Tuesday, 30 December 2014

Perth - Post Trip Observation

Aku tau entry ni pending dah 2 bulan. Tapi tulah, takde mood rasa nak bukak blog. But then, it's nagging in my head, so finally aku gagahkan juga hari ni. Banyak yang aku pun dah lupa, tapi aku usahakanlah. Semoga bila dah start menaip, it comes back to me.

1. Nak ke Australia kena apply visa ya. Jadi kami telah menggunakan khidmat wiyatravel@gmail.com. Bagus diorang ni, sebab dalam masa 15 minit dah siap. Dan bila aku ada pertanyaan yang aku email ke diorang, sampai 3 orang yang berbeza buat follow up, jawab melalui email dan siap telefon lagi. Efisyen. 

Visa Australia ni bukan kita tak boleh apply sendiri. Boleh. Pergi ke https://www.eta.immi.gov.au/.  Tapi, kalau kita buat sendiri, harga dia AUD20, manakala kalau travel agent buatkan, harganya cuma RM20. Banyakkkkk beza. So tepuk dada tanya selera.

2. Kereta sewa di sana agak tricky. Pilihan banyak di internet, tapi yang membezakan setiap satunya ialah sama ada diorang charge everything dalam harga, ataupun diorang quote harga sebelum termasuk caj tambahan. Jadi dalam bab ni, aku sarankan semua orang baca setiap biji butir perkataan yang ada dalam terms & condition. And I tell u, that's not quite easy to understand sebab bahasa guna istilah-istilah yang kita tak biasa. Terus-terang aku cakap, kami dah terkena. Quote harga RM500 untuk 4 hari tu sangat ideal. Tapi caj-caj tambahan semuanya RM200 lebih kalau tak salah.Belum lagi ditambah caj car seat anak-anak. AUD10 sehari X 2 car seat X 4 hari = AUD80, bersamaan dengan RM240 macam tu. So tambah tolak semua, harga kereta sewa jadi hampir RM1000. 

3. Walaupun exchange rate Australia dengan kita sekitar 3 kali ganda saja, tapi taraf hidup diorang dekat sana sangat hampir dengan Malaysia. Kalau di Malaysia harga tepung RM1.50 contohnya, di sana harganya AUD1.50. Kalau sekali makan satu family di Malaysia harga RM70, harga di sana AUD70. Jadi mahallah untuk kita. Jadi siapkan perbelanjaan sewajarnya. Kami cari hotel yang ada dapur jadi kami save banyak dengan masak sendiri. Walaupun sekadar sekali sehari masak breakfast, save lah jugak... Sebab contohnya kalau 1 pinggan breakfast harga AUD10, kali 5 hari, kali 4 orang, dah berapa kan?

Take note, harga parking kereta di sana juga sangat mahal ya. Jadi rancang perjalanan betul-betul. Bandar Perth ada bas free ke sekitar bandar jadi boleh save cost di situ. Kalau ke Perth dan nak berjalan hanya di sekitar bandar Perth, tak perlu pun sewa kereta. Kecualilah kalau nak ke Pinnacles, Swan Valley dsbnya. 

4. Australia sangat strict dalam hal membawa masuk barangan ke negara dia. Sila ambil tahu lebih lanjut pasal ni. Aku sendiri tak betul-betul fasih, tapi setakat yang dikenal pasti, barangan yang mengandungi daging, tenusu dan sesetengah jenis herba/rempah tak boleh dibawa masuk. Kita kena declare barang yang kita bawa dalam borang kastam yang diberikan dalam flight. Dan sebelum keluar kastam di airport nanti pun ada pengawal yang menunggu dengan seekor anjing pengesan. Bukannya aku nak menakut-nakutkan orang. Macam kami hari tu bawa beras dan kicap, jadi sebut ajelah beras dan kicap. Terus-terang aje senang. Tak lama pun prosesnya.


Setakat 5 hari aku dan keluarga di sana, inilah yang dapat kami kongsikan. Hopefully dapat membantu mana yang perlu. 

Nasihat akhir dari aku, sila jaga tingkah laku pemanduan di Australia. Jangan bawak perangai driving pelesit macam di Malaysia ya? Orang di Australia semua pemandu berhemah. Diorang sanggup bersabar menunggu kalau ada orang nak cross jalan, walaupun sampai lampu hijau bertukar merah. Nak dengar orang bunyikan hon dekat Australia tersangat susah. Jangan buat malu Malaysia tau!!


Sunday, 26 October 2014

Perth Day 5

20 Oktober 2014

Hari ni hari kelima dan terakhir kami di Perth. Hari kelima ni juga adalah ihsan daripada AirAsia sebenarnya. Sebabnya, trip kami sepatutnya dari 16 – 19 Oktober saja. Itu tiket yang kami beli. Tapi lebih kurang sebulan sebelum trip, kami dapat email mengatakan flight balik pada 19hb cancel dan dianjakkan ke 20hb. Memandangkan husband kata dia ok je nak cuti, dan aku pulak tak ada boss nak mintak cuti, kami syok ajelah menambah sehari lagi di sini. Kos bertambahlah sikit, untuk hotel lagi 1 malam, extra makan, extra transport semua. Tapi, apadahal… bukan selalu pegi tempat orang.

Dan sebenarnya kalau nak diikutkan, kalau bukan sebab ditambah sehari lagi ni, memang kami tak sempat nak tengok bandar Perth, sebab 3 hari kami yang pertama dipenuhi dengan lawatan-lawatan ke kawasan luar dari Perth. Jadinya, Allah dah rancang yang sebaik-baiknya. 

Check out time ialah pukul 10, jadi kami ingat nak bangun lambat sikit. Tapi pukul 7.30 anak-anak dah segar bugar. Jadi aku bangun memasak lagi, cuba sedaya upaya habiskan bahan mentah yang ada. Anak-anak nak pancake (lagi?!). Habiskan kemas beg, siapkan anak-anak semua. Pukul 9 kami dah keluar, sebab ingat nak merayau city ni sikit lagi. Beg-beg kami tinggalkan di baggage drop di hotel. Free aje.


Swan Bell Tower terpacak tu
Kami ada masa lebih kurang 4 jam untuk merayau, sebab kami dah janji mintak hotel book teksi ke airport pukul 1. So dari hotel kami jalan kaki ke Swan Bell Tower. Risau juga, takut jauh sangat untuk anak-anak, tapi diorang ok ajer. Tempat tu tengah renovate, jadi tak berapa cantik nak ambil gambar. So kami teruskan berjalan lagi merentasi satu taman di dalam city, tembus ke CBD (central business district). Sempat lepak-lepak sekejap dalam taman, habiskan bekal, bergambar sikit. Anak-anak excited tengok ada couple tengah buat photoshoot dengan baju kahwin. Hihi.

Kemudian kami teruskan berjalan di kawasan kedai-kedai. Souvenir untuk anak-anak nan ramai di Malaysia belum setel lagi ni. Jadi belilah t-shirt Australia sorang satu. Masuk dalam beberapa shopping complex, tapi nothing caught my eye.

Untuk alas perut, anak-anak minta waffle dan pancake lagi, and we ended up in Gelare again. Gosh, my kids do love pancakes, don’t they? Selesai tu kami jalan balik ke hotel. Sampai di hotel 12.45, sempat duduk sekejap dan ambil beg, and taxi sampai.


Perjalanan ke airport takdelah lama pun, tak sampai pun setengah jam. Tapi kami semua terlelap. Sampai di airport, kami semua dah keluar, Adik tak nak bangun. Bila kejut dan pujuk suruh keluar, melalak-lalak dia, nak tidur dalam kereta katanya. Last-last uncle driver tu yang dukung dia. Itupun dia sambung melalak-lalak lagi sampai dekat 10 minit. Apa ajelah budak ini. Dibuatnya uncle tu drive je bawak dia, kan ke jadi warga Australia sorang anak aku.

Tambang teksi ke airport $38, sebab ditambah dengan $2 charge book teksi melalui phone. Walaupun harga dia dah sama macam harga sehari sewa kereta, kami pejam mata juga sebab salah kami tak research benda ni lebih awal. Langsung tak terfikir masa sewa kereta dulu. Dan bila dah terfikir lepas book kereta tu, kami ingat boleh naik bas je ke airport. Tapi rupanya harga bas lagi mahal, $15 seorang, sehala ke hotel. Jadi 4 orang ni dah $60. Nak buat macam mana, bayar ajelah. Adalah cara yang lebih murah, tapi complicated pulak. Naik train dan teksi, atau turun naik beberapa bas awam. Kalau berdua memang kami redah, tapi dengan anak-anak tak sangguplah.

Check in beg semua, lancar, takde masalah. Kami solat dulu di surau sebelum masuk ke dalam. Lepas imigresen semua pun takde masalah. Sampai di waiting room untuk flight dalam pukul 3. Flight kami 4.05 petang. Masuk dalam kapal pun agak awal.

Memang tak hairanlah kenapa AirAsia cancelkan flight semalam. Flight hari ni pun, yang dah combine 2 hari punya passengers, kapal masih lengang. Banyak tempat kosong. Jadi kami berempat dapat seat untuk 6 orang. Lapanglah sikit. Bolehlah anak-anak tidur berlunjur.

Kami order juga makanan dalam flight sebab last makan pancake di town tadi aje. Tapi choice tak banyak sebab kami bukan buat pre-order. Terima ajelah apa yang ada. Nasi goreng dia tak sedap, tapi ayam panggang dia not bad, dan si Adik membelasah nasi dengan rendang sampai habis. Entah sejak bila dia reti makan rendang pun aku tak tau. Agak mahalla harganya – 4 meals tanpa air RM76.

The rest of the flight was just ordinary. Sampai mengikut time, 9.45 malam. Ambil beg, singgah solat dan tunggu adik ipar aku datang jemput. By then we were all exhausted. Anak-anak pun dah tak banyak cakap bila aunty diorang sampai.

Sampai di rumah akhirnya dalam pukul 1 pagi.


Maka tamatlah sudah holiday trip ini. Back to reality. Baju bertimbun kena basuh ni, dan katanya sekarang dah 5 hari hujan. Selamat berjayalah dalam mengeringkan baju-baju di ampaian. Hahah.

Tuesday, 21 October 2014

Perth Day 4

19 Oktober 2014

Dah hari keempat dah kat sini. Bangun Subuh macam biasa, dan surf the net sampai pukul 6. Hari ni lagi banyak agenda masak memasak, dalam usaha menghabiskan bahan mentah yang kami bawak/beli, dan sebab rancangannya ialah untuk pergi picnic di King’s Park. Aku dah masak nasi siap-siap sebelum tidur semalam, jadi pagi ni buat nasi goreng bodo. Bodo sebodonya sebab takde bawang putih, takde oyster sause, takde kicap cair, takde belaka semuanya. Yang ada cuma butter, telur dan kicap pekat, garam, pepper. Hihihi. Asal kenyang jelah.

Pancake pun aku dah bancuh siap-siap semalam. Hari ni terus masak je. Aku pun dah cekap sikit mengadap dapur ni. 15 minit sebelum nak start masak aku on siap-siap jadi bila ready nak masak, dapur pun dah panas.

Sambil masak tu husband kejutkan anak-anak, bagi mandi semua. Pack barang-barang untuk ke park. Pukul 8 kami keluar. Tapi nak dijadikan cerita, satu-satunya hari yang kami nak spend di Perth City, it rained. Langit mendung, hujan gerimis.

Untuk tak mengecewakan anak-anak, kami pergi jugak, dan keluar juga
Picniclah sedaya yang boleh anak-anak yer...
kereta. Playground di Perth ni banyak yang aku jumpa beratap. Dia macam letak bumbung sikit atasnya, jadi bolehlah nak main bila panas/hujan. Anak-anak sempat makan pancake sampai habis dan main-main kejap. Bergambar semua. Tiba-tiba hujan lebat. We got trapped in the middle of the park. Jadi berlari-larian ke sebuah kiosk, tapi kiosk tu tutup. Mencari bumbung aje.

Di belakang kiosk tu ada satu area lapang yang berbumbung. Jadi kami decide untuk bentang tikar dekat situ dan picnic ajelah. Makan-makan, sembang-sembang, menikmati hari hujan dan cuaca sejuk gedi. Sempat bergambar-gambar sikit.

hiburan di hari hujan
Lepas hujan reda, kami gerak dari sana. Nak berjalan dalam Botanic Parks dia pun, hujan masih gerimis. Maka say bye-bye jelah kepada Kings Park sebab kami takkan sempat ke sini lagi. Merayau di town, tapi nak pergi mana pun masih terlalu awal. Aku masih tak dapat nak terima business hours diorang ni. Hari Ahad kedai-kedai buka pukul 11 pagi – 5 petang. In fact hari-hari pun business hours sampai pukul 5-6 petang je. Kecuali hari Jumaat, buka sampai lewat sikit. Lewat tak lewat sangatlaaa… sampai pukul 8-9 malam. Jadi kami sampai town pukul 10 pun masih tak boleh mulakan agenda perabih duit.


parking mahal gilooo di Perth City
Round-round naik kereta, membazir minyak dan masa, sampai dalam pukul 10.45 pagi, baru kami masuk ke shopping complex di Harbourtown. Aku ke sini sebab ramai sangat yang gebang pasal tempat ni. Kata shopping bestlah, murahlah. So aku semangat ni! Buat pertama kalinya aku datang dengan niat nak shopping banyak-banyak. Baju pun aku pack tak cukup sebab nak beli baju kat sini, nak pakai balik.

Kelakar, sungguh kelakar, bila aku dapati bahawa barang-barangnya mahal. Bagi akulah! Baju budak yang longgok-longgok pun dah $8 ke $10. Kalau cantik takpe beb. Tapi ini longgok-longgok. Baju yang memang cantik, subhanallah mahalnye. Si Kakak terjumpa baju Elsa yang dia sibuk nak sangat dari Malaysia lagi. Masa kami shopping di Kenanga a few weeks ago kami jumpa segala design, paling mahal pun RM80. Dekat sini semalam, dengan design yang tak cantik dan kain keras kong, harga dia $89.95. Aku boleh beli 3-4 pasang baju sama di Malaysia.

Jangan kata aku jakun. Aku pun tahu nak nilai masa bila nak convert dan jangan convert. Yang aku perhatikan di sini ialah, cost of living dia sebijik sama macam di Malaysia. Beli makanan, satu kebab pun dah $10. Hot chocolate secawan $5. Coklat satu bar $3. Baju sehelai yang average quality and normal brand (contoh brand Target) dalam $20-25. Samalah macam di Malaysia. Jadi untuk orang Malaysia jadi mahallah, sebab benda yang sama boleh jumpa di Malaysia, kita bayar 3 kali ganda nilainya.

Dalam pada tu, si Adik dah buat perangai. Kami baru nak shopping, dia start melalak ajak balik hotel. Aik, ni yang buat aku panas ni. Sejak 2 bulan sebelum aku dah briefing kata jangan kacau time shopping, dia bunyi jugak. Pujuk punya pujuk, last-last kami bawak masuk Gelare, kedai waffle. Dia nampak oversized cookie, dia nak. So beli seketul, made him promise yang lepas ni dia jangan nangis dah. Nasib baik jalan. Kakak pun dapat aiskrim. Tinggal diorang kat ayah, aku pi pusing dulu. Tapi tak jumpa apa punlah yang menarik hati.

London Court
Anyway, encik suami macam biasalah. Dia pi mana pun nak kena beli kasut. Lepas ni nak kena convert satu bilik jadi bilik kasut dia. Beli t-shirt 3 pasang untuk abah, adik lelaki dan adik ipar aku. Lepas tu terus gerak ke town. Merayau di Murray St Mall, pusing Hay Street semua. Masuk kedai Pandora, belilah seketul charm untuk diri sendiri. Harga dekat sini murahla banding di Malaysia. Ada satu cincin tu aku berkenan, aku dah check harga dia di Malaysia, RM1500 macam tu. Emas la. Aku jumpa di sini harga dia $399, which is slightly less than RM1200. Charm yang aku beli pun murah RM40 berbanding harga di Malaysia, bila convert.

Anak-anak tersangkut di Hay Street sekejap, sebab ada satu kawasan yang di namakan London Court. Di pintu masuknya tu ada jam yang berbunyi-bunyi setiap 15 minit dan ada objek berpusing-pusing setiap jam. diorang tak nak gerak dari sana, nak menunggu jam tu bunyi. Kami explore juga dalam London Court tu. Cantik. Old world charm gitu.

Merajuk!
Kami banyak juga jumpa orang-orang mabuk di kawasan Hay Street/Murray Street ni. Pengalaman pertama la bagi aku jumpa orang mabuk yang menjerit-jerit, cakap kuat-kuat, baju dan rupa kusut masai. Tak pasti sama ada diorang ni golongan homeless ke apa. Tapi ramai daripadanya rupa macam gelap-gelap sikit. Mungkin golongan asli Australia kot? Si Kakak ni pulak asal nampak aje orang macam ni, sibuk tanya-tanya, kadang-kadang sampai tuding-tuding jari. Nervous aku dibuatnya. Sekali dia terpa kat kami, mampuih! 

Usaha cari baju anak-anak, sebab kami tak cukup baju dah nak pakai balik esok. So tangkap muat jela apa yang jumpa walaupun tak berapa nak berkenan dan harga mahal. Kami ada masa sampai 4.30 macam tu sebelum kena gerak sebab kena pi hantar kereta hari ni. Duduk makan waffle kat Gelare lagi sebab kakak teringin. Beli makanan kat kedai kebab, nak bawak balik makan di bilik untuk dinner. Nak perabih apa makanan yang ada di bilik kalau boleh.

Husband hantar kami di hotel saja, sebab dia kena pi hantar kereta sewa di airport dan dia kena balik ke hotel semula naik bas. (Panjang cerita pasal kereta sewa ni. Nantilah kemudian baru kongsi.) Malas nak angkut anak-anak. Sampai di bilik terus bagi mandi diorang semua. Diorang mintak makan. Aku bawak keluar roti arab yang kami beli di kedai runcit hari tu, tengok-tengok berkulat habis dah. Macammana nak makan kebab! Jadi aku decide untuk buat roti sendiri. Roti leper jela, ala-alat roti nan tu. Biasa pun memang buat kat rumah, cuma di sini tak berapa nak cukup bahan la. Alang-alang nak kena perabih tepung. Uli-menguli, budak-budak ni makan panas-panas macam sedap sangat. Oklah tu, asal kenyang.


Husband sampai balik dalam pukul 6 lebih. Makan-makan, sembang-sembang, kemas-kemas sikit, esok nak balik dah. Anak-anak tidur pukul 8.30 lebih. Kesian, penat berjalan sepanjang hari…

Sunday, 19 October 2014

Perth Day 3

18 Oktober 2014

Kami bangun pukul 4.45 pagi macam tu, Subuh. Surf the net sikit sampai pukul 6. Terus start masak breakfast. 3-4 hari kat sini aku tak sempat keje lagi. Sebab bawak kanak-kanak ni penat dia lain macam. Ditambah dengan nak kena masak food diorang pagi-pagi. Kalau aku dengan husband aje, goreng telur sorang sebijik dah siap.

Hari ni aku masak pancake. Siap beli tepung dekat kedai runcit semalam. Bancuh pancake, masak memasak. Anak-anak sakan tidur, aku bising-bising di dapur pun tak jaga, sampai kami kejut dekat pukul 7. Suruh diorang makan, diorang nak mainlah, begitu begini. Aku yang tengah masak, aku jugak yang nak disuruh mandikan. Tak nak Ayah mandikan. Percayalah, itu semua taktik melengahkan masa semata-mata. Nasib baik Ayah cekap, jadi dia yang pack semua barang yang perlu dibawa hari ni, pakaikan baju anak, lepas tu take over basuh pinggan masa aku pulak bersiap.

Cadangnya nak gerak pukul 7.30 pagi sebab perjalanan hari ni ambil masa 2 jam lebih. Tapi keluar hotel 7.45. Kira oklah tu. Isi minyak, dan teruskan perjalanan.

Destinasi kami hari ni ialah ke Pinnacles di Nambung National Park, dan seterusnya ke Lancelin Sand Dune. Perjalanan dia agak best, sebab bukan typical highway macam di Malaysia. Tengok bentuk muka bumi dia yang bertukar-tukar, memang luar biasa. Sekejap hutan, sekejap padang rumput, sekejap padang pasir, sekejap nampak laut. Anak-anak tidur semula dalam kereta, which is good because they’ll need all the energy they can get.

Selingan: Kereta sewa kami
Kami guna gps biasa, Papago, yang kami bawa sendiri dari Malaysia. Kami setkan Nambung National Park tapi kami sampai di middle of nowhere. Jangan risau ye kalau jadi macam ni, teruskan drive slow-slow, dan anda akan nampak signboard untuk Pinnacles Drive. Masuk aje ikut jalan tu. Yang bestnya, kita boleh drive thru kawasan pinnacles ni dan stop di mana-mana untuk ambil gambar. Cantik! Pergi sana memang semata-mata untuk tengok batu-batu tu dan pemandangan, sebab memang takde aktiviti, takde tempat makan semua. Toilet dan information centre saja ada. Tapi we got a few good pictures kat sana.




Spent about sejam kat sana, kemudian kami ke Lancelin. Sebenarnya Lancelin ni sampai dulu dalam perjalanan dari Perth tadi. Tapi kami nak setelkan tempat yang jauh dulu, baru patah balik. Perjalanan ambil masa dalam 40 minit. Dalam perjalanan tu kami sempat tengok kangaroo melintas depan kereta. Itu memang sungguh exciting bagi aku. Baru betul-betul rasa datang Australia, sebab dapat tengok a wild kangaroo. Bangkai kangaroo kena langgar pun kami nampak… huuu…

Masuk dalam pekan Lancelin tu, terpinga-pinga kejap. Macam takde signboard takde apa. Gps pun takde option untuk sandboarding. Jadi kami ke information centre, dan diberi map. Tak jauh pun, tapi sandboard (papan luncur dia tu) kena sewa di pekan tu. Harganya $10 dengan deposit $50 yang diorang akan pulangkan bila kita return sandboard.


So masuklah ke kawasan pasir tu. Wowwww… sebesar-besar alam kawasan bukit pasir dia. Putih melepak sampai silau mata kami dengan pantulan daripada cahaya matahari terik. Anak-anak terus terkinja-kinja bergilir-gilir slide turun dengan ayah. Tapi kekuatan stamina sangat penting ye kat sini, sebab untuk slide turun, kita kenalah mendaki dulu nookkk…
Tempoh masak sewa sandboard ialah 2 jam, tapi sebab panas dan lapar, sejam aje kami dah gerak. Anak-anak tak puas main lagi sebenarnya, tapi nak buat macam mana kan? Mengejar masa jugak. Pulangkan sandboard, beli susu-susu sikit alas perut. Nak beli food pun macam tak yakin sebab pekan kecik je kat sana. Ada jual fish and chips, tapi tulis kat signboard, celup dengan beer batter. Haramlah jadinye. Haha.

Kakak dah merengek lapar. Bekal yang kami bawak pun dah habis makan dalam kereta tadi. Sian… minumlah susu coklat dulu yer. Diorang terlena dalam kereta sampai almost reaching Perth.

Kami terus menuju ke airport sebab ada benda nak uruskan dengan car rental. Try call diorang guna phone aku, entah kenapa tak boleh. Terpaksalah ke kaunter diorang terus. Merengek lagi anak-anak, lapar. Hujan pulak tu di luar. Alang-alang dah sampai airport, kami solat di surau dia hari tu. Lepas tu barulah ke Perth City mencari makanan. Katanya ada Nandos halal di city, tapi by the time kami sampai city dah 5 lebih. Kedai-kedai dah start tutup kauuuu…

Kegilaan apakah ini, hari Sabtu shopping complex tutup pukul 5? Stress jap aku.  Nasib baik jumpa a random kebab shop, makan kebab jelah anak-anak. Selesai makan, kami merayau-rayau naik kereta, nak jalan kaki, tapi sebab hujan and dah nak senja, cuaca sangat sejuk. Kami semua tak bawa sweater.

So by 6.30 tu kami semua dah berada di bilik. Mandikan anak-anak, pastu lepak ajelah. Hujan semula di luar, jadi kalau nak keluar pun macam tak praktikal. Anak-anak masuk tidur dalam pukul 9, lepas kena paksa. Esok pun panjang lagi ceritanya kan…

Saturday, 18 October 2014

Perth Day 2

Penat sangat semalam, pukul 7 malam dah tidur. Pastu lupa nak set alarm untuk Subuh ikut masa sini. Aku terjaga pukul 5.30, cerah benderang macam 7.30. Sembahyang ajelah Subuh gajah pun. Lepas tu terus jaga, upload gambar semalam, surf the net. Anak-anak still tidur. Pukul 6 lebih baru kakak bangun. Adik masih sedap tidur.

Dalam pukul 7.30 baru aku start ketung-ketang di dapur, buat French toast untuk breakfast . slow la sikit sini, dia pakai dapur yang tak nampak api. Aku kalau tak nampak api ni aku tak reti nak budget masak memasaknya. Semalam goreng telur pun hangit. Hahah. Kakak tolong aku masak, tolong amik susu, amik telur, sapur butter kat roti. Seronok dia, kat rumah tak dapat buat, dapur
kecik. Masuk 2 orang, berlaga bontot. Haha.

Lepas makan semua, barulah nak kerah budak-budak mandi. Haaa.. bab ni yang buat lambat ni. Kalau kami berjalan berdua, 15 minit siap. Dengan budak-budak, especially adik, mandi nak kena dipujuk-pujuk. Mula-mula pujuk suruh mandi, lepas tu pujuk suruh keluar toilet pulak. Kena kejar nak pakai baju. Bila nak pergi tempat tak biasa ni, barang banyak nak kena pikir, apa nak bawak. Bila kita nak bincang dgn ayah dia, masa tulah diorang semua nak ajak bersembang jugak. Serabut aku.

Kalut-kalut gitu, kul 8.45 camtu baru keluar. Dah start berjalan, teringat duit tertinggal dalam bilik. Patah pulak balik. Heran sungguh, bila holiday berdua takde pulak terlupa, tertinggal barang. Kalut sungguh. Tripod tertinggal, tikar tertinggal. Itupun bila dah naik bilik ambil duit baru perasan. Adala hikmahnya.


Perjalanan ke Penguin Island ambil masa dalam sejam. Sampai sana pukul 10.30. Feri kami ke pulau pukul 11. 5 minit aje perjalanan, tapi harga untuk 1 family ialah $48. Itupun kami ambil harga tambang saja. Tak beli pun tiket untuk masuk tengok penguin feeding bagai. Tanya budak-budak tu, nak tengok tak penguin. Diorang kata tak nak, nak swim and main pasir je. Baiklah, selamat duit aku.


Cuaca cantik. Panas terik, tapi angin buat cuaca rasa sedap-sedap. Sampai-sampai tu kami berjalan keliling pulau dulu. Burung seagulls punya penuh kat pulau tu. Kita berjalan sebelah-sebelah dia je. Jinak! Tapi tak boleh pegangla. Cantiklah. Air dia biru sebiru-birunya! Di sebalik sana pulau, ombak dia kuat ala-ala surfing tu. Nervous bercampur excited aku tengok. Nervousla, sebab aku memang takut ombak. Entah mana datang perangai, anak-anak 2 orang ni boleh menangis-nangis masa kami lalu atas pantai tu. Takut ombak katanya. Aduhai. Mama dengan ayah nak ambil gambar banyak-banyak pun tak boleh. Kakak dengan membebel dia lah tak habis-habis. “Kan dah kata tadi, tak payah datang sini. Kita main playground kat luar tadi je!” Ewah, dah bayar $48, banyak bunyi pulak!

Selesai round, kami ke bahagian pulau yang kami sampai tadi. Air kat situ tenang, ombak pun takde. Kakak terus tukar swimsuit dia, masuk dalam air. Sejukkk sebenarnya air dia, tapi rilek je budak tu. Cuaca panas terik makes it bearable, and sebenarnya sedap-sedap. Aku pun tukar jugak seluar mandi. Rendam-rendam paras betis. Toilet dia ada, tapi aku buat selamba katak tukar kat pantai. Guna kain telekung. Hahaha. Takde orang pun kat situ.

Kami lepak situ dalam sejam, sampai next boat to go back to mainland pukul 1.10. Tukar-tukar baju semua, gerak ke Fremantle. Drive dalam 50 minit jugak. Adik tidur berdengkur-dengkur dalam kereta. Di Fremantle kami sampai terus di market dia. Satu bangunan kecik, ala-ala CM gitu. Tapi ada jual sayur-sayur gak. But then kesian budak-budak ni, tak makan lagi. So keluar balik dari parking, cari waterfront dia, tempat jual segala fish and chips yang sering diperkatakan. Makan-makan. Harga dia boleh tahan mahalla. Beli 2 meal dan 2 air, $47. Pejam mata jelah, bukan datang hari-hari. Burung-burung dia agresif, asyik dok kacau orang makan. Tapi duduk di luar sedapla, angin sejuk. Selesai makan kami ke market semula. Merayau sikit, beli souvenir sikit. Aku macam confuse. Bila baca dalam internet, cara dia cerita pasal market tu macam besar. Tapi bangunan ni kecik je. Ke ada market lain yang aku tak tau? Aku pun tak pasti. But whatever it is, kami kesuntukan masa. By then dah pukul 4 petang, jadi kami bagi masa sejam to explore the market, lepas tu kena balik!

Fremantle ke Perth City dalam setengah jam aje drive. Balik hotel, mandi solat semua dulu. Bercinta jugaklah nak setelkan budak-budak ni. Aku and husband asyik aje kata, “kalau kita berdua ni, dah setel sampai ke mana hala dah.” Hahaha… jahat tak kami sebagai ibu bapa? Pengorbanan betullah bawak kanak-kanak ni.

Pukul 7 kami keluar semula, ke Kings Park. Aku pernah terbaca tentang pemandangan malam dari Kings Park sangat cantik. And it’s true! Memang cantik. Kami seronok explore camera functions, tapi anak-anak boringla. Kakak kata kat aku, “Mom, but I’m not having a lot of fun.” Aku kata kat dia, “Well, then you need to learn to appreciate the simpler things in life.” Pastu dia kata, “Ha? Mama cakap apa tu?” Haha. Buat perabih air liur je cakap dengan korang ni. Yang korang tahu, coklat, sweets, playground, ipad. Itu ajelah definisi fun. Hish!

Tengah seronok strolling, adik buat pengumuman. “Rasa macam nak berak je…” Argh! Toilet memang ada, tapi botol air kami tertinggal di bilik. Maka terpaksalah bergegas pulang. Lagi sekali kami sebut, “Kalau kita berdua je ni….” Kan? Jahat kan mak bapak cam kami. Haha.

Dalam kereta tu dia dah tak rasa nak berak pulak. Haiyaaa. Singgah kedai beli coklat yang diorang terkinja-kinja mintak dari semalam. Eh, ataukah alasan berak tu hanya supaya kami cepat-cepat gerak dari Kings Park supaya dia dapat pegi beli coklat? Hmmm… taktik yang bijak.

By 9.30 kami sampai di bilik semula. Kerah anak-anak tidur. Ayahnya pun berdengkur dah. Aku jela lambat sikit.

Perth Day 1

16 Oktober 2014

Flight berlepas mengikut time. Aku duduk dengan Adik, ayahnya duduk dengan Kakak. Aku kerah semua suruh tidur terus sebab esok terus nak beraktiviti. Adik memang lambat sikitla nak lena. Mengikut akula, jenis susah tidur bising2, cerah2 ni. Ayah dengan kakak sekelip mata dah ternganga dah kat belakang.

Memikirkan esok jejak2 kaki kat Australia dah terus aktiviti sepanjang hari, aku gagahkan jua terlelap sebarang dua. Sampai di Perth dalam pukul 5.45 pagi.

Time diorg sama dengan Malaysia, tapi lebih mirip kepada Sabah/Sarawak. Jadinye Subuh pukul 4.15 pagi. Masa kami sampai tu dah cerah benderang. Kastam dia interview2 juga, sebab kami declare ada food item dalam arrival kad tu. Alah, bawak beras dengan kicap je. Takut anak jantan tak mau makan fish and chips. Gitu!

Terus-terus kami menuju ke kaunter car rental. Kami sewa kereta Hyundai Accent pada harga total dalam RM500 utk 4 hari. Standard harga Malaysia je, macam kami sewa kereta kat Sabah dulu. Itu pun jadi mahal sebab anak-anak 2 orang ni kena sewa car seat. Di Australia dia road rules dia sangat strict ye. Kanak-kanak bawah 7 tahun WAJIB duduk dalam car seat. Jadinya kalau pergi melebihi 5 orang, takda choice lain, memang kena sewa kereta besar. Car seat harganya AUD10 per seat, per day. Mahal tu!

Mamat ni kaunter tu cam kerek-kerek sket. Tapi kami maafkan, sebab dia berbangsa Asia, bukan mat saleh. Orang Asia dok obersea lah katakan. Ngahaha…

Selesai urusan sewa kereta, kami pi solat Subuh. Memang dah cerah, tapi yang wajib tetap wajib. Ada ustaz kata, kalau terlajak Subuh, tak kira pukul berapa pun ada kesempatan nak solat, terus solat aje. Waktu syuruk tu tak applicable untuk terlajak Subuh. Surau dia betul-betul kat tepi kaunter-kaunter sewa kereta, di hujung terminal, di bahagian Arrival. Prayer room dia tu berkongsi dengan semua agama, tapi takde sebarang patung atau alat sembahan lain. Perempuan dan lelaki pun campur. Tapi bilik wuduk ada di dalam. Kalau tak nak buka tudung dalam surau tu (ada lelaki lain) boleh ke toilet di luar.

Selesai tu kami ke kereta. Kereta brand new, cantik! Tapi car seat untuk adik ala-ala tak muat. Bila refer orang kaunter, dia suruh drive ke terminal domestic untuk tukar car seat di sana. Nervous2 sket suamiku drive di tempat orang. Hehe.

Sampai di terminal 3, sembang-sembang dengan uncle car rental tu, rupenye dia orang Malaysia juga. Orang Sarawak. Uncle Chiau namanya. Permenant resident di Perth. Dia kata kalau kami ambil kereta dari terminal ni, car seat dengan gps dia boleh bagi free aje, Malaysia sama Malaysia. Aishhhh rugi2. Haha.

So selepas mukadimah yang panjang ni. Barulah kami drive ke destinasi pertama. Caversham Wildlife Park, Whiteman Park. Kiranya trip kami kali ni khusus untuk anak-anak. Tempat-tempat yang kami pergi pun yang sesuai untuk diorang. So janjinya nak bawak diorg tengok animals, kangaroo, koala dan sebagainya. Tempat tu sunyi sepi lagi, sebab operasi rata-rata muzium dan premis di sana pukul 10 pagi. Kami sampai tepat pukul 9. Tapi wildlife park tu buka jam 9, jadi terus pergi. Bayaran masuk untuk 1 family ialah $72.

Perut lapar jadi makan dulu di kafe dia. Mahal la sikit, tapi sebab bawak budak-budak ni tak boleh buat peel sama macam berjalan bujang.  Berjalan bujang boleh aje makan sekali sehari, tapi bawak anak-anak kena korbanla. Ada makanan halal jugak, jenis pie macam tu. boleh tanya di kaunter, diorang akan bagitau. Huhuhu. Selesai makan, terus berkejar masuk dalam untuk tengok farm show yang akan mula pukul 10. Bestla, tengok macam mana anjing jadi gembala kambing, tengok cara dapatkan bulu biri-biri, perah susu lembu, dsbnya. Orang Malaysia/melayu punyelah ramai. Aku pun confuse, aku kat Caversham ke Zoo Negara? Lepas tu tengok wombat dan kawan-kawan dia. Aku berjaya pujuk suami untuk join pegang ular. Heheh.

Masa tu anak-anak dah penat. Yelah semalam tidur-tidur ayam, kurang dari 5 jam. Cuaca sini pulak panas-panas. Entah kenapa area situ banyak lalat, jadi adik pun dah start bebai (bengang). Tapi dalam bebai-bebai tu, jumpa kangaroo berani. Kakak dah lari-lari panjat kerusi takut kangaroo. Adik lekkkkk je. Siap bagi2 makan.

Keluar dari sana, dua-dua melalak-lalak nak makan aiskrim. Aku nak bawa ke Margaret River Chocolate Factory, itu pun diorang tak boleh sabar. Yelah, badan penat sebenarnya. Dapatkan info di information centre, then drive ke sana. Diorang bagi sampel coklat free flow, makan je sesuka hati. Adik membedal macam takde hari esok. Belikan aiskrim sorang satu, ha senyap kau sekejap. Kami minum susu coklat dia, lepak-lepak. Nak beli makanan pun semuanya ada ham, bacon bagai.

Yang aku geramnya kat Swan Valley ni, bunga-bunga dia. Pokok bunga ros, bunga lebat macam pokok bunga kertas kita tu. Bunga besar-besar tapak tangan. Segala warna ada. Subhanallah! Aku yang hilang akal dari dalam kereta. Nak pegi dekat, dalam kawasan orang, tak berani pulak. Nak berenti kereta tapi jalan sesuka hati pun aku takut.

Kami singgah di sebuah kedai madu untuk beli madu. Alang-alang dah sampai di tempat dia. Sebab dekat rumah aku, madu memang consume dengan banyak. Adik selalu batuk tapi aku memang haramkan diorang makan ubat batuk. Jadinye kan elok kalau ada madu good quality. Beli Ginger Honey 1kg, $23. Aku rasa reasonable harga dia, which is dalam RM70 duit kita.

By then dah pukul 2 lebih. Mata semua orang pun dah tak larat buka. Jadi kami terus ke Perth City, ke hotel kami. Good Earth Hotel. Betul-betul tengah town.

Aku takde expectation yang tinggi tentang hotel ni, sebab gambar dia tak berapa attractive. Kenapa aku pilih? Sebab it’s the only hotel yang harga berpatutan, ada dapur, parking dan Wifi free, dan ada sofa bed untuk anak-anak. Tapi bila sampai, aku sangat pleasantly surprised! Sangat bersih, sangat complete. Dapur dia ada all basic items untuk memasak. Banyak plug point yang boleh digunakan. Ada balcony, dekat dgn semua transport. Dekat dgn kedai runcit. Ada meja makan. Pendek kata, aku sangat rekomen hotel ni untuk family. 4 malam di sini, total harga RM1550. Slightly less than RM400 per night, which is a lot cheaper than many other places around here. Masa aku search Airbnb hari tu pun, harga untuk couple murah, tapi bila add anak-anak kena bayar lebih. Paling murah pun RM1700. Alhamdulillah.

Sampai bilik, segar bugar pulak kanak-kanak ini. Haishh.. mandi-mandi semua, keluar pegi beli barang untuk masak. Dinner nasi, kicap dengan telur goreng aje nok. Sebab tukang masak penat. Haha.

Pukul 7 aku kerah semua masuk tidur. Di luar dah gelap pun.


Sekian.

Friday, 17 October 2014

Journey to Perth

And soooo… I’m back after a 6 to 7 months of absence. Kalau I’m back tu maknanya nak berjalan lagi la tuuu..

Hehe.

Jadinya, kali ni kami akan ke Perth, Australia. No, no, bukan honeymoon. We are taking the kids this time. Aku tak ingat bulan berapa aku beli tiket ni, but it was one of the promos. Untuk 4 orang kami dapat harga RM2800, termasuk tambah luggage, pilih seat semua. Kira oklah tu. Kalau airline lain seorang dah 1000 lebih. Kan?

Perjalanan kami bermula pada 15 Oktober 2014, yakni perjalanan ke KLIA2. Flight kami hanya pada jam 00:05 malam, 16 Oktober. Mencabar jugaklah bawak anak-anak ni. Walaupun dah puas aku briefing, dah puas aku warning. Si kakak okay banyak, sebab dah faham. Si adik ni ha… aishh. Dahla semenjak dua menjak ni kuat benar melalaknye. Aku saspen aku kena masuk penjara kat Australia sebab tabuh anak. Hahah.

Jadinya, ayah mertua dan adik ipar aku hantarkan kami ke airport. Kami sampai dalam pukul 9.15 malam. Terus check-in beg. Alhamdulillah, memandangkan airport dah besar, tak payah nak beratur pun check-in bag. Lengang aje. Siap tu terus pegi makan KFC. Bawak anaklah katakan…

Selesai makan kami terus menapak ke gate Q14. Dalam perjalanan tu singgah solat dulu di salah satu suraunya yang banyak. Bab tu aku suka. Tak payahlah semua orang berebut masuk satu surau. Bersih, wangi, sejuk. Bes2.


Sampai di gate pukul 11. Anak-anak dah bising, “Bila aeroplane ni nak sampai ma?”, “Apsal lambat sangat dia isi minyak ma?”. Ha, tu dia, cabaran dia mai dah… sabar, sabar!..........

Friday, 4 April 2014

Post UK Entry

As usual, finding time to write after I get back from a holiday is CRAYZEE! Sebab tulah aku gigih menulis entry siap-siap masa tengah bercuti. But at the same time, I just don’t feel right kalau aku tak tulis a little bit of insight on the whole experience. So here we are…

  • London, being London, is somewhat expensive, lebih-lebih lagi dari aspek penginapan. Puas kami mencari hotel, tapi nak dapatkan hotel yang di lokasi central dengan harga murah is almost impossible. Which is why we decided on Airbnb.com. Melalui website ni, orang awam yang ada bilik kosong, sofa bed di ruang tamu, rumah kosong dan sebagainya, boleh sewakan kepada pelancong dari serata dunia. It’s a nice concept, and this is a 1st time I’m using it. I liked it! Hanya pengguna berdaftar boleh guna Airbnb, sebab ia sangat menitikberatkan aspek keselamatan. Join here.
  • Untuk travel ke sekitar London, aku sangat menyarankan penggunaan Oyster Card. It’s like Touch n Go di Malaysia, dan boleh digunakan di semua pengangkutan awam yang ada, macam underground, bas dan sebagainya. Disebabkan aku hanya guna untuk 2 hari, aku masih tak sempat faham sepenuhnya how it works. I tried Googling before ke sana, dan explanation dia macam panjang lebar sampai aku pening. 
  • Setakat yang aku paham ialah macam ni: Seluruh London dibahagikan kepada 6 zon; Zon 1 is the central dan Zon 6 ialah paling luar bandar. Kami gunakan Pay As You Go card, dan bila kita guna Oyster Card di luar waktu-waktu puncak (9.30  pagi sampai 4.30 petang hari bekerja; selepas pukul 7 petang hari bekerja; hujung minggu dan public holiday), kita akan dapat diskaun-diskaun tertentu. Dan kalau ikut kefahaman aku, asalkan kita travel dalam Zon 1 dan Zon 2, kita akan dicaj maksimum £8 sehari tak kira sebanyak mana kita naik turun public transport. Harga kad tu ialah £5, dan kita perlu top up value yang kita nak dalam kad tu. Disarankan untuk masukkan dalam £10 untuk setiap hari kita ada di sana, especially kalau kita akan gunakan pengangkutan awam sepanjang hari. Dan jangan risau tentang bakinya, sebab bila kita dah tak nak guna kad tu, kita boleh pergi ke mana-mana station dan pulangkan balik kad dan dapatkan balik baki kad ditambah dengan £5 kita beli kad tu.
  • Sepanjang kami di London, kami memang bergantung sepenuhnya kepada underground (kereta api bawah tanah). Download app London Underground. It helped us a lot, sebab boleh digunakan walaupun tanpa internet connection. Just taip destination kita dan dia akan bagitahu kena naik train mana, tukar train dekat mana, turun dekat mana, tempoh perjalanan semua.
  • Shopping di UK memang gila, aku mengaku itu. Dan advantage yang lebih besar untuk kita ialah kita boleh claim VAT refund dekat airport nanti. Aku nak cerita panjang pun, aku takdelah arif sangat. Lain-lain kedai tetapkan minimum amount yang berbeza untuk claim VAT, dan sesetengah kedai tak offer pun benda tu. So kena ringan mulut bertanya dan minta. Kalau tak, even if kita entitled, diorang takkan offer dekat kita, sebab diorang tak tau sama ada kita ni pemastautin atau pelancong. Boleh baca lebih lanjut dekat sini: VAT  
  • Public transport di sekitar UK sangat efisyen. Kami naik underground sepanjang 3 hari di London, kemudian naik kereta api pergi ke dan balik dari Birmingham. Punctual, bersih, praktikal. Untuk pembelian tiket train ke negeri-negeri lain di sekitar UK, kami gunakan website www.thetrainline.com
  • Bagi peminat-peminat Premier League, sukacita dimaklumkan bahawa London menempatkan sangat banyak football teams dan stadium. Antaranya ialah Arsenal, Chelsea, Tottenham Hotspurs, West Ham United, Queens Park Rangers, Crystal Palace, Fulham. Senanglah nak pergi melawat stadium, sebab hampir semuanya berada di Zon 2 London. Dan kalau memang minat bola, rasanya tak lengkap holiday ke UK kalau tak pergi at least melawat stadium bola. Bonus kalau dapat tengok football match di stadium.
  • Orang Islam sangat ramai di UK, dan makanan halal pun senang nak jumpa. Kebetulan nasib kami baik, kami tinggal di kawasan Queens Park di London yang ada banyak kedai halal. Masa di Birmingham, kawan aku bawa kami ke kawasan Islam di sana; Coventry Road namanya. Siap ada pasar raya yang jual semua jenis daging halal. Di Manchester, kawasan Islam ialah di Rusholme. Masjid pun banyak, cuma kena pandai cari dan rajin bertanya.
  • Masa kami pergi ni, technically it is already spring, tapi cuaca masih SEJUK!! Jadi buat persediaan, bawalah baju sejuk walau apa pun yang dikatakan di dalam ramalan cuaca. Kalau akan keluar jalan-jalan di luar, standby baju hujan ataupun payung. Suhu di London lebih tinggi berbanding Birmingham dan Manchester, mengikut pengalaman kami.  



Apa lagi ya? I can’t think of anything else. But UK is nice. I enjoyed my 10 days kat sana, in spite of the cold weather and the crazy exchange rate (£1 = RM5.50). Would have loved to stay longer, lebih-lebih lagi mengenangkan 2 hari lepas kami balik, kawan aku dan husband dia tu dapat tengok game MU vs Bayern Munich di Old Trafford. Eh, tetiba aku plak gila bola? Hahah…

Wednesday, 2 April 2014

3rd Annual Couple’s Trip Day 10: Birmingham – London – Abu Dhabi – Malaysia

Hari terakhir kami di sini. Train dari Birmingham ke London pada pukul 1.30 tengah hari, jadi lepas breakfast dan packing, kawan aku dan husband dia hantar kami ke New Street Station. Mengheret beg-beg tu, kalau nak shopping last minute pun memang tak dapatla.

Perjalanan dalam train ambil masa 1 jam 30 minit, sampai ke Euston Station di London. Tiketnya kami dapat harga £7.50 seorang. Semua tiket train kami beli melalui website thetrainline.com sebelum trip ni. Beli awal mungkin boleh dapat murah sikit.

Flight kami dari Heathrow ke Malaysia (transit di Abu Dhabi) cuma pada jam 9.10 malam, jadi pukul 3 petang tu masih awal untuk terus ke airport. Plan asalnya, kami nak tinggalkan beg-beg di baggage service di Euston Station, dan mungkin pergi merayau di London untuk 2 jam. Bertolak dari Euston ke Heathrow dalam pukul 5 pun will give us plenty of time to check in and settle in the airport. Tapi bila check balik harga baggage storage tu, husband jadi berat hati pulak. Untuk 0-3 jam, setiap beg dikenakan harga £6. Kami ada 2 beg. Dia kata mahal sangat. So nak tak nak, terpaksalah mengheret beg-beg tu. Terus terbataslah pergerakan kami.

Bincang-bincang, akhirnya decide nak cari lunch aje, dan lepas fikir-fikir, kami nak ke King’s Cross sebab masih walking distance dan di sana banyak makanan halal. Lenguh jugaklah tangan aku mengheret beg tu. Makan di kedai middle east, Best Mangal. Lepas tu terus ke King’s Cross.

Masa tu dalam pukul 4.30. kami check baki Oyster card untuk ke Heathrow, dan dapat tahu yang Picadilly Line, laluan terus ke Heathrow, sedang diselenggara. Maknanya kami tak boleh naik direct train ke Heathrow. Instead, kami kena naik sampai ke Hammersmith, lepas tu naik replacement bus sampai Acton Town, baru sambung naik train semula ke Heathrow. Panjanglah sikit ceritanya.

Di Hammersmith tu, proses nak beratur naik bas dan perjalanan ke Acton Town tu agak menyeksakan. Manusia sama aje dekat mana-mana; kalau dah namanya beratur naik bas tu, memang macam gitu jugaklah gayanya. Bertolak-tolak, berhimpit-himpit.

Kami akhirnya sampai di Heathrow pukul 6.30 – setengah jam lewat daripada yang dirancang. Check in dulu, lepas tu pergi ke surau sebab kami belum solat Zohor Asar, dan Maghrib pun dah dekat. Surau di Terminal 4 ada di Section G, di hujung terminal tu; Multi-faith Prayer Room namanya. Ada seorang lelaki kulit hitam yang banyak tolong kami, tunjukkan kiblat, bagitahu belah mana surau lelaki dan belah mana surau perempuan, wuduk ambil di mana semua. Kami terus aje duduk situ tunggu Maghrib dan sempat solat berjemaah ramai-ramai.

Pukul 7.40 barulah kami lepas security check. Ada banyak masa lagi masa tu, jadi husband cuba pergi uruskan tuntutan VAT. Tapi kaunternya punyalah slow pulak. Orang claim banyak-banyak, setiap resit nak kena check. Ada sorang lelaki Arab claim VAT £8000. Itu VAT. Maknanya perbelanjaan dia berpuluh kali ganda daripada tu. Fuiyooooooo. Kami yang claim 1 resit dengan nilai £6 lebih akhirnya mengaku kalah. Yela, flight kami dah berkelip-kelip signboard kata “Boarding”, kita dok sibuk nak kejar £6 apa kes?? Haha. Oyster card kami pun tak sempat pergi pulangkan dan dapatkan refund. Souvenirlah tu.

Alhamdulillah, the whole flight was OK. Cubaan kami untuk tukar meal plan kami secara online berjaya, jadi kami dapat makan menu sedap-sedap. Hihi. Aku banyak tidur aje.

Sampai di Abu Dhabi 7.15 pagi waktu Abu Dhabi. Solat, lepas tu duduk-duduk aje, menunggu next flight, jam 10.50. Flight ke Kuala Lumpur pun Alhamdulillah, selamat semua. Kami dapat tempat duduk depan sekali, jadi bolehlah nak berlunjur-lunjur kaki. Again, I slept most of the way.

Touch down di KLIA jam 10 malam.

Alhamdulillah, selamat sampai. I miss UK already. But I miss my kids too.

p/s: Hari nak balik macam biasalah, mesti takde gambar. Sebab kelam-kabut. haha.


Tuesday, 1 April 2014

3rd Annual Couple’s Trip Day 9: Manchester

Kami bermalam di Holiday Inn Express Salford Quays. Dari pihak kami, ia sangat highly recommended. We enjoyed our stay here walaupun singkat. Tilam dia sedap, bantal dapat 4 biji dan ada pilihan bantal keras ataupun lembut. Cerek air panas dengan kopi, susu dan gula disediakan, as well as towels. Hair dryer pun ada.

Kami turun breakfast pukul 8.30, ramai warga berjersi merah. Breakfast dia pun not bad. Pilihan roti, ban dan croissant dengan butter, jam dan sebagainya. 5-6 jenis cereal/muesli dengan yogurt, buah, susu. Ada juga masakan panas macam scrambled egg, baked beans dan sosej, tapi yang tu kami tak ambil. All in all, aku sangat puas hati. Croissant dia sedap!

Selesai makan kami lepak dulu dalam bilik sampai dekat pukul 11, baru check out. Game Aston Villa vs Manchester United pukul 12.45, tapi kami kena jalan kaki ke stadium. Beg-beg kami tinggalkan di reception, dan reception bagi direction untuk ke stadium. Dekat aje rupenye. Keluar je dari pintu belakang hotel, dah seberang sungai. Jalan di sepanjang sungai melintasi Vue Outlet Mall sampai ke jambatan. Cross jambatan tu sampai ke Wharfside, belok kanan, dah boleh nampak stadium. Kami tembus di Sir Alex Fergusan Way. 10 minit aje berjalan kaki. And the weather is nice today, sunny and not too windy.

Dah meriah dah masa kami sampai. Sempat beli muffler sorang satu. Apadahal, bukan hari-hari dapat tengok game kat stadium. Bergambar sikit. Banyak juga nampak muka Melayu dekat sini.

Paul Scholes yg pakai sweater biru gelap dan kolar putih
Macam biasa, husband ajak tawaf stadium. Sampai dekat kawasan parking kereta belakang stadium, kami terserempak dengan Paul Scholes!! Dua orang bonzer tengah iring dia masuk ke Centennial Club. Ya Rabbi, bertuah pulak husband aku kali ni. Dia nampak aje dia terus lari ke arah Scholes, so aku pun lari ikut dia. Tapi tiba-tiba husband berhenti dan patah balik, sebab Scholes dah nak sampai ke pintu club. Ruginya!!! Elok masa husband berhenti dan patah balik tu, ada orang lain approach Scholes, and dia relax je berhenti ambil gambar dengan orang tu. Sedih! Kalau tak dapat gambar sensasi.

Kami akhirnya masuk dalam stadium pukul 12. Nak masuk tengok bola tak guna tiket pun. Instead, kami diberi pinjam 2 kad membership MUFC daripada 2 orang student university sini (salah seorangnya yang kami jumpa malam semalam). Bila orang yang ada membership beli tiket, dia just masukkan data dalam kad tu. Canggih betul.

Seat kami nun di atas, dekat dengan bumbung, di Sir Alex Ferguson Stand. Maksudnya kami duduk bertentangan dengan bench pemain dan tempat duduk VIP. Memanglah, nampak kecik je orang yang main bola dekat bawah. Tapi rasa puas dapat tengok di stadium. Lainla feeling tu. Sukar digambarkan.

Game start pukul 12.45, and we got sucked into the game. Tengok kat stadium  tak terasa masa berjalan. Tiba-tiba eh, dah half time? Eh, dah habis? Kembang bontot bila MU menang 4-1. Rooney score 2, Mata 1, Chicharito 1. Eh, tetiba aku jadi pengulas sukan kat sini. Haha. Aku mengaku yang aku juga telah menjerit-jerit dan terkinja-kinja di situ. Rosak imej muslimah yang dibawa. Huuu…

Habis game, bergambar sikit, then balik ke hotel. Husband sempat beli souvenir MU lagi dari orang yang jual-jual tepi jalan. Ambil beg, terus ke station tram Salford Quays untuk ke Picadilly Station. Aku janji dengan kawan aku tu nak jumpa di city. Kami sebenarnya dah beli tiket train ke Birmingham semula. Train sepatutnya pukul 7 malam. Tapi at the last minute kawan aku decide nak overnight di Manchester jugak, jadi kami boleh balik sama-sama ke Birmingham. Burnlah tiket harga £21 tu.

Tunggu diorang depan Mercure Hotel, sebab kawan aku, husband dia, dengan 2 beradik yang semalam tu nak minum di Richmond Tea Rooms. Kami ni tak makan sejak breakfast tadi. Memang kebuluranlah. Dengan belum solat lagi.

Untuk solat kami dihantar ke fakulti engineering dekat-dekat situ, tapi kami tak dibenarkan masuk sebab takde student card. Terpinga-pinga sekejap. Last-last kami jalan kaki ke Picadilly Station. Cari surau dalam tu pun takde. Ambil wuduk di toilet dan solat di kawasan yang agak terpencil di tingkat dua station tu. Tawakallah. Barulah ke Richmond Tea Rooms. Diorang berempat dah risau kami sesat ke apa.

Hi-tea tu agak classy jugakla. Macam jenis-jenis English tea party yang kita biasa tengok dalam TV. Ada teko cantik, cawan cantik. Ada scones dengan clotted cream dan jam. Diorang order kek dengan ice cream. Harga dia not bad; seteko air teh untuk seorang (kami share aje berdua) dengan 1 scone besar, clotted cream dan jam harganya £6.50. Aku ingatkan di sini, jangan convert harga dia kepada RM, sebab kalau buat macam tu, kita takkan boleh beli apa-apa dan akan mati kebuluran pada hari pertama. Cuba pandang dari sudut currency tempatan, murahlah.
 
Dekat 6.30 petang kami keluar dari kedai. Rupanya belakang kawasan tu ada kawasan gay. Ramai lelaki-lelaki yang berpegangan tangan dan bermanja-manja dilihat melintas kawasan tu. Hihi. Bungkus burger untuk dinner, then kami ke Manchester City Stadium. Saja ambil gambar sikit di stadium tu, sambil makan burger yang dibungkus tadi. Barulah bersurai, gerak balik Birmingham.

Sampai rumah dalam pukul 9. Mandi, mengemas beg sebab esok dah nak balik. Hari ni kurang sejuk, dapatlah mandi malam. tapi kurang tak kurang pun, dalam 14°. Lepas tu relax jela. Aku sampai terlelap-lelap atas sofa.

Pukul 1 pagi tadi dah berlaku pertukaran masa. Maksudnya masa dicepatkan sejam. Aku pun keliru, ini maksudnya Daylight Savings bermula ke, Daylight Savings berakhir. Otak aku memang wiring untuk benda-benda sains pelik-pelik ni terencat sikit. Haha.

So good night Birmingham, for the last time. I’m gonna leave you tomorrow.



Sunday, 30 March 2014

3rd Annual Couple's Trip Day 8: Manchester - Cheshire Oaks

Today is The Day. Kami akan bergerak ke Manchester hari ni. Kami bertolak awal, sebab husband dah book Stadium Tour di Old Trafford Stadium, Manchester United pukul 11.30. Sempatlah breakfast sikit-sikit kat rumah dan prepare bekal sandwich telur.

Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam, kami sampai sana 11.15 pagi. Ramai orang dekat stadium, mungkin sebab esok ada game. Kami terus masuk ke dalam, husband ambil tiket stadium tour. Kawan aku dan husband dia lepak di luar, tengok museum tour Manchester United memandangkan it’s free. Aku dan husband terus start Stadium Tour.
Bestla. Serious. Feeling dia lain macam sikit. Bila masuk je dalam stadium tu, aku pulak yang sebak tak tau kenapa. Padahal aku bukannya layan sangat team EPL ni. Setakat teman suami je. Mungkin sebab aku reflect feelings husband aku kot. Dream come true untuk dia ni.

Dapat tengok seat biasa, seating khas untuk golongan kurang upaya (terbaik beb seating kat sini. Privilege diorang sangat special – toilet special, tempat makan special, seating depan sekali, and everything free!). Kami pergi Director’s Lounge, bilik press conference, bench untuk players, Players’ Lounge, Dressing Room. Beberapa kalilah jugak aku sebak masa kat dalam tu, terexcited lebih. Wah, tetiba over pulak!
Orang Melayu kemain ramai buat tour jugak, sebab session dia setiap 10 minit. Masa awal tadi kami nampak segerombolan budak muda from Malaysia dengan pengacara Hunny Madu. Kata husband, tu peserta dan pengacara rancangan Mencari Ramli.


Selesai tour, kami merayau dalam souvenir shop dia. Husband beli sweater MUFC dengan keychain MU. Layankan aje, bukan selalu dapat sampai sini. Entah sampai lagi entah tidak. Dari sana kami jumpa balik dengan kawan aku. Husband dia sempat lari balik masuk dalam souvenir shop MU tu, beli muffler Champions League Bayern Munchen vs MU. Dia tu pembenci tegar MU, dan inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di Old Trafford walaupun dah 3-4 kali datang. Sebelum ni keluar kereta pun tak nak. Kami bangga menjadi pelopornya. Hahah.

Since dah pukul 1 lebih masa tu, kami decide nak check-in hotel aku terus. Malam ni aku dan husband akan tinggal di Holiday Inn Express Salford Quays. Kami dapat harga RM258 untuk satu malam, breakfast included. Pada aku harga tu agak standard, sebab kalau convert harga Pound baru dlm £45. Kami book through website Russia, www.ostrovok.ru.

The room impressed me. Saiz dia lebih besar daripada yang aku jangkakan, memandangkan bangunan dia agak kecil dan simple. Ada double bed, dan ada 1 sofa bed 2 seater. Flat screen TV dengan channels yang sangat banyak. Fair-sized toilet dengan shower yang sangat sedap. Free Wifi and breakfast. View pun cantik, menghadap ke sungai dan kawasan MediaCity.

Kami solat, lepas tu terus keluar balik. Kali ni nak ke Cheshire Oaks, iaitu lebih kurang macam Bicester Village hari tu, tapi 3 kali ganda lebih besar, dengan jenama yang lebih tertumpu kepada middle income. I like! It takes about 45 minutes driving dari Manchester.

Kami sampai di sana dalam pukul 3 lebih, dan kawan aku kata dia bagi kami masa 5 jam untuk explore – sampai tempat tu tutup pukul 8. Ternganga aku, lama giler! Tapi dia kata tak payah komen banyak-banyak, pegi je berjalan. Aku tak yakin aku boleh shopping selama itu, tapi nampaknya kawan aku memang lebih berpengalaman.

Aku akhirnya berjaya membeli barang untuk diri sendiri dekat sini. Beli juga sepasang sweater GAP sebab murah - £15. Husband telah menunaikan kata-katanya untuk memborong kasut dengan membeli 3 pasang kasut. 2 pasang di Clarks dan sepasang kasut Asics. Aku pun dapatlah jumpa wallet dan winter jacket, walaupun agak loser sebab beli winter jacket kanak-kanak saiz 12-13 tahun. Itu je yang muat dan macam comel-comel sket. Ada Cadbury Outlet jugak, husband beli coklat sikit lagi untuk bawak ke ofis.

Sedar tak sedar, pukul 7.30 jugak baru selesai kami pusing seluruh kawasan tu. Dalam pukul 8 kami gerak balik. Dah pusing naik kereta tu baru aku perasan kat belah belakang ada H&M jugak. Wuwuwuwuwu…

Terus menuju ke Manchester untuk jumpa dengan kawan diorang, 2 beradik students yang tinggal di sini. Kawan aku dan husband dia ni akan bermalam di rumah 2 beradik ni malam ni. Kami pun dapat beli tiket game MU vs Aston Villa esok dengan bantuan si abang. Kami dinner dulu di kawasan student di Manchester ni. Diorang bawa ke restoran cina halal. Kedai tu penuh dengan orang Melayu semata-mata. Harga dia OK, dan rasa pun not bad.


Siap makan, kawan aku bawa beli aiskrim falouda di Rusholme, kawasan Muslim dekat Manchester tu. Baru dia hantar kami balik ke hotel. Keletihan dah masa tu. Terus mandi, solat aje. Nak layan channel dia yang banyak pun dah tak larat buka mata. Rasanya masa kami tidur tu dah pukul 12 lebih.