Thursday, 26 January 2012

Hujah-Hujah Mengenai Kenapa Aku (Rasa Macam) Kena Berenti Beranak

Aku musykillah. Semenjak dua menjak ni laju je aku meng’clear’kan semua barang-barang baby yang ada kat umah ni. Habih semua aku sedekah kat orang. Baju-baju Layla dan Ilhan yang dah kecik, buku-buku mengandung, breast pump, baby cot, car seat Layla. Habih semua aku setelkan. Macam ya-ya je tak nak beranak lagi? Betul ke? Takkan 2 je anak aku? Tak meriah btul! Nama anak lagi sepasang dah ready dalam kepala pulak tu. Rugi, rugi...

Tapi tulah… Bila pikir nak menambah lagi pulak, aduhhhh… rasa semput nafas, otak, poket. Huiiii… sesak woo!

Jangan salah anggap. Bukan aku kata anak-anak aku ni beban (walaupun kadang-kadang memang rasa nak humban dalam lombong). Cuma, percayalah cakap aku, sakit mengandung dengan beranak tu alaahhaiii… cenonet je nak dibandingkan dengan hal-hal yang berikutan selepas itu.

Ada suara-suara sumbang pernah menyebut, “Orang dulu-dulu lek je beranak 10-15 orang anak. Hidup pun sampai besar.” Meh sini aku nak jentik sket mulut tu. Kau ingat zaman dulu dengan zaman sekarang sama? Banyak aspek yang dah berubah sejak 15-20 tahun lepas, yakni ketika aku kanak-kanak, dibandingkan dengan sekarang.

Melihat dari aspek keperluan asas; makanan, pakaian dan tempat tinggal:
  • Masak memanglah boleh, ala kadar. Tapi seminggu sekali nak jugak bawak anak-anak makan sedap. Siapa tak seronok tengok anak makan selera. Kalau dia mintak makan nasi campur okeylah. Kalau dia mintak fast food, dah bergerak sket beberapa keping duit merah. Kalau selera dia macam aku, yang asyik nak telan pasta dan nachos? Bukan ke bergerak 2-3 keping duit hijau tu?
  • Untuk baju pakai hari-hari takde hal la nak beli kat Tesco. Apa ada hal. Comey je anak-anak aku. Tapi sekali-sekala tu hati teringin jugak nak tengok anak pakai Kiki Lala ke, Baby Kiko ke. Tapi sehelai T-shirt yang menggunakan kain tak sampai semester pun dah sama harga dengan satu blouse mama.
  • Setakat anak 2 kecik-kecik yang boleh share bilik dan katil ni, okeyla lagi duduk rumah sekarang ni. Tunggu 2-3 tahun lagi, bila diorang dah pandai tanya, “Mama dengan ayah buat apa tu?” Haaaaa… Jadi sebelum diorang dapat akal untuk bertanya, kena la pindah rumah besar sikit, bagi bilik sorang satu kat diorang. Tapi kalau ikut hati, tak nakla nak duduk environment kos rendah atau sederhana, kan? Impian tu nakla Surian Condo ke, Mas Kiara ke, Armanee ke? Ewah!
Melihat dari aspek kenderaan:
  • Dengan anak dua ni okeyla bawak Proton. Just nice. Tapi kerajaan dah tetapkan penumpang belakang pun kena pakai seatbelt. Kalau bertambah lagi anak, dah tak cukup seat belt dah. Dah, terpaksa beli Exora…
  • Kalau nak pegi holiday yang kena terbang pulak, memanglah ada AirAsia. Tapi kalau tambah tolak darab bahagi, 4 beranak pun boleh tahan tambangnya. Kalau beranak-anak lagi? Semakin boleh tahanlah tambangnya… Yang penting aku dah serik naik kereta api dari KL ke Perlis.

Melihat dari aspek hiburan:
  • Zaman aku dulu senang. Masuk pukul 5 petang, bukak pintu rumah, semua terlepas main kat padang sampai Maghrib. Kau nak tunggang terbalik, masuk lopak, selut, panjat pokok, main api, wheely basikal, belasah anak orang… Lantak pi. Asalkan Maghrib sampai balik rumah. Sekarang kalau anak kau nak buat camtu ada kau bagi? ADA? Tak, kan??? Kalau ya pun korang bagi, mesti nak kena ikut jadi supervisor. Kalau nak bagi diorang main dengan rasa selamat, nak kena hantar Kidzania la, YuKids la, tah apa-apa lagi. Satu kepala dah berapa ringgit? Huh!
  • Bila hari hujan dulu-dulu, tak boleh keluar rumah, takde hal. Imagination ada. Main cikgu-cikgu, masak-masak, lawan-lawan, bina kubu guna kusyen. Sekarang? Dah, nak kena beli iPad ke, iPod ke sorang sebijik. Koman-koman pun rumah nak kena ada computer atau laptop.
  • Dulu-dulu redha je. Tengok TV (yakni cerita kartun) hanya pada sebelah petang hari sekolah atau awal pagi Sabtu dan Ahad. Tak gaduh pun. Sekarang? Subscription Astro je dah beratus-ratus ringgit. BabyTV pun kena bayar asing tau!!

Melihat dari aspek pendidikan:
  • Aku ingat aku dulu tadika setahun je. Masa umur 6 tahun. Itupun tadika Islam kerajaan. Rilek je. Masuk darjah satu baru gaya-gaya nak fasih mengeja. Elok je sekarang, takde pun buta huruf ke, terencat otak ke. Fasihla bercakap dwibahasa: Inggeris dan Melayu, serta membaca Jawi. Tapi sekarang, tekanan tinggi untuk mula menyekolahkan anak seawal 2 tahun! Kalau anak umur 3 tahun tak reti baca lagi, mak bapak dah menggelabah berpeluh ketiak-ketiak. Yuran tadika je setahun beribu-riban. Sape ntah cerita dulu, seorang anak yurannya rm4,000 setahun. Tadika tu. Kalau besar tak jadi professor ke, saintis ke, memang saja sangatla.
  • Aku sekolah rendah dulu, entah. Yang aku ingat cuma main masa rehat dan episod-episod nakal dengan kawan-kawan. Entah apa aku belajar pun aku tak tahu. Pressure? Untuk UPSR? Seriously?? Sekarang, fuh. Kesian aku tengok budak-budak. Tuition untuk semua subjek. Darjah 1 pun tuition! Yuran tuition tu tak payah kiralah. Tekanan untuk ambil UPSR pulak macamlah kalau tak pass tu tak boleh masuk form 1. Patutla ada budak bunuh diri lepas amik result. Sian... 
  • Itu belum pikir lagi bab masuk sekolah menengah dah university. Tak boleh pikir. Terlalu sesak otak aku.

Melihat dari aspek kesihatan:
  • Aku ni memang pengunjung tegar hospital dan klinik kerajaan. Beranak dua kali, dua-dua kat Selayang. Sakit demam diorang pun sekarang pegi klinik kerajaan. Tapi andai kata inginkan keselesaan, haruslah kena pilih swasta. Bayaran dia tak payahlah dibincangkan kat sini, sebab umum diketahui. Nak nak kalau pegi Damansara Specialist ke, Pantai Medical Centre ke, Prince Court ke. Botak laki mak, nak!
  • Kalau nak selamat, kena ambik insurans/takaful. Memanglah untuk kesenangan semasa emergency. Tapi bulan-bulan tetap kena bayar, kan? Bayar guna apa? Pelepah pisang? Bulu kambing? Kertas A4? Tidak sama sekali.  

Justeru, atas mempertimbangkan perkara-perkara tersebutlah aku dengan berat hati berniat untuk berhenti beranak setakat 2 sahaja. Sepasang dah kan? Walaupun dalam hati dapat bayangkan sunyinya tua-tua karang. Bila raya, kebetulan dua-dua kena turn rumah suami dan isteri, tinggalla aku laki bini. Aku tengok kau, kau tengok aku.

Kecualilah Allah bagi rezeki (duit) lebih. Masa tu cepat-cepat aku beranak lagi. Heheheheheh…

Friday, 20 January 2012

"...From a toothless boy to a daddy..."

16 Januari 2012 hari tu adik ipar aku selamat bersalinkan anak sulungnya. Baby girl. Maka tamatlah privilege aku sebagai penyumbang tunggal cucu-cucu kepada ibu bapaku. Dan dengan rasminya aku dan suami menjadi Mak Long dan Pak Long. Eeeii… tak glamer tul panggilan. Hahah...

Welcome to the family Ayra Fazlin Binti Faizal. Yang berikut adalah harapan Mak Long untuk Ayra:
  • Jangan jadi baby seperti Layla dan Ilhan yang susah tidur dan senang bangun. 
  • Jangan jadi baby seperti Ilhan yang kuat berak, kuat muntah dan bila dah besar sikit super manja dan kuat melalak.
  • Jangan jadi girl seperti Layla yang sungguh drama queen, keras kepala dan suka buat apa yang orang baru je pesan jangan buat.  
  • Jadi anak yang baik serta menjadi motivasi untuk Mama dan Papa untuk berubah ke arah kebaikan.
 Aku macam ada sikit (sikit jela) rasa sentimental mengenangkan satu-satunya adik lelaki aku dah jadi bapak. Masa dia kawin hari tu aku tak sentimental pun. Yela, bila ingat-ingat balik zaman kanak-kanak dulu kan?
Perhatikan seluar askar tersebut. Ia merupakan seluar favorite Faizal. Basuh tak sempat kering dia dah tergedik-gedik nak pakai. 
Antara kenangan indah yang aku boleh fikirkan buat masa ni ialah: 
  • Main kusyen penuh satu rumah.
  • Main “parrot poret” sambil berlakon depan viewcam abah.  
  • Main bola depan rumah dan dia ajar aku cara yang betul untuk sepak bola. 
  • Main torchlight dalam bilik lepas disuruh tidur pada jam 9 malam. 
  • Curi-curi tengok cerita P. Ramlee dalam bilik mama lepas disuruh tidur pada jam 9 malam. 
  • Tangkap berudu sambil berkubang pastu bela berudu sampai jadi katak.
  • Bergaduh dan dilaga kepala oleh mama. 
  •  Main lawan-lawan pastu dia tendang perut aku sampai sesak nafas untuk satu tempoh yang agak lama. 
  • Bergaduh berebut buku pastu aku baling buku kena mata dia, sekaligus menyebabkan mata dia bercalar dan kena balut untuk satu tempoh yang agak lama.
Tapi dari nombor 7 ke bawah tu macam tak indah sangatla. Yang pasti yang kesembilan tu memang tak indah untuk dia. Hahaha.

Malam lepas Zura bersalin tu, masa kami semua (except Zura and baby yang masih di hospital) tengah lepak kat rumah mama, antara dengar dengan tidak abah ada sebut kat Faizal, “So, from a toothless boy to a daddy huh…”

Memang masa tu ramai orang tengah bercakap serentak jadi apa yang abah cakap tu macam samar-samar je, dan takde yang respond. Tapi aku dengar memang jelas, dan terngiang-ngiang sampai hari ni. Impak phrase tu besarla. Dalam satu ayat yang ringkas tu telah merumuskan seluruh kehidupan adik aku tu. Aku agak mungkin abah pun ada rasa sebak jugak kot, anak jantan dia sorang dah jadi bapak. Oh, sayunye!



Harapan aku untuk Faizal pulak:

  • Jadi bapak yang baik yang boleh didik anak dunia dan akhirat.
  •  Tolong ajar anak kau makan nasi walaupun kau tak makan  .
D  Dah makin besar family Encik Ishak Din nampaknye.Welcome to the family, Ayra. Jadi anak yang baik macam Mak Long kay? :P

     p/s: Ayra, tarikh birthday Ayra sama dengan tarikh Mak Long break dengan boyfren lama Mak Long. Eh, tetiba. Hahah.




Sunday, 15 January 2012

Kepenatan Kepergian Kepulauan Kepinangan...

Sesi berletiaq kali ni berkisar tentang episod percutian ke Penang. Ni baru balikla ni, tengah malam semalam. Penat pun tak dan hilang lagi.

Info ringkas mengenai percutian tersebut: aku dan anak-anak mengikut outing bersama rakan-rakan sedepartment husband. Perjalanan bermula pada jam 8 lebih pagi dari KL dan berhenti di Bukit Merah Laketown Resort untuk sesi mandi-manda sebentar. Pukul 5.30 bertolak ke Penang dan bermalam semalam di sana. Esoknya round Penang dan pulang ke KL semula di sebelah petang.

PENAT WEEEHHH!

Aku ni bukannye tak adventurous, tapi nak kena ingat seperkara: aku ni travel bawak 2 orang anak kecik. Temperament depa ni tak bole predict; diorang nak menangis, nak mengamuk, nak lapar, nak berak, nak tidur, semuanya bukan boleh kita tetapkan. Kali ni punya journey pulak sudahlah jauh, banyak sangat pit stop pulak tu. Bukannye menyinggah melawat-lawat dan bersiar-siar, tapi menunggu ahli convoy yang sesat, yang lambat, yang pi toilet, yang pi shopping dan sebagainya.

Kalau dah tau penat buat apa ikut? Itulah yang bermain-main di fikiran readers yang tak wujud di blog ni. Satu, aku sangat hargai sentimen husband untuk include kami dalam hal-hal pejabat dia. Susah woo nak dapat husband camni. Dua, manelah aku nak tau keadaan nak jadi camni. Ikut itinerary tu lancar jela.

Majority kepenatan kami adalah disebabkan terlalu kerap duduk saja dalam kereta menunggu orang, keadaan trafik (especially Penang) yang giler b***, anak-anak yang restless bila takde aktiviti dalam kereta, dan terlalu lama driving around without rest.

Yang kelakarnye tu, kami ada kat Penang kira-kira almost 24 hours jugakla. Tempat yang kami berjaya melawat/aktiviti yang berjaya dilakukan hanyalah menaiki feri dari mainland ke island, makan di Nasi Kandar Beratur, bermalam di Apartmen Bayu Emas, lunch di Restoran Hameediyah dan shopping jeruk. Waktu-waktu yang selebihnya itu kami berada di dalam kereta, sama ada bertarung dengan trafik Penang ataupun membiarkan enjin kereta membazirkan minyak sambil menunggu orang yang sesat/lambat.

Yela, kereta yang join convoy ada dalam 12-14 buah. Yang tau jalan dalam Penang cuma sorang. Aku kesian kat mamat Penang yang jadi ketua rombongan ni. Kepenatan dia, sebab tiap kali orang  sesat dia nak kena pi cari dan jemput. Aku juga kesian kat anak-anak aku sebab boring giler dok dalam kereta. Lagi-lagi Layla yang kami janji nak bawak pi tengok macam-macam, tapi semua tak dapat. Mandi laut tak dapat, naik train ke Bukit Bendera pun tak dapat.

Nak komplen lebih-lebih pun tak boleh. Kang husband marah. Tapi aku terpaksa tulis jugak sikit kat sini, sebab hati aku panas. Inilah fungsi aku buat blog pun kan? Tempat aku berletiaq bila orang lain tak mau dengaq. Kalau tak suka jangan baca kaaaayyyy?

Kalau ikut akula kan, seandainya trip ni aku yang buat, ada beberapa alternative yang aku akan pilih: 
  •  Choose either one, sama ada ke Bukit Merah sahaja atau ke Penang sahaja dan enjoy maximum time dekat sana. Kurang penat, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama trip members instead of just driving your car.
  • Tempah sebijik bas. Sebab kalau kira balik minyak dan tol yang dibayar oleh beberapa belas bijik kereta tu, memang boleh dapat sebijik bas pun. Semua orang tak penat sebab semua berkumpul di satu kenderaan, dan hanya pemandu bas seorang yang memandu. Optimum time can be spent with trip members jugak. Isn’t that the whole point of an outing? Mengeratkan silaturrahim?


Again, siapalah aku untuk komplen bebanyak. Bukan trip aku, bukan company aku. Ini hanyalah bebelan seorang isteri dan ibu yang kepenatan. Sekian.

Wednesday, 4 January 2012

Sesungguhnya aku rela sakit beranak 10 kali lagi...

...malah 100 kali lagi, tapi aku tak sanggup berhadapan dengan sakit demam Layla Nasuha.

Bukan sebab aku kesian tengok dia; tak, dia bukannya jenis budak yang bila sakit akan terlantar baring lemah. Tapi sebab dia langsung tak beri peluang untuk dibantu untuk sembuhkan apa-apa penyakitnya tu. Aku rasa lebih senang untuk aku tangkap nyamuk guna chopstick berbanding bagi Layla makan ubat.

Masuk hari ni dah 5 hari dia demam panas. Dah 2 malam aku berjaga untuk lap-lap badan dia untuk make sure suhu badan dia tak terlalu tinggi. Siang tadi pegi Klinik Kesihatan Sungai Buloh, doctor cakap kalau the next few days dia masih macam ni kena datang ambik darah. Takut denggi. Aduhai, lemah satu badan aku memikirkan kemungkinan tu.

Selagi boleh aku nak usahakan sendiri supaya dia sembuh seperti sedia kala.Taknaklah sampai kena admit ke hospital. Banyak yang susah daripada senangnya dekat sana. Perkara pertama yang aku tak senang duduk pikirkan of course pasal Ilhan; aku breastfeed dia. Kalau aku kat hospital 24 jam, takkan dia pun nak duduk hospital dengan aku?

Tapi Layla sungguhla tak cooperate. Selama 5 hari dia demam ni, ubat demam dia kami terpaksa beli ubat bontot. Ye, masukkan ikut bontot. Dia melawan jugak, tapi dia diterlangkupkan, dan dalam keadaan tu dia dah tak boleh melawan bila ada orang pegang. Tapi hari ni bila pegi klinik, doctor bagi antobiotik. Dahla ubat makan, kena habiskan sebotol pulak tu. Aduhai.

Masuk ni dah 3 dose antobiotik tu membazir, sedangkan dia kena consume setiap titik yang ada dalam botol tu. Kalau nak tengok orang hysteria tak payah pegi jauh2, nak cari orang kena sampuk hantu bagai. Datang tengok Layla makan ubat je. Kekuatan dia meronta-ronta boleh mengalahkan kekuatan 3 orang dewasa yang memegang dia. Jeritan dia aku rasa 1 blok boleh dengar. Setitik ubat pun tak masuk mulut walaupun kami guna syringe sebab dia hembus semua keluar balik ke muka kami.

Apa yang kami tak cuba? Masukkan dalam air cordial, dalam susu, cuba pujuk dengan baik, cuba rasuah dengan benda-benda yang dia suka, sampaikan marah dan pukul dia. Satu pun tak jalan.

Masa jumpa doctor tadi aku tanya doctor tu, ada tak ubat yang boleh bagi dengan cara lain. Suntik ke, masuk ikut bontot ke. Doktor tu pandang aku macamlah aku ni mak yang tak boleh pakai; manjakan sangat anak, lembik. “Tak ada. Kena paksalah.” Suara dia masa cakap tu pun bunyinya, amboi, bongkak sungguh. Right now aku terasa macam everytime Layla kena makan ubat aku nak bawak pegi rumah doctor tu. “Nah, doctor pandai sangat. Tolonglah paksakan.” Aku lagi kenal anak aku. Aku bela sendiri dari lahir.

3 jam dekat klinik tu tadi hanya untuk menunggu giliran ambik ubat aje. And now semua ubat tu habis disembur dek Layla. Sungguh sia-sia penantian itu. Sumpah aku penat. Sumpah aku takut kalau sakit dia melarat.

Tapi, apa lagi yang boleh aku buat? Sekarang ni aku dalam mode tawakal. Semoga Allah bukakan hati Layla Nasuha untuk makan ubat, atau Allah sembuhkan dia tanpa makan ubat. Amin.