Tuesday, 27 February 2024

UK Trip 2024 - Post-trip: Accommodation

Kali ni majority penginapan yang aku duduk ialah Airbnb. Secara keseluruhan ia lebih economical sebab anak-anak dah besar, we need space. Kalau tempah hotel pun kami terpaksa ambil 2 bilik juga sebab mostly di luar negara dia tak benarkan sumbat-menyumbat ni. Also, sebab anak-anak dah besar dan makanan kami dah masuk kategori 4 dewasa, lebih ekonomi juga untuk aku masak 2 kali sehari; breakfast dan dinner.

So every time kami buat search, filter yang kami gunakan ialah mesti ada 1) 2 bilik; 2) parking; 3) dapur; 4) mesin basuh. Begitu konsisten kami membasuh baju sampai ada baju yang bawa tapi tak terpakai.

Di sini aku kongsikan link semua accommodation yang aku duduk including honest review pasal diorang:

1. Manchester: 

1)     https://www.airbnb.com/rooms/1023881096603143612?guests=1&adults=1&s=67&unique_share_id=c5dcf9a7-5c3b-47f1-a5a7-d2defca00285

Rumah ni okay, no fuss no frills. Just a regular apartment. Ticks all our filters. Location dia, kalau korang datang untuk tengok bola, memang superb. Jalan kaki ke Old Trafford in 5 minutes. Plenty of hypermarkets di sekitar kawasan rumah, juga walking distance. Tram untuk ke bandar pun just 5 minutes away. Quiet, convenient. 

Tapi kalau korang mencari charm, pretty houses with extras, memang takde. Dia sediakan yang basic sebasicnya. Hanya ada garam, pepper dan kopi. Sabun basuh baju pun tak sediakan. Tapi kali ni kami dah well-prepared. Kami dah siap-siap bawa pods cuci baju, beli kat Lotus. So takde issue lagi. Kami hadapi masalah dengan air panas pada malam kedua, tapi ada pekerja yang datang attend to it pada malam yang sama. 

Satu je komplen aku pasal rumah ni. Lepas kami blah dari sana dan sampai di Scotland, Kakak baru sedar yang dia tertinggal telekung kat sana. Sebab telekung tu berbalut elok dalam beg dia dan berwarna purple pulak tu, aku fully confident kami boleh dapat balik, especially since kami akan ke Manchester semula at the end of the trip. Bila aku mesej mamat yang handle check-in aku tu personally, dia kata nak check dengan cleaner, dan cleaner dia jawab takde jumpa pape.

Aku sangat disappointed sebab aku rasa cleaner dia tak jujur. Aku pernah tinggal di Airbnb banyak kali dan pernah je tertinggal barang atau saja tinggalkan barang. Most of the time host akan ambil gambar dan tanya balik, kata you left this, do you still want it ke apa. Kami baru je gerak pagi tu, dan petang tu bila sampai Scotland baru perasan takde dalam luggage. So mustahil ada anywhere else sebab kami tak buka luggage hari tu. Kami pun tak singgah solat di mana-mana hari tu, sampai Scotland baru kami solat.

Kalau dah terbuang sekalipun, aku appreciate kalau dia cakap, sorry we threw it away thinking it was trash. Entahlah, itu je satu aku disappointed. Itu telekung, yang most probably takde function pun untuk diorang. Kalau tertinggal cincin emas ke, barang berharga? Camane? Hmmm...

2. Blackridge, Scotland:

https://www.airbnb.com/rooms/33699012?guests=1&adults=1&s=67&unique_share_id=156675b6-1cef-43ce-9816-d8ed79f78c48

Lokasi rumah ni betul-betul di tengah-tengah antara Glasgow dan Edinburgh. Kami duduk dalam halaman yang sama dengan tuan rumahnya, Duncan. Pakcik yang friendly dan mudah nak dihubungi sebab dia duduk depan rumah saja. Parking luas kat depan rumah, senang nak load barang.

Rumahnya 2 tingkat. Anak-anak bilik kat bawah, ada toilet sendiri dan 2 single beds. Bilik diorang siap ada 2 heater so cosy sangat dan luas. Di tingkat atas ada 1 lagi toilet, dapur, ruang tamu dan master bedroom. Tingkap rumah dia jenis skylight jadi boleh tengok bintang malam-malam (but we never did). Rumah ni pun cosy, tapi terasala lived in sikit barang-barang dia tu. Usang sikit, karpet pun ada kesan-kesan kotor. Sofa dah lembik-lembik sikit. Selesa, tapi terasalah duduk di rumah orang tu.

Dekat rumah ni banyak rempah-ratus dan barang masa yang dia tinggalkan. So ada juga yang aku ambil guna. Oh, and the best part bagi aku ialah sesampainya kita tu dia dah sediakan sebuku roti, satu blok butter 250gm ye, susu sebotol dan telur 6 biji. Sangat dihargai sebab kami memang tak sempat grocery shopping hari tu. In fact butter satu blok dia tu aku bawa sekali dengan aku, sampai dekat nak habis trip baru habis. Kami tak perlu pun beli butter.

Kalau nak naik train ke bandar pun, ada je train dekat sini, tapi kami berkereta. Kami happy dok sini. Heater dia panas so banyak baju kami basuh dekat sini, semalaman je dah kering.

3. Clayton West, Huddersfield:

https://www.airbnb.com/rooms/923671379753772521?guests=1&adults=1&s=67&unique_share_id=3b39a8da-dd94-48d7-a529-d42f2cec214d

Rumah ni kami hanya duduk semalam. Bila masuk tu, ruang bawah dia impressive. Ruang tamu besar, sofa besar, TV besar, ada ruang kerja, dekat tepi meja makan siap ada fireplace. Oh, and singki dapur dia sebijik macam iklan China yang selalu keluar kat Facebook tu. Canggih gile. Merasa aku try guna sekali.

Tingkat atas dia ada 2 bilik dan 1 toilet. Toilet dia pun luas dan shower sedap. Bilik-bilik dia agak kecik dan lantai tak berapa rata. Tapi oklah untuk satu malam. Aku cuma kecewa kat sini dengan communication dia. Sebab bila aku mesej pasal penggunaan fireplace dia tak jawab. Kayu-kayu dia tak sediakan, dan dia pun tak bagitau aku kalau nak guna kayu kena pergi cari sendiri ke apa. Heater dia pun macam tak berfungsi. Bila aku mesej tanya, dia hanya jawab ringkas, ada thermostat kat sekian tempat, sila guna. Masalahnya guna pun tak jadi apa. So kesejukan satu malam di sini.

Parking dia betul-betul depan rumah tapi tepi jalan, so tidur malam pun rasa tak berapa tenang. 1) takut kereta kena pecah ke apa, sebab luggage semua kami tinggal dalam kereta. Satu luggage je kami keluarkan untuk barang kegunaan 1 malam. 2) takut kereta kena langgar dengan kereta yang lalu-lalang laju-laju.

4. London

https://www.airbnb.com.sg/rooms/27825455?guests=1&adults=1&s=67&unique_share_id=8cbed1d1-ba6f-42c3-95bc-1c981683592b

Rumah ni actually aku book kat Agoda. Tapi lepas pengalaman aku dengan Agoda, aku suggest kalau nak duduk dengan dia ni, book kat Airbnb jela kot. Serious hampeh gila Agoda weh. Aku selama ni memang tak pernah guna Agoda jugak. Tapi sebab through Agoda hari tu paling murah rumah kat London. Entah apa masalah dia block communication antara guest dengan host pun aku tak tau. Kalau tak nak bagi kita communicate sendiri, at least jadilah mediator. Tukang sampaikan soalan dan jawapan. Ini kita terpinga-pinga tak dapat info, tak dapat jawapan kepada soalan, daripada dua-dua pihak pulak tu. Guest kata host hampeh, host kata guest hampeh. Last-last rupanya Agoda yang hampeh. Lagi best, host kami Michael kata diorang tak pernah advertise kat Agoda pun. Diorang cuma advertise kat Booking.com dan recently start guna Airbnb. Ntah mana datang Agoda ni.

Tapi rumah ni in terms of location memang bagus. Dia masih lagi dalam zone 2 London. Kalau nak jalan kaki ke city pun masih lagi possible. Bas pun banyak, tube station Old Street pun walking distance. Rumah ni macam flat, parking kat bawah dan kena naik tangga ke tingkat 1. Hanya hari pergi dan balik jela pun kena usung beg sikit. Tapi selebihnya memang okay.

Ada 2 bilik with queen beds, heater yang fully functioning, cosy. Hiasan dalam dia agak quirky sikit, terang-terang, patung pelik-pelik. Dia takde meja makan. Ok, itu satu kekurangan tapi something yang boleh overlook. Dapur dia banyak sediakan benda yang kita boleh guna. Rempah-ratus dia aku rasa sampai tahap nak masak nasi beriani pun lepas. Segala serbuk pelaga, serbuk jintan semua dia ada. Susu, jus oren, butter dia sediakan. Dia siap bake cookies untuk kami sepinggan, sedap gila plak tu. Once aku dah dapat phone number dia, dah senang nak deal pasal semua benda lain.

Kalau nak cakap pasal harga, masa aku dapat rumah ni kat Agoda hari tu, memang aku agak skeptical. Sebab rumah dia murah untuk location dan kemudahan yang dia sediakan. Ini aku cakap dari sudut standard harga London ya. Rata-rata masa aku cari, purata harga untuk London ialah RM1000 untuk 1 malam. Rumah ni aku dapat harga RM2500 untuk 3 malam.

Jangan lupa, ini rumah yang kau boleh masak, basuh baju dan tinggal 4 orang. So kau jimat lebih lagi kat situ banding dengan hotel yang kau kena beli 3 meals a day dan hantar baju ke dobi kalau perlu. Dan selesa la of course. Aku rasa aku tua dah, tak kuasa dah nak duduk hostel backpackers ke apa. Nak holiday biar rasa selesa macam kat rumah. Kalau tidak, baik duduk rumah je.

5) Brighton

https://www.booking.com/Share-gf5MS4

Inilah satu-satunya hotel yang kami duduk trip kali ni. Itu pun sebab payah sangat nak cari rumah yang berpatutan kat kawasan ni. Tapi memandangkan satu malam je, kami okay. Bilik dia sebenarnya bilik double, tapi dia buka sofa bed satu. Sempitlah sikit, tapi cukuplah untuk semalam. Selesa, shower sedap. Specialty kat sini ialah steakhouse dia, tapi of course kami tak boleh nak makan. Ada bus stop kat depan hotel untuk nak ke bandar. Lokasi dia jauh sikit dari bandar, tapi kalau tak salah ingatan aku, kami pilih dekat sini sebab dia je yang sediakan parking free dan harga not bad.

6) Wiltshire, Cotswolds

https://www.airbnb.com/rooms/20612207?guests=1&adults=1&s=67&unique_share_id=9cae14e8-674a-4e7f-ba7b-239b0506490a

Rumah nilah yang paling aku tunggu sepanjang trip ni. Untuk fireplace dia. Kalau nak diikutkan, rumah ni bukanlah first choice kami. Ada satu lagi rumah yang lebih cantik, tapi takde rezeki kami, masa bincang masih available tapi bila nak book dah ada orang ambil tarikh kami. But yang ni pun cukup selesanya. Dan sebenarnya Allah nak bagi apa aku mintak. Sebab aku nak sangat fireplace dan kat rumah kami duduk ni fireplace dia tiada tandingan. Majoriti rumah yang aku jumpa, fireplace dia kecik dan tertutup. Yang ni besar dan terbuka. Aku sangat enjoy 3 hari main api kat rumah ni.

Rumah dia terpencil, jalan masuk kecil je dan parking pun 100 meters away, depan rumah host dan kena jalan kaki ke rumah kami. Ada sikit tangga juga jadi agak mencabar untuk luggage. Dalamnya 2 tingkat tapi tingkat atasnya ada 2 bilik semata-mata. Tingkat bawah ada dapur, ruang tamu dan toilet. Kat dapur dia tak sediakan banyak barang. Tisu dapur pun aku terpaksa minta refill. Teh tinggal 2 uncang. Banyak benda yang dah nak habis dan dia tak refill. Toilet dia air agak low pressure. Little things that could ruin a stay, tapi aku tetap menangkan fireplace dia. Bilik-bilik dia deco comel, heater, katil dia semua selesa. Sangat tenang. Kat simpang jalan dari rumah kami tu siap ada sungai. Cantik. In the end it depends on apa priority kita. Aku akan rate dia 5 bintang sebab aku dapat main api.

7) Manchester

https://www.airbnb.com/rooms/1018758175627374149?guests=1&adults=1&s=67&unique_share_id=5e8bc96f-6ed8-4801-bf19-942649b2be2f

Rumah last ni rumah tangkap muat. Dua hari sebelum duduk baru kami book sebab plan kami berubah. Dapat pula di bangunan yang sama dengan accommodation 1st. Bezanya cuma kuantiti bilik. Kali ni hanya 1 bilik dan sofa bed di ruang tamu. Perkakas kat dalamnya majority sama. Kali ni dia takde sediakan apa-apa makanan langsung macam garam, gula, teh kopi semua zero. Masa kami sampai, sofa bed pun dia tak setup. Tapi selesalah. Even sofa bed dia bukan jenis yang bila baring rasa spring. Lokasi tak perlu dibincangkan lagi, ideal untuk kami. TV dia tak berfungsi. Aku rasa remote dia habis bateri sebenarnya, dan takde bateri spare disediakan. 

Itulah sekali aku nak try buka TV sepanjang trip ni, sebab masa Ayah dan Adik kat stadium aku ingat nak tengok bola juga kat rumah. Ironinya sepanjang kami kat UK ni, satu rumah pun takde tayangan bola. Every weekend Ayah dan Adik akan explore TV cari channel bola, semua takde. Kena subscribe. Padahal bola tu EPL; English Premier League. Kita kat Malaysia pulak, kan mamak pun ada pasang.


So anyway. That's all about accommodation. Kalau rajin aku tulis pasal benda lain pulak, other tips I can think of.


UK Trip 2024 - Journey Home

25 February

Today we are going home. Kalau ikut plan asal masa beli tiket, semalam kami dah balik. Tapi a few months ago, bila jadual bola dah announce, we found out hari balik tu ada game kat Old Trafford. Ayah dah gelabah bewak. Tak tentu lagi dapat tiket bolanya, tapi papehal dia nak join kemeriahan di stadium katanya. Kat luar pun jadilah. So kebetulan untuk flight balik pula ada sedikit adjustment masa untuk flight kami. Masa je berubah sikit, tapi dia bagi kita option untuk tukar tarikh flight up to 2 days later. So kami boleh balik 25 atau 26 haribulan, boleh tukar tarikh for free. Tidaklah kami melepaskan peluang. Bagai orang mengantuk disorong bantal.

So here we are today. Aku hanya prepare sandwich telur untuk breakfast hari ni untuk menghabiskan telur 2 biji. Anak-anak prefer makan toast. Lepas Subuh terus prepare food dan mula mengemas. Bab packing memang bidang Ayah. Dia expert. Aku hanya assistant, tukang pas barang apa yang dia perlu at any given time.

Flight kami pukul 2 petang, tapi bilik kena check out pukul 9. So pukul 9 tepat kami dah keluar. Terus pergi hantar kereta di Car Rental Village. Alhamdulillah, kami survive dengan kereta ni intact selama 15 ke 16 hari. Orang tu cek kereta kami luar dalam, semua okay, boleh terus gerak je. Kalau ada apa-apa, semua akan diuruskan melalui email. Kereta ni memang kami dah tempah dari tahun lepas lagi dan dah siap bayar semua masa book. So selagi takde kena saman apa-apa, insyallah dah takde bayaran tambahan lain.

Kami naik bas car rental ke Terminal 2 Manchester Airport. Punya awal sampai, kaunter check-in/drop baggage pun tak buka lagi. Tunggulah kat situ. Kami 1st in line dan 1st check in. Selesai tu terus masuk scan bag. Fuh, dekat sini memang strict. Daripada kami berempat, hanya beg aku sahaja lepas completely. Yang lain-lain semua beg kena tahan sebab ada various forms of liquid kat dalam. Syarat dia, apa saja liquid mesti dimasukkan dalam zip lock bag dan letak atas tray skali. Jenuh nak keluarkan satu-satu. Takpelah, kita tunggu je dia checkkan. Kena buka beg yang dia suruh, kena explain setiap satu liquid tu apa. Ada yang bawa deodorant, semburan hidung, minyak angin, spray bottle wuduk, segala mak neneklah. Tapi brader yang handle kami tu baik. Semua dia lepaskan. Yelah, technically kami tak salah, sebab semua below 100ml.

Even after all that, bila kami masuk dalam, nombor gate masih belum announce. Cam biasa, ada makhluk yang dah lapar so kami survey dan jumpa kedai Archie’s yang serve all halal meat. Dia jual mostly burgers. So kami pi makan-makan dulu sampai masuk Zohor, take turns pergi solat kat multi-faith prayer room (yang of course orang Islam je guna). Dekat sini takde tempat wuduk jadi kami pergi amik wuduk dulu di toilet, baru ke sana untuk solat.

By the time selesai, gate dah announce jadi terus ke gate dan dah boleh boarding. Untuk flight kali ni kami tak dapat pilih sendiri seat. Dalam sistem tulis unavailable. So diorang tetapkan seat tengah bertiga dan sorang lagi aisle seat. Kebetulan aku dah berada dekat aisle seat tu, bagi jelah anak-anak dok dengan Ayahnya. Row aku bertiga tapi seat tengah kosong, so rilekla sikit. Flight time hanya 5 jam 30 minit camtu.

Sampai di Jeddah pukul 11 lebih malam. Terus kembali dikelilingi warganegara sendiri. Haha. Belikan food untuk Kakak yang masih sampai ke hari ini refuse untuk makan dalam flight. Then kami take turns solat dan jaga beg.

Next flight pukul 2 pagi. Boarding dekat 1.30. Kali ni kami dah pilih seat awal-awal, tapi Ayah berkeras dengan anak-anak, nak duduk sebelah Mama. So anak-anak duduk berdua. Rezeki diorang, row diorang hanya diorang berdua, seat hujung kosong. Row kami ada orang. Huhu. Terus tersekat aku kat situ 7 jam lebih. Tapi most of the time tido jela.

Sampai KL akhirnya pukul 4 petang. Proses menunggu luggage keluar agak lama, hampir sejam. Kami take turns solat again. So by the time luggage keluar, terus keluar ambik grab dan pulang.

Sekian dahulu trip kali ini.

UK Trip 2024 - Day 15: Manchester

 

24 February

Bangun Subuh dan masak breakfast. Buat nasi goreng dan toast je untuk anak-anak. Sebabnya beras ada portion untuk 2 kali masak lagi. So kena makan nasi 2 kali hari ni. Hahah.

Siap masak dan makan, terus bersiap. Cuaca sangat cantik hari ni. Kami finally akan pergi ke bandar Manchester hari ni. Dari sampai kami langsung tak jejak belah sana.

Disebabkan hari ni ada game bola kat Old Trafford (yang terletak belakang rumah kami je), kami dinasihatkan untuk tak keluar naik kereta sebab semakin hampir dengan game, jalan-jalan akan jam. So kami naik tram pagi ni. Beli family tiket harga £5.20, boleh naik turun tram sepanjang hari di zon 1 & 2.

Cuaca hari ni sangat cerah, tapi suhu pagi ni 0ºc. Sejuk gila. Masa kat Scotland hari tu pun tak rasa sejuk cam ni. Pukul 8.30 dah sampai town, kedai semua tak buka lagi. Jalan-jalan tanpa arah tuju. Takde apa sangat pun kat Manchester ni bagi aku.

Beberapa kali kami terpaksa lari masuk mall yang dah buka awal untuk cari kepanasan. Last-last masuk café, order coffee, hot chocolate dan cinnamon bun. Makan, lepak-lepak sampai badan dah rasa sedap. Baru keluar sambung merayau. Kami ada masa sampai dalam pukul 1 nak bersiar-siar sebab pukul 3 kang Ayah dan Adik nak tengok game bola di stadium dan diorang nak masuk dalam sejam sebelum.

Tengah kami berjalan tanpa arah tuju tu, dari jauh nampak a group of 3 youngsters tengah ambil gambar kat tengah jalan. Susuk tubuh dan gaya dari jauh kita dah kenal orang kita, tapi bila dekat aku terperasan, eh, mamat ni macam penyanyi. Aku sebut kat Ayah, itu macam penyanyi tu je. Agaknya suara aku kuat, member dia pusing ke arah kami dan penyanyi tu sendiri senyum dan angkat tangan. Ayah pun tegur, “Macam kenal je.” Hahahha. Macam jumpa member. Terus brader tu datang salam-salam dan perkenalkan diri dia Amir. Ayah minta nak bergambar. Aku cuma kenal muka, tak ingat nama. Bila dia kata Amir, otak aku terdetik Amir Jahari. Hahahahha. Nasib baik tak cakap depan muka budak tu. Rupanya dia Amir Masdi. Ayah kata dia perform masa konsert Dewa 19. Patutlah muka dia aku kenal. Okla, friendly. Dia kata dia dah 4 hari kat sini, ni baru 1st jumpa orang Malaysia. Hahah.

Berjalan 10 langkah ke hadapan, kat hujung simpang tu aku nampak sekumpulan 3 lelaki lagi. Dan terus dari side profile je aku dah kenal. EDRY!! Aku dengan excitednya bagitahu Ayah, “Edry, yah! Edry!” Agaknya again suara aku terkuat, member dia pusing dan pastu Edry pun pusing. Ayah pulak menonong jalan terus pergi tegur. “Abang, boleh nak amik gambar tak?” Edry kata eh boleh. Aku kat situ dah speechless, hyperventilating, sesak nafas sume ada.

Sambil nak ambil gambar tu Edry tanya, tinggal sini ke? Diorang siap sembang pasal nak tengok game MU kejap lagi. Dia pun nak pergi. Dia kata kat Ayah, jangan kalah sudahlah. Ayah kata insyallah tak, team tengah ada momentum katanya. Haha. Edry kata papehal, kita enjoy the game jelah. Kira cukup friendly la tu, siap boleh bersembang, kan? Aku kelu, sepi tak bersuara kat situ, ambil je gambar lepas tu gerak.

Dah melangkah dari situ baru aku perasan, aku berpeluh dalam suhu sejuk nak mampus tu. Berpeluh dalam winter jumpa Edry! Hahaha. Korang jangan pandang aku sebagai makcik umur 40 tahun, tapi kenanglah that inner teenager yang membeli semua album diorang dan beratur nak mintak sign diorang kat OU masa umur 14 tahun dulu. Ini jumpa depan-depan kat negara orang pulak tu. Face to face. Lepas tu aku terus mesej member-member aku. Bukan nak brag mahupun flex. Hanya mencari teman yang mampu faham perasaan aku. KRU untuk generasi aku is a big deal, okay?

Anyway, panjang plak pasal Edry. Hahah. Kami decide untuk pergi lunch di Wing Stop. Masa kedai ni masih ada kat Malaysia dulu, memang favorite aku dan Adik. Tapi lepas Covid dia tutup. Bila jumpa kat sini memang excitedla. Kakak tak suka, tapi for once kami decide untuk ikut tekak kami dulu. Kat depan sikit lagi ada Popeye’s so dah janji akan bungkus food untuk dia kat Popeye’s. Siap makan, bungkus food dia, then kami naik tram balik.

Selesaikan solat semua, kami keluar balik berempat pergi stadium. Aku dengan Kakak saja join kemeriahan kat luar stadium je, tak tengok bola pun sebab bajet keras. Ini pun Ayah buat deal dengan Adik, akan guna duit dalam akaun bank dia untuk bayar tiket dia. Kami jalan-jalan tengok telatah orang. 

Macam yang aku dan Ayah suka buat, kami suka tawaf stadium sebelum game. Dan formula itu kali ini mengena lagi, sebab as we were approaching belah belakang stadium, dekat laluan player nak masuk stadium, tiba-tiba Rasmus Hojlund berjalan menghala ke stadium. Memang ramai orang dah beratur tepi palang kat situ, tapi kebetulan kami sampai tepat masa dia lalu, so tak perlu menunggu apa pun. Ayah bawa Adik dekat ke palang dan start rekod. Memang nampak depan-depan, walaupun berhimpit dengan orang lain. Rezeki Adiklah. Aku yang excited kat sebelah walaupun kalau aku terserempak dia tepi jalan aku takkan kenal dia sape. Generasi aku cari Beckham je. Hahah.

Dalam pukul 2 tu Ayah dan Adik masuk stadium, aku dan Kakak patah balik ke rumah. Tapi sempat menyimpang ke beberapa supermarket yang ada tepi stadium tu. Tambah stok jajan sikit untuk bawa balik. Pastu barulah balik rumah. Aku masak dinner siap-siap. Tanak nasi, masak kurma ayam dan telur dadar. Then menunggu Ayah dan Adik balik jela. Hari ni game diorang kalah pulak. Tapi enjoy jela, kan? Berapa ramai orang boleh kata diorang dapat tengok game kat stadium. Rezeki tu.

Kami dinner sama-sama. By then semua macam dah settled kat rumah, dah malas nak keluar ke mana-mana lagi. Kira last lah ni, sebab esok pagi-pagi kami dah kena check out, hantar kereta dan terus ke airport.

Sunday, 25 February 2024

UK Trip 2024 - Day 14: Cheshire Oaks & Manchester

23 February

Bangun Subuh pukul 5.40 dan terus masak breakfast. Sambil-sambil tu packing barang, kerah anak-anak suruh bergerak. By pukul 8.15 tu kami dah ready untuk keluar. Cantik pulak cuaca hari ni. Haihh… Kita hanya merancang kan?

Anyway, perjalanan kami hari ni akan ke Manchester semula. Yang bermaksud we are nearing the end. Semalam masa bincang, aku ajak lalu jalan yang jauh sikit, tapi dapat berhenti di satu dua spot. Macam kami buat di York, Cambridge, Lake District hari tu. Aku boring bila naik highway lama. Mengantuk. Dan aku memang takkan tidur sebab aku peneman driver. Kalau aku tidur, driver pun akan tidur, dan seterusnya seisi keluarga akan tidur selama-lamanya.

Tapi tulah, Ayah macam tak keen. So aku pun ikut jelah driver. Tapi memang betullah, tak sampai sejam aku dah tak larat buka mata dah ni. Berhenti sekali dekat RnR dia, tapi kami semua takde keperluan untuk keluar. Masuk toilet atau kedai je pun ada. Dah sambung perjalanan, aku mengantuk balik lagi. Aku ajak Ayah divert keluar ke mana-mana exit dan cari jelah apa-apa attraction yang ada dekat sekitar situ. Taman kecik pun takpelah, aku nak jalan-jalan kejap, kena angin sejuk. Tapi dia menonong jugak. Aku mogok la lepas tu. Tidur sambil mata terbuka. Pernah tak buat? Hahaha.

Finally after 3 hours kami sampai di Cheshire Oaks Outlet. Keluar je dari kereta, kedai pertama kami jumpa ialah kedai apple crumble. Anak-anak yang excited. So pergi beli semangkuk, kami makan sambil duduk dekat luar sejuk-sejuk tu. Habis makan baru ada mood nak window shopping.

Niat utama kami pergi sini ialah nak cuba juga cari luggage buat ganti luggage mak aku yang pecah tu. Dan of course kami perlu another luggage untuk menampung barang yang ada sebab masa datang memang ada 4, takkan balik tinggal 3 kan? Bukan orang Malaysia tu kalau beg berkurang. Sifat semula jadi orang Malaysia kalau pergi UK ni, beg siap kena beranak. So, seperti yang dirancang, memang kami dapat beli beg seketul saiz medium dengan harga £39.50. Kira oklah tu bagi aku, sebab beli dekat kedai luggage proper dan ada 5 years warranty (walaupun nak claim warranty kena terbang ke UK.) Punyalah berdisiplin kali ni punya trip. Tak beli apa weh. Sebesar-besar Cheshire Oaks tu kami tak beli apa.

Yang penting bila search kat website tempat tu, diorang ada sediakan contemplation room juga untuk solat. Biliknya berada right inside customer service dia, yang dipanggil Guest Services. So pergi je ke Guest Services tu dan cakap kita nak guna contemplation room. Kami pergi dan kena tunggu turn sekejap sebab satu group Perempuan Arab tengah guna kat dalam tu. Sampai turn kami, masuk berempat. Biar aku inform awal-awal, dekat dalam ni memang takde tempat wuduk. Dia memang sebuah bilik semata-mata. Sejadah je dia sediakan. Tapi kami memang sentiasa bawa botol semburan air dengan kami at all times, jadi kami ambil wuduk guna semburan je kali ni. Next time siapa yang nak pergi situ bolehlah ke toilet dulu ambil wuduk siap-siap.

Siap solat tu kami sambung perjalanan ke Manchester. Waktu check-in untuk next accommodation dah set pada pukul 5, jadi kami pergi cari food dulu. Of course dekat Manchester ni kita pergi Rusholme je, senang sebab sepanjang jalan tu kedai halal. Sampai peninglah, tak tau nak pilih apa. Last-last kita makan kedai afghan ke apa tah. Beli 1 nasi dengan kambing dan 1 nasi dengan ayam bakar. Share 4 orang sebab portion dia besar. Kat luar kedai tulis air free untuk rakyat Malaysia. Haha. Memang betul weh, dia bagi air tin free. Dia tanya nak berapa, kami minta 2 je.

Sebelum ke kereta, kami masuk halal butcher, beli ayam sikit untuk masak esok. Nak abiskan stok beras ni. Kenalah ada bahan mentah sikit.

Nak dijadikan cerita, rumah last ni kami dapat di bangunan yang sama dengan rumah first hari tu. Cuma tingkat berbeza dan layout rumah pun berbeza. Kali ni hanya dapat 1 bedroom apartment, dan anak-anak kena tidur di sofa bed di luar. Betul-betul last minute booking, kelmarin baru kami jumpa. Sebab awal hari tu kami cari rumah di Liverpool untuk last ni. Tapi sebab kami dah pun melawat Liverpool dan kebetulan Ayah dan Adik dapat chance untuk tengok bola di Old Trafford esok, kami cancel booking di Liverpool dan nak cari tempat yang dekat dengan stadium & airport.

Oklah rumah dia. Basically kami dah familiar dengan tempat ni. Parking dia, keluar masuk dia, lokasi dia. Tapi satu yang tak best, masa kami sampai, sofa bed tu dia tak setup jadi katil. Cadar pun letak je tepi. Kalau aku tak tanya mana bantal dan selimutnya, langsung dia tak bagitau lokasi. So kerja kami setup dulu sofa bed, letak-letak barang, solat siap-siap. Pastu kami keluar balik pergi Tesco. Saja nak merayau sebenarnya, nak beli-beli pape yang patut, dah nak balik Malaysia ni. Souvenir kita kategori makanan je.

Singgah isi minyak dan bawa Adik pergi tengok stadium Manchester City dari luar. Pastu baliklah. Anak-anak masak maggi sorang sebungkus. Lapar pulak dah. Pastu mandi dan settle down for the night.

UK Trip 2024 - Day 13: Cardiff, Wales & Castle Combe

 

22 February

Bangun Subuh pukul 5.40 dan terus masak scrambled eggs, telur goreng untuk anak-anak and toast je hari ni. Boring dah makan French toast. Pastu start bersiap untuk keluar. Mula-mula harapan dah tinggi sebab sampai pukul 7 lebih cuaca masih cerah. Dekat-dekat kami nak keluar rumah, tinggal final touches dah tu, tiba-tiba start hujan lebat. Aduhai. Dahla kereta kami jauh.

Redahlah jugak. Plan kami hari ni nak ke Cardiff, Wales. Kita cubalah nasib. Perjalanan dari rumah kami nak ke sana cuma sejam setengah. Sampai sana cuaca mendung. Tapi tepat pukul 10 kami dah sampai, so masih banyak masa. Park kereta di bangunan John Lewis, lepas tu jalan-jalan di bandar Cardiff.

Takdelah besar mana. Masuk ke perkarangan Cardiff Castle, tapi kami tak bayar untuk masuk dalam pun. Bergambar kat luar je. Masuk-masuk kedai souvenir. Lepas tu pergi ke Cardiff Market, cuci-cuci mata. Siap beli sayur sikit untuk masak esok lusa ni dalam proses nak habiskan bekalan yang kami bawak dari Malaysia, macam beras dan pasta.

Keluar dari market tu, start hujan. Jadi kami ke Popeye’s dekat area situ, makan lunch. Memang dekat depan kedai ada tulis, “All our chicken are halal”. Setel masalah. Sedap plak tu food dia.

Siap makan, kami pi merayau dalam mall. Masuk Primark dan kali ni jumpa barang-barang sale yang aku rasa berbaloi nak beli, macam winter coat harga £12 dan selipar memory foam untuk Ayah harga £5. Beberapa kali masuk Primark before this tak jumpa selection ni. Aku rasa sebab store yang kami pergi selama ni kat tempat popular, macam London dan Glasgow, jadi barang sale cepat habis.

Setel tu kami pun gerak dari mall tu, dan singgah di South Wales Islamic Centre untuk solat. Hanya ada sorang penjaga dekat masjid tu, jadi dia suruh kami semayang je sama-sama dekat satu ruang solat. Cepat sikit setel.

Pastu kami pun gerak balik ke England, sebab kalau nak melawat dalam Wales lagi pun, attraction dia semua outdoors dan kat situ tengah hujan. Pukul 3 lebih sikit kami dah sampai Castle Combe berhampiran rumah kami. Ini sebuah perkampungan yang mendapat gelaran salah sebuah perkampungan tercantik di England. Dan di sini juga merupakan salah satu lokasi penggambaran filem Stardust, kalau korang familiarlah dengan filem ni sebab dah lama dah, dari zaman aku belum kahwin lagi. Favorite aku tu citer Stardust.

Dekat sini baru aku nampak hikmah hari hujan ni. Kami sampai sini, kawasan ni lengang, parking kosong. Hanya ada beberapa orang selain kami. Kalau tidak, based on pembacaan aku, tempat ni biasanya jam dan sesak teruk sampai nak ambil gambar pun jadi tak cantik, setiap sudut ada orang photobomb.

Dapatlah kami bergambar seolah-olah kampung ini kami yang punya. Sungguh, memang takde orang. Kami hanya ambil masa kurang dari sejam kat sini. Masa kami nak gerak balik tu, langit baru mula cerah dan matahari keluar. Hari dah pun hampir Maghrib jadi kami ke Aldi sekejap, beli snek-snek sikit untuk pemanduan esok. Jumpa salmon frozen 4 potong dan ravioli lagi untuk nak dinner malam ni. Salmon frozen 4 potong tu harga dia £3 je weh. Dengan ravioli satu bekas tu £0.99. Nangis tengok. Kalau kami convert ke harga Malaysia pun dia masih menang.

So balik. Masak dinner pasta creamy tomato lagi untuk menghabiskan cream dan tomato. Ditambah dengan salmon 4 potong tu, kita grill semua. Makan dinner sama-sama. Lepas tu start api di fireplace, mandi, solat dan bermalasan semua di depan.

Aku sedih sebenarnya, sebab malam ni last dapat main api macam ni. Sungguh, ini healing cara aku. Lepak atas sofa, termenung tengok api sambil suasana keliling sejuk-sejuk nyaman. Dengan bau kayu terbakar, ralit tengok pembakaran tu, thrill untuk buat api tu hidup. Aku tak pasti ada tak orang yang sama macam aku. Setahun sekali kena jugak ni, holiday kat rumah ada fireplace.

Friday, 23 February 2024

UK Trip 2024 - Day 12: Cotswolds

 

21 February

Bangun Subuh pukul 5.30 dan terus masak french toast for breakfast. Anak-anak pun bangun, makan dan terus bersiap. Eloklah, satu hari yang kami efisyen dan siap pantas, hari ni hujan.

Pukul 8.15 kami dah dalam kereta dan memandu ke arah Stow-on-the-Wold. Perjalanan ambil masa sejam suku. Tapi hujan sepanjang jalan, dan sampai sana pun masih hujan. Padahal cemerlang ni, pukul 9.30 dah sampai destinasi. Last-last masuk Tesco kat situ dan grocery shopping.

Dah siap tu, termenung jap nak pegi mana. Check map, yang possible nak berkonsep sedikit indoor berhampiran sini cumalah Bicester Village. So nak tak nak, kita hala ke sana, walaupun pemanduan ambil masa lagi sejam lebih kurang. By the time sampai Bicester dah pukul 11 lebih. Jalan-jalan cuci mata. Hujan masih gerimis. Tapi langsunglah takde membeli pape sebab di luar bidang kemampuan. Memang tak pernah masuk list pun Bicester Village ni. Aku dan shopping sungguhla tak ngam.

Anyway, rupanya dekat Bicester ni ada surau juga. Contemplation room dia panggil. Tapi kemudahan dia memang macam suraula. Ada tempat wuduk. Ada ruang terpisah antara lelaki dan perempuan. So dah alang-alang ada tu kita guna. Cam biasa, yang penuh kat situ memang orang Malaysia la jugak haha.

Yang anak-anak aku ni, pantang keluar kereta, dan-dan perut pun kosong. Jenuh mencari food kat sini, takde yang meyakinkan. Last-last kami masuk ke Itsu yang jual mostly makanan jepun. So kami pilih menu yang berasaskan ikan dan sayur. Beli yang bungkus dan makan dalam kereta (sebab kalau beli dan makan kat sana harga food dia lebih mahal hampir £2 setiap item. Salmon teriyaki rice dia sedap kemain. Gyoza sayur yang Ayah beli pun sedap. Makanlah kongsi-kongsi sorang sikit.

Anyway, masa kami decide nak ke Bicester tadi, kami dah search kat google weather dan katanya dalam pukul 2 tu sepatutnya kat Stow-on-the-Wold tadi dah tak hujan. So kami terus ke sana semula. Alhamdulillah, memang betul, pukul 3 kami sampai dekat sana dah tak hujan. Sempatlah jalan-jalan dalam pekan dia, bergambar sikit-sikit. Cantik bangunan-bangunan dia. Parking kat sini pun free.

Kami spend masa kat sini tak sampai sejam. Kemudian kami teruskan ke Bourton-on-the-Water yang terletak hanya 7 minit memandu. Kat sini lagi cantik. Ada sungai merentas di tengah pekan dia, dengan sepohon Sakura penuh dengan bunga kembang atas pokok dia. Bergambar kat sini, dan layankan Kakak beli crepe sebab ni first time jumpa kedai yang jual crepe manis semata-mata. Selama ni kalau jual, mesti menu dia ada ham juga, jadi dah tak boleh nak beli. Yelah, dia sorang je tak beli apa-apa kat Itsu tadi sebab tak suka sayur dan ikan. Haihhh…

By the time selesai kat sini, dah pukul 4.45. Kiranya dah senja la. Jadi walaupun beberapa tempat lagi yang ada dalam list kami tu tak jauh pun, kami terpaksa korbankan sebab perjalanan balik rumah masih ada sejam. As it is pun kami akan sampai rumah dah gelap.

So baliklah. Sampai rumah pukul 6. Aku terus masak dinner. Hari ni masak creamy tomato pasta. Dekat Tesco tadi beli cream, tomato puree, spinach ricotta tortellini satu paket, dan dari rumah pun kami memang ada bawa spaghetti sepaket. Tomato fresh hari tu masih ada beberapa biji. Jadi kita guna apa yang ada. Alhamdulillah, sekelip mata licin. Kesian pulak, macam tak cukup. Aku rebus pasta tak cukup.

Pastu agenda yang dinanti-nantikan; memasang api di fireplace. Kali ni dah cemerlang sikit, walaupun Ayah yang menjadikannya cemerlang. Mandi, lepak dalam gelap kat ruang tamu untuk ambil feel fireplace. Diskas-diskas plan esok. Buntu rasa sebab semua tempat diramal hujan.

 

 


Wednesday, 21 February 2024

UK Trip 2024 - Day 11: Windsor

20 February

Bangun Subuh pukul 5.30 tapi pastu kami tido balik. Mentang-mentang hari ni tak yah masak. Bermalasan sampai pukul 8. Pastu kelam-kabut sendiri haha. Kul 9.30 la jugak baru kami check out. Dengan takde breakfastnya hari ni. Dalam bilik tadi kami bancuh air panas je.

Anyway, hari ni kami akan pergi check in di cottage di Cotswold. Tapi dalam perjalanan ke sana tu kami ada beberapa lokasi dalam list. First sekali kami nak ke Windsor. Tapi dalam Waze kami letak Stonehenge, dengan stopover di Windsor. Tetiba Waze ni tak register plak Windsor tu. Dah terlajak, so adalah episode patah-patah balik sket.

Kat Windsor pulak terkial-kial kejap cari parking yang harganya masuk akal. So kami bayar parking untuk 2 jam. Keluar merayau kat luar tu. Masuk satu café yang aku dah lama aim nak try porridge dia. Lepas tu bergambar sikit dekat luar castle tu. And dekat depan tu juga ada satu kedai jual noodle halal. Sebesar alam lambang halal certification dia. Nama kedai tu The Chicken Shop. Kami layanlah Kakak makan kat situ. Memang sesuailah nama The Chicken Shop tu sebab ayam dia memang tak kedekut weh. Kami order 2 noodle dan 1 chicken katsu. Untuk 3 order tu kami dapat 6 ketul ayam besar-besar. Mee dia pun sedap, tebal dan kenyal. Puas makan.

Selesai kat situ kami jalan-jalan je dalam pekan tu sebab alang-alang dah bayar untuk 2 jam. Pukul 2 baru kami blah dari sana dan pergi cari masjid dekat area situ. Memang cantik dan terurus masjidnya. Namanya JMIC Slough; Jamia Masjid & Islamic Centre Slough. Orang-orang yang kami jumpa di sana pun friendly, tanya dari mana, ajak bersembang semua.

Selesai kewajipan barulah kami teruskan perjalanan. Tapi by then nak pergi ke Stonehenge pun rasa dah kesuntukan. Sebab nak ke Stonehenge ambil masa sejam lebih, dan dari Stonehenge nak ke Airbnb kami pun ambil masa sejam setengah lagi. Kang sampai dah malam terkial-kial pula, rumah baru, kawasan baru. So kami cancel dulu ke Stonehenge dan straight ke rumah.

Kami sampai dah hampir Maghrib, dan memang mencabar sikit kawasan ni. Kena unload barang semua dulu depan rumah dan bawak masuk, lepas tu parking dekat area jauh sikit. Dengan makanan untuk masak malam ni and esok belum stock up. Jadi kami keluar balik cari kedai runcit. Tinggal je anak-anak kat rumah tu. Jalan keluar masuk dia sempit sangat. Agak mencabar.

Sampai balik pukul 6 lebih tu, terus kemas-kemas dan prepare untuk anak-anak masak bihun sup instant diorang. Mandi, basuh baju, makan sikit-sikit. Aku buat toast je malam ni. Dan finally, highlight of my trip, iaitu menghidupkan api di fireplace di rumah ni. Inilah yang aku tunggu-tunggu. My most favorite thing in the world; fireplaces. Hidupkan api pastu termenung tengok kayu dibakar. Satu healing yang tak dapat digambarkan. Satu family duduk dekat ruang tamu ni, just enjoying the aroma and atmosphere. Walaupun takdelah bonding sangat sebab semua menghadap phone dan laptop sebenarnya. Haha. Sambil-sambil tu of course kita dah masukkan laundry dalam mesin basuh dan dah siap sidai. Also another most favorite thing in the world: getting laundry done.

Anak-anak naik tidur pukul 10. Kami ni entah apa cerita. Ayah practically had to drag me to sleep. Kalau ikut aku, memang aku lena je depan fireplace ni.