And so… 2013 starts with the proudest, most heart-wrenching
moment for every mother.
My baby girl goes to school for the first time. *Sob sob*
Semua benda berlaku last minute, hanya beberapa hari sebelum
sekolah start. Masa tu baru aku dapat tahu Layla dapat masuk, sebab tempat
limited. Kelas untuk 4 tahun hanya ada 1, jadi ada waiting list. Alhamdulillah
kami dapat. So sehari sebelum mula sekolah, kelam-kabut merayau cari keperluan
dia. Walaupun uniform provided, kami hanya akan dapat lepas beberapa hari
sekolah mula, jadi 1st few days kena pakai pakaian sukan (blue
tracks, white T-shirt and white tudung). Menggagau cari saiz untuk budak 4
tahun. Kasut sekolah lagi, beg, stationaries… Oh, aku akhirnya kembali terjebak
dalam keriuhan “Jualan Kembali Ke Sekolah” setelah 12 tahun meninggalkan
sekolah.
I was quite nervous about it, sebab aku menjangkakan dia
akan menangis bila sampai sekolah. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi,
kan? Kehkehkeh!
Ya, aku dulu champion dalam bidang menangis di sekolah, aku
tak malu mengakuinya. Aku bukan sahaja champion menangis di sekolah, tetapi
juga champion lari dari sekolah, seawal usia 6 tahun. Tadika aku dulu dekat
dengan sekolah tempat mak aku mengajar, jadi pernah beberapa kali aku lari dari
kelas nun sampai ke sekolah menengah, dan menangis-nangis cari Mama di
tengah-tengah perhimpunan. :P Ia tak berlarutan, after a while school got fun,
but then the school year ends, dan aku terpaksa beralih ke sekolah rendah.
Masa darjah 1 keadaan aku bertambah kronik. Mula-mula okay,
sebab ada beberapa anak-anak jiran yang sebaya berada sekelas atau duduk di
kelas bertentangan dengan kelas aku. Selagi aku nampak muka diorang, I’m fine.
Tiba-tiba satu hari Rajmal pindah ke kelas di mana aku tak nampak muka dia, dan
Faizul yang sekelas dengan aku tu tak datang. Aku maintain cool untuk sehari,
tapi esoknya bila Ustaz Rahman yang hantar aku ke sekolah drop aku di pagar
sekolah, otak aku berjalan. I still remember all this like it was yesterday
(yes, superhuman memory, like I’ve said before)… Aku tunggu beberapa minit, bila takde orang
pedulikan aku dan kereta Ustaz Rahman dah jauh, aku pusing 360 darjah dan jalan
kaki balik.
Please bear in mind, I was a standard 1 kid. Dan bagi yang
familiar dengan Taman Tun, I walked home from SKTTDI1 ke Zaaba, on my own,
carrying my heavy school bag. Aku pun tak tau macammana aku boleh ingat jalan
balik rumah, macammana aku cross jalan besar depan deret kedai Star Enterprise
tu. Yang aku tau, bila sampai rumah baru aku sedar I’m so in deep trouble. Aku
tak berani masuk rumah, so I sat down in front of the gate, sampailah jiran
sebelah nampak dan panggil Kak Gayah. Bila Mama balik sekolah and found out
about it, she went nuts! Dia mengamuk, call cab dan bawa aku pergi sekolah dan
marah aku depan kelas. After that dia kata she’s giving me one chance, tak
payah pergi sekolah on that day, but from the next day onwards aku tak boleh
buat perangai lagi. Nasib baik aku insaf dan mendengar kata…
So anyways, I expected trouble from Layla too, and was
bracing myself for it. But surprisingly, she was a brave, brave girl. Yes, bila
sampai sekolah dia melekat dengan aku, suruh aku teman. Dia tak participate
masa perhimpunan, asyik keluar baris untuk datang ke aku. Bila naik kelas, dia
nak aku ada dalam kelas dengan dia. For a minute there she looked real panic
and her voice was already breaking out, dia kata “Dah mama, cukup dah.” Meaning
she’s had enough of school. Tapi aku kata I’m not going anywhere, just standing
at the wall. Dia buat alasan jugak to get me come close to her. Dia nak
kencingla, nak berakla. Aku layan aje. Slowly aku keluar kelas. Bila dia
panggil aku kata I’m just gonna stand there. Then aku hilangkan diri slowly. I
hid behind the wall and showed myself only occasionally. Sampailah bila cikgu
dia keluarkan plasticine, dia terus leka. So I left then. I came back at 10 to
check on her during recess. So proud to see that she was eating the mee goreng
provided by school. She never eats mee goreng, ever!
And for the next few days, setiap hari aku kurangkan masa
spent with her in school. As usual, the trick is to disappear slowly. Never,
ever say bye. Bagilah alasan apa-apa pun, nak pergi toilet kejap ke, nak
berdiri kat belakang ke. Sekali-sekala show yourself so dia tak rasa ditipu. And
then slowly disappear bila dia leka. Alhamdulillah, hari ni masuk hari keempat,
and she’s doing great. She’s also behaving a lot better at home! I believe it’s
because dia dah ada outlet untuk her energy, 4 hours in school to play all she
wants. Dan dia juga ada time off from her brother, boleh main tanpa perlu
berebut dengan adik. I’m happy I made this decision to send her to school
walaupun a part of me feels she’s too young.
The new routine is kinda nice. I was dreading the ‘waking up
in the morning’ part, but it’s really nice. We’ve had chance to go out and have
breakfast, we get a lot more things done at home, mengemas dan sebagainya. I
get to cook breakfast and lunch, and starting next week insyallah we are going
to start jogging. Yayyyyyyyyy!! Kids are sleeping early too. The only thing
that needs to change now is my sleeping routine. Hubby and I, we are still
sleeping at past 1 a.m. every night. I know that’s not healthy. I’ll try to
change.
Anyways, Layla Nasuha, Mama and Ayah are sooo proud of you!
Kata-kata terakhir untuk diri sendiri: Gila wehhh, anak
sekolah dah! Tua dah aku!