The only decent photo of Mt Kinabalu |
Perjalanan ke Kundasang lancar. Tak jauh mana pun. Dalam
sejam setengah kami dah sampai di destinasi pertama, Kinabalu Park. Dalam
perjalanan tu kami dapat tengok pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat clear.
Husband sungguh-sungguh terpesona. Aku? Terpesona juga, tapi disebabkan ini
bukan kali pertama, aku takdelah jakun sangat. Heheh.
Welcomed by a squirrel |
I’ve been here before, about 14 years ago, untuk kursus
anjuran Kadet Remaja Sekolah. 10 hari aku duduk di pekan Kundasang, 10 hari
disajikan dengan pemandangan yang Subhanallah, sungguh indah. Rezeki aku juga
dapat mendaki Gunung Kinabalu sampai ke puncak waktu umur masih muda belia.
Kundasang |
Anyway, aku suruh juga husband berhenti tepi jalan untuk
ambil gambar, tapi dia tak nak. Last-last sampailah ke Kinabalu Park. By then
puncak gunung dah mula dilindungi awan. Tapi takpelah, ambik juga gambar. Dari
sana kami turun ke Pekan Kundasang. Berhenti tepi jalan di pasar yang jual
produk-produk tempatan. Macam-macam jenis buah ada. Kami beli pisang,
strawberi, kerepek bayam, dan sebotol madu hutan untuk dibawa balik.
Perjalanan diteruskan ke Poring Hot Spring. Sampai sana
dalam pukul 12 lebih. Masuk sini kena bayar juga, dan seperti biasa diorang
hanya charge aku dan husband. Dan yang seronoknya, kalau dah bayar masa masuk
Kinabalu Park tadi, tiket yang sama boleh guna untuk masuk ke Poring Hot Spring
juga. Tak mahal pun, RM3 je sorang.
Poring Hot Spring |
Dalam Hot Spring tu, kami bagi anak-anak aje berendam. Aku
langsung tak tukar baju mandi. Duduk tepi meneman diorang. Bukan apa, kami tak
plan nak stay lama dekat situ sebab banyak lagi destinasi. Bagi peluang
anak-anak je mandi-mandi supaya diorang tak boring. Dalam Poring Hot Spring tu
sendiri ada banyak lagi aktiviti lain; Taman Rama-rama, Canopy Walk… Tapi
rasanya budak-budak ni memang nak main air je kot. Dan memang takkanlah aku nak
mengendong Ilhan trekking naik ke Canopy Walk tu….
Dalam pukul 1 kami gerak dari sana. Budak-budak pun kami tak
tukarkan baju. Biar pakai swimsuit dengan robe aje, sebab destinasi seterusnya
ialah Luanti Fish Spa. Perjalanannya dekat setengah jam jugak dari Poring,
lokasinya betul-betul sebelah Ladang Teh Sabah. Nak cari Luanti Fish Spa, ikut
aje signboard ke Ladang Teh Sabah. Entrance feenya RM5 seorang kalau masuk kaki
sahaja, dan RM10 seorang kalau masuk satu badan, tapi kalau nak bawak kamera
masuk kena bayar tambah.
Agak strict jugak dekat sini. Nak pergi tepi sungai kena
bergilir-gilir, ada had berapa orang boleh ada di tepi sungai dalam satu-satu
masa, tak boleh bising, dan had masa berada di sungai tu hanya 15 minit…
Ikan Luanti yang gemoxx |
Kalau dekat KL ni, fish spa ikannya kecil-kecil comel je
kan? Hah, kat sini ikan dia besar-besar lengan! Hambek kau! Gigitnya pun boleh
tahan sakit! Layla nampak je ikan besar-besar tu, terus menyerah kalah, duduk
tepi je. Ilhan pulak mula-mula berani masuk air. Agaknya dia kena gigit sekali,
terus patah balik, join kakak duduk tepi. Husband sibuk geli, geli. Last-last
aku sorang je masuk. Dekat-dekat nak habis time baru husband masuk balik.
Dari Luanti, kami terus menuju ke Kundasang semula, check in
di Felyn Resort Kinabalu. Ada lagi destinasi kami sebenarnya, tapi sebab belum
solat, kami decide check in dulu, solat, hantar barang, baru keluar balik.
Felyn Resort Kinabalu ni dekat aje dari Pekan Kundasang. Jalan menghala ke
Ranau, simpang nak masuknya di sebelah kanan. Tapi itu baru simpang nak masuk
ye… Resort ni nuuunn jauh ke dalam, dengan jalan yang tidak berturap. Dekat 10
minit jugaklah nak sampai ke resortnya.
Masa check in tu kami tanya juga, kenapa tak turapkan jalan
tu, barula lagi ramai orang nak datang. Staf tu jawab, “Itu jalan kerajaan.”
Okay, fine. Biliknya okay, basic. Yang kami susah hatinya sebab kami dapat
katil queen aje, nak bersesak 4 orang malam karang. Ajak husband minta tukar
bilik, dia malas.
Selesai solat, keluar semula ke Desa Dairy Farm, di Mesilau.
Sampai sana dekat 4.30, makcik yang jaga pintu tu cakap ladang tutup pukul 5. “Saya
boleh tunggu sampai 5.20”. Aik, makcik ni. Kalau makcik tak tunggu, takkan kami
kena tidur dengan lembu malam ni? Entrance fee aku ingat-ingat lupa. Mungkin
RM4 seorang kot.
Memang cantikla dalam tu. Geram aku tengok lembu-lembu
dalmation ni. Bawak anak-anak pergi bagi anak lembu makan. Excited Layla! Lepas
tu beli susu lembu, sebab kerap dengar yang susunya sedap, especially susu
coklat. Dan memang betul seperti dikata, susu coklat dia sangat sedap! Very light and refreshing. Tak terlalu pekat macam most susu coklat, jadi minum banyak pun tak cepat muak. Susu ni fresh tanpa pengawet, jadi dia boleh ada di room temperature maksima 4 jam aje. Kalau nak tahan lama, kena cepat-cepat simpan dalam peti ais.Layla nak aiskrim jugak, so beli satu. Rush jugakla dekat sana, sebab
dah nak tutup. Kalau tak teringin aku nak santai-santai makan waffle kat café dia.
On the way keluar tu, berhenti beberapa kali untuk ambil
gambar. Tak dapat feel New Zealand sangatla, sebab tiba-tiba matahari terik
pulak. Hahah. Turun semula ke Pekan Kundasang, makan nasi ayam dekat salah satu
kedai kat situ. Sepanjang hari tak makan ni! Asyik snack on fruits, goreng
pisang dan kerepek je.
Hari dah mula gelap masa kami siap makan, dan husband nak
sampai ke resort sebelum malam. Yelah, jalan dia kan ala-ala off road gitu.
Tapi satu permintaan terakhir oleh aku – nak jenguk hostel yang aku duduk 14
tahun lepas. Pergila explore. Nasib baik memori aku masih kuat, dan memang kami
jumpa tempatnya walaupun diorang dah bina seketul flyover dekat kawasan tu. Dan
terbiar rupanya Pusat Kokurikulum Negeri Sabah, Kundasang yang jadi penginapan
aku selama 10 hari. So many wonderful memories. Sempat ambil gambar sikit.
And, off to the resort. Mandikan anak-anak, solat. Percaya tak, pukul 7.55 malam, kami semua dah tidur.