Tuesday, 29 November 2011

Kisah Spa(stik)

Memandangkan aku tak nak kena boo sebab hangat-hangat taik ayam, aku kembali dengan satu lagi post. So kalau aku terberenti blogging lepas ni pun, tak korok sangatla. At least ada 2 post kan? Heheh..


Anyway, anak-anak tengah tidur jadi cepattttt, ini je peluang yang ada nak menaip. Hari ni aku memang rasa nak berletiaq la (jadi tajuk blog ni takdela tipu sangat).


Alkisahnya pagi tadi aku pegi spa. Pakejnya beli lama dah; bulan Mac hari tu kot, masa aku sarat mengandung si Ilhan. Plan asal nak pegi masa dalam pantang, tapi tangguh punya tangguh, sampaila hari ni – 2 hari sebelum tarikh luput pakej tersebut. Ada tarikh luput? Ye, ada, sebab aku beli pakej murah giler through Milkadeal. 

So, sebelum aku berletiaq lebih panjang, mai sini  aku tunjuk dulu apa pakejnya, berapa harganya dan apa yang dijanjikan:


S Spa, Mont Kiara


RM48 instead of RM290 for Signature Purifying Facial + Aromatherapy Body Massage + Rose Salt Body Scrub + Steam Bath + Foot Spa for 2.5 Hours 

This special package deal of 45 minutes each for Signature Purifying Facial and Aromatherapy Body Massage, 15 minutes each for Rose Salt Body Scrub and Steam Bath and 30 minutes Foot Spa (foot massage with Rose Geranium soak).

Okey, bunyinya macam canggih habih kan? Sebab tu aku beli. Sampai 4 pakej aku beli. 2 aku bagi mama, 2 lagi untuk aku. Tapi, sesungguhnya, indah khabar dari rupa. Wait, let me rephrase that. Indah rupa daripada servicenya. Spa tu memang lawa; dia renovate cantik, setiap bilik ada shower room, ada bath tub, bilik besar. Tapi…

Janjinya: 45 minutes of Signature Purifying Facial.
Dapatnya: Tak sampai 20 minit, overall, TERMASUK baring saja menunggu mask kering. Dia bubuh cleansing cream kat muka tak sampai 2 minit. Krim tu tak sempat serap habis lagi dia dah cuci. I could actually feel some areas dia belum sentuh pun lagi. Sama jugak dengan scrub. Tak sampai 2 minit. Aku scrub muka aku sendiri kat rumah lagi lama, padahal aku mandi pun 5 minit je. Lepas tu dia bubuh mask ala kadar, bila kering dia cuci ala kadar, pastu dah. Sedih!

Janjinya: 45 minutes of Aromatheraphy Body Massage.
Dapatnya: First of all, there wasn’t anything aromatherapy about it. Minyak kelapa biasa je. Tak wangi pun. Secondly, tak sampai pun 45 minit. Thirdly, takdela urut sangat pun. Setakat tenyeh-tenyeh badan secara tak menyeluruh dan tak sekata. Belah kiri buat lama, belah kanan buat sekejap; setengah tempat kena, setengah tempat tak. Sedih!

Janjinya: 15 minutes of Rose Salt Body Scrub.
Dapatnya: 10 seconds of body scrub application. Literally. Dia just ambil body scrub tu, campur air sikit dan sapu ke tangan, kaki dan belakang. Tamat. SEDIH!

Janjinya: 15 minutes of Steam Bath
Dapatnya: 30 minutes of steam bath. Dia suruh masuk dalam shower room yang dah built-in dengan penyembur steam, duduk dalam tu. Pesan dia, “Steam bath ini setengah jam, tapi kalau tak tahan boleh keluar awal.” So kalau aku keluar awal, kau untung dan aku rugi la kan???? Dan untuk tidak menghampakan diri sendiri, aku scrub sendiri badan dengan sisa-sisa scrub yang ada sambil disteam. Sedih!

Janjinya: 30 minutes of foot spa (foot massage with Rose Geranium soak)
Dapatnya: 10 minutes of foot soak plus 10 seconds of foot wipe. Duduk je situ, rendam kaki dalam air panas yang diletakkan essential oil, yang juga satu penipuan kerana ia bukan rose geranium tetapi sebaliknya beraroma peppermint. Mana ada foot massage. Paling-paling pun lepas air rendam kaki tu sejuk, dia datang lap-lap kaki dengan towel. Tamat. SEDIIHHH!!!

Aku tak tahulah owner spa tu aware ke tak tentang perkara ni. Padahal spa dah cantik, location dah canggih. Bukan calang-calang tau; dekat Hartamas tempatnya. Sewa sure mahal.

And I have to admit yang I know of this beforehand. I’ve read the review, in fact mama pun dah pergi last week dan balik dengan cerita yang sama. Majority orang yang review pakej ni semua bagi feedback yang teruk. Aku pergi jela jugak, benda dah beli. Cuma terkilan sebab… entah. I personally feel owner spa ni sama ada tak ambil tahu apa yang berlaku dekat bisnes dia, atau pun tak de ilmu bisnes tapi nak bukak bisnes. Sebab kalau dia sayang bisnes dia ni, takkan dia nak bagi melingkup macam ni. Dahla kau bagi pakej murah ya amat; dah rugi di situ. Lepas tu rugi dan rugi lagi bila tak boleh generate regular, loyal, repeat customers. (Sebab aku confirmla takkan kembali lagi. Itu aku, yang agak boleh diperkotak-katikkan. Aku rasa kebanyakan orang lain mesti sound direct je bila yang dijanjikan tak dapat, tapi aku masih boleh diam, redha lagi.)

Aku yang tak belajar bisnes ni pun tau bahawa  motif utama promosi bukanlah untuk mengaut keuntungan. Malahan kebanyakan masanya promosi bermaksud mengorbankan keuntungan. Tapi mengorbankan keuntungan bukan secara sia-sia. Motif promosi ialah untuk mendapatkan pelanggan ulangan yang setia. Dari situlah datangnya keuntungan. Duh!

Kan aku dah kata aku tengah mood nak berletiaq! Hambek kau!!

Kata-kata akhir: Selamat Berjaya kepada spa tersebut. Aku akan sangat terkejut kalau kau boleh kekal lama dalam bidang ni. Wassalam.

Sunday, 27 November 2011

New Year, New Beginning...

Sebenarnya dah lama Encik Apis, yakni suamiku, suruh aku tulis blog. Katanya aku ada bakat menulis, rugi kalau tak explore. Katanyala… Atau mungkinkah dia nak aku salurkan leteran-leteranku ke tempat lain selain telinga dia? Kahkah... Tak baik syak wasangka pada suami, makcik... Apa-apa pun, nak cari masa memanglah payah... Almaklum, suri rumah beranak 2 yang turut merupakan freelance translator. Memang tak kelakar la kan?

Tapi bersempena dgn hari baik ni, yakni birthdayku merangkap Awal Muharram, rasanya macam there isn’t a better day than this to start. Maka startlah... Ini curi-curi ni. Malu pulak tiba-tiba kalau suami nampak... Tapi ada hati nak tulis blog. Blog ni satu dunia boleh baca ler woi!

Anyway, kalau nak ikutkan, aku dah menulis diari dari darjah 4 lagi. Lama beb! Lepas kawin ari tu ingat nak stop, sebab macam no point je. Dulu-dulu bolehla, sebab orang bujang/bercinta ni banyak mainan perasaan dia, ye tak? Ada jela nak tulis. Tapi bila dah kawin ni, nak tulis pun rasa cam tak kena… Kang orang terbaca hal-ehwal rumahtangga kang? Tapi bila disuarakan hasrat kat suami, dia tak bagi. Dia kata tabiat ni elok. Dia nak anak-anak ikut aku besar nanti. Maka, teruskanlah.

Before this pun aku pernah buat blog. Adala 3-4 kali. Hangat-hangat taik ayam. Paling lama pun blog kat friendster, pasal kucing-kucing yang aku bela dulu. Tapi sayang, kalau nak baca balik pun tak boleh sebab friendster dah berkubur…  Boo friendster!! Dan kali ni pun entah-entah berkubur jugak blog ni.

Nak tulis apa pun tak tau sebenarnya. Sebab hari-hari mengadap anak-anak je beb. 24 jam. Mengadap TV, dinding rumah, kerja-kerja rumah. Kadang-kadang (yang sebenarnya agak selalulah jugak),pergi rumah mama & mak. Oh, my life is so exciting! There must be loads of things to blog about!

Tu belum lagi kira nak on computer pun kena curi-curi. Anak daraku Layla Nasuha pantang nampak benda yang ada skrin. Komputer, handphone, TV. Dia akan terkinja-kinja lebih sikit. Computer kat rumah ni dah berbulan-bulan diisytiharkan “rosak”.  Jadi akan berjayakah aku meneruskan operasi blogging? Mari kita lihat sama-sama.

Kalau hangat-hangat taik ayam lagi, kita boo ramai-ramai. J