30 Januari 2017
Flight kami pukul 11 pagi hari
ni, jadi bangun Subuh tu terus bersiap. Kami check out dari rumah tu dalam
pukul 7.15, di luar hujan gerimis rupanya. So kami pergi ke station terdekat,
terus beli tiket yang boleh guna sampai ke Kansai Airport. Ada option untuk
beli dekat mesin tiket tu. Jimat sikit, boleh tukar berapa subway sekali pun,
harga dia tetap ¥1000 saja.
Pagi Isnin pulak tu, sesak
serba-serbi trainnya. Kesian husband aku tak dapat duduk langsung sepanjang 45
minit perjalanan ke airport tu. Sampai airport dalam pukul 8.30, terus pegi
drop baggage. Dapat tahu yang flight kami delay dalam 45 minit. Tak kisahlah,
ada masa sikit kami nak pegi makan dulu. Kali ni, buat pertama kalinya sejak
bertahun-tahun kami travel, tripod dia tak bagi bawak naik kapal terbang dengan
kami. Kena check in. Nak tak nak kena check-in lah jugak.
Lepas tu pergi makan dekat kedai
udon hari tu. Sebenarnya ada lagi satu kedai halal di airport ni, dekat tingkat
3. Kami berjaya jumpa pun, tapi bila banding harga dua-dua kedai tu, kedai
bawah jauh lagi murah. So pergilah repeat kedai sama. Ramai jugak orang hari
ni. Husband makan oyako don, dapat dengan semangkuk kecil udon sekali, dan
tempura ayam. Aku makan udon plain dengan telur rebus dan tempura keledek and
labu. Sengkak gila lepas makan. Kenyang!
Ada masa lagi, jadi kami naik ke
3 Coin Shop dekat atas, perabih duit. Belilah apa yang patut. Dekat sebelah dia
ada Daiso jugak. Rupanya dia jual magnet harga ¥100 seketul. Ha, borong 20 bijik.
Lepas tu barulah masuk dalam,
lepas imigresen dengan kastam semua. Laju aje. By the time sampai gate, kami
ada masa sejam setengah lagi. Lepas dulu, sempat bukak laptop kerja sikit,
masuk email bertubi-tubi ni ha. Dekat 11.30 barulah bergerak masuk kapal.
Kami tak beli seat pun travel
kali ni, dan sepatutnya tempat duduk kami berdua memang terpisah. Aku susah
hatilah jugak, dah biasa tidur berbantalkan bahu dia. Bila sampai di seat,
tempat aku dah kena hijack dengan satu brader ni yang nak duduk situ, sebelah
family dia. Dia suruh duduk tempat dia, tapi sebelah-sebelah aku tu pun
anak-beranak dia jugak. Diorang mintak tukar lagi. Kali ni aku duduk sebelah 1
couple melayu ni. Husband aku betul-betul depan aku. Nasib baiklah bila diorang
tutup pintu kapal, 2 seat sebelah husband aku kosong. Alhamdulillah, terselamat
lagi. Aku pindahlah duduk sebelah dia. Tahun lepas masa balik dari Lombok pun
macam tu juga. Terselamat.
Flight kali ni kemain ramai budak kecik. Dari masa beratur nak masuk kapal sampailah jejak kaki ke bumi Malaysia, asyik dengar suara budak melalak aje. Yang melompat atas kerusi, yang merayau kat laluan, yang menjerit, yang meraung. Inilah pengajaran untuk kali ini: Bila tengok anak-anak orang baru aku sedar, anak-anak aku baik rupanya. Kuikuikui...
Dalam flight kerja aku membuta
aje. Bangun makan, beli snek-snek sikit. Lepas tu membuta lagi. Sampai KL pukul
6 petang. Alhamdulillah, selamat menjejakkan kaki kembali ke tanah air.
Secara keseluruhannya, trip kami
kali ni sangat simple. Tapi trip kali ni jugak antara yang paling tenang, tak
de bergaduh. Mungkin sebab kami takde mengejar itinerary sangat, jadi tak
stress. Kalau dulu, senarai tempat yang nak tengok panjang berjela, jadi bila
sesat atau lambat, kami jadi marah-marah. Kali ni go with the flow je, contoh
macam dekat Kobe semalam, langsung takde apa-apa yang meaningful pun, takde
rasa kesal. Pergi ke Kyoto pun cuma dapat tengok 3 tempat, sebab malas nak
beriya sangat. Factor usia jugak agaknya. Haha. Dalam seluruh Osaka tu, tempat
yang betul-betul tourist attraction yang kami pergi cuma Osaka Castle aje. Tempat
lain semua tak jejak.
Yang penting misi “No Kebab” kami
berjaya. 6 hari di Kansai hanya survive dengan makanan Jepun dari kedai halal
dan makanan daripada kombini, macam roti, susu, dan onigiri. Langsung tak
sentuh sebarang makanan timur tengah walaupun banyak yang kami jumpa. Yay!
Dan alhamdulillah, cuaca baik sepanjang kami dekat sana. Hujan pun hari sebelum balik, itu pun sekejap je masa senja tu, jadi tak mencacatkan perjalanan kami. Dan hujan pagi tadi yang mengiringi kepulangan kami ke Malaysia. Osaka usah sedih ya, kami akan kembali ke Jepun, Cuma mungkin kali ni ke Sapporo pulak. Hihi.