29 Januari 2017
Plan hari ni nak ke Kobe. Kami keluar
lambat lagi untuk aku setelkan sikit kerja. Pukul 10 baru keluar rumah. Train dari
Osaka Station ke Kobe Station ambil masa dalam setengah jam kalau ambil rapid
train. Harga tiket ¥410 seorang. Ini train JR la. Dekat sini ada beberapa pass
yang kita boleh beli sebenarnya untuk travel around. Ada Kansai Thru Pass, dan
ada JR Pass. Kita boleh pilih nak beli untuk berapa hari. Tapi kami tak beli
pun, sebab kami bukan heavy traveling kali ni. Bila kira balik perbelanjaan
untuk naik train sepanjang hari, tak sampai harga pass yang perlu dibayar. The
catch is, JR Pass hanya boleh guna untuk JR transportation sahaja, sementara
Kansai Thru Pass boleh guna untuk semua transportation lain kecuali JR.
Pergerakan kami pula guna dua-dua sekali sama banyak. Jadi kalau beli dua-dua
pass pulak, lagilah rugi. Benda tu nak kena study sikit sebelum beli
Anyway, kami sampai di Kobe
Station pukul 11 macam tu. Tapi rupanya tempat yang husband aku nak pergi tu
ada lagi beberapa station ke depan. Kami ni pulak masih lurus bendul, keluar
dulu pergi beli tiket lain. Padahal, kalau tak salah aku, kita boleh proceed ke
station yang kita nak dan bayar perbezaan harga guna mesin Fare Adjustment. Takpelah,
itu pun satu proses pembelajaran.
Destinasi pertama ialah ke Tetsujin.
Tempat tu takde apa pun sebenarnya, melainkan ada seekor robot besar dekat
situ. Husband aku ni obsess pulak, jadi pergilah bergambar depan tu. Lepas tu
terpinga-pinga dekat sana, sebab memang takde apa. Dari sana kami ke Motomachi
station untuk pergi ke kebanyakan attraction di Kobe ni, macam kawasan
pelabuhan, taman, memorial gempa bumi, Kobe Tower.
Dekat Kobe ni banyak aje benda nak tengok kalau rajin. Ada tempat boleh naik kereta kabel ke Mount Rokko. Dekat atas tu katanya ada taman herba, ada air terjun, boleh tengok pemandangan Kobe dari atas gunung. Tapi kami sampai Kobe pun dah dekat tengah hari. Ambil masa juga untuk buat semua benda tu. Jadi kami abaikan ajelah. Malas nak stress-stress.
Hari ni mendung aje, sejuk. Cuaca
pun effect mood, jadi kami pun malas-malas aje. Sampai di Meriken Park tu
pulak, tengah construction rupanya. Jadi tak boleh masuk. Jadi memang takde
tengok apa pun semalam. Bergambarlah sikit tepi laut, tepi Menara, ambil gambar
ferris wheel. Aku tahu dekat area sini ada kawasan runtuhan gempa bumi yang
ditinggalkan untuk jadi tugu peringatan gitu, tapi aku pun tak usaha cari.
Sebab macam aku cakap tadi, takde mood sangat. Hari last selalu macam tu.
In the end kami decide untuk
jalan ke Kobe Mosque. Dari lokasi kami di port tu ambil masa dalam setengah
jam. Masjid tu cantik, walaupun kecik. Memang rupa bentuk masjid tipikal. Aku
masih belum boleh solat, jadi aku masuk tumpang toilet sekejap, lepas tu keluar
balik. Tempat solat perempuan dekat atas. Jumpalah beberapa orang Malaysia
singgah solat jugak. Lepas husband keluar dia tunjukkan gambar-gambar yang dia
ambil di dalam masjid, bahagian lelaki. Cantik! Masjid tu rupanya dah wujud
sejak zaman perang lagi. Strukturnya kukuh masa perang, tak terjejas, dan lagi
sekali masa gempa bumi Kobe tu pun ia terselamat.
Lepas solat tu kami gerak ke
Sannomiya. Niatnya nak cari kedai jual kobe beef halal. Tapi lepas aku google,
tercekik rasa baca caj dia ¥10,000 + tax per person untuk makan. Maknanya
kalau 2 orang makan jadi RM800 duit kita. Nangis! Kami masih berdegil tak nak
langgar pantang dengan pergi makan dekat kedai Arab atau India. Jadi akhirnya
kami decide untuk balik ke Osaka aje.
Sampai di Osaka, yang masih
terbelenggu dalam otak ialah baju anak-anak ada lagi belum setel. Jadi puas
kami merayau dekat kawasan Umeda tu nak shopping. Nasib baiklah jumpa lagi
kedai H&M punya besar. Alhamdulillah, kali ni choice banyak. Siap semua
untuk anak-anak. Kami pulak cari buah tangan untuk kami, sebab belum beli
apa-apa lagi untuk diri sendiri. Husband aku sambar seluar kerja sehelai dekat
GU, aku dapat jaket 1 dekat Uniqlo. Kami beli semua barang clearance sale aje. Takde
maknanya nak beli kalau harga sama je makan dekat Malaysia. Buat penat aku
angkut naik kapal. Contoh macam seluar kerja husband tu material bagus semua,
harga RM40 kalau convert. Oklah, since kat KL selalu beli sepasang dalam RM70. Aku
pulak dapat jaket Uniqlo bersamaan RM80 duit kita, memang tak dapatlah kalau
dekat Malaysia kan…
Dekat luar hujan. Nasib baiklah
cuaca macam ni hari last dah, dan hari yang memang kami niat nak shopping. Jadi
plan tak terjejas. Kami pergi ke Shinsaibashi semula, shopping souvenir di
kedai 3 Coins. Barang-barang dalam kedai ni harganya ¥300. Belilah apa yang terdaya,
asalkan tak balik tangan kosong.
Barulah nak pikir makanan lepas
tu. Jalan ke Dotonbori semula sebab untuk last malam ni kami nak membedal
takoyaki lagi sebelum balik. Dalam perjalanan tu jumpa Pablo cheese cake tu,
kami beli satu talam. Alang-alang nak makan biarlah di negara asalnya. Beli takoyaki
15 biji. Ingat nak bungkus okonomiyaki sekali, tapi orang tu suggest makan di
kedai, dan kalau nak bungkus kena tunggu 20 minit. Malas pulak. Jadi cancel
lah. Balik aje terus, makan di bilik.
Barulah nak mengemas, nak
mandi-manda, nak berkubang bawah selimut. Esok dah nak balik. Rasa macam baru
je sampai.
No comments:
Post a Comment