Oh! Cepatnye masa berlalu. My baby boy is 1 year old!
Bersempena dengan tarikh ini, aku nak mengenang kembali
detik-detik setahun lalu. Jadi secara eksklusifnya aku release birth story
Ilhan Shahid di sini. :P
3rd May 2011
Pukul 6 pagi tu Layla turun katil dia, panjat katil kami dan
mintak susu. Aku bangun berdiri je, rasa contraction. Contraction tu normal for
me sebab 2 kali mengandung pun aku memang jenis kerap dapat Braxton hicks. Seawal
6 bulan perut aku dah mula mengeras sikit-sikit. Tapi pagi tu terus terdetik
yang ‘Yeah, this is it.’ So lepas buat susu, aku pergi semayang Subuh dan lepas
tu kejut husband. Contraction still ada every 10 minit, so lepas dia semayang
aku bagitau dia, “I sakit-sakit ni. I think this is it.”
Dia cam, “Serious? Ok, so nak gi hospital sekarang ke?”
Aku tak nak sebab tak suka gi hospital awal-awal sangat. Lagi
lama kat sana lagi banyak kena proses macam-macam. Seluk sana, seluk sini,
cucuk sana, cucuk sini. Kecenderungan untuk pihak hospital masuk campur dalam
proses bersalin normal sepenuhnya tu sangat tinggi kalau pergi hospital
awal-awal. So instead, aku masukkan baju dalam mesin basuh, lipat baju yang
bertimbun, husband sempat basuh toilet semua. Just clear out chores apa yang
boleh sebab lepas ni sure busy giler. Siap mandi semua, menunggu Layla bangun. Biasala,
bila kita nak dia bangun cepat memang takkan bangun la kan.
Aku masuk bilik kejut dia, baring sebelah dia sambil
usap-usap dia. Tiba-tiba dilanda emosi. Terfikir yang ini mungkin last time aku
dapat baring-baring dan spend time eksklusif dengan dia berdua je. Sedihnya masa tu, memang banjir habis aku nangis. Belum
tinggal dia lagi aku dah rindu dia siap-siap. Uhuk uhuk.
Anyway, pukul 9 baru kejut dia, bagi mandi semua. Call Mama
bagitau kami nak pergi hospital. Dia kata Layla boleh hantar ke rumah dia sebab
dia boleh minta excuse dari sekolah. Pergi sana, mama paksa aku makan sandwich
telur sebab dia risau aku jadi macam masa bersalin Layla dulu. Siap bungkus
bekal lagi. Pukul 10 lebih baru gerak ke Hospital Selayang. Contraction ada,
tapi tak regular. Kejap every 10 minit, kejap every 5 minit.
Sampai Selayang 10.30 pagi. Naik ke Wad Bersalin, get ready
untuk kena check. Sambil-sambil tunggu doctor tu, ada nurse-nurse keliling
tanya pasal contraction semua. Bila sebut kata tak regular, diorang kata
mungkin aku akan disuruh balik kejap lagi. Belum masa lagi. Datang doctor check, dah
5cm bukaan. Lega, sebab dah buka banyak masa sampai hospital. Kalau baru
setakat 2cm, aku kompem akan depressed.
Doktor decide untuk terus pecahkan ketuban dan hantar masuk
ke labour room. Lagi sekali lega. Tak payah nak masuk wad dulu. Sempat sms sume
orang-orang yang berkenaan. Boleh gossip-gossip lagi dgn Zaf.
Dalam pukul 12 tu dah masuk labour room. Husband memang ada
sebelah je the whole time. Masa tu tak sakit sangat. Sembang-sembang,
gelak-gelak. Borak dengan nurse yang check contraction, heartbeat baby semua. Contraction
kuat, kata nurse tu, tapi tak kerap. Takut bukaan tak progress, atau lambat
progress, kata dia lagi. Aku ignore aje; tak nak focus on the negatives. By
then dah start lapar, tapi nurse tak bagi makan. “Kalau kena emergency c-sect
nanti susah kalau awak makan.” Lagi sekali aku ignore; focus on the positif sahaja
– agak konfiden yang aku akan bersalin normal. So aku curi-curi makan bekal
sandwich telur masa nurse keluar. Husband jaga line. Hihih.
A few times beberapa doctor/bidan/nurse datang check. Diorang
offer injection untuk tahan sakit – pethidine – tapi aku tolak. So far i can
handle it. Lapik tilam pulak dah lencun dengan air ketuban, so aku mintak
diorang tukar. Turun katil sekejap, and amik kesempatan untuk pegi toilet. Tip yang
bidan bagi masa bersalin Layla dulu – kerapkan kosongkan pundi kencing masa
proses bersalin. Ia akan percepatkan bukaan. Lepas tu saja-saja berdiri sekejap
tepi katil sebab ikut tip lagi satu – berdiri pun boleh cepatkan bukaan. Gravity
helps. Masa tu baru start sakit kuat. Dalam 10 minit berdiri dah tak larat
sebab contraction jadi kerap. Check jam, pukul 2.30 ptg.
Check bukaan lagi; 7cm. Doktor yang check tu pesan, “Saya
akan bagi masa 4 jam lagi untuk dilation awak progress. Kalau tak kita induce.”
Lagi sekali diorang offer pethidine, aku tolak jugak. Serentak tu Mama sampai,
so dia take over masuk teman aku sekejap. Oh, masa tu contraction macam takde
intervals. Baru berapa minit, dah tak tahan. Cakap kat mama suruh bagitau doctor
untuk check. Dah rasa nak teran dah ni! Check bukaan: 9cm. Doktor kata, “Kalau
dah rasa nak berak sangat-sangat, bagitahu.” Tak sampai 5 minit pun dah rasa
dah. Kelam-kabut Mama pegi panggil husband.
Fully dilated, ready to push. Masa husband masuk tu dah
crowning, so mengikut wave contraction, with 2 or 3 pushes, Ilhan Shahid pun
lahir ke dunia. 03.05-2011, 3.26pm, 3.45kg baby boy. No episiotomy, just slight
tearing.
Wonderful, wonderful experience. Alhamdulillah everything was
fast, smooth and easy. Positive thinking and Hypnobirthing techniques really
helped. It's something every mom and future moms should know. Sangat worth it.
As for Ilhan Shahid, oh, dialah baby boy paling manja pokpek
dan busuk masam dalam dunia ni. Tidur bawah ketiak mama. Kuat nangis. Kuat makan. Kuat peluh. Kuat berak. Semua kuat. Hihih... Cepat pick-up. Panjang akal. Suka digomol dan dicium. Suka main air. Suka menyakat dan buat Kakak nangis.
Progress setakat usia setahun: 6 batang gigi. Dah boleh
jalan. Pandai tepuk tangan, pandai lambai, pandai flying kiss, pandai cak-cak. Pandai minum guna straw. Boleh cakap
Mama, Ayah, Kakak, Cat, Ball…
May you grow up to be a smart, healthy boy. Jadi anak yang
soleh, yang beriman, yang menghormati orang dan berjaya dunia dan akhirat.
Aminnnn…
No comments:
Post a Comment