jugalah
rakan sekabin kami sampai. Lelaki, dengan identity yang susah nak dipastikan. Muka
nak macam arab, tapi English dia sangatlah berhabuk. Sesama member dia sendiri
pun diorang cakap English top class.
So kami mula beramah mesra. Diorang ni rakyat
Amerika berbangsa India. Lahir di Hyderabad, membesar di Arab Saudi, dan sekarang
menetap di Chicago. Agama Islam. Lepas settle down di tempat masing-masing,
kemas katil, pasang cadar, sarung bantal (semua disediakan), kami berbual
sekejap. And then semua pakat tidur. Selesa jugaklah sebenarnya atas tu.
Dalam pukul 2 pagi aku kejutkan husband
temankan ke toilet, berwuduk semua dan solat Subuh duduk atas katil. Lepas tu
kami tidur balik lagi. Langsir gelap diturunkan dalam kabin kami, jadi sampai
ke siang dalam tu still gelap. Aku yang dah puas tidur ni naik gelisah jadinya.
Pukul 8 lebih tu kami keluar kabin lepak di koridor. Rasa nak lepak minum-minum
tapi bila kami tanya conductor gerabak kami, dalam bahasa ayam itik antara kami
tu, dia bagi kami satu sachet kopi dan satu cawan untuk bancuh sendiri. Rupanya
train ni takde gerabak kafe pun. Sedih betul.
Dalam kami dok keluar masuk kabin tu, salah seorang
kawan sekabin kami tu, Ilyas, terjaga. Jadi aku minta dia buka langsir sikit
sebab tinggal 3 jam lagi nak sampai. Dia pun bangun dan bersembang dengan kami.
Banyak yang kami borakkan, mostly pasal Islam, perbandingan ekonomi, pendidikan,
taraf hidup, haji dan umrah, antara Malaysia dan USA. Menarikla. Husband aku
sempat canang kata aku pandai cakap Hindi, jadi dia interview sikit. Dia siap
minta email address kami untuk keep in touch sebab dia memang plan nak ke KL
hujung tahun ni dengan family. Dia kerja Dentist rupanya dekat USA. Kawan dia
yang sorang lagi, Mahraz, tidur sepanjang jalan sampailah lagi setengah jam nak
sampai baru dia bangun. Conductor datang ke setiap kabin untuk kejutkan kami
sejam sebelum sampai untuk get ready.
Kami akhirnya sampai dekat Kazan pukul 12.45
tengah hari. Dekat sana hujan renyai-renyai. Kami terus aje cari bas untuk ke
hostel kami. Adalah kekeliruan sikit, salah naik bas sekali. Tapi lepas tu
lancar aje. Disebabkan hari ni ialah hari perlawanan bola kami, dengan
berbekalkan Fan ID dan tiket bola, kami boleh naik semua public transport free.
Sampai di Zam Zam Hostel dalam pukul 1 lebih tengah hari.
Terpaksa redhalah dengan tempat tinggal kami
gaya hostel ni. Bilik kami okay, tapi toilet dekat luar, jadi agak leceh untuk
aku. Tapi disebabkan musim World Cup, semua hotel sama ada sold out ataupun
harga naik berkali-kali ganda. Masa kami cari Airbnb, rumah yang nampak tak
memberangsangkan pun harganya jadi RM1000 untuk 1 malam. Tak sanggup pula nak
bayar. Zam Zam Hostel ni bilik dia harga cuma RM270, jadi terima jelah.
Kami terus mandi, solat, dan tukar pakai jersey.
Game bola kami malam ni pukul 9 ni Kazan Arena. Kami akan tengok game Spain v
Iran. Tapi kami keluar pukul 2 ni kami takkan ke stadium terus. Nak merayau dulu
ke masjid Qolsarif yang terkenal dekat sini. Ramai orang dekat masjid tu,
kebanyakannya orang Iran yang akan tengok bola juga malam ni. Kami bergambar, jalan-jalan. Ingat nak cari tempat
makan, tapi kami tak berjalan cukup jauh dan tak jumpa kedai makan. Sebenarnya kami
yang tak peka, sebab dekat Kazan ni majority penduduknya Muslim dan kedai makan
halal banyak.
Dekat sini kami jumpa family Melayu tu lagi, dan
lagi, dan lagi. Tapi setiap kali tu dia refuse to make eye contact dengan aku.
Eehhh aku pun tak hinginlah nak senyum kat kau. Tah ape yang kekwat sangat tah.
Puas berjalan dekat area situ, kami naik free
bus ke Kazan Arena dalam pukul 5.30 petang. Punyalah padat bas tu, aku yang kecik ni
duduk paras-paras pinggang orang je. Maklumlah dikelilingi warga international.
Sampai dekat sana kami masuk satu mall kecik dekat dengan stadium tu. Nasib
kami baik, ada kedai halal dalam tu. Tapi nak order makanan pun satu cabaran
jugaklah sebab menu dia semua dalam Russian. Jadi kita cuma boleh main tunjuk2
je apa nak, tanya tu apa? Chicken? Fish? Yes chicken. Yes fish. Yes rice. Yes
potato. Lepas tu tawakkal je entah dapat makanan rasa apa. Nasib baik boleh
telan.
Dah kenyang perut barulah menapak ke stadium.
Meriahlah sekelilingnya. Tapi kami perasan memang majority ialah penyokong Iran
je. Tah berapa kerat je orang pakai baju Spain. Banyak jugak yang senyum-senyum
sinis sebab aku bertudung tapi pakai baju Spain. Mesti orang Iran ingat aku ni Iran pengkhianat.
Husband aku ambil peluang bergambar dengan
awek-awek international nan ramai. Kami siap tadah muka untuk diconteng. Tapi masa
nak masuk ke stadium tu agak mencabar. Banyak sangat rules dia. At one point
kami masuk ikut pintu yang tak ramai orang beratur, tapi tukang jaga dekat situ
macam extra strict. Monopod yang kami tengah pegang pun dia tak bagi bawak
masuk. Jadi kami keluar balik dari line, sebab dia suruh pergi simpan monopod dekat
khemah simpan barang. Aku berkeras tak nak simpan dekat sana, sebab benda kecik
macam tu kemungkinan besar akan hilang je. Aku suruh simpan semua benda dalam
beg, tak pegang apa-apa dekat tangan. Botol air yang kosong kami buang semua sebab
memang tak boleh bawa masuk. Sekali lagi kami beratur.
Kami ni takde isu tentang kamera ke, monopod
ke, tapi tudung aku pula jadi sasaran. Jarum peniti, pin dan brooch tak boleh
pakai. Aduhai. Dengan shawl aku yang licin ni, macam mana kalau takde pin. Aku dibawa
ke bilik dan pegawai perempuan tu masuk sekali dalam changing room untuk tengok
aku buka semua pin. Nasib baiklah dalam keserabutan tudung aku tu dia tak
perasan 2 brooch aku yang aku pasang dekat bahu. Brooch tulah penyelamat aku lepas tu.
Roti coklat yang kami bawa bekal dalam beg pun habis kena rampas. Ish ish. Kebulurlah sampai malam.
Tapi selamatlah lepas masuk ke stadium. Sempat beli
muffler Espana sehelai, walaupun mahal ya rabbi. RUB1500 = RM100. Lepas tu
barulah kami naik ke seat. Tempat kami okla, tak tinggi sangat. Berselfie-selfie
dekat seat. Kami dok berkenan dengan cawan yang bertulis perlawanan dan tarikh hari
ni. Tapi cawan tu cawan Budweiser. Dia jual non-alcoholic beer sebenarnya, so
husband aku pergi beli 2 cawan untuk bawak balik. Isi beer tu? Dia tak sanggup
minum sebab bau sebijik macam beer sebenar, so dia pegi buang kat toilet.
Game mula pukul 9, dan bersemangat seperti biasa.
Stadium memang penuh orang Iran, dan diorang memang menang sorak. Aku bahagia
sebab dapat tengok Sergio Ramos main depan mata walaupun nampak besar kucing je
dekat bawah tu. At the end of the game, Spain menang 1-0. Yay!!
Game habis pukul 11 tu, kami pergi kutip
banyak-banyak cawan yang orang tinggalkan, nak buat souvenir. Ramai je buat
perangai macam kami. In total dapatlah dekat 15 cawan kami bawa balik. Nak balik
ke hotel pun kami jalan kaki je sebab cuma 2km. Tapi agak rushing sebab pukul
1.15 dah masuk Subuh rupanya dekat sini. Nak singgah beli makanan lagi sebab
lapar. Kami bungkus je buat makan dekat hostel sebab dah lambat.
Sampai bilik terus solat Magrib Isyak. Makan. Dan
masuk je Subuh terus solat. Barulah tidur sampai ke pagi.