Tuesday, 29 August 2017

Sydney 2017 Day 2 - Atok Nenek Tengok Negara Omputih

28 August 2017

Day 2 in Sydney

Subuh dekat sini pukul 4.56 pagi. Jadi pukul 5.15 macam tu kami bangun, dan terus berjaga. Aku macam biasa, belek kerja dulu. Selesai apa yang patut, mula prepare breakfast. Buat sandwich telur dengan sandwich Nutella aje. Disebabkan dapur apartment in laws aku tu ada problem, diorang datang masak dekat apartment aku. Diorang pun masak French toast aje. Tapi itu pun dah havoc pagi-pagi buta bila smoke detector alarm berbunyi. Ya rabbi, cuak betul aku, takut kena marah dengan management ke apa. Nasib baik husband berjaya off kan dia.

Sambil-sambil tu siapkan anak-anak. Kerah diorang breakfast, then kami pun bersiap dan breakfast. Itupun terlambat sikit daripada plan asal. Plan nak keluar pukul 7.30, tapi kami keluar pukul 8. Sejuk oi! Dalam 9 darjah pagi tadi.

Naik bas ke Central Station, dan dari sana kami naik train ke Blacktown di mana terletaknya Featherdale Wildlife Park. Train kosong, journey pun tenang, tengok rumah-rumah di kawasan luar bandar. Comey-comeynya rumah diorang. Sampai di Blacktown dalam pukul 9 lebih. Kami ni bergerak takdelah laju-laju sangat. Kejap berenti beli air lah, nak pergi toilet lah, biasalahkan berjalan ramai-ramai. Sempat anak jantan tumpahkan hot chocolate aku secawan yang baru sempat aku hirup seteguk dua. Haihhhh!

Dari Wespoint Shopping Centre tu kami ke perhentian bas dekat bawah, naik bas 729 ke Featherdale Wildlife Park. Katanya tempat ni lebih interaktif berbanding kalau pergi zoo, sebab boleh sentuh-sentuh kangaroo, suap-suap dia makan gitu. Entrance dia agak lumayan harganya. Kami 2 dewasa dan 2 kanak-kanak ada pakej Family A: AUD88. Mak dan Ayah mertua aku dah melebihi 60 tahun, jadi dapat harga Senior Citizen AUD 21. Kakak ipar aku kena harga AUD 32.


Masuk dalam tu anak-anak jelah yang excited. Beli makanan kangaroo secawan, pakat dok ligan kangaroo penuh taman. Kenalah tegur dengan pekerja taman tu sekali, sebab kejar kangaroo sangat. Ha, barulah reti nak jalan elok-elok. Sekali dalam tu tengoklah wombat, burung-burung, buaya, ular. Kami berada dekat sana adalah dalam 3 jam. Pukul 1 tu kami dah berada di stesen bas menunggu untuk pulang.

Plan asal nak ke Blue Mountain sekali hari ni sebab satu jalan. Tapi rupanya train direct ke Blue Mountain tu tengah ada maintenance, jadi kami nak kena naik turun bas jugak. Dahlah naik train pun ambil masa sejam setengah, apatah lagi kalau kena naik turun bas. Nanti sampai sana dah nak senja, nak tengok apa?

Jadi kami tukar plan, hari ni balik ke city, mungkin ke Bondi Beach. Esok insyallah ke Blue Mountains. Sampai di Westport Shopping Centre tu kami tak terus gerak ke Sydney. Sebabnya, anak-anak aku ni dah berbulan-bulan bekerja keras dekat rumah buat chores untuk dapatkan duit untuk shopping di Sydney ni. Sasaran mereka ialah ke Smiggle. Ya, aku tahu dekat Malaysia ada Smiggle. Tapi untuk buat benda tu lebih meaningful untuk diorang, aku suruh diorang rajin tolong aku buat kerja rumah, dapat upah, dan simpan duit untuk beli dekat Sydney. Dapatlah souvenir yang lebih special berbanding beli T-shirt Sydney atau keychain seketul.


Lama jugaklah kami dalam Smiggle tu menunggu anak-anak decide apa yang diorang nak beli. By then dah pukul 2 lebih. Naik train dari Blacktown ke Town Hall station di bandar Sydney. Kemudian bertukar train ke Bondi Junction. Beberapa pitstop jugak untuk ambil wuduk siap-siap, pergi toilet segala. Naik bas ke Bondi Beach. Pakat-pakat solat dekat taman tepi pantai. Romantik gitu.

First impression bila sampai Bondi Beach tu memang tersentak nafas. Sebab apa? Sebab tengok ombak dia. Sepuluh juta kali dah aku tengok gambar Bondi Beach tu, tapi tak pernah jumpa gambar yang dapat gambarkan suasana sebenar. Picture just doesn’t do justice. Orang kita memang jarang-jarang nak nampak ombak besar gitu. Anak aku siap jerit “Mama, tu tsunami ke?!” kuikuikui…

Bergambar ramai-ramai. Anak-anak sibuk mengejar burung camar, main pasir. Angin sangat kuat. From there kami pergi cari makanan. Nak cari kedai halal tu, senang memang senang. Tapi kami pun tak naklah 4 hari dekat sini 8 kali makan kebab. Nak jugak cuba benda lain. Tapi bila benda lain tu, cabaranlah sikit. Terutamanya bila nak memujuk Mak dan Ayah. Sebab apa, dekat sini walau sehalal mana pun food dia, kedai mesti akan jual arak sebab orang diorang memang minum arak. Mak dan Ayah tak biasa bab ni, jadi kami pujuk-pujuklah sikit. Nanti berlapar pulak.


Kami decide untuk makan kedai India, Namaste. Harga dia amboi amboi amboi. Kemain mahalnye. Tapi pejam-pejam mata bayar ajelah. Order nasi putih, 3 jenis lauk, nasi beryani 1, dan kids meal untuk anak aku (nasi dengan butter chicken). Lazat berkrim. Nasib baik berbaloi dengan harga yang dibayar.

Selesai makan, kami singgah kedai runcit beli roti dan telur, terus balik. Naik turun bas, dan akhirnya sampai ke apartment pukul 7.30 malam. Hampir 12 jam lah kami keluar hari ni. Bengkok bahu bawak beg dengan bekal segala.


Esok sepanjang hari lagi!

No comments:

Post a Comment