Another year, another couples trip.
This time it’s that much more meaningful. Because
this time, we finally get to experience the WORLD CUP! Moscow here we go!
Aku mulakan dengan yang paling basic; how we
decided to go. Kami memang dah lama nak tengok World Cup live, tapi selama ni
rezeki bukan milik kami. 2014 kami dapat offer yang kemungkinan juga ajak-ajak
ayam untuk ke Brazil, tapi kami terpaksa tolak kerana World Cup berlangsung
sepenuhnya dalam bulan Ramadhan. Impian tera macam sekalipun, Ramadhan perlu
diberi priority. Kali ni pun kami takdelah berharap sangat untuk ke Russia
sebab it’s Russia. It’s supposed to be this scary, unfriendly, unsafe country.
Dan tiba-tiba Allah bukan jalan, bila kawan
rapat kami, kawan-kawan sejak kami sekolah rendah (husband and wife) dapat
posting di Moscow. Sejak dari awal diorang dah ajak kami ke sana, jadi kami pun
mula buat plan.
Perkara pertama yang kami uruskan ialah tiket
bola, yang perlu dibeli secara sah di website FIFA. Pilihan game pun secara
random, sebab kita berebut nak membeli dengan manusia dari seluruh dunia. Masa
penjualan dibuka untuk kali pertama dan kedua, kami gagal dapat tiket. Hampir
putus asa. Kami berjaya beli tiket semasa penjualan kali ketiga dibuka, itupun
game di Moscow semua dah sold out. Jadi lokasi yang terdekat dengan Moscow yang
masih available ialah di Kazan, game Spain vs Iran. Harga USD165 seorang.
Lepas selesai beli tiket, kami boleh proceed
dengan permohonan FAN ID, yang perlu dipakai oleh setiap individu yang nak
masuk ke stadium. Nama pada tiket dan nama pada FAN ID perlu sepadan baru boleh
masuk, siap ada gambar lagi pada FAN ID. Dan ia juga berfungsi sebagai ganti
kepada visa untuk masuk ke Rusia. Percuma saja untuk dapatkannya, asalkan dah
beli tiket bola.
Lepas dah muktamad dua perkara tu barulah kami
beli tiket flight masa Matta Fair. Etihad Airways, harga dalam 3400 seorang. Expectedlah
harga macam tu memandangkan kita pergi ke tempat event terkemuka.
17 Jun 2018
Fast forward ke raya ketiga, kami berangkat ke
KLIA jam 3.30 petang dan flight jam 7.45 malam. Transit di Abu Dhabi dalam 4
jam, dan berangkat ke Moscow jam 2 lebih pagi. Sampai di Moscow 7 lebih pagi.
Perkara pertama yang kami buat di airport ialah
tukar duit Euro kepada Rubles sebab dekat Malaysia tak jumpa money changer yang
tukar ke Rubles. Di sana hanya terima Rubles; Euro pun tak diterima. Kami tukar
sikit je dulu, cukup untuk survive beli sim card dan naik public transport
sebab duit selebihnya kawan kami suruh tukar dengan dia. Rate duit dekat sini
lebih kurang 1000 Rubles = RM60++. Seterusnya kami beli simcard dengan harga RUB1500.
Barulah teruskan naik Aeroexpress train ke Pavaletskaya station. Dari airport
ke pusat bandar ambil masa dalam 45 minit.
Dari Pavaletskaya station tu kami kena naik
metro ke station yang paling dekat dengan rumah kawan kami. Sepatutnya tak ada masalah
sebab kami dah biasa naik turun metro di negara orang. Tapi dekat sini cabaran
dia lain macam sikit. Tulisan di station semua dalam Russian sahaja. Orang sana
pulak langsung tak nak berbahasa English. Jadi nak beli tiket pun dah terpinga-pinga,
naik salah train sekali dua, dan akhirnya kami sampai di Kiveskaya station. Kawan
kami dah menunggu dekat sana untuk bawa kami ke rumah dia. Walaupun segan,
lepas dipujuk oleh dia beberapa kali, kami setuju untuk duduk rumah dia
sepanjang kami ada di Moscow.
Dia bawak kami tour rumah dia (yang besar
kemain tu), bilik kami kemain selesa, siap ada toilet dalam bilik, serba
lengkap. Wife dia (yang juga kawan aku sejak sekolah rendah, walaupun tak
rapat) dah siap masakkan lunch untuk kami walaupun dia terpaksa keluar attend
event di skolah anak diorang. Jadi kawan kami tinggalkan kami di rumah sebab
dia kena balik ofis. Kami freshkan diri, mandi-mandi, kemas barang, makan,
solat. Dalam pukul 1 lebih kami keluar.
Disebabkan trip kali ni ialah untuk World Cup,
jujurnya kami takde survey pasal tourist attractions yang patut kami lawat. Yang
tahu cuma ada Red Square dengan bangunan berkubah-kubah colourful tu. Jadi kami
teruskan hala ke sana. Sempat terserempak dengan kawan-kawan kami tu di lobi
apartmen, jadi diorang bagi tip sikit macam mana nak keluar.
Cuaca panas rupanya dekat sini masa summer. Well,
dah namanya summer, kan. Cuma aku tak expect negara yang winternya -30 boleh
jadi sepanas terik ni masa summer. Naik pening berpinar mata aku berjalan dalam
panas terik. Sesat naik metro jugak beberapa kali lagi. Dan akhirnya sampai di
Red Square. Ramainya umat manusia. Semuanya pengunjung World Cup yang
macam-macam gaya, pakai bendera, pakai costume negara masing-masing, riuh
rendah. Sangat happening. Kami pun join sekaki, pergi amik gambar dengan entah
sesiapa. Bila penat, masuk mall cari air dan aiskrim, lepas tu keluar balik sambung
lagi.
Dekat sini security dia ketat, untuk masuk kawasan
Red Square, mall, train station, semuanya kena lalu scanner. Kadang-kadang
botol air pun tak boleh dibawa masuk. Leceh, tapi kalau fikirkan dari sudut
keselamatan nyawa, redhakan ajela.
Disebabkan panas yang melampau, aku dan husband
akhirnya lepas bawah teduhan pokok dekat tepi-tepi Kremlin sambil tengok
gelagat orang. Dalam pukul 5 petang kami decide untuk gerak balik. Siang masih panjang
sebenarnya, sebab Maghrib pukul 9.30 malam. Tapi kami keletihan sebab tak
berapa tidur pun dalam flight semalam. Kawan kami pulak kata wife dia nak masak
dinner, kami tak nak buat orang tertunggu-tunggu nak makan. Kami tetamu kena
hormat tuan rumah. Jadi balik.
Sampai rumah just nice untuk makan. Anak-anak
dia pun dah balik sekolah. Bersembang, makan, tengok bola. Lepas je mandi aku
terus lembik. Terus je tidur. Tak sempat tunggu Maghrib pun. Bila husband aku
habis tengok bola pukul 11 tu baru dia kejut aku bangun jamak, dan tidur balik.
Subuhnya pukul 1.45 pagi dah masuk, dan 3.30 pagi dah cerah.
No comments:
Post a Comment