Thursday, 23 February 2023

Trip 2023 - Day 3 - Porto


21 Februari

Aku bangun pukul 4 lebih lagi sebab ada kerja lagi. Sampai pukul 6, masuk Subuh tu solat, kejut anak-anak, dan aku start memasak. Kali ni santai sikit, buat French toast aja. Sekejap je dah siap. Lepas tu makan sama-sama dan start bersiap untuk keluar.

Ready untuk keluar pukul 8.30. Dan mulalah kita menapak ke sekitar Porto. Sifat bandar ni berbukit-bukau. Jadi siap-sedialah lutut, peha, paru-paru dan jantung. First sekali kami menghala ke jambatan besar dia, Luis I Bridge. Lalu kawasan tepi sungai dia. Pagi-pagi buta Adik dah excited nampak kedai Portuguese egg tart. Aku suruh sabar dulu.

Nak melintas atas jambatan tu kami kena mendaki tangga yang tinggi. Oi, semput jugaklah. Tapi view dia cantikla. Bergambar sekitar situ. Bergambar di beberapa location, walaupun hanya sekadar selfie. Haha. Tiba-tiba dah start menapak turun balik, sebab Adik nak pergi City Museum. Dia kacau dari pagi buta nak ke sana. So dah pukul 10 tu kami pergilah. Malang nasib dia, off all days, hari ni muzium tu tutup untuk maintenance.

Adoila. Murung sekejap. Senyap je tiba-tiba. Last-last bagi dia bertenang 10 minit, dia datang cakap kat aku, “Can we buy egg tart to cheer me up?” Gitu. Terus kami hala ke kedai egg tart yang dia nak tadi, lepak makan dan minum. 3 bijik dia bedal sorang, barulah ceria balik. Ayah start google kedai halal pulak untuk lunch sebab Kakak pulak start monyok. Dia tak makan egg tart. Jumpalah satu kedai Bangladesh ni. Menghala ke sana dia punya mendaki lagi mencabar daripada yang tadi.

Memang mengah aku, dan dah start pening. Tapi satu yang aku cukup tersentuh tadi ialah Adik langsung tak tinggal aku. Dia sebenarnya dah laju ke depan dengan Ayah. Kakak a few steps ahead of me. At some point dia patah balik tanya aku okay ke tak. Aku kata takpe, jalan je, tinggalkan aku dengan pace aku sendiri. Dia kata tak boleh mama, nanti kalau mama pitam sapa nak pegang. (Memang aku ada history pitam bila buat aktiviti macam ni.) Dan sepanjang jalan dia jalan sebelah aku, bagi semangat, sikit lagi mama, you can do this mama, you can take a rest mama, I will wait mama. Sampailah ke puncak. By the time sampai kedai Bangladesh tu mata aku dah kelabu asap. Bertenang kejap, tutup mata. Diorang order nasi pilaf, ayam bakar dan ikan apa tah.

Food sampai, kena tambah nasi sepinggan lagi. Sedap food dia. Adik hanya meratah ayam sebab dia kenyang dengan egg tart tu. Selesai makan, tanya lokasi masjid kat brader tu. So kami hala ke sana.

Tempat solat lelaki kat bawah, perempuan kat atas dan ada orang tolong bukakan pintu untuk kami. Tapi lepas tu dia ajak bersembang, nak bercerita dia pernah kerja kat KL. Aku nak pergi ambil wudhu semua, dia tak nak turun. Aku tak nak tinggalkan beg kami dekat situ. So bergilir dengan Kakak. Aku nak buka tudung semua pun payah. Bila in the end aku kata it’s okay, you can go down, dia tunjuk kat kami satu bilik kecil, dia kata itu rumah dia. Hmm, terpaksala aku hadap je. Bila Kakak siap aku pula ambil wudhu. Habis basah kuyup tudung semua sebab kena pakai sambil ambil wudhu.

Sambil kami solat dia dok cakap phone dalam bilik dia. Bila kami siap tu serba salah nak terus gerak. Aku just laung kat dia kata “Bhaiyya ji, thank you.” Dia keluar pelawa kami minum teh, entah apesal aku pergi reply dia dalam hindi. Pastu dia teruja balik tanya aku pandai cakap urdu ke. Sibuklah dia nak buatkan chai. Aku kata takpe, no thanks, dia insist lagi. Aku just kata aku tanya husband, pastu cepat-cepat turun. Nasib baik Ayah kata tak payah. Haha. Terus gerak je. Aku tahu mungkin niat dia baik, kena husnudzon. Tapi aku yang seram sejuk.

Setel kat situ aku minta nak beli sim card sebab data kami sekarang ni limited sangat. Ayah guna roaming Maxis tapi dia ada daily capping. Aku ni bukanlah kaki post social media, tapi anak-anak dah tahap remaja. Excited nak buat story la, nak update ke member la. So beli simcard 10. Beli skali tripod henfon sebab kami tak bawah tripod. Kat situ aku menahan diri daripada terkeluar Bahasa hindinya, kalau tak panjang lagi kisah nanti. Sebab orang Bangladesh dia memang excited lebih kalau jumpa orang Malaysia. Yang tadi siap sebut nama Mahathir.

Kami teruskan perjalanan, bergambar. Takdela idea sangat pun nak pergi mana. Adik nak pergi muzium apa tah, tapi takde luck lagi. Tengah jalan ke sana, hujan. Sementara berteduh tu, masa dah makin lewat. So kami minta dekat dia cancel je. Murung lagi dia kejap. Pastu lepas dia cool down kejap, dia berbunyi lagi. “I’m so hungry, I feel like eating the egg tart again.” Haa, nampak? So janji dengan dia akan pergi beli lagi. Before that sempat masuk kedai bola Portugal, dia bergambar dengan patung Ronaldo, siap dapat topeng muka Ronaldo free daripada shop assistant tu. Okla, ceria la balik.

Tengah Ayah setting tripod nak ambil gambar depan satu bangunan ni, aku ditegur oleh seorang lelaki, tanya aku Malaysian ke. Aku teragak-agak je jawab ya. Terus dia gamit ke someone about a hundred meters away. Rupanya dia panggil wife dia, dia orang Malaysia. Wife dia yang suruh tegur kami, dia kata I can bet you those people are Malaysian. Haha. Sembang-sembang jap, diorang dari California. The husband, Joe Yusof, asal dari Madeira, Portugal so basically ni diorang balik kampung, tapi diorang dah lama tinggal di US. Aku saja usik tanya dia sedara Ronaldo ke, sebab Ronaldo orang Madeira. Dia kata kebetulan memang Ronaldo lahir di kampung yang sama dengan dia. Wowww…

Anyway, lepas selfie dengan diorang, kami gerak bawak Adik makan egg tart dia dan beli kebab Kakak. Lepak makan di luar, ambil angin sejuk. Dah kenyang by then dan dah dekat Maghrib. Tak tau nak ke mana dah. So kami jalan slow-slow balik. Yang penting malam ni tak payah masak. Balik bilik, mandi dan terbongkang.


No comments:

Post a Comment