31 August 2017
Flight balik kami pukul 11 dari
Sydney. Malam semalam kami dah tempeh teksi awal-awal untuk jemput di
apartment. Senanglah macam tu, daripada nak mengheret beg besar, dengan
anak-anak lagi. Kali ni bila tempah siap-siap kami dapat harga murah, driver tu
quote AUD80 dari Randwick ke International Airport. Murah banyak banding dengan
teksi kami masa sampai hari tu.
Seawal 5.30 pagi kami dah bangun,
mengemas sambil uruskan anak bersiap dan breakfast, kemas dapur dan apartment
semua. Sampailah pukul 7. Driver pun punctual, janji 7.15, pukul 7 dia dah
sampai. Senang hati.
Perjalanan ke airport juga
smooth. Dalam masa 15 minit dah sampai, mungkin sebab the morning rush hour
belum mula. Masa tu awal lagi. Check in, lepas pemeriksaan imigresen dan kastam
semua pun lancar sebab kami keluarga besar dan bawa anak kecil, semua ada lane
special. Yay!
Masuk ke dalam tu shopping sikit,
habiskan duit syiling Australia, sebab bawa balik pun tak guna. Bukan boleh
tukar dekat money changer. Tapi duit kami kena telan AUD8 masa cuba nak beli
barang dekat vending machine. Eh, sakit hati pulak! Aku sempat call buat aduan
dan officer tu kata akan cuba hantar orang untuk bagi refund cash, tapi agaknya
diorang tak sempat datang sebab kami dah kena naik kapal. Entah, halalkan
ajelah kot. Niat sedekah. Walaupun hati sakit!
Flight balik ambil masa 9 jam! Dan
hampir sepanjang perjalanan kami menghadapi turbulence. Aku duduk dengan Adik,
dan kami dua-dua layan tidur je. Bila berjaga tu makanlah, bersembanglah, dia
dengan aktiviti melukis dia, aku membaca. Sebab apa, kami berdua bukan jenis
pening.
Ayahnya duduk dengan Kakak.
Berkawanlah korang berdua. Dua-dua jenis pening. Kesian dekat Kakak, dua kali
dia muntah dalam flight, dalam paper bag yang disediakan tu. Aku nak tolong
pun, kami duduk jauh-jauh. Masing-masinglah kami mak dan ayah jaga sorang satu.
Sampai di KLIA2 dalam pukul 6.30
petang. Kakak masih belum okay. Berlari ke toilet sebab nak muntah lagi sekali.
Dengan perjalanan ke imigresen yang panjang, beratur yang panjang. Sampai dekat
collect baggage, kami gilir-gilir solat. Terus aje solat Maghrib dengan Isyak
sekali.
Lepas tu barulah dinner sebelum
balik. Lepas selesai semua, tinggal nak naik grabcar dekat arrival tu, Kakak
tiba-tiba sebut pasal doll dia yang baru beli dekat Sydney Airport Duty Free
tadi. Allahuakbar. Tak tahu cicir dekat mana. Korek semua beg, memang takde.
Kesian dia. Kami agak benda tu tercicir dekat gate arrival kapal terbang tadi,
masa kecoh-kecoh berlari ke toilet untuk muntah. Terkulat-kulat muka dia, tapi
aku yang tukang sedih lebih. Membebel tak cukup telinga semua nak dengar. Sebab
apa? Sebab aku selalu pesan, barang-barang jangan pegang dekat tangan. Ada beg
beli mahal-mahal, simpan semua dekat dalam beg. In fact dalam flight tadi
bernanah telinga Adik kena ceramah dengan aku bila dia kata dia nak pegang doll
dia, tak nak simpan dalam beg. Adik takpela, ada tukang ceramah sampai dia give
up dan simpan doll dia dalam beg. Yang Kakak tu duduk dengan Ayah, yang tak
ringan mulut membebel dan berleter. Maka, demikianlah natijahnya bila takde mak
untuk membebel. Sekarang baru korang tahu faedahnya kan?
Dan kami pun mengucapkan selamat
jalan kepada Sydney, kepada KLIA2, dan kepada Sophie, beanie boo Kakak yang
telah hilang setelah hanya 10 jam dalam pelukan Kakak.
Tolak tepi insiden hari balik ni,
keseluruhannya trip kali ni alhamdulillah sangat smooth. Hari-hari cuaca sangat
baik. Sekali je hujan, itupun dah petang. Perjalanan pun takde terganggu, takde
berlaku apa-apa kecederaan, kesakitan, kehilangan dokumen penting, kesesatan dan
sebagainya. Aku agak nervous sebab first time nak bawak mak ayah keluar negara.
Diorang memang bergantung sepenuhnya dekat kami.
Apartment yang aku book pun
sangat memuaskan. Aku rasa ni first time aku dapat apartment yang cukup lengkap
semuanya. Daripada perkakas memasak, membasuh, tempat tidur, toilet, semua
cukup. Tak ada apa yang nak complain. Kalau betul-betul rajin, aku nak masak
full meal siap buat kek semua pun boleh. Ampaian untuk sidai baju pun ada.
Cukup selesa! Nama apartment kami ialah Waldorf Randwich Serviced Apartment.
Untuk apartmen 1 bilik tidur kami dapat harga lebih kurang RM400 1 malam, boleh
muat 4 orang dengan sangat selesa sebab ada 1 katil double dalam bilik dan 1
sofa bed double dekat ruang tamu. Bus stop pun ada dalam 50 meter je dari
apartmen kami. Landmark yang paling mudah untuk ke sini ialah, dia sederet
dengan Malaysia Hall Sydney, jarak lebih kurang 100 meter je.
Living room, sofa converted into bed |
Bedroom |
Complete kitchen. 5 stove. Oven, microwave, dishwasher, cooking utensils |
Complete kitchen, with jacuzzi! |
Dari segi transportation pulak,
Opal card tu sangat membantu. Nombor 1, benda tu takde expiry date. Kalau ada
family atau kawan yang pernah datang Sydney, pinjam aje kad diorang, sampai
sana pergi ke kiosk atau kaunter untuk top up. Penggunaan dia pun sangat
convenient. Mana-mana bas, kereta api, tram, feri, semua boleh guna. Kalau jadi
tourist dan akan merayau sepanjang hari lagi berbaloi, sebab dia ada limit caj
AUD15.40 sehari. Maknanya kalau kita naik public transport lebih daripada
AUD15.40 sehari, semua yang kita naik tu dah tak caj lagi. Free. Contoh macam
semalam kami keluar sepanjang hari. Dalam pukul 2 petang tu kad kami dah sampai
maximum charge, jadi yang selebihnya kami naik turun train, feri, bas, tram
semua free. Opal card juga ada disediakan kad untuk kanak-kanak/remaja, dan ini
lebih untung sebab sehari maximum caj diorang ialah AUD7.70 saja. Kami naik
train sampai 2 jam pergi ke Blue Mountains tu pun masih dalam had penggunaan
yang sama, jadi sangat sangat jimat.
Kami juga bergantung penuh dekat Google Map untuk hala tuju kami. Husband aku punya kerja la tu. Arah mana nak jalan, train mana nak naik, stop mana nak turun, tu semua bidang dia. Jadi keperluan data Internet tu memang tinggi. Kami beli simcard sana yang dikhaskan untuk penggunaan 7 hari. Dekat iklan dia kami tak nampak, tapi bila kami tanya dekat kaunter Vodafone tu, pekerja dia yang suggest untuk kami plan tu. AUD20 untuk 3GB dan ada free calls, which was helpful untuk contact hotel, teksi dan sebagainya. Dan disebabkan kami duduk di Sydney tak sampai 7 hari, pekerja tu tolong upgradekan Internet kami kepada 8GB. Yay!
Di Sydney kalau nak berjalan lebih jauh,
ada je banyak tempat yang boleh tengok di luar Sydney. Tapi disarankan untuk
sewa kereta. Kami hari tu sebab ada 7 orang, nak cari kereta murah agak susah
especially since budak kecil kena sewa carseat lah bagai. Lepas bincang
panjang, kami decide untuk santai-santai aja di bandar. Plan nak ke Wollonggong
kami cancel aje.
All in all, it was a successful
trip.