Tuesday, 31 May 2016

To Krabi Thailand With Kids - Day 4: Phi Phi - Ao Nang

30 May 2016

Hujan lebat lagi pagi-pagi tadi. Hari ni kami akan meninggalkan Phi Phi jadi malas nak beriya sangat. Lepak-lepak aje dekat bilik, kejut anak-anak. Dalam pukul 7.30 tu pergi breakfast. Anak-anak nak main laut tapi hujan makin lama makin lebat. Sian diorang. So as a compensation, aku biarkan aje diorang mandi pool dalam hujan tu.

Sampai pukul 8.45 aku ajak semua naik. Nak biru dah bibir semua sejuk. Terus mandi dan bersiap, kemas beg semua. Pukul 9.30 kami check out.

Masa proses check out tu dok bersembang dengan orang-orang reception tu. Diorang advice kami pasal ferry ticket dan sebagainya. Rupanya bila beli tiket feri tu, kita boleh mention sekali dekat penjual tu destinasi kita yang seterusnya untuk dapatkan free transport. Macam kami, bila sampai di Krabi pier nanti kami akan ke Ao Nang. Jadi bila kita sebut benda tu, diorang bagi kita stiker Ao Nang untuk lekat di baju. Bila sampai di sana, akan ada transport menunggu dan bawa kita ke Ao Nang. Kami terhutang budila dekat diorang sebab share information tu. Kalau tidak memang tak tahu, dan kami akan dicaj lagi THB300 ke THB400 untuk ke Ao Nang naik teksi.

Kami jalan kaki ke feri, anak-anak naik kereta sorong tu lagi. Masih hujan gerimis waktu tu. Feri pulak penuh kali ni. Teori aku, mungkin mat-mat saleh nan ramai ini decide untuk gerak je dari Phi Phi memandangkan takde aktiviti diorang boleh buat dekat sini dalam cuaca macam ni. Kerusi dalam feri tak sedap pulak kali ni. Sakit pinggang aku. Dengan sejuk gedinye. Aku dengan Adik langsung tak dapat tidur sepanjang hampir 2 jam tu.

Sampai aje dekat Krabi pier, memang betullah ada orang dah tunggu. Pemandu van sama yang hantar kami ke pier hari tu. Naiklah dengan beberapa warga Thailand lain terus ke Ao Nang. Transport tu memang bertanggungjawab menghantar kami ke pekan Ao Nang saja. Jadi deal dengan pakcik tu bayar THB50 untuk dia hantar terus ke hotel kami; Ibis Styles Ao Nang Krabi. Laluan masuk ke hotel ni betul-betul menghadap ke masjid Ao Nang.

Kawasan Ao Nang ni penuh dengan kedai halal. Yang lagi buat aku terkinja-kinjanya, bersepah kedai makanan India. Aku rasa nak berdarah hidung dah makan tom yam dengan telur dadar, jadi hari ini aku buat keputusan veto untuk makan indian food. Check in dulu, tapi bilik belum siap, jadi kami tinggalkan beg dan terus keluar pergi lunch. Makan di Restoran Namaste. Order butter chicken dan 3 jenis roti. Sedap sehingga menjilat jari! Ditambah dengan banana shake dan mango shake yang lazat.

Selesai makan kami balik ke hotel untuk masuk ke bilik. Kali ni aku ambil Family Room pada harga RM280 semalam. Masuk je bilik, melompat-lompat la anak-anak aku. Bilik ni sediakan double decker bed untuk kanak-kanak. Terus terlupa sekejap diorang dekat swimming pool, punya seronok memanjat. Facilites untuk kanak-kanak siap ada 2 mini bean bags, TV sendiri untuk diorang, siap dengan X-box. Meletops baq hang! Mak ayah dapat TV sendiri, anak-anak ada TV sendiri. Padahal bilik kecik je. Frust pulak rasa dok sini satu malam aje. Hehe.


Bagi diorang puas memanjat sementara kami solat semua, lepas tu bawak diorang ke pool. Aku sempatlah kerja sikit. Tapi lepas tu mata aku dah tak larat bukak, jadi aku naik bilik dulu membuta kejap. Bila diorang naik pun husband aku yang uruskan budak-budak tu mandi semua. Sampai pukul 5 lebih. Bila tengok budak-budak ni takde gaya nak berehat, aku ajak je keluar.

Dah sampai Ao Nang takkanlah tak tengok Ao Nang kan? Sekurang-kurangnya Ao Nanglah, memandangkan Railay, Nopparat Thara semua tak sempat dah kami nak tengok. Sebelum tu seperti biasa, pekena banana Nutella pancake dia lagi buat memuas ketagihan 2 beradik ni. Jalan kaki sampai ke pantai Ao Nang sambil window shopping.

Sekali-sekala aku confuse, aku di Malaysia ke di Thailand. Sebab selang 2 langkah jumpa orang Melayu. Selain tu, warga India pun ramai. Which is probably why ada banyak kedai makanan India dekat sini. Sampaikan penjaga kedai-kedai souvenir dia pun ramai India.

Kami sampai di pantai Ao Nang dah dekat senja. Ombak kuat rupanya dekat sini. Bila tengok macam tu, aku syukur sungguh aku dan husband decide untuk tinggal di Phi Phi sampai 2 malam. Kelaziman warga Malaysia yang datang ke Krabi, based on the blogs I read dan juga pengalaman kawan-kawan terdekat sendiri, diorang semua datang mesti duduk Ao Nang lepas tu buat island trip ke Phi Phi. Kalau kami duduk di Ao Nang sepanjang 5 hari ni, mesti bernanah telinga aku dengar budak-budak ni membebel sebab tak puas main pasir dah mandi laut. Di Ao Nang jugak tak de hotel-hotel yang menghadap laut. Pantai Ao Nang tu macam public beach dan dibarisi semua kedai-kedai. Jadi untuk ke pantai Ao Nang memang kena jalan kaki atau, kalau duduk hotel hebat sikit, dia sediakan shuttle transport.

Bergambar sikit di tepi laut; anak-anak terkesima dengan ombak yang kuat. Menjerit-jerit! Lepas diorang puas, kita sambung pulak dengan aktiviti shopping. Aku memang dah niat nak bershopping ni; yakni sesuatu yang di luar tabii semulajadi aku. Yang penting dulukan barang anak-anak. Dapatlah t-shirt Adik 2 helai, seluar dan dress untuk Kakak. Ayah pun dapat baju sehelai. Disebabkan suami aku seorang yang pro-shopping, aku kena ceramah suruh beli seluar sehelai sebab aku belum beli apa-apa langsung untuk aku. Tuhan tu maha adilkan. Bila si bini tak suka shopping, dia kawinkan dengan lelaki yang kaki shopping. Haha.

Sepanjang jalan tu penuhlah kedai-kedai urut dok tarik pelanggan masuk. Kami macam biasa, bukan tak teringin, tapi nak cari kedai yang ada tukang urut lelaki untuk husband aku macam agak rare sikit. Tapi geram beb tengok, urut kaki sejam baru THB200. Kat KL mana nak dapat! Sampailah lalu depan satu kedai ni, yang promote tu lelaki. So aku pun gatalkan mulut tanya, “Got male masseuse for my husband?” Dia jawab, “Yes, yes. Women for women, men for men.” Bersinar mata aku. Tanya lagi, boleh urut anak-anak sekali tak? Dia kata boleh, dia bagi urut guna losyen untuk budak-budak. Tapi harga sama ajelah. Ah, alang-alang esok dah nak balik. Daripada putih mata langsung sebab asyik hujan, baik aku lenjankan aje. So setel, masuk kedai urut. Empat-empat sekali kena urut kaki, sejam. Haha.

Siap urut dah dekat pukul 9. Jadi pergi dinner makan Indian food lagi. Kali ni order roti-roti dengan Shahi Paneer pulak, dan ayam tandoori. Meletops! Tapi Adik dah lena kat riba aku, penangan kena urut kaki. Untunglah Ayah, habis je makan terus buat aktiviti membakar kalori, dukung Adik balik ke hotel. Jauh tu tak kelakar la beb. Ada dekat 1 km kot.


Depan-depan masjid tu ada banyak gerai-gerai souvenir yang dibuka waktu malam saja. Dari jauh kami dah nampak dia jual t-shirt lengan panjang, which is what I’ve been looking for for myself. Husband ajak pergi tengok. Dia dengan dok dukung anaknye. So aku suruh dia balik je bilik, aku pergi sorang. Kakak tak nak teman sebab dia pun dah penat. Takpelah, boleh aje aku sorang. Dapatlah t-shirt lengan panjang sehelai, seluar sehelai. Majority penjualnya cakap melayu, dialek Kelantan.

Bila aku sampai bilik, anak-anak dah setel berdengkur. Alhamdulillah.

Alang-alang aku tengah teringat ni, aku nak sembang sikit pasal Ao Nang vs Phi Phi memandangkan aku dah merasa bermalam di both places. Bagi akulah, kalau datang memang untuk menikmati laut, aku sarankan untuk tinggal di Phi Phi. Nak kata mahal sangat kat sana pun takdelah jugak. Ada aje backpacker hostel. Tapi dekat sana laut dia cantik, depan-depan hotel pun dah boleh snorkel. Apatah lagi, attractions yang semua orang nak pergi dari Krabi, dari Phuket, semuanya adalah di pulau Phi Phi tu sendiri. Maya Bay tu di Phi Phi. Viking Cave tu di Phi Phi. Long Beach, Loh Mu Dee, semua itu di pulau Phi Phi. Jadi by staying in Phi Phi, you actually save money and time untuk ke destinasi tu semua. Pasir dekat sana sangat lembut, tak macam di Ao Nang. Ombak dia sepoi-sepoi bahasa gitu, selesa untuk mandi. Pulaunya car-free, motor free. Tenang aje berjalan ke mana-mana.

Makanan halal boleh cari di sana. Souvenir pun banyak dijual. Orang-orang dia ramah, pemandangan cantik. Aku tahu kalau aku pergi masa musim tak hujan, lebih banyak aktiviti boleh buat. Ada trek untuk naik ke puncak bukit dia untuk tengok pemandangan seluruh pulau.


Tapi kalau motif utama ke Krabi adalah untuk shopping then Ao Nang dan Krabi Town adalah tempat yang sepatutnya anda kunjungi. Terpulanglah dekat misi masing-masing. Kalau aku datang sini lagi, aku still akan tinggal di Phi Phi.  

No comments:

Post a Comment