Dengan berat hatinya aku menceritakan di sini bahawa rumah aku sedang dilanda masalah. Bukan, bukan masalah tak bayar sewa, bekalan elektrik dipotong, retak menanti roboh atau apa-apa yang sedemikian. Masalah ni aku rasakan sangat memalukan sebenarnya, sebab tu mula-mula aku tak plan nak cerita langsung. Tapi aku terasa sangat-sangat nak berletiaq pasal benda ni sebab bengang… Dan lepas pikir panjang, aku sedar masalah ni bukan berpunca daripada aku. So nak malu buat apa? Kan? Eh, panjang pulak mukadimah…
Masalah aku ialah sejak sebulan lepas bilik aku diserang pijat. BOLEH TAK? Tak pernah terfikir aku akan dilanda masalah tu. In fact, seumur hidup aku tak pernah tau pijat tu rupanya camane. Sedih, sedih! Bukan sedih aku tak tau rupa pijat, tapi sedih sebab diserang pijat.
Anyway, teori dari mana datangnya pijat itu ialah ketika kami ke Cherating hari tu. Sebab bila kira-kira balik timelinenya, nampaknye cenggitu la. Sebab tak ada benda yang luar daripada kebiasaan yang berlaku selain daripada episod percutian tersebut.
Macam mana aku tau ada pijat? Sebab husbandku teruk diserang. Surprisingly aku takde kena sangat. So masa the first few nights dia komplen badan dia gatal-gatal, siap tunjuk berbintat-bintat badannya, aku ingat dia allergic something. Lagi-lagi masa tu time korban, aku ingat dia overdose makan daging ke. Sebab aku tak kena kan? Cuma yang peliknya, bila dia pindah pergi tidur katil Layla ataupun tidur kat sofa kat depan, okey pulak. Banyak malamla jugak dia tidur luar.
Almost hari-hari aku tukar cadar, tukar selimut. Aku suruh husband control makan daging. Suruh dia mandi sebelum tidur. Segala mak neneklah aku buat. Tak jadi jugak. The typical melayu part of myself dah mulala nak pikir laki aku kena mandrem ke? Tak boleh tidur dengan aku dalam bilik ni? Hahahahha… (Gelak nervous).
Last resort, aku ajak mama (mak aku) datang rumah bawak vacuum cleaner canggih dia tu, nak proses bilik aku habis-habisan. Vacuum, lap, tukar cadar, sarung bantal semua. Kami dah selesai mengemas dah pun masa tu, tengah nak pasang cadar balik, Tuhan nak tunjuk, tiba-tiba aku nampak seekor serangga. Sekali imbas macam lipas pun ada. Aku jerit tanya mama apa tu. Dia tengok, dia tangkap, dia picit bagi mati, dan dia declare: Pijat. Meremang bulu roma aku! Sebab walaupun aku tak kenal rupa pijat, I know what it does to people’s furniture, people’s home. Tak kelakar beb!
Introducing the main subject of this entry: Pijat |
Lepas tu memang declare war la. Belek segenap inci katil, jumpala 7-8 ekor. Gemuk-gemuk semua. Pandai aku bela, sihat-sihat pijat tu. Tapi takde maknanya dengan sekali belek tu semua hilang. Ni dah 2-3 minggu kemudian, masih ada lagi. Berapa kali proses dah bilik aku. Cuma kuantitinya berkurangan. Hafetz dah boleh tidur dalam bilik semula.
Yang menyakitkan hati aku ialah katil Layla pun dah ada. Kesian dia, tangan kaki dia habis kena gigit. Aku salahkan diri sendiri jugak sebab tak check betul-betul. Bila aku belek tilam dia tak ada, aku andaikan takde. Rupanya awak tu berkampung kat rangka katil. Iyer, rangka katil pun dia duduk. Kau sangat menyusahkan wahai pijat!
Sekarang ni tiap-tiap malam aku jadi CSI. Anak-anak dan husband dah tido, aku berbekalkan torchlight tersuluh-suluh sekeliling bilik. 2 malam pertama tu 4-5 ekor jugak aku jumpa. Semalam langsung takde. Tapi aku yakin masalah ni belum selesai. Membanyakkan keje aku jela! Sedia ada pun tidur aku dah tak cukup: Ilhan asyik bangun menyusu, Layla suka tidur lambat dan bangun awal… Tambah pulak dengan ni. Bikin panas!
Mula-mula tu aku malu sangat. Rasa macam aku tak pandai jaga rumah, pengotor, tak mengemas, sampai ada binatang ni. Tapi rupanya sesiapa je boleh kena. Nasib-nasib je. Pak Usu husband aku pun kena lepas balik dari Australia. Kat hotel-hotel mewah pun banyak. Satu bilik kat rumah mama pun pernah kena a few years ago.
In terms of menghapuskan pijat ni, aku tak ada pilihan, terpaksa guna cara yang lambat tapi selamat, iaitu mengemas dan mengvacuum dengan kerap. Kenapa? Kerana penggunaan racun rasa macam terlalu bahaya untuk the kids. Especially Ilhan yang kalau nak tidur mesti kena duduk dalam bilik yang tertutup. Dan kalau nak rasa puas hati bunuh pijat ni, tunggu bila malam. Tutup lampu, pastikan ada orang baring atas katil sebab dia hanya akan keluar bila bau orang. Pasang torchlight, and have fun menenyeh pijat! Dan jangan cari yang besar je. Yang kecik cenonet, anak-anak dia pun banyak!
Whatever it is, let’s just hope all this is over soon. Banyak lagi kerja lain aku nak focus. Tu, si Layla tu tengah toilet train. Ilhan tu, tengah sibuk belajar memanjat. Ingat senang nak monitor?
Blegh!
No comments:
Post a Comment