Flight berlepas mengikut time. Aku duduk dengan Adik,
ayahnya duduk dengan Kakak. Aku kerah semua suruh tidur terus sebab esok terus
nak beraktiviti. Adik memang lambat sikitla nak lena. Mengikut akula, jenis
susah tidur bising2, cerah2 ni. Ayah dengan kakak sekelip mata dah ternganga
dah kat belakang.
Memikirkan esok jejak2 kaki kat Australia dah terus aktiviti
sepanjang hari, aku gagahkan jua terlelap sebarang dua. Sampai di Perth dalam
pukul 5.45 pagi.
Time diorg sama dengan Malaysia, tapi lebih mirip kepada
Sabah/Sarawak. Jadinye Subuh pukul 4.15 pagi. Masa kami sampai tu dah cerah
benderang. Kastam dia interview2 juga, sebab kami declare ada food item dalam
arrival kad tu. Alah, bawak beras dengan kicap je. Takut anak jantan tak mau
makan fish and chips. Gitu!
Terus-terus kami menuju ke kaunter car rental. Kami sewa
kereta Hyundai Accent pada harga total dalam RM500 utk 4 hari. Standard harga
Malaysia je, macam kami sewa kereta kat Sabah dulu. Itu pun jadi mahal sebab
anak-anak 2 orang ni kena sewa car seat. Di Australia dia road rules dia sangat
strict ye. Kanak-kanak bawah 7 tahun WAJIB duduk dalam car seat. Jadinya kalau
pergi melebihi 5 orang, takda choice lain, memang kena sewa kereta besar. Car seat
harganya AUD10 per seat, per day. Mahal tu!
Mamat ni kaunter tu cam kerek-kerek sket. Tapi kami maafkan,
sebab dia berbangsa Asia, bukan mat saleh. Orang Asia dok obersea lah katakan. Ngahaha…
Selesai urusan sewa kereta, kami pi solat Subuh. Memang dah
cerah, tapi yang wajib tetap wajib. Ada ustaz kata, kalau terlajak Subuh, tak
kira pukul berapa pun ada kesempatan nak solat, terus solat aje. Waktu syuruk
tu tak applicable untuk terlajak Subuh. Surau dia betul-betul kat tepi
kaunter-kaunter sewa kereta, di hujung terminal, di bahagian Arrival. Prayer
room dia tu berkongsi dengan semua agama, tapi takde sebarang patung atau alat
sembahan lain. Perempuan dan lelaki pun campur. Tapi bilik wuduk ada di dalam. Kalau
tak nak buka tudung dalam surau tu (ada lelaki lain) boleh ke toilet di luar.
Selesai tu kami ke kereta. Kereta brand new, cantik! Tapi car
seat untuk adik ala-ala tak muat. Bila refer orang kaunter, dia suruh drive ke
terminal domestic untuk tukar car seat di sana. Nervous2 sket suamiku drive di
tempat orang. Hehe.
Sampai di terminal 3, sembang-sembang dengan uncle car
rental tu, rupenye dia orang Malaysia juga. Orang Sarawak. Uncle Chiau namanya.
Permenant resident di Perth. Dia kata kalau kami ambil kereta dari terminal ni,
car seat dengan gps dia boleh bagi free aje, Malaysia sama Malaysia. Aishhhh rugi2.
Haha.
So selepas mukadimah yang panjang ni. Barulah kami drive ke
destinasi pertama. Caversham Wildlife Park, Whiteman Park. Kiranya trip kami
kali ni khusus untuk anak-anak. Tempat-tempat yang kami pergi pun yang sesuai
untuk diorang. So janjinya nak bawak diorg tengok animals, kangaroo, koala dan
sebagainya. Tempat tu sunyi sepi lagi, sebab operasi rata-rata muzium dan
premis di sana pukul 10 pagi. Kami sampai tepat pukul 9. Tapi wildlife park tu
buka jam 9, jadi terus pergi. Bayaran masuk untuk 1 family ialah $72.
Perut lapar jadi makan dulu di kafe dia. Mahal la sikit,
tapi sebab bawak budak-budak ni tak boleh buat peel sama macam berjalan bujang.
Berjalan bujang boleh aje makan sekali
sehari, tapi bawak anak-anak kena korbanla. Ada makanan halal jugak, jenis pie macam tu. boleh tanya di kaunter, diorang akan bagitau. Huhuhu. Selesai makan, terus
berkejar masuk dalam untuk tengok farm show yang akan mula pukul 10. Bestla,
tengok macam mana anjing jadi gembala kambing, tengok cara dapatkan bulu
biri-biri, perah susu lembu, dsbnya. Orang Malaysia/melayu punyelah ramai. Aku pun
confuse, aku kat Caversham ke Zoo Negara? Lepas tu tengok wombat dan
kawan-kawan dia. Aku berjaya pujuk suami untuk join pegang ular. Heheh.
Masa tu anak-anak dah penat. Yelah semalam tidur-tidur ayam,
kurang dari 5 jam. Cuaca sini pulak panas-panas. Entah kenapa area situ banyak
lalat, jadi adik pun dah start bebai (bengang). Tapi dalam bebai-bebai tu,
jumpa kangaroo berani. Kakak dah lari-lari panjat kerusi takut kangaroo. Adik lekkkkk
je. Siap bagi2 makan.
Keluar dari sana, dua-dua melalak-lalak nak makan aiskrim. Aku
nak bawa ke Margaret River Chocolate Factory, itu pun diorang tak boleh sabar. Yelah,
badan penat sebenarnya. Dapatkan info di information centre, then drive ke
sana. Diorang bagi sampel coklat free flow, makan je sesuka hati. Adik membedal
macam takde hari esok. Belikan aiskrim sorang satu, ha senyap kau sekejap. Kami
minum susu coklat dia, lepak-lepak. Nak beli makanan pun semuanya ada ham,
bacon bagai.
Yang aku geramnya kat Swan Valley ni, bunga-bunga dia. Pokok
bunga ros, bunga lebat macam pokok bunga kertas kita tu. Bunga besar-besar
tapak tangan. Segala warna ada. Subhanallah! Aku yang hilang akal dari dalam
kereta. Nak pegi dekat, dalam kawasan orang, tak berani pulak. Nak berenti
kereta tapi jalan sesuka hati pun aku takut.
Kami singgah di sebuah kedai madu untuk beli madu. Alang-alang
dah sampai di tempat dia. Sebab dekat rumah aku, madu memang consume dengan
banyak. Adik selalu batuk tapi aku memang haramkan diorang makan ubat batuk. Jadinye
kan elok kalau ada madu good quality. Beli Ginger Honey 1kg, $23. Aku rasa
reasonable harga dia, which is dalam RM70 duit kita.
By then dah pukul 2 lebih. Mata semua orang pun dah tak
larat buka. Jadi kami terus ke Perth City, ke hotel kami. Good Earth Hotel. Betul-betul
tengah town.
Aku takde expectation yang tinggi tentang hotel ni, sebab gambar
dia tak berapa attractive. Kenapa aku pilih? Sebab it’s the only hotel yang
harga berpatutan, ada dapur, parking dan Wifi free, dan ada sofa bed untuk
anak-anak. Tapi bila sampai, aku sangat pleasantly surprised! Sangat bersih,
sangat complete. Dapur dia ada all basic items untuk memasak. Banyak plug point
yang boleh digunakan. Ada balcony, dekat dgn semua transport. Dekat dgn kedai
runcit. Ada meja makan. Pendek kata, aku sangat rekomen hotel ni untuk family.
4 malam di sini, total harga RM1550. Slightly less than RM400 per night, which
is a lot cheaper than many other places around here. Masa aku search Airbnb
hari tu pun, harga untuk couple murah, tapi bila add anak-anak kena bayar
lebih. Paling murah pun RM1700. Alhamdulillah.
Sampai bilik, segar bugar pulak kanak-kanak ini. Haishh..
mandi-mandi semua, keluar pegi beli barang untuk masak. Dinner nasi, kicap
dengan telur goreng aje nok. Sebab tukang masak penat. Haha.
Pukul 7 aku kerah semua masuk tidur. Di luar dah gelap pun.
Sekian.
salam kak..boleh tahu nama syarikat kereta yang akak sewa tu? inshaAllah akan kesana nanti. thanks akak
ReplyDeleteSalam Shukrie... Nama syarikat kereta sewa tu AutoEurop kalau tak salah. Tapi nasihat saya, baca betul-betul semua terms & conditions yang ada, sebab semuanya banyak hidden charges. Kalau harga sewa kereta murah pun, mungkin sebab belum ditambah hidden charges tu. Airport caj, tax itu ini, VAT lagi. Survey semua option yang ada, dan semak betul-betul.
DeleteSalam, saya nk tanya masa buat booking goodearth hotel tu awak booking utk 2 guests ke? sbb saya try book utk 2 guests pastu try book 2 adult + 2 child harga dia lain sgt. jadi bertambah mahal.s aya berkira 2 adult,2 children,1 baby.
ReplyDeleteRasanya masa kami book tu kami letak 2 adults saja. Yang penting bila baca details hotel, make sure tengok child policy dia. Asalkan policy dia tulis "up to 2 children can stay free at existing bed" macam tu, kami kira tak perlulah bayar lebih. Details macam ni paling lengkap bila tengok melalui Booking.com. Tak kisah nak book melalui website mana sekalipun, tapi untuk baca details hotel, try search melalui Booking.com dulu.
Deleteterima kasih byk atas info.selalu guna agoda aje.lps ni saya cuba booking.com
Delete