Sunday, 26 November 2017

Iceland Post Trip & Tips

Baru-baru ni aku terserempak sorang kawan lama, yang tak rapat sangat tapi bila jumpa tu bersembang boleh bawak gelak la jugak. Dia tanya aku soalan yang agak di luar kotak berbanding orang lain yang aku jumpa selama ni. “Camane korang boleh terpikir nak pegi Iceland tu? Gila pelik!”

Camane boleh terpikir ek? Dari kecik aku tak penah terbayang nak pergi Iceland, tak pernah masuk senarai pun. Aku kenal nama Iceland pun sebab rajin beli pemadam bendera negara-negara masa kecik dulu. Bagi aku Iceland ni penuh ice, macam dekat antartica tu. Perkenalan pertama aku dengan keindahan Iceland ialah bila aku tengok filem The Secret Life of Walter Mitty, beberapa tahun lepas. Masa tu baru aku tahu Iceland ni cantik rupanya. Itu pun, movie tu tak banyak membantu promosikan negara tu sebab dia bayangkan negara tu sunyi, susah berkomunikasi, makanan dan orang dia pelik, dan ada scene letusan gunung berapi yang dah cukup untuk buat aku rasa, “Nope, I’m not putting my life in danger like that.”

Sampailah keluar video clip Gerua. Ha, itu baru kita boleh katakan satu promosi pelancongan yang berjaya untuk negara tu. Banyak kali aku pernah emphasize yang corak travel aku banyak digerakkan oleh filem-filem dan rancangan TV yang aku tengok, dan kali ni pun tak terkecuali. Negara cantik macam tu, landskap yang sangat-sangat berbeza daripada negara kita, ditambah lagi dengan potensi tengok aurora yang dah lama aku impikan. What’s not to like?

Even then, aku tak pernah terbayang akan jejak kaki ke Iceland dalam tahun-tahun terdekat ni. Terlalu eksotik bagi aku. Terlalu jauh, terlalu complicated. Kalau buka Skyscanner dan cari flight Kuala Lumpur ke Iceland, harga flight sahaja untuk seorang tak pernah lari daripada RM4000. Flight yang panjang, transit beberapa kali, mahal. So again, tak pernah berangan.

Tapi, macam yang aku pernah cerita jugak tahun lepas, cara aku pilih tempat nak travel tak sama dengan orang lain. Mana tempat harga tiket super-murah, kita beli je dulu. Lepas tu baru kita pikir itinerary; macam kes Amsterdam tahun lepas. Dan kebetulan tahun ni harga tiket paling murah yang aku jumpa masa tempoh promosi Kids Fly Free tu ialah ke London. Kisah hape aku pernah pergi London ke tak, kita beli je dulu. Pastu baru kita fikir nak tengok apa.

Lepas beli baru aku bincang dengan husband apa nak buat. Dari London banyak tempat boleh pergi. Kalau tak nak usaha keras, drive/naik bas/naik train ke Scotland boleh, Ireland boleh, Wales boleh. Nak rentas ke Europe through Paris boleh. Tapi bila bincang balik, kami decide untuk pilih tempat yang paling out of the box yang boleh kami fikirkan. Ditambah pula dengan niat aku nak ajak parents aku travel sekali. Parents aku ni tak suka travel ke bandar-bandar. Diorang sangat suka nature. That’s when I proposed to go to Iceland. Aku send video clip Gerua dekat diorang, antar dua-tiga artikel pasal Iceland siap dengan gambar-gambar landscape lawa-lawa, letak pulak write up pasal aurora di bulan Oktober. Ayah aku terus setel. Mak aku macam biasa, mengikut je semua, asalkan cuti sekolah.
So, the rest, as they say, is history. Itulah alkisah “Kenapa Iceland?”.

Sedikit sebanyak tentang Iceland:

  • Kos sara hidup dekat sana sangat tinggi. Walaupun aku pernah ke beberapa negara Europe lain, ke Qatar, Australia, malah Jepun sekalipun, tak boleh lawan mahalnya barang dekat Iceland. Pergi ke negara lain semua tu aku masih dapat bawak balik sehelai dua baju beli dekat sana, sebagai kenang-kenangan, tapi not in Iceland. Terlalu mahal. Baik makanan, minyak, transport, parking.
  • Disebabkan dekat sana sangat menitikberatkan keindahan alam sekitar, tak banyak bangunan dan pekan yang kita akan jumpa sepanjang perjalanan. Jangan diharapkan RnR setiap beberapa kilometer macam dekat Malaysia, sebab memang takde. Jadi setiap kali jumpa tempat ada toilet tu, aku sarankan pergi je membuang walaupun tak rasa sangat. Sebab kita tak tahu bila next nak jumpa toilet semula. Aku tak tipu, kami pun ada pengalaman membuang di tempat awam dekat sana sebab dah tak tahan sangat dan tak jumpa toilet. Yang penting simpan air banyak-banyak dalam kereta, dan kalau takut takde tempat nak sembunyi masa membuang tu, bawaklah apa-apa, baju hujan je, kain batik ke, payung ke buat penghadang gitu. Dekat sana pokok besar-besar pun jarang-jarang nak jumpa ye, jadi nak sembunyi belakang pokok sambil membuat pelaburan pun kira mustahil.
  • Pulau Iceland tu sendiri takdelah besar sangat sebenarnya. Kalau drive laju-laju, 4-5 hari boleh habis pusing satu pulau. Tapi pengangkutan awam tak ada. Jadi untuk bergerak dekat sana, sebaiknya kita sewa kereta dan drive sendiri. Ring Road dia, iaitu highway yang mengelilingi pulau ni, memang okay. Of course rupa dia taklah macam Highway Plus kita tu. Dia macam jalan kampung je sebenarnya, satu lane hala ke sana, satu lane hala ke sini. Tapi kereta tak banyak, dan drive tak rasa jemu sebab pemandangan cantik sepanjang masa.
  • Pemanduan dekat sana ialah di sebelah kiri, jadi untuk beberapa jam pertama start memandu tu memang janggal. Sepanjang kami dekat sana, kami cuma jumpa tol sekali saja, di bahagian barat pulau. Dari Reykjavik kalau kita terus bergerak ke arah barat pulau, iaitu ke kawasan Snaefellness, ada satu tol yang kita kena lalu dengan harga ISK1000 sekali lalu. Kalau tak ada cash, boleh guna kad kredit aje.
  • Nak menyewa kereta pun mencabar, sebab harga dia menyesakkan nafas. Jadi biar aku share company car rental yang kami guna hari tu, sebab masa kami cari tu, itu yang paling murah. Walaupun kereta sewa kami ada problem sikit hari tu pasal tayar tu, aku kira itu rezeki masing-masing. Bukanlah sebab kecuaian syarikat atau apa-apa. Dan diorang cukup bertanggungjawab untuk drive sampai ke pekan tempat kami tinggal untuk uruskan pembayaran repair tayar, lepas tu tunggu pulak kami dekat kedai tukar tayar di Reykjavik petang tu. In fact diorang boleh bertolak ansur untuk datang ambil kereta daripada kami di tempat tinggal terakhir kami sebelum bertolak ke airport, dan bayarkan tambang teksi ke airport esok pagi tu. Aku rasa company tu cukup bertanggungjawab. Boleh tengok website dia: www.fara.is atau email diorang di booking@fara.is
  • Iceland ni, kita pergi walau musim apa sekalipun, dia tetap ada keistimewaannya. Peak time dekat sini ialah musim panas, jadi harga penginapan, kereta sewa semua akan jadi lebih tinggi. Sebab apa orang suka pergi time summer, sebab dekat sana boleh dikatakan takkan malam. Jadi kita boleh berjalan selama mana yang kita nak, selagi tak rasa nak tidur. Dengan cara ini, lebih banyak tempat kita boleh cover dalam sehari, dan takde rasa terkejar-kejar nak sampai hotel sebelum Maghrib. Maklumlah, orang Melayu ni kan dari kecik dah terbiasa mak kata, “Maghrib mesti balik!” gitu! Masa summer dia tak panas sangat, dan pemandangan jadi lebih cantik sebab hijau semuanya. Banyak jalan-jalan pergunungan di tengah-tengah pulau Iceland tu yang hanya buka masa musim panas sebab masa tu ais dah cair, jadi lebih banyak tempat boleh kita tengok, especially kalau kita minat hiking dan trekking.
  • Kalau pergi musim luruh dan musim sejuk pun ada advantage dia. Yang terutama sekali ialah, lebih panjang waktu gelap dan lebih sejuk cuaca, lebih tinggi kebarangkalian untuk berpeluang tengok aurora/northern lights. Selain itu, ada juga aktiviti yang eksklusif untuk musim sejuk saja macam meneroka gua ais, yang takkan boleh buat masa musim panas sebab ais cair. Musim sejuk ni kira low season dekat sana jadi harga penginapan dan sewa kereta murah sikit.
  • Nak tengok aurora tu pulak satu misi tersendiri yang cukup mencabar, bagi aku. Pertamanya, obviously, dia keluar malam je. Lebih gelap malam tu, lebih besar kemungkinan. Jadi orang yang mengejar aurora ni biasa akan elak pergi masa bulan mengambang. Yang keduanya, langit malam tu mesti clear. Macam masa kami ke muzium aurora tu dia bagitahu, syarat pertama dan syarat utamanya ialah: Cloud = no aurora. Yang ketiganya, aurora ni tak boleh dijangka. Memang ada banyak apps yang boleh agak-agak malam tu akan ada aurora ke tak, tapi itu pun tak boleh nak beri apa-apa jaminan. Satu je caranya, mesti menunggu, di luar, dalam kesejukan malam tu, dan berjagalah anda sehingga nasib menyebelahi anda.
  • Dekat sana ada banyak aurora tour yang boleh kita join, yang katanya expert dalam mencari lokasi paling ideal tengok aurora. Harganya aku tak pernah survey, dan even then takde jaminan. Kalau ditakdirkan lepas bayar professional tour macam tu pun, takde rezeki nak tengok, agaknya burn ajelah duit kita. Ada pula yang akan keluar drive je sendiri malam-malam, merayau je mencari tempat yang langit cerah dan tawakal tunggu aurora. Ada yang lebih adventurous, akan buat hiking atau trekking trip malam-malam di kawasan yang terpencil dari pencemaran cahaya sambil menunggu aurora. Ada pulak yang kebetulan jenguk ke luar tingkap hotel dan ternampak aurora macam tu aje. Itulah namanye rezeki.
  • Macam kami hari tu, apa yang boleh aku simpulkan hanyalah tak ada rezeki. The nature of our trip pun tak memungkinkan kami dapat berjaga malam menunggu aurora. Siang ada itinerary yang panjang, banyak tempat nak melawat. Ditambah pula dengan drive sendiri seharian. Bila sampai bilik senja tu memang tak nampak lain, makanan dengan katil aje. Memang aku tak drive dan hanya co-pilot di sebelah. Aku boleh je nak tidur dalam kereta bila penat. Tapi hakikatnya, bila dah bayar beribu-ribu untuk sampai ke negara habis hujung dunia yang tak pernah kau bayang dapat pergi, ditambah pula dengan pemandangan dia yang tak puas-puas mata nak tengok, nak tidur pun rasa rugi. Bila sampai bilik, letak je beg tak sempat duduk lagi terus masak pulak. Lepas masak, makan, mandi, memang mata dah tak boleh paksa celik lagi untuk tunggu aurora. Sebab tu setiap hari pukul 8 dah tidur. Itupun usaha juga set alarm clock setiap beberapa jam untuk jenguk ke luar, manalah tau ada rezeki. Kami gilir-gilir set alarm untuk tunggu aurora, tapi masih tak ada rezeki. Jadi bukanlah kata tak usaha langsung. Tu maknanya Allah nak suruh pusing dunia lagi. Hehe.
  • Kalau tak nak pening kepala dan penat badan, keluarkan aje duit lebih sikit, cari Iceland tour yang setelkan semua benda untuk kita. Kereta diorang drivekan, sampai hotel makanan dah tersedia, dalam kereta/bas nak tidur sepanjang jalan pun suka hati, malam boleh berjaga sampai pagi tunggu aurora. Tepuk dada tanya selera. Company dari Malaysia pun banyak je yang buat Iceland tour sekarang ni. Bezanya aku dan family memang suka jalan sendiri.
  • Satu pengalaman yang aku rasa berharga dekat Iceland ni ialah mandi dekat kolam air panas semulajadi dia. Untuk kami, specifically ke Blue Lagoon la. Harga dia memang mahal, sepertimana semua benda di negara ni, tapi pengalaman dia tu bagi aku once in a lifetime. Untuk pakej paling murah yang kami beli hari tu, Standard Package, harganya seorang RM275 gitu.Yang dapat cuma tiket masuk dan penggunaan silica mud mask masa dalam kolam air panas. Bergantung pada pakej apa kita ambil, ada yang boleh dapat guna tuala, ada yang dapat sekali algae musk masa dalam kolam mandi, ada yang dapat free air. Semua tu obviously lagi mahal daripada Pakej Standard. Kanak-kanak bawah 14 tahun masuk free je, jadi kalau bawak anak kecil takdelah sakit sangat. Tapi dia ada had umur 2 tahun. Maknanya baby sampai umur 2 tahun tak boleh masuk.
  • Jangan menggelabah bila masuk ke changing room/shower room dia kalau nampak orang lain bertelanjang bulat ye. Mat-mat salleh ni memang rilek je. Dekat sini memang diorang wajibkan semua orang yang nak masuk dalam kolam Blue Lagoon tu untuk mandi bersih-bersih, sabun segala ceruk dulu, baru boleh masuk kolam. Untuk kebersihan sejagat. Toilet dia memang asingla, lelaki perempuan. Ada kawasan untuk shower begitu saja, di hadapan orang ramai, dan ada juga kawasan bilik mandi kecil-kecil untuk orang yang malu-malu seperti saya. So jangan risau sangat pasal kena berbogel di depan orang; tak perlu pun. Kalau ambil pakej standard macam kami, towel kena bawak sendiri (kami pinjam towel hotel) hihi. Barang-barang macam beg semua boleh masukkan dalam loker yang disediakan, yang akan link kepada gelang yang diorang sediakan kepada semua.
  • Air panas blue lagoon tu dikatakan sangat bagus untuk kesihatan kulit. Tapi kalau terkena rambut, rambut boleh jadi keras kejung lebih kronik daripada mandi air laut ataupun air klorin. Jadi nasihat yang kami dapat di sana ialah, sebelum masuk dalam air, ambil conditioner yang disediakan di tempat mandi tu dan lumur ke rambut penuh-penuh, baru masuk dalam kolam. Lepas selesai bila nak shower nanti, syampu rambut bersih-bersih dan guna conditioner tu banyak-banyak. Berkesan untuk aku, dan aku juga dah tengok sendiri kesan tidak memakai conditioner yang berlaku kepada anak daraku. Dia mandi sendiri, dan aku lupa double check dengan dia dah syampu semua ke tak. Lepas keluar, rambut dia macam dawai! Dan benda tu berlarutan untuk hampir seminggu ya, walaupun dah syampu dan guna conditioner hari-hari!
  • Kalau Instagram-worthy photos teramat penting untuk anda, aku nasihatkan pergilah masa siang. Suasana situ mesti cantik. Kami pula hari tu beli tiket malam (masa untuk kita pergi kita kena decide awal-awal masa nak beli tiket dan mesti ikut masa yang ditetapkan itu sahaja). Jadi bila pergi malam, gelap jela, ambil gambar tak cantik. Lampu situ malap-malap aje, mungkin tak nak bagi ada pencemaran cahaya so that kalau ada aurora kita masih boleh tengok.
  • Take advantage of barangan yang dia sediakan untuk kita guna for free dekat sana, macam sabun, conditioner, krim semua, sebab harga dia dekat kedai subhanallahhhhhhhh… Mahal nak mampus! Silica mud mask tu kita boleh pergi ambil dekat satu booth dalam kolam mandi tu jugak, jadi ambil jelah sesuka hati. Husband aku pergi ulang 2 kali, sekali boh kat muka, sekali lumur kat badan. Dalam toilet dia ada sediakan lotion/krim yang kita boleh guna lepas mandi, dia gantung dekat dinding je. Kalau rasa lebih kental, bawak botol krim lama, picit je masuk losyen tu dalam tu, buat buah tangan balik Malaysia. Hahaha. Aku tak buat sebab aku tak ingat.  
  • Untuk penginapan, kalau pergi ramai, aku sarankan guna Airbnb. Boleh dapat rumah sebijik, siap ada dapur untuk masak. Kalau ada ramai pun, insyallah orang dia boleh kawtim kalau setakat nak bentang toto dekat lantai. Sistem pemanas rumah diorang bagus, bila masuk rumah tu rasa selesa je. Kalau bernasib baik, mesin basuh dan pengering baju pun ada untuk senangkan kerja. Macam pengalaman kami sendiri, penginapan paling selesa yang kami duduk sepanjang trip tu ialah masa duduk di Airbnb. Masuk rumah memang rasa tak nak keluar balik! Dengan pemandangan cantik. Kebanyakan hos rumah pun boleh layan kita kalau kita nak pengalaman Iceland yang lebih authentic, macam nak minta dia bawa hiking ke, pergi memancing salmon ke, menunggang kuda ke. Kalau ada masa panjang, peluang macam tu jangan lepaskan!
  • Dari sudut flight pula, yang ni kena rajin sikit. Kalau taip mencari flight dari Kuala Lumpur ke Iceland, memang akan jumpa yang harga RM4000 ke ataslah, sebab dia akan bagi combination British Airways dan Icelandair contohnya. Yang paling mahal. Jadi cuba break up the journey. Cari flight dari Kuala Lumpur ke bandar-bandar utama macam Paris, Amsterdam, London. Dari sana nanti cari pula flight ke Iceland. Masa tu baru akan keluar airline bajet ala-ala AirAsia, macam Easyjet, WowAir dsbnya dengan tambang yang jauh jauh jauh lebih murah.
  • Tiket flight ke London kami beli Qatar Airways masa promotion, dapat harga RM1900++ seorang. Tiket ke Iceland pula kami beli Easyjet dengan harga RM450+ seorang, termasuk baggage. Jadi total harga flight untuk seorang tak tampai RM2500. Kalau orang yang biasa travel, dia mesti tahu yang harga tu cukup murah untuk sampai ke destinasi yang exotic macam Iceland.
  • Untuk makanan, bawaklah sebanyak yang mungkin dan cari penginapan yang boleh masak. Kami hari tu, 10kg barang makanan saja, termasuk beras, lauk-lauk instant macam Brahims, Milo, susu pekat, minyak, kicap, bawang-bawang segala, sambal kering, snek-snek macam biskut. Sebab apa, bila sampai sana nanti kalau rasa nak beli, memang tak terbeli aku rasa. Silap-silap kau puasa seminggu. Daripada holiday dalam kebuluran, baiklah beratkan aje beg sikit. Nak balik nanti makanan semua dah habis. Telur dan sayur takpela beli dekat sana. Pejam jela mata bayar walaupun telur 12 biji harganya RM20. Hehe.  


So, setakat ni je yang dapat aku pikir pasal Iceland. Kalau ada lain aku tambah.


1