Tuesday, 31 May 2016

To Krabi Thailand With Kids - Day 4: Phi Phi - Ao Nang

30 May 2016

Hujan lebat lagi pagi-pagi tadi. Hari ni kami akan meninggalkan Phi Phi jadi malas nak beriya sangat. Lepak-lepak aje dekat bilik, kejut anak-anak. Dalam pukul 7.30 tu pergi breakfast. Anak-anak nak main laut tapi hujan makin lama makin lebat. Sian diorang. So as a compensation, aku biarkan aje diorang mandi pool dalam hujan tu.

Sampai pukul 8.45 aku ajak semua naik. Nak biru dah bibir semua sejuk. Terus mandi dan bersiap, kemas beg semua. Pukul 9.30 kami check out.

Masa proses check out tu dok bersembang dengan orang-orang reception tu. Diorang advice kami pasal ferry ticket dan sebagainya. Rupanya bila beli tiket feri tu, kita boleh mention sekali dekat penjual tu destinasi kita yang seterusnya untuk dapatkan free transport. Macam kami, bila sampai di Krabi pier nanti kami akan ke Ao Nang. Jadi bila kita sebut benda tu, diorang bagi kita stiker Ao Nang untuk lekat di baju. Bila sampai di sana, akan ada transport menunggu dan bawa kita ke Ao Nang. Kami terhutang budila dekat diorang sebab share information tu. Kalau tidak memang tak tahu, dan kami akan dicaj lagi THB300 ke THB400 untuk ke Ao Nang naik teksi.

Kami jalan kaki ke feri, anak-anak naik kereta sorong tu lagi. Masih hujan gerimis waktu tu. Feri pulak penuh kali ni. Teori aku, mungkin mat-mat saleh nan ramai ini decide untuk gerak je dari Phi Phi memandangkan takde aktiviti diorang boleh buat dekat sini dalam cuaca macam ni. Kerusi dalam feri tak sedap pulak kali ni. Sakit pinggang aku. Dengan sejuk gedinye. Aku dengan Adik langsung tak dapat tidur sepanjang hampir 2 jam tu.

Sampai aje dekat Krabi pier, memang betullah ada orang dah tunggu. Pemandu van sama yang hantar kami ke pier hari tu. Naiklah dengan beberapa warga Thailand lain terus ke Ao Nang. Transport tu memang bertanggungjawab menghantar kami ke pekan Ao Nang saja. Jadi deal dengan pakcik tu bayar THB50 untuk dia hantar terus ke hotel kami; Ibis Styles Ao Nang Krabi. Laluan masuk ke hotel ni betul-betul menghadap ke masjid Ao Nang.

Kawasan Ao Nang ni penuh dengan kedai halal. Yang lagi buat aku terkinja-kinjanya, bersepah kedai makanan India. Aku rasa nak berdarah hidung dah makan tom yam dengan telur dadar, jadi hari ini aku buat keputusan veto untuk makan indian food. Check in dulu, tapi bilik belum siap, jadi kami tinggalkan beg dan terus keluar pergi lunch. Makan di Restoran Namaste. Order butter chicken dan 3 jenis roti. Sedap sehingga menjilat jari! Ditambah dengan banana shake dan mango shake yang lazat.

Selesai makan kami balik ke hotel untuk masuk ke bilik. Kali ni aku ambil Family Room pada harga RM280 semalam. Masuk je bilik, melompat-lompat la anak-anak aku. Bilik ni sediakan double decker bed untuk kanak-kanak. Terus terlupa sekejap diorang dekat swimming pool, punya seronok memanjat. Facilites untuk kanak-kanak siap ada 2 mini bean bags, TV sendiri untuk diorang, siap dengan X-box. Meletops baq hang! Mak ayah dapat TV sendiri, anak-anak ada TV sendiri. Padahal bilik kecik je. Frust pulak rasa dok sini satu malam aje. Hehe.


Bagi diorang puas memanjat sementara kami solat semua, lepas tu bawak diorang ke pool. Aku sempatlah kerja sikit. Tapi lepas tu mata aku dah tak larat bukak, jadi aku naik bilik dulu membuta kejap. Bila diorang naik pun husband aku yang uruskan budak-budak tu mandi semua. Sampai pukul 5 lebih. Bila tengok budak-budak ni takde gaya nak berehat, aku ajak je keluar.

Dah sampai Ao Nang takkanlah tak tengok Ao Nang kan? Sekurang-kurangnya Ao Nanglah, memandangkan Railay, Nopparat Thara semua tak sempat dah kami nak tengok. Sebelum tu seperti biasa, pekena banana Nutella pancake dia lagi buat memuas ketagihan 2 beradik ni. Jalan kaki sampai ke pantai Ao Nang sambil window shopping.

Sekali-sekala aku confuse, aku di Malaysia ke di Thailand. Sebab selang 2 langkah jumpa orang Melayu. Selain tu, warga India pun ramai. Which is probably why ada banyak kedai makanan India dekat sini. Sampaikan penjaga kedai-kedai souvenir dia pun ramai India.

Kami sampai di pantai Ao Nang dah dekat senja. Ombak kuat rupanya dekat sini. Bila tengok macam tu, aku syukur sungguh aku dan husband decide untuk tinggal di Phi Phi sampai 2 malam. Kelaziman warga Malaysia yang datang ke Krabi, based on the blogs I read dan juga pengalaman kawan-kawan terdekat sendiri, diorang semua datang mesti duduk Ao Nang lepas tu buat island trip ke Phi Phi. Kalau kami duduk di Ao Nang sepanjang 5 hari ni, mesti bernanah telinga aku dengar budak-budak ni membebel sebab tak puas main pasir dah mandi laut. Di Ao Nang jugak tak de hotel-hotel yang menghadap laut. Pantai Ao Nang tu macam public beach dan dibarisi semua kedai-kedai. Jadi untuk ke pantai Ao Nang memang kena jalan kaki atau, kalau duduk hotel hebat sikit, dia sediakan shuttle transport.

Bergambar sikit di tepi laut; anak-anak terkesima dengan ombak yang kuat. Menjerit-jerit! Lepas diorang puas, kita sambung pulak dengan aktiviti shopping. Aku memang dah niat nak bershopping ni; yakni sesuatu yang di luar tabii semulajadi aku. Yang penting dulukan barang anak-anak. Dapatlah t-shirt Adik 2 helai, seluar dan dress untuk Kakak. Ayah pun dapat baju sehelai. Disebabkan suami aku seorang yang pro-shopping, aku kena ceramah suruh beli seluar sehelai sebab aku belum beli apa-apa langsung untuk aku. Tuhan tu maha adilkan. Bila si bini tak suka shopping, dia kawinkan dengan lelaki yang kaki shopping. Haha.

Sepanjang jalan tu penuhlah kedai-kedai urut dok tarik pelanggan masuk. Kami macam biasa, bukan tak teringin, tapi nak cari kedai yang ada tukang urut lelaki untuk husband aku macam agak rare sikit. Tapi geram beb tengok, urut kaki sejam baru THB200. Kat KL mana nak dapat! Sampailah lalu depan satu kedai ni, yang promote tu lelaki. So aku pun gatalkan mulut tanya, “Got male masseuse for my husband?” Dia jawab, “Yes, yes. Women for women, men for men.” Bersinar mata aku. Tanya lagi, boleh urut anak-anak sekali tak? Dia kata boleh, dia bagi urut guna losyen untuk budak-budak. Tapi harga sama ajelah. Ah, alang-alang esok dah nak balik. Daripada putih mata langsung sebab asyik hujan, baik aku lenjankan aje. So setel, masuk kedai urut. Empat-empat sekali kena urut kaki, sejam. Haha.

Siap urut dah dekat pukul 9. Jadi pergi dinner makan Indian food lagi. Kali ni order roti-roti dengan Shahi Paneer pulak, dan ayam tandoori. Meletops! Tapi Adik dah lena kat riba aku, penangan kena urut kaki. Untunglah Ayah, habis je makan terus buat aktiviti membakar kalori, dukung Adik balik ke hotel. Jauh tu tak kelakar la beb. Ada dekat 1 km kot.


Depan-depan masjid tu ada banyak gerai-gerai souvenir yang dibuka waktu malam saja. Dari jauh kami dah nampak dia jual t-shirt lengan panjang, which is what I’ve been looking for for myself. Husband ajak pergi tengok. Dia dengan dok dukung anaknye. So aku suruh dia balik je bilik, aku pergi sorang. Kakak tak nak teman sebab dia pun dah penat. Takpelah, boleh aje aku sorang. Dapatlah t-shirt lengan panjang sehelai, seluar sehelai. Majority penjualnya cakap melayu, dialek Kelantan.

Bila aku sampai bilik, anak-anak dah setel berdengkur. Alhamdulillah.

Alang-alang aku tengah teringat ni, aku nak sembang sikit pasal Ao Nang vs Phi Phi memandangkan aku dah merasa bermalam di both places. Bagi akulah, kalau datang memang untuk menikmati laut, aku sarankan untuk tinggal di Phi Phi. Nak kata mahal sangat kat sana pun takdelah jugak. Ada aje backpacker hostel. Tapi dekat sana laut dia cantik, depan-depan hotel pun dah boleh snorkel. Apatah lagi, attractions yang semua orang nak pergi dari Krabi, dari Phuket, semuanya adalah di pulau Phi Phi tu sendiri. Maya Bay tu di Phi Phi. Viking Cave tu di Phi Phi. Long Beach, Loh Mu Dee, semua itu di pulau Phi Phi. Jadi by staying in Phi Phi, you actually save money and time untuk ke destinasi tu semua. Pasir dekat sana sangat lembut, tak macam di Ao Nang. Ombak dia sepoi-sepoi bahasa gitu, selesa untuk mandi. Pulaunya car-free, motor free. Tenang aje berjalan ke mana-mana.

Makanan halal boleh cari di sana. Souvenir pun banyak dijual. Orang-orang dia ramah, pemandangan cantik. Aku tahu kalau aku pergi masa musim tak hujan, lebih banyak aktiviti boleh buat. Ada trek untuk naik ke puncak bukit dia untuk tengok pemandangan seluruh pulau.


Tapi kalau motif utama ke Krabi adalah untuk shopping then Ao Nang dan Krabi Town adalah tempat yang sepatutnya anda kunjungi. Terpulanglah dekat misi masing-masing. Kalau aku datang sini lagi, aku still akan tinggal di Phi Phi.  

Monday, 30 May 2016

To Krabi Thailand With Kids - Day 3: Phi Phi Island

29 May 2016

Dalam pukul 4 pagi tadi aku terjaga sebab hujan semula. Masa bangun Subuh pukul 5.30 tu pun masih lebat, jadi itu isyarat untuk sambung tidurlah.

Bangun semula 7.30, hujan dah berhenti, jadi apa lagi, kejutkan semua bangun. Pancing dengan laut, pasir, cepat ajelah budak-budak tu bangun. Siap-siap, turun breakfast dulu di hotel. Masa tengah makan tu nampak cuaca makin okay, jadi kami pujuk-pujuk kanak-kanak berdua tu untuk pergi island tour.

Bisinglah sikit, terutamanya si makcik tu, sebab kalau ikutkan dia, pantai depan hotel ni pun dah cukup. Kalau camtu baik Mama antar korang pergi PD aje anak-anak. Huish!


So naik tukar baju balik. Mengeluh jugaklah aku kena pakai balik baju basah. Disebabkan aku ni pemalas orangnya, aku bawak baju sikit-sikit aje. Baju mandi, baju tidur kita recycle aje. Tapi sebenarnya satu penyeksaan la pakai balik baju basah ni. Maklumlah kita nak kena berlapis-lapis pulak. Yang dalam, yang luar, tudung lagi. Semua basah pulak tu. Jeles kekadang tengok mat saleh pakai coverage tiga segi je. Kuikuikui.

Anyway, kami bergerak ke arah town,  on the way tu pun dah banyak booth operator island tour ni. Bila tanya, standard je harga THB1500 untuk 2 adult, 3 hour trip. Kids diorang tak charge. Disebabkan si Adik ni pulak kami dah janji nak beli beach toys dia dulu, kami terpaksa gerak ke town untuk ke kedai yang dia dah aim semalam. Masa kat kedai tu ada satu mamat approach kami. Sebab malas nak pikir panjang lagi, semua pun charge harga sama, kami onkan aje.

Dia tunjuk map, 2 option yang kami boleh buat. Tapi dalam 2 option tu takde Maya Beach yang selalu disebut-sebut. Bila kami tanya, dia kata bot dia tak boleh bawa ke sana sebab ombak kuat. Melainkan kami ambil trip ke Loh Samah, boleh jalan kaki dari sana ke Maya Beach, 5 minit. Disebabkan dia kata macam tu, kami setuju ambil trip tu. Kami tunjuk anak-anak pun dia kata OK no problem.
Bila naik long tail boat tu, takde pulak dia suruh pakai life jacket je apa, jadi kami bedal ajela. Separuh jalan tiba-tiba ombak kemain kuat. Nervous aku, dengan kami berempat takde life jacket. Masa tu baru sibuk pakai, tapi semua adult size. So anak-anak aku takde life jacket. Kering darah memikirkan kalau bot tu terbalik, apa jadi kat budak-budak tu. Masa tu hati aku dah start panas sikit.

Sampai di Viking Cave tu tengok ajelah dari jauh; seperti yang telah aku baca di blog sebelum ni. Then terus ke Loh Lipey. Cantikla sini, air jernih, biru aje. Ada satu dua bot je baru, dengan orang-orang snorkelling. Jadi kami pun stop situ, turun snorkel skali. Anak-anak aku cuba pakai adult life jacket tapi lagi rasa lemas bila benda tu tak fit ke badan diorang. Nasib baiklah bawak pelampung diorang dari rumah, pakai itu jela. Merasalah diorang mandi tengah laut.


Kejap aje dekat situ, sebab husband aku dah excited nak pegi Maya Beach. Yelah, Adik pun baru dapat beach toys, nak main pasirla. So teruskan ke Loh Samah. Sampai di Loh Samah tu kami tergamam sekejap. Air dia berombak kuat. Untuk amatur yang takut ombak macam aku ni memang aku takkan jejaklah dalam air secara sukarela. Tanya pulak dekat mamat tu, kat mana nak pergi Maya Beach nyer. Dia tunjuk kawasan batu-batu dekat pulau tu, ada tali-tali tergantung dekat cerun untuk panjat. Dekat bawah tali-tali tu batu-batu dia tajam dan ombak kuat dok hempas batu-batu tu. Macam mana nak ke sana? Berenang dalam air ombak kuat tu lebih kurang 10 meter. KEPALA HOTAK!
Sorang mat saleh memanjat tali untuk
ke Maya Beach di Loh Samah Bay


Aku kata macam mana anak-anak aku nak pergi situ? Dengan beg diorang lagi, makanan diorang, beach toys diorang, pelampung diorang. Macam mana aku nak heret budak 5 tahun dan 6 tahun dalam air macam tu, sedangkan kalau aku berdua dengan husband aku pun aku tak sanggup! Pastu mamat tu mula salahkan kitorang. Dia kata dia dah cakap tadi nak pergi Maya Beach kena panjat. Ehhhh… Pasai apa aku tak pernah tahu? Lagipun common sense takde ke, bila tengok anak-anak aku besar-besar ni dia rasa logic ke untuk budak-budak ni melalui keadaan tu? Dia mula mengeluh2, geleng-geleng kepala macam kami ni yang unreasonable. Aku dah sampai tahap tinggi suara dah. Tanya dia ada beach lain tak boleh pergi? Dia kata “Here no beach.” Tanya nak pergi Loh Mu Dee yang pakej lagi satu tu, “That one very far. I tell you already go Loh Mu Dee you want go Maya Beach.” Eh eh eh! Kalau kau cakap terang-terang dari awal apa situasinye dekat sini takkanlah jadi macam ni. Kesimpulannya kau lah tak jujur.  Hoi, berbulu beb masa tu! Kalau aku reti bawak bot, memang aku tolak je dia masuk air tu pastu aku balik sendiri.


Husband akulah “Mat Kool Mat Kool Kawanku”, dia yang cakap elok-elok dengan mamat tu. Suruh patah balik je ke Loh Lipey, snorkel kat situ je. Dia agree. Sampai situ nampaklah ada 1 beach kecik conenet, dan masih kosong, jadi suruh dia bawak kami ke sana. Dia bawak. Oklah, dapatlah diorang main pasir, ada ikan-ikan jugak dekat situ, bagi makan roti. Merasalah memanfaatkan snorkel yang dibeli tu. Aman dalam 15 minit, sebelum datang speedboat besar dengan puluhan umat manusia join sekali dekat situ. Majoriti orang Malaysia je.

Masa tu pun dekat Loh Lipey tempat kami snorkel first tadi dah penuh, jam! Menderu masuk bot-bot tour ni, sampai satu tu time dekat situ ada dalam 20 ke 25 buah bot. Syukurlah kami sampai awal tadi.


Kami buat hal sendiri je, aku bawak anak-anak bagi makan ikan sambil snorkel. Sampai pantai balik, ada satu monyet besar dok menakutkan suasana dekat situ. Semua pakat nervous kepung anak masing-masing. Kami bergambar-gambar kejap, orang-orang speedboat tu beredar, kami pun cepat-cepat gerak. Sebab takut monyet tu jadi makin berani bila dah takde orang. By then dia dah pun menjajah tempat kami letak beg. Nyaris husband aku kena cakar masa nak ambil barang. Aku memang takut monyetsssss!!!


So terus kembali ke Phi Phi Town. Terus cari lunch. Try makan pancake Thai yang famous di Krabi ni. Ala-ala roti canai berinti, atau lebih tepat lagi murtabak manis. Sedap weh! Beli yang banana Nutella, dengan yang inti cheese. Tak sempat decide restoran untuk lunch, hujan balik. Dahla orang punyelah ramai. Rupenya lunch hour ni memang orang yang tour dari Phuket, dari Krabi, dari Ao Nang semua berkumpul dekat sini. Kami bungkus anak-anak dalam raincoat, redah je hujan. Makan kat satu kedai thai muslim dekat-dekat dengan hotel. Rasa dia okay-okay jelah.

Pastu balik hotel. Anak-anak tak penat lagi tu. Diorang terus laju je ke pool. Sejuk pun rela. Aku join lah sekali, dapat jugak bilas-bilas pasir kat badan. Sampai hujan lebat balik, naik. Mandi, solat. Aku kerah budak-budak ni tidur dulu sebab karang malam tak larat jalan ke town untuk dinner. Menangis-nangis si Kakak tak nak tidur. Eh eh! Ayah dialah pujuk.


Tidur sampai 5.30, aku jugak kejutkan semua balik sebab hujan dah stop. Memang malam dia cuaca cantik. Keluar pukul 6 lebih, bergambar sikit kat pantai, then pergi town. Makan dekat kedai semalam jugak. Tapi hari ni order teroverdose, tak larat habis. Lepas tu Adik tak puas hati nak jugak try Fish Spa tu. Pergilah lagi. Hari ni aku pun buat. Ayah aje tak buat.


Barulah gerak balik. Sampai hotel dekat pukul 10. Itu pun budak-budak ni segar lagi. Esok pagi dah nak kena naik feri balik ke Krabi ni.  

Sunday, 29 May 2016

To Krabi Thailand With Kids - Day 2: Phi Phi Island

28 May 2016 - Phi Phi Island

Sepanjang malam aku tak berapa lena sebab entah apesal hotel ni asyik blackout. Aku pulak jenis yang senang terjaga, pantang bunyi sikit terjaga. So every time bunyi lampu klik terpadam dan terpasang balik aku asyik jaga. So lepas bangun Subuh 5.30 tu aku sambung tidur balik.

Husband dan si Kakak bangun pukul 6.30, diorang mandi semua dulu, kemas beg. Aku pun kejutkan adik. Tengok ke luar, gelap langit. Dan tak berapa minit lepas tu, hujan lebat. Jenis hujan yang akan berterusan sepanjang hari. Syabas!

So kami pun malas nak keluar breakfast ke apa. Duduk hotel ni bukan breakfast included, dan aku malas nak meredah hujan. So untuk budak-budak ni ada bekal roti yang aku bawak semalam, ada buah manggis dan rambutan sikit lagi, Milo dan Nestum yang aku bawak dari KL. Bagi diorang makan apa yang ada, then pukul 8 tu tunggu transport sampai.

Datanglah satu van besar menjemput kami, dah penuh dah dalam tu. Perjalanan ke jeti ambil masa dalam 15 minit. Hujan kemain lebat masa tu. Tabahlah. Sampai jeti 8.30, naik ke feri, feri jalan pukul 9 pagi. Tak penuh pun ferinya. Yelah, low season katanya kan. Terus ke Phi Phi Island.

Kami pilih seat di tingkat bawah sebab kurang orang. Jalan aje ferinya, aku dan husband terus membuta. Kejap lepas tu Adik pun join. Last sekali baru Kakak tidur. Perjalanan ambil masa dalam sejam setengah. Terjaga dalam perjalanan tu sebab feri bergoyang-goyang, tengok dekat tingkap ombaknye mak aiiiii…. Teringat aku dekat tsunami. Nervous kejap. Ombak besar, melambung-lambung sikit feri. Kena pulak kami duduk belah bawah, datang ombak kuat, kami dok bawah airlah. Anak-anak aku pun cuak sekejap. Tapi aku suruh diorang tido aje.

Aku berharap di Krabi aje hujan gini, bila sampai Phi Phi cuaca okay. Tapi nasib tak menyebelahi kami. Sampai di Phi Phi hujan tengah lebat dengan angin kuat. Dari feri nak ke pulau tak ada bumbung pulak tu. Kami langsung takde preparation apa-apa, takde payung takde baju hujan. Disebabkan husband kena mengheret luggage besar, aku kenalah mengheret dua orang kanak-kanak ni dalam hujan lebat. Basah kuyup beb! Nasib baiklah aku memang pakai baju mandi siap-siap, Adik pun sama. Lari sampai ke pondok kecik dekat dengan tempat kutip island tax. Kami tumpang teduh dekat situ sebab angin kuat sangat. Kakak sampai dah menggigil-gigil sejuk. Orang-orang dekat situ kesian kat diorang, ada yang bagi baju hujan, ada yang pinjamkan sweater. Aku tinggal situ dengan anak-anak sementara Husband pergi cari wakil hotel untuk bawak kami ke hotel.

Dia datang balik dengan satu pekerja Phi Phi Cliff Beach Resort yang bawa kereta sorong untuk angkut beg. Dia bawak payung untuk kami sorang satu. Anak-anak dua-dua dah pakai baju hujan. Mamat tu letakkan budak-budak ni dalam kereta sorong tu sekali, dia tolak. Masa tu hujan tak lebat sangat dah.

Sampai hotel, check in semua, masuk bilik. Kering-keringkan badan, tukar pakai baju mandi semua. Turun bawah lunch dekat hotel ni. Sebab tak breakfast kan dari pagi. Mahal la jugak compare to dekat luar, tapi nak pergi jauh pun anak dara aku dah muncung sebab nampak laut depan mata dah. Jadi makan cepat-cepat, pergi mandi laut.

Masih gerimis, tapi bolehla nak berendam. Sempat rasmikan snorkel yang beli special untuk trip ni. Ambik-ambik gambar sikit. Sampai pukul 2 lebih. Terpaksa naik sebab sejuk! Takde matahari, angin pun kuat sikit. So naik mandi-mandi semua, mata jadi berat.

Tengok langit kat luar macam ada harapan nak cerah petang ni, so suruh semua rest dulu, pukul 4 lebih karang nak keluar. Tapi pukul 4.30 check dekat luar, mendung balik. Tak sampai berapa minit dah hujan lebat. Nangisla aku. Lapar ni, teringin nak pergi pekan dia. Nyesal tak keluar je terus pas mandi tadi. Kesian jugak dekat anak-anak ni, menyangap abis dalam bilik. Roti-roti semua pun aku tak sempat beli lagi nak buat alas perut. Alahai… Oh Phi Phi, give us a chance to get to know you pleaseee….

Lepas termenung beberapa ketika, Husband cakap alang-alang dah sampai, alang-alang kids dah ada baju hujan sorang satu dan hotel pun provide payung untuk kami sorang satu, apa kata kita redah je hujan tu. Maka keputusan pun muktamad. Terus keluar.


Bila dah duduk dalam hujan tu, takdela lebat sangat pun sebenarnye. Jalan kaki ke town sampai senja. Cari-cari kedai kat situ, jumpa satu yang ada serba-serbi. Sebab anak-anak aku nak pizzalah bagai. Anak dara aku yang sibuk pegi tanya orang tu halal ke tak, orang tu jawab halal. Jadi makan. Orderlah beberapa item, pizza diorang, garlic bread untuk Adik, Tomyam dengan nasi dan kerabu mangga untuk ayahnya, aku makan baked mashed potato. Selera mat saleh belaka semuanya. Nasib baik semua food dia sedap, termasuk banana shake dia. Kena dalam THB900 untuk semua tu, which is ok lah kot considering kita kat pulau, dan ada sampai 5 jenis makanan. Kenyang la.

By then hujan dah berhenti. Jam pun baru pukul 7.30. Jadi kami merayau-rayau window shopping. Jumpa banyak aksesori untuk water activities, yang kebanyakannya kami berusaha sungguh cari masa kat KL in the months leading to this trip. Bila banding balik harga, rasa ketuk kepala sendiri pun ada. Snorkel budak dekat sini full set baru THB200 (RM23 camtu ikut rate semasa). Aku beli kat KL cermin asing, serombong udara tu asing, dekat RM70. Tu belum kira monopod yang boleh terapung, beli kat KL RM50 lebih, dekat sini jadi RM30 je. Jadi bila jumpa waterproof bag yang husband aku dah lama mengidam masa kat KL, kami sambarla dekat sini. Beg 6 liter THB300 je. Dalam RM35.

Lalu dekat tempat Fish Spa, husband dan anak daraku sibuk nak buat. 15 minit THB200. Jadi diorang berdua buat. Aku tak buat sebab Adik tak nak. Kang kalau takde orang teman dia, drama lebih pulak. Selesai tu, slow-slow je kami jalan balik hotel. Jalan atas pantai, ambil angin malam. Sedap je malam ni.

Sampai hotel baru menggelabah nak mintak extra bed untuk budak-budak ni. Tengok-tengok staff housekeeping dah balik. Maka tidur berhimpitlah atas katil double malam ni ye? Semalam kemain mewah, order bilik triple, katil besar-besar pulak tu. Puas bergolek. Malam ni bersesaklah.

Esok kita tengok apa pulak habuan kita. Sebelum tidur Adik dah “bersembang” dengan Allah, kata boleh tak esok bagi cuaca dry aje, and ada sun, sebab dia nak main pasir. Insyallah ye Dik.


To Krabi Thailand With Kids - Day 1: Krabi Town

27 May 2016

Cuti sekolah start hari ni. Sebab aku dah menggigil nak naik kapal terbang, maka terbanglah kami hari ni, mengheret bersama anak-anak. Destinasi kali ini ialah ke Krabi je. Dekat je, jiran sebelah. Tiket ni aku beli lepas balik Lombok hari tu. Macam ajaib sikit sebab time cuti sekolah tiket ke Krabi pergi balik RM200 sorang. Jadi sambar jelah, memandangkan cop Thailand aku tak pernah ada lagi.

Budak-budak still sekolah hari ni, sebab Kakak memang tak nak langsung ponteng sekolah. Yang Adik pulak ada party kat sekolah hari ni, kesian pulak kalau terlepas. So habis je sekolah angkut diorang, mandi-mandi di rumah mak aku, dan terus berdesup ke KLIA2. Naik Uber kali ni.

Sampai di KLIA2 dalam pukul 1.30 petang. Flight kami pukul 4.15. Jadi santai-santai ajela. Check in beg, lepas tu masuk dalam. Makan Burger King dulu, rilek-rilek je. Solat sekali. Itu pun baru pukul 2.45. Jadi bawak pulak anak-anak pergi main dekat Kids Zone dulu sampai 3.30. Barulah ke gate. Boarding semua on time. Flight pun gerak on time. Kelakar pulak rasa pergi tempat dekat, tak sempat panas bontot dah sampai. Sejam suku camtu. Proses keluar kapal terbang pun smooth aje.

Keluar airport tu kami beli tiket teksi untuk ke Krabi Town. Malam pertama ni kami duduk town dulu supaya senang nak ke pier dan seterusnya ke Phi Phi esok. Kebetulan pulak ramai yang sebut-sebut pasal Pasar Malam Krabi dekat town, jadi kita ambil kesempatan dululah. Aku pun langsung tak research online pasal transport alternative, jadi bayar ajelah harga teksi THB350 untuk ke Krabi Town.

Mamat driver tu ada strategi pulak, dia berhentikan kami dekat tour office dia dulu. Dah kena racun dengan makcik kat situ ambil tiket feri ke Phi Phi dengan dia. Dia caj THB400 per adult, THB250 per kid, termasuk transport dari hotel ke pier. Lagi sekali, aku tak research, kali ni main redah je, so aku and husband tak pasti whether itu standard rate. Lepas bincang-bincang, kitorang decide “fine, ambik jelah”. Selesai deal baru driver keluar balik dari office untuk hantar kami ke hotel.

Kami tinggal di Lada Krabi Residence untuk malam ni. Sekangkang kera dari tepi sungai dekat Krabi ni dan juga dari pasar malam dia. Borak-borak dengan makcik di kaunter, dia promote tiket feri yang dia provide pulak. Dekat sini dia caj THB350 per adult, THB 200 per kid. Haiyaa.. Rugi THB200.

Naik bilik hantar beg, pergi toilet semua, lepas tu terus keluar balik amik-amik gambar tepi sungai. Anak-anak aku dah mulalah. Yang Kakak ternampak rambutan dan manggis, meroyan terus. Aku kata kejap lagi baru beli sebab sambil jalan nak makan celah mana? Dah muncung sedepa. Yang Adik ikut suka dia je nak buat apa. Larilah, masuk lopaklah, merajuk tak nak amik gambarlah. Macam semua entry aku sebelum ni, tekanan dia bila bawak anak ni lain macam sikit.

Kami ke pasar dia. Menarikla! Banyak choice benda nak beli, dan harga pun reasonable. Tapi malangnya anak-anak aku dah penat. Adik sibuk cari Milo, dia ingat macam pasar malam kita agaknye. Aku cari tak jumpa pulak. Yang Kakak tak abis lagi meroyan pasal rambutan dan manggis tadi. Aku dah set nak beli semua souvenir malam ni sebab aku rasa kat sini paling murah compare to Ao Nang yang famous, dan Phi Phi yang merupakan sebuah pulau. I just wish the kids can cooperate a bit more. Belila air, beli buah tu, beli magnet, aku jumpa pulut mangga jadi beli jugak, beli T-shirt untuk anak-anak nan ramai di rumah. Anak-anak aku terexcited bila ada tempat boleh beli lukisan canting batik and boleh terus duduk dekat situ colourkan dia. Satu lukisan pun THB20 je. So beli sorang satu, bagi diorang berkarya kejap sementara aku dan husband melahap pulut mangga tadi. Wah, marvellous!

By then anak-anak aku dah kepenatan tahap gaban, sebab kat Malaysia dah pukul 9 masa tu. Bed time diorang pukul 8.30. So bawak diorang pergi dinner. Adik lemau abis jadi memandangkan restoran tu selang satu kedai je dari hotel aku, aku bawak dia balik bilik mandi dulu. Barulah segar sikit. Makan nasi, tomyam, telur dadar, and ayam goreng kunyit (yang bak kata si Kakak “This is better than in Malaysia!)

Siap je makan balik bilik. Aku terus kerah budak-budak tu tidur sebab esok pukul 8 dah ada transport nak jemput ke jeti. Sepantas kilat aje diorang lena.

Aku agak nervous-nervous je ni, sebab 2-3 hari sebelum gerak ke sini barula ada hati nak Google pasal Krabi. Rupenye May sampai November ni low season sebab musim hujan. Kalaulah nasib tak baik hujan sepanjang masa, alamat pecahlah gegendang telinga aku dengar anak-anak aku membebel.
Semoga hari esok berjalan lancar. Aminnn…