Saturday, 17 December 2011

A Review on Felda Residence Hot Spring Sungai Klah, Sungkai

Selasa dan Rabu lepas aku dan family pi holiday. Alah, kecil-kecilan aje. 2 hari 1 malam, tempat pun tak sampai 2 jam dari KL. Abah beli pakej kat Groupon.

Nama tempatnya Felda Residence Hot Spring Sungai Klah, Sungkai, Perak. Pakejnya RM140 untuk 1 bilik untuk 2 hari 1 malam, tak termasuk breakfast.

KL ke sana amik masa lebih kurang sejam setengah je. Keluar kat exit Sungkai/Trolak. Tapi kami exit Tanjung Malim sebab abah, mama and husband kemaruk nak lunch gulai ayam kampung kat sana. Malang nasib, kedai tu tutup pulak. Heheh…

Anyway, Hot Spring Sungai Klah ni agak jauh masuk ke dalam kebun kelapa sawit. Tapi kawasannya cantik, sunyi je. First impression memang nampak eksklusif. Banyak kawasan lapang, banyak kerusi-kerusi laman untuk duduk lepak, ada padang bola.

Biliknya pulak besar. Kami dapat bilik berkatil double, tapi ruang antara tilam dengan TV dia boleh muat lagi sebijik katil double. Besar! Puaslah anak jantanku merangkak. Yang bestnya tu, hotel siap provide each room dengan satu tilam lipat. Macam tau-tau je aku nak bawak askar-askar. Iron, ironing board, hair dryer pun diorg provide together with perkakasan buat air panas. Toilet dia not bad. Ada bath tub. Aku terujala, sebab aku memang hantu bab-bab berendam ni. Tapi kali ni malang sket, tak sempat nak berendam. Sedih! Shower head dia best, boleh pilih-pilih jenis semburan kita nak. Air pun laju je.

Yang tak bestnya bilik aku toilet kotor. Penutup bawah sink dia terbuka jadi bila buka air, air semua meleleh keluar ikut bawah. Dalam sink pun kotor, macam bekas takung air kotor. Kami call reception beberapa kali tak ada orang jawab, so terpaksa pasang sendiri penutup bawah sink tu.

Satu lagi yang tak bestnya kat sana ialah choice makanan dia sangatla sikit. Masa belek senarai makanan yang room service offer, nampak biasa jela. Nasi goreng, mee goreng, fries, nugget… adala 10-11 jenis makanan. Tapi bila aku pegi dinner kat coffee house dia, tengok-tengok menu a la carte dia pun itu aje. Buffet dia pulak harga rm18 sorang untuk dewasa. Choice lauk adala 6 jenis kot. Lauk Melayu dengan nasi putih. Dessert adala 3 jenis kot. Kek pisang, agar-agar. Agak kecewa. Itu yang kami tak jadi amik breakfast dia. Harga rm25 sorang, tapi entah apa yang dia nak hidang pun aku tak tahu. Kawasan dia pulak terceruk macam tu, memang takde choice, telan ajela apa yang ada. Lebih teruk lagi, malam tu hujan lebat. Kalau rajin nak keluar ke pekan pun memang cancel jugaklah.

On the other hand, hot spring memang aku recommend. Terjaga bersih. Ada lifeguard. Ada banyak gerai-gerai makan. Ada jugak satu pool besar siap dengan slide-slide ala-ala Sunway Lagoon dengan air fresh dari Banjaran Titiwangsa. No clorin! Sangat menarikla. View pun sangat cantik, berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa dan pokok-pokok kelapa sawit.

Kolam air panas dia ada banyak jenis. Ada yang sedang-sedang panas, sampailah ke panas mendidih untuk dibuat rebus telur. Tak yah nak gi jauh-jauh sampai ke Tangkuban Parahu kat Bandung kekdahnye!

Secara keseluruhannya aku puas hati dengan tempat tu. Kebetulan aku pegi  weekdays, jadi taklah ramai sangat orang. Ada jugak, tapi tak ramai. Rasanya kalau pegi weekend sesak kot!

Sayangnya, cerita panjang-panjang tapi aku takde gambar nak share. Adala amik gambar, tapi lebih kepada gambar anak-anak bermandi-manda je. Gambar tempat takde. Tapi bukak je http://www.facebook.com/pages/FELDA-RESIDENCE-HOT-SPRINGS-HOTEL-SPA. Semua ada kat situ.


Cadangan aku untuk improvekan tempat tu? Well, tempat Hot Spring tu sendiri aku rasa dah okey sangat dah. Tapi bagi Felda Residence pulak, bab makan tu kena bagi up sikitla. Banyakkan tempat makan, banyakkan choice menu. Yela, tempat terceruk, nak keluar kena lalu hutan beb! Lampu jalan pun takde. Kalau pegi setakat berdua je laki bini, aku tak rasa orang sanggup nak meredah keluar. Ish, seram!

Will I go again? Yes I would, definitely. J

No comments:

Post a Comment