Anyway, by 7 kami dah siap. Pergi breakfast di coffee house
Felyn Resort. Bukan buffet breakfast, tapi kami diberi 2 pilihan breakfast:
continental or Malaysian. Both of us pilih continental, dan pihak hotel bagi
satu lagi free breakfast untuk kids. Meriah meja dengan scrambled egg, fried
egg, toast, baked beans, sausage…
English Garden |
After that we spent some time around the resort, ambil
gambar. Dari resort ni sepatutnya boleh nampak pemandangan Gunung Kinabalu yang
sangat clear, tapi nasib tak menyebelahi kami pagi ni. Sampai 8.30 kami tunggu,
langit memang berkabus dan berawan. Last-last kami check out aje.
First stop, War Memorial Kundasang. Secara jujurnya, this
place was never in our itinerary and I never planned on going. Taulah aku ni,
apa-apa yang mengandungi perkataan “war” di dalamnya memang aku tak selera nak
tengok. Tapi salah seorang kawan husband bersungguh-sungguh recommend kami
visit tempat ni. Sebenarnya sangat ramai kawan sepejabat husband sedang
melancong ke Sabah serentak dengan kami, semuanya secara kebetulan dan tak
dirancang. Dan kebetulan diorang baru aje melawat War Memorial ni sehari
sebelum kami. So atas saranan mereka, kami singgah.
Australian Garden |
It was a pleasant surprise and a good way to start our day.
Dalam War Memorial ni cantik! Taman-tamannya terjaga rapi dan landscapenya
sangat cantik. Basically ia sebuah taman yang memperingati tentera-tentera
British dan Australia yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua akibat kekejaman
Jepun. Berhampiran pintu masuknya ada
banyak keratan akhbar dan kisah-kisah yang berlaku pada zaman tu. Tapi bila
masuk dalam, semuanya dihias dalam cara simbolik melalui hiasan taman. Ada
sebuah taman Australia, sebuah taman British dan sebuah lagi taman Sabah. Ada
juga satu dinding yang dipenuhi nama dan butir-butir setiap anggota tentera
yang terkorban masa tu. Aku sangat terkesan dengan tempat ni. Recommended kalau
sampai di Kundasang. Tak susah nak cari tempatnya, betul-betul sebelah pekan
Kundasang, sangat dekat dengan kawasan kedai-kedainya. Dan kalau cuaca cantik,
aku yakin pemandangan Gunung Kinabalu dari sini pun sangat cantik!
Rumah Terbalik |
Anyway, we left this place at 9.30 dan singgah di Pekan
Nabalu. Beli souvenir untuk diri sendiri, T-shirt sorang satu. After that
teruskan perjalanan lagi dan kami singgah pula di Rumah Terbalik. Entrance fee
di sini ialah antara yang termahal di antara semua entrance fee sepanjang kami
melawat Sabah ni: RM10 seorang kalau tak salah. Dan terus-terang aku katakan,
there’s nothing much to this place. Ye, rumah ni dibina terbalik dan semua
perabotnya di dalam pun terbalik. It’s a different experience, yes, but
all-in-all we spent barely 10 minutes in there sebab kecik sangat rumahnya.
Kami sampai di Kota Kinabalu semula dalam pukul 1 tengah
hari, jadi kami singgah lunch dalam Suria Sabah dulu. Dari sana, terus ke
airport. Flight kami dalam pukul 4.30, sampai di airport terus pulangkan kereta
kepada Afiq. Then check-in. Penuh sesak
airport KK ni. Nasib baik flight kami on time. Anak-anak pun tidur dalam
flight. Pukul 7 petang kami dah touchdown di LCCT.
Alhamdulillah, it was wonderful trip despite the turbulent times in Lahad Datu. Kami menghargai semua mesej dan panggilan telefon daripada rakan-rakan terdekat yang risaukan keselamatan kami sepanjang di sana. And Sabah is truly a beautiful place! Dalam satu trip kami dapat menikmati panorama laut yang sangat indah dan juga pengalaman berada di kaki gunung tertinggi di Malaysia. Kan berbaloi tu?
Anyway, can’t wait for our next
adventure!! *wink wink*