Sunday, 29 January 2017

Couple's Trip 2017 - Kyoto – Osaka Day 4

28 Januari 2017

Hari ni dah nak kena check out daripada hotel ni, untuk kembali ke Osaka. Sedih pulak rasanya meninggalkan bilik hotel yang suam-suam sedap, toilet yang selesa dan air yang panas. Disebabkan aku ada banyak deadline kerja yang semakin dekat, kami gerak lambat hari ni, dalam pukul 10.

Terus aje check out dan menuju ke Kyoto Station. Kami tak terus balik ke Osaka, sampai sana awal-awal pun bukannya boleh check in rumah. Jadi di Kyoto Station kami tinggalkan beg di coin locker, dan terus ke Fushimi-inari taisha. Coin locker berharga ¥500 sebab beg kami kecik aje. Kalau beg besar, ada juga locker besar dengan harga ¥700.

Dari Kyoto Station naik train Nara Line dan berhenti di station Inari. Jangan naik rapid train ye, sebab dia tak berenti dekat Inari. Kami tersilap naik tadi, nasib baik perasan. Jadi turun di station Tufukoji dan tunggu local train untuk ke Inari. Dari Kyoto Station sebenarnya 2 station je dah sampai.

Orang di Fushimi Inari ni, ya rabbi! Berkerumun macam pasar Ramadhan beberapa minit sebelum azan. Memanglah, hari Sabtu kan, aku memang dah expect. Yang aku tak expectnya tu, kenapa ramai orang China sedangkan hari ni raya Cina. Diorang tak raya ke?

Kami takde pun jengah temple dia tu, sebab last-last bentuknya semua sama aje. Jadi kami terus ke tiang-tiang merah tu. Tapi percubaan mengambil gambar yang tak melibatkan objek lain terselit dalam gambar adalah sangat mencabar! Sampai satu tahap aku pun dah naik moody. Elok orang reda, kita pacak je tripod, orang lalu. Stress aku. Setelah berjuta-juta klik dan buat muka toya, akhirnya dapatlah jugak beberapa yang layak diframekan di dinding rumah. Haha.

Barulah kami beransur dari sana. Ramai juga hari ni awek-awek dan couple-couple yang pakai lengkap pakaian tradisional untuk bergambar dekat sini. Memang kalau buat macam tu, effect dia terbaikla. Sangat cantik. Tapi takdelah aku kegigihan sedemikian rupa.

Luar kawasan tu ada banyak jual street food jadi kami saja jalan-jalan cuci mata. Banyaklah snek-snek pork. Kikikiki. Disebabkan kami belum breakfast, kami beli pastry ikan kacang merah, keledek bakar, dan takoyaki buat brunch. Makan sambil berdiri di lorong dekat situ. Sedap! Lepas tu barulah kami naik train semula kembali ke Kyoto.

Memandangkan dah berada di stesen sentral, kami boleh pilih untuk ke mana-mana saja daerah sekitar sini, macam Nara, Kobe, Wakayama, Osaka, Himeji, malah kami boleh je nak ke Biwako Valley, tempat ski tak jauh dari sini. Husband ajak pergi Biwako tu, tapi aku tak sampai hati rasa nak main snow kalau tak bawak anak-anak. Dulu masa ke Shimla diorang dah makan hati sekali. Bawak ke Europe pun takde rezeki diorang nak jumpa snow. Jadi selagi aku tak berjaya bawak diorang main snow, aku tak nak pergi main snow sendiri dulu. Bincang-bincang dekat situ, in the end decide untuk balik aje ke Osaka. Masa tu pun dah pukul 2. Sampai nanti just nice untuk check in rumah.

Naik JR ke Osaka, sampai sana terus ke rumah Airbnb kami di Shinsaibashi. Kali ni rumahnya studio apartmen. Ada dapur, ada toilet, dan 1 katil double. Basic, tapi cukup untuk kami 2 malam di sini. Luas berbanding hotel semalam, tapi hotel semalam tetap di hati aku. Hehe. Kami tak de jumpa pun dengan tuan-tuan rumah Airbnb ni. Semuanya bermesej aje. Senang macam ni. Kunci pun diorang ni letak dalam peti surat rumah aje. Diorang bagi kod untuk kita buka peti tu. Senang. Rumah ni kami cari tergesa-gesa, tapi alhamdulillah, semua okay. Harga pun total untuk 2 malam dalam RM450 lebih kurang. 

Naik untuk simpan beg, solat semua, terus keluar bilik. Misi petang ni ialah untuk ke Honolu Ramen, kedai ramen halal di Osaka ni. Ada train yang boleh kami naik. Tapi aku kata dekat husband, selain daripada pergi Fushimi Inari tadi, kami asyik tengok dinding stesen je sejak pagi. Rimas dah aku duduk bawah tanah. Cuaca cantik hari ni. Jadi aku ajak dia jalan kaki aje. Tak kisahlah walaupun ambil masa setengah jam. Dekat negara sejuk macam ni aje ada peluang nak jalan kaki setengah jam tanpa pecah peluh, ye dak?

So kami jalan lintas Dotonbori, Namba dan sebagainya, akhirnya sampai di kedai tu. Tutup! Boleh tak? Rupanya waktu operasi dia 11.30 sampai 2.30 petang, lepas tu tutup kejap, buka balik 5.30 petang sampai 9.30 malam. Masa kami sampai tu pukul 4.30. mula-mula consider nak patah balik ke Namba. Tapi memikirkan nak kena jalan 10 minit pegi, 10 minit patah balik. Last-last kami beli air dekat kedai, pergi lepak dekat satu taman dekat-dekat situ. Duduk je, sembang, tengok orang, bincang aktiviti esok. Sambil-sambil tu tengok sunset di langit Osaka. Wah gitu! Romantic abis.

Dalam pukul 5.15 kami jalan kaki ke kedai tu semula. Belum bukak, tapi lampu dah pasang. Jadi kami berdiri je depan kedai tunggu dia bukak. And that was a smart decision. Kenapa? Sebab kedai tu kecik aje sebenarnya, tempat duduk ada 10 aje. Nasib baik kami orang pertama, sebab dalam sekelip mata kedai terus penuh, dan orang dah kena beratur dekat luar. Selamat kami! Kedai ni pun sama macam Ayam-ya hari tu, beli kena tekan-tekan beli kupon dekat mesin.

Food dia sedap, tapi berbeza rasa daripada Ayam-ya hari tu. Aku pun tak boleh nak decide yang mana lebih aku suka. Both pun ok. Yang ada dalam kedai tadi semua orang melayu. 1 family dari Kedah dengan anak-anak kecik, 2 orang brader, dan 1 lagi family. Tak sembang pun, setakat senyum-senyum aje.

Selesai makan kami berjalan ke Namba. Masa tu baru 6 lebih. Jadi kami window shopping aje. Nak beli barang pun mahal. In fact, souvenir satu apa kami tak beli lagi. Kalau dah magnet seketul pun harga ¥400, bersamaan RM16, memang tidaklah aku nak beli. Ada harapan aku balik tangan kosong kali ni. Memanglah serba salah je rasanya, tapi bila tengok magnet pun, asyik-asyik gambar Mount Fuji. Susah betul nak cari magnet yang tunjukkan specialty kawasan ni.

Masuk kedai-kedai komersial macam Uniqlo, H&M, Zara segala. Dapatlah aku sambar baju sikit untuk anak-anak nan ramai di rumah. Itupun belum lengkap. Ada yang belum dapat. Esok serabut kepalalah ni nak bagi lengkap untuk 6 orang anak. Sedar-sedar dah pukul 9. Jadi kami beli groceries untuk breakfast esok. Dan balik ke bilik.


Selesai sudah untuk hari ini. Tapi tidak untuk aku. Kena kejar jugak deadline kerja nak dekat ni woiiiii… Letih baq hang. Jalan sepanjang hari pastu balik kena kerja lagi. Tapi jangan komplen. Kalau aku tak kerja, celah mana nak korek duit nak berjalan seantero dunia! Haha. 

No comments:

Post a Comment