Thursday, 22 December 2011

4 Anniversaries and 2 kids later...

Today marks our 4th wedding anniversary. Wah, sepantas kilat rasanya. Rasa macam baru je dia salam tangan tok kadi, baru dapat result pregnancy test 1st baby, baru bersalinkan 2nd baby. Wonderful,wonderful 4 years, not without trials and tribulations, but wonderful all the same.

Sayang,

Kadang-kadang I lupa U lah best friend I dulu. Kadang-kadang I teringatkan lelaki tu, yang selalu temankan I pegi tengok wayang Hindustan bila orang lain tak nak; yang selalu chat kat IRC sampai tengah-tengah malam dengan I; yang dengan beraninya kutuk I berkepala besar daripada badan dan gigi I macam hamster; yang kedekut pahit sampai 10 sen pun nak berkira; yang sungguh excited datang jumpa I bawak gambar 1st girlfriend U untuk tunjuk kat I; yang I pernah cuba untuk kenenkan dekat kawan I… I selalu lupa U lah orang tu.

Kadang-kadang I sedih sebab I dah kehilangan best friend I tu. Tapi the truth is, losing him has made me find a person a thousand times better than that. Yang tak pernah berhenti jadi tulang belakang I dalam segala segi; yang sentiasa yakin keputusan I untuk berhenti kerja adalah yang terbaik; yang tak pernah mengeluh bila berbulan-bulan lamanya U jadi sole breadwinner of the family bila I takde job; yang selalu jadi Ayah yang terbaik untuk anak-anak sampai dia orang tak nak I bila U ada kat rumah. I bersyukur U lah orang tu.

Sayang,

Zaf kata dalam status FB dia “one of the best things about being married is that U will have someone to annoy for the rest of your life."

She is so right. Sometimes U annoy me to the very core, I wish I can knock your head with something. Cara U sidai baju yang berserabut; perangai U yang boleh tertidur dalam sekelip mata walaupun masa I tengah cakap dengan U; U boleh berjaga sepanjang malam untuk tengok bola tapi tak boleh bangun bila anak nangis; bila basuh pinggan U mesti akan tinggalkan satu dua pinggan kotor/botol Layla untuk I basuh; U sanggup gaduh dengan Layla berebut TV untuk tengok bola... Tapi...

At the same time I tahu U sangat baik sebab I tahu tak ramai husbands yang tolong wife sidai baju, basuh pinggan; ramai husband yang tergamak tinggal wife sorang-sorang kat rumah jaga anak-anak untuk pegi tengok bola kat mamak; walaupun liat, U tetap akan bangun tolong I kalau anak-anak nangis malam; U were there both times masa I bersalin, tak pernah berhenti bagi I semangat; U sendiri jaga I right after bersalinkan Ilhan for a whole week bila I degil tak nak pantang kat rumah orang; U sendiri mandikan Ilhan lepas 2 hari dia lahir; U kerja kuat untuk sara family kita bila I tak dapat tolong U financially; and the list goes on. For all that, I thank you.

Sayang,

I wish to be yours for the rest of our lives, kalau diizinkan Allah. I'm happy with everything we've had thus far; hidup kita yang sederhana sebab memang betul kata U, kita kena susah sekali-sekala supaya sentiasa berpijak di bumi nyata; our beautiful kids, semoga kita berjaya didik diorang dengan didikan terbaik.

Thank you for accepting me for who I am, thank you for loving me despite my flaws, thank you for staying with me in spite of who I've become. May there be many, many more years for us to share our lives with, and may this love we feel for each other burn as brightly as the day we fell in love.

I'm sorry I can't afford to buy you anything or plan for anything to make this day feel a bit more special than other days. I promise I'll make it up to you once I start earning again. 

Happy 4h anniversary.

I love you.


Saturday, 17 December 2011

A Review on Felda Residence Hot Spring Sungai Klah, Sungkai

Selasa dan Rabu lepas aku dan family pi holiday. Alah, kecil-kecilan aje. 2 hari 1 malam, tempat pun tak sampai 2 jam dari KL. Abah beli pakej kat Groupon.

Nama tempatnya Felda Residence Hot Spring Sungai Klah, Sungkai, Perak. Pakejnya RM140 untuk 1 bilik untuk 2 hari 1 malam, tak termasuk breakfast.

KL ke sana amik masa lebih kurang sejam setengah je. Keluar kat exit Sungkai/Trolak. Tapi kami exit Tanjung Malim sebab abah, mama and husband kemaruk nak lunch gulai ayam kampung kat sana. Malang nasib, kedai tu tutup pulak. Heheh…

Anyway, Hot Spring Sungai Klah ni agak jauh masuk ke dalam kebun kelapa sawit. Tapi kawasannya cantik, sunyi je. First impression memang nampak eksklusif. Banyak kawasan lapang, banyak kerusi-kerusi laman untuk duduk lepak, ada padang bola.

Biliknya pulak besar. Kami dapat bilik berkatil double, tapi ruang antara tilam dengan TV dia boleh muat lagi sebijik katil double. Besar! Puaslah anak jantanku merangkak. Yang bestnya tu, hotel siap provide each room dengan satu tilam lipat. Macam tau-tau je aku nak bawak askar-askar. Iron, ironing board, hair dryer pun diorg provide together with perkakasan buat air panas. Toilet dia not bad. Ada bath tub. Aku terujala, sebab aku memang hantu bab-bab berendam ni. Tapi kali ni malang sket, tak sempat nak berendam. Sedih! Shower head dia best, boleh pilih-pilih jenis semburan kita nak. Air pun laju je.

Yang tak bestnya bilik aku toilet kotor. Penutup bawah sink dia terbuka jadi bila buka air, air semua meleleh keluar ikut bawah. Dalam sink pun kotor, macam bekas takung air kotor. Kami call reception beberapa kali tak ada orang jawab, so terpaksa pasang sendiri penutup bawah sink tu.

Satu lagi yang tak bestnya kat sana ialah choice makanan dia sangatla sikit. Masa belek senarai makanan yang room service offer, nampak biasa jela. Nasi goreng, mee goreng, fries, nugget… adala 10-11 jenis makanan. Tapi bila aku pegi dinner kat coffee house dia, tengok-tengok menu a la carte dia pun itu aje. Buffet dia pulak harga rm18 sorang untuk dewasa. Choice lauk adala 6 jenis kot. Lauk Melayu dengan nasi putih. Dessert adala 3 jenis kot. Kek pisang, agar-agar. Agak kecewa. Itu yang kami tak jadi amik breakfast dia. Harga rm25 sorang, tapi entah apa yang dia nak hidang pun aku tak tahu. Kawasan dia pulak terceruk macam tu, memang takde choice, telan ajela apa yang ada. Lebih teruk lagi, malam tu hujan lebat. Kalau rajin nak keluar ke pekan pun memang cancel jugaklah.

On the other hand, hot spring memang aku recommend. Terjaga bersih. Ada lifeguard. Ada banyak gerai-gerai makan. Ada jugak satu pool besar siap dengan slide-slide ala-ala Sunway Lagoon dengan air fresh dari Banjaran Titiwangsa. No clorin! Sangat menarikla. View pun sangat cantik, berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa dan pokok-pokok kelapa sawit.

Kolam air panas dia ada banyak jenis. Ada yang sedang-sedang panas, sampailah ke panas mendidih untuk dibuat rebus telur. Tak yah nak gi jauh-jauh sampai ke Tangkuban Parahu kat Bandung kekdahnye!

Secara keseluruhannya aku puas hati dengan tempat tu. Kebetulan aku pegi  weekdays, jadi taklah ramai sangat orang. Ada jugak, tapi tak ramai. Rasanya kalau pegi weekend sesak kot!

Sayangnya, cerita panjang-panjang tapi aku takde gambar nak share. Adala amik gambar, tapi lebih kepada gambar anak-anak bermandi-manda je. Gambar tempat takde. Tapi bukak je http://www.facebook.com/pages/FELDA-RESIDENCE-HOT-SPRINGS-HOTEL-SPA. Semua ada kat situ.


Cadangan aku untuk improvekan tempat tu? Well, tempat Hot Spring tu sendiri aku rasa dah okey sangat dah. Tapi bagi Felda Residence pulak, bab makan tu kena bagi up sikitla. Banyakkan tempat makan, banyakkan choice menu. Yela, tempat terceruk, nak keluar kena lalu hutan beb! Lampu jalan pun takde. Kalau pegi setakat berdua je laki bini, aku tak rasa orang sanggup nak meredah keluar. Ish, seram!

Will I go again? Yes I would, definitely. J

Tuesday, 6 December 2011

...Don't Let The Bed Bugs Bite...

Dengan berat hatinya aku menceritakan di sini bahawa rumah aku sedang dilanda masalah. Bukan, bukan masalah tak bayar sewa, bekalan elektrik dipotong, retak menanti roboh atau apa-apa yang sedemikian. Masalah ni aku rasakan sangat memalukan sebenarnya, sebab tu mula-mula aku tak plan nak cerita langsung. Tapi aku terasa sangat-sangat nak berletiaq pasal benda ni sebab bengang… Dan lepas pikir panjang, aku sedar masalah ni bukan berpunca daripada aku. So nak malu buat apa? Kan? Eh, panjang pulak mukadimah…

Masalah aku ialah sejak sebulan lepas bilik aku diserang pijat. BOLEH TAK? Tak pernah terfikir aku akan dilanda masalah tu. In fact, seumur hidup aku tak pernah tau pijat tu rupanya camane. Sedih, sedih! Bukan sedih aku tak tau rupa pijat, tapi sedih sebab diserang pijat.

Anyway, teori dari mana datangnya pijat itu ialah ketika kami ke Cherating hari tu. Sebab bila kira-kira balik timelinenya, nampaknye cenggitu la. Sebab tak ada benda yang luar daripada kebiasaan yang berlaku selain daripada episod percutian tersebut.

Macam mana aku tau ada pijat? Sebab husbandku teruk diserang. Surprisingly aku takde kena sangat. So masa the first few nights dia komplen badan dia gatal-gatal, siap tunjuk berbintat-bintat badannya, aku ingat dia allergic something. Lagi-lagi masa tu time korban, aku ingat dia overdose makan daging ke. Sebab aku tak kena kan? Cuma yang peliknya, bila dia pindah pergi tidur katil Layla ataupun tidur kat sofa kat depan, okey pulak. Banyak malamla jugak dia tidur luar.

Almost hari-hari aku tukar cadar, tukar selimut. Aku suruh husband control makan daging. Suruh dia mandi sebelum tidur. Segala mak neneklah aku buat. Tak jadi jugak. The typical melayu part of myself  dah mulala nak pikir laki aku kena mandrem ke? Tak boleh tidur dengan aku dalam bilik ni? Hahahahha… (Gelak nervous).

Last resort, aku ajak mama (mak aku) datang rumah bawak vacuum cleaner canggih dia tu, nak proses bilik aku habis-habisan. Vacuum, lap, tukar cadar, sarung bantal semua. Kami dah selesai mengemas dah pun masa tu, tengah nak pasang cadar balik, Tuhan nak tunjuk, tiba-tiba aku nampak seekor serangga. Sekali imbas macam lipas pun ada. Aku jerit tanya mama apa tu. Dia tengok, dia tangkap, dia picit bagi mati, dan dia declare: Pijat. Meremang bulu roma aku! Sebab walaupun aku tak kenal rupa pijat, I know what it does to people’s furniture, people’s home. Tak kelakar beb!
Introducing the main subject of this entry: Pijat
Lepas tu memang declare war la. Belek segenap inci katil, jumpala 7-8 ekor. Gemuk-gemuk semua. Pandai aku bela, sihat-sihat pijat tu. Tapi takde maknanya dengan sekali belek tu semua hilang. Ni dah 2-3 minggu kemudian, masih ada lagi. Berapa kali proses dah bilik aku. Cuma kuantitinya berkurangan. Hafetz dah boleh tidur dalam bilik semula.

Yang menyakitkan hati aku ialah katil Layla pun dah ada. Kesian dia, tangan kaki dia habis kena gigit. Aku salahkan diri sendiri jugak sebab tak check betul-betul. Bila aku belek tilam dia tak ada, aku andaikan takde. Rupanya awak tu berkampung kat rangka katil. Iyer, rangka katil pun dia duduk. Kau sangat menyusahkan wahai pijat!

Sekarang ni tiap-tiap malam aku jadi CSI. Anak-anak dan husband dah tido, aku berbekalkan torchlight tersuluh-suluh sekeliling bilik. 2 malam pertama tu 4-5 ekor jugak aku jumpa. Semalam langsung takde. Tapi aku yakin masalah ni belum selesai. Membanyakkan keje aku jela! Sedia ada pun tidur aku dah tak cukup: Ilhan asyik bangun menyusu, Layla suka tidur lambat dan bangun awal… Tambah pulak dengan ni. Bikin panas!

Mula-mula tu aku malu sangat. Rasa macam aku tak pandai jaga rumah, pengotor, tak mengemas, sampai ada binatang ni. Tapi rupanya sesiapa je boleh kena. Nasib-nasib je. Pak Usu husband aku pun kena lepas balik dari Australia. Kat hotel-hotel mewah pun banyak. Satu bilik kat rumah mama pun pernah kena a few years ago.

In terms of menghapuskan pijat ni, aku tak ada pilihan, terpaksa guna cara yang lambat tapi selamat, iaitu mengemas  dan mengvacuum dengan kerap. Kenapa? Kerana penggunaan racun rasa macam terlalu bahaya untuk the kids. Especially Ilhan yang kalau nak tidur mesti kena duduk dalam bilik yang tertutup. Dan kalau nak rasa puas hati bunuh pijat ni, tunggu bila malam. Tutup lampu, pastikan ada orang baring atas katil sebab dia hanya akan keluar bila bau orang. Pasang torchlight, and have fun menenyeh pijat! Dan jangan cari yang besar je. Yang kecik cenonet, anak-anak dia pun banyak!

Whatever it is, let’s just hope all this is over soon. Banyak lagi kerja lain aku nak focus. Tu, si Layla tu tengah toilet train. Ilhan tu, tengah sibuk belajar memanjat. Ingat senang nak monitor?

Blegh!