Monday 30 January 2017

Couple’s Trip 2017 – Osaka - Kobe – Day 5

29 Januari 2017

Plan hari ni nak ke Kobe. Kami keluar lambat lagi untuk aku setelkan sikit kerja. Pukul 10 baru keluar rumah. Train dari Osaka Station ke Kobe Station ambil masa dalam setengah jam kalau ambil rapid train. Harga tiket ¥410 seorang. Ini train JR la. Dekat sini ada beberapa pass yang kita boleh beli sebenarnya untuk travel around. Ada Kansai Thru Pass, dan ada JR Pass. Kita boleh pilih nak beli untuk berapa hari. Tapi kami tak beli pun, sebab kami bukan heavy traveling kali ni. Bila kira balik perbelanjaan untuk naik train sepanjang hari, tak sampai harga pass yang perlu dibayar. The catch is, JR Pass hanya boleh guna untuk JR transportation sahaja, sementara Kansai Thru Pass boleh guna untuk semua transportation lain kecuali JR. Pergerakan kami pula guna dua-dua sekali sama banyak. Jadi kalau beli dua-dua pass pulak, lagilah rugi. Benda tu nak kena study sikit sebelum beli

Anyway, kami sampai di Kobe Station pukul 11 macam tu. Tapi rupanya tempat yang husband aku nak pergi tu ada lagi beberapa station ke depan. Kami ni pulak masih lurus bendul, keluar dulu pergi beli tiket lain. Padahal, kalau tak salah aku, kita boleh proceed ke station yang kita nak dan bayar perbezaan harga guna mesin Fare Adjustment. Takpelah, itu pun satu proses pembelajaran.

Destinasi pertama ialah ke Tetsujin. Tempat tu takde apa pun sebenarnya, melainkan ada seekor robot besar dekat situ. Husband aku ni obsess pulak, jadi pergilah bergambar depan tu. Lepas tu terpinga-pinga dekat sana, sebab memang takde apa. Dari sana kami ke Motomachi station untuk pergi ke kebanyakan attraction di Kobe ni, macam kawasan pelabuhan, taman, memorial gempa bumi, Kobe Tower.

Dekat Kobe ni banyak aje benda nak tengok kalau rajin. Ada tempat boleh naik kereta kabel ke Mount Rokko. Dekat atas tu katanya ada taman herba, ada air terjun, boleh tengok pemandangan Kobe dari atas gunung. Tapi kami sampai Kobe pun dah dekat tengah hari. Ambil masa juga untuk buat semua benda tu. Jadi kami abaikan ajelah. Malas nak stress-stress.


Hari ni mendung aje, sejuk. Cuaca pun effect mood, jadi kami pun malas-malas aje. Sampai di Meriken Park tu pulak, tengah construction rupanya. Jadi tak boleh masuk. Jadi memang takde tengok apa pun semalam. Bergambarlah sikit tepi laut, tepi Menara, ambil gambar ferris wheel. Aku tahu dekat area sini ada kawasan runtuhan gempa bumi yang ditinggalkan untuk jadi tugu peringatan gitu, tapi aku pun tak usaha cari. Sebab macam aku cakap tadi, takde mood sangat. Hari last selalu macam tu.


In the end kami decide untuk jalan ke Kobe Mosque. Dari lokasi kami di port tu ambil masa dalam setengah jam. Masjid tu cantik, walaupun kecik. Memang rupa bentuk masjid tipikal. Aku masih belum boleh solat, jadi aku masuk tumpang toilet sekejap, lepas tu keluar balik. Tempat solat perempuan dekat atas. Jumpalah beberapa orang Malaysia singgah solat jugak. Lepas husband keluar dia tunjukkan gambar-gambar yang dia ambil di dalam masjid, bahagian lelaki. Cantik! Masjid tu rupanya dah wujud sejak zaman perang lagi. Strukturnya kukuh masa perang, tak terjejas, dan lagi sekali masa gempa bumi Kobe tu pun ia terselamat.

Lepas solat tu kami gerak ke Sannomiya. Niatnya nak cari kedai jual kobe beef halal. Tapi lepas aku google, tercekik rasa baca caj dia ¥10,000 + tax per person untuk makan. Maknanya kalau 2 orang makan jadi RM800 duit kita. Nangis! Kami masih berdegil tak nak langgar pantang dengan pergi makan dekat kedai Arab atau India. Jadi akhirnya kami decide untuk balik ke Osaka aje.

Sampai di Osaka, yang masih terbelenggu dalam otak ialah baju anak-anak ada lagi belum setel. Jadi puas kami merayau dekat kawasan Umeda tu nak shopping. Nasib baiklah jumpa lagi kedai H&M punya besar. Alhamdulillah, kali ni choice banyak. Siap semua untuk anak-anak. Kami pulak cari buah tangan untuk kami, sebab belum beli apa-apa lagi untuk diri sendiri. Husband aku sambar seluar kerja sehelai dekat GU, aku dapat jaket 1 dekat Uniqlo. Kami beli semua barang clearance sale aje. Takde maknanya nak beli kalau harga sama je makan dekat Malaysia. Buat penat aku angkut naik kapal. Contoh macam seluar kerja husband tu material bagus semua, harga RM40 kalau convert. Oklah, since kat KL selalu beli sepasang dalam RM70. Aku pulak dapat jaket Uniqlo bersamaan RM80 duit kita, memang tak dapatlah kalau dekat Malaysia kan…


Dekat luar hujan. Nasib baiklah cuaca macam ni hari last dah, dan hari yang memang kami niat nak shopping. Jadi plan tak terjejas. Kami pergi ke Shinsaibashi semula, shopping souvenir di kedai 3 Coins. Barang-barang dalam kedai ni harganya ¥300. Belilah apa yang terdaya, asalkan tak balik tangan kosong.

Barulah nak pikir makanan lepas tu. Jalan ke Dotonbori semula sebab untuk last malam ni kami nak membedal takoyaki lagi sebelum balik. Dalam perjalanan tu jumpa Pablo cheese cake tu, kami beli satu talam. Alang-alang nak makan biarlah di negara asalnya. Beli takoyaki 15 biji. Ingat nak bungkus okonomiyaki sekali, tapi orang tu suggest makan di kedai, dan kalau nak bungkus kena tunggu 20 minit. Malas pulak. Jadi cancel lah. Balik aje terus, makan di bilik.

Barulah nak mengemas, nak mandi-manda, nak berkubang bawah selimut. Esok dah nak balik. Rasa macam baru je sampai.


Sunday 29 January 2017

Couple's Trip 2017 - Kyoto – Osaka Day 4

28 Januari 2017

Hari ni dah nak kena check out daripada hotel ni, untuk kembali ke Osaka. Sedih pulak rasanya meninggalkan bilik hotel yang suam-suam sedap, toilet yang selesa dan air yang panas. Disebabkan aku ada banyak deadline kerja yang semakin dekat, kami gerak lambat hari ni, dalam pukul 10.

Terus aje check out dan menuju ke Kyoto Station. Kami tak terus balik ke Osaka, sampai sana awal-awal pun bukannya boleh check in rumah. Jadi di Kyoto Station kami tinggalkan beg di coin locker, dan terus ke Fushimi-inari taisha. Coin locker berharga ¥500 sebab beg kami kecik aje. Kalau beg besar, ada juga locker besar dengan harga ¥700.

Dari Kyoto Station naik train Nara Line dan berhenti di station Inari. Jangan naik rapid train ye, sebab dia tak berenti dekat Inari. Kami tersilap naik tadi, nasib baik perasan. Jadi turun di station Tufukoji dan tunggu local train untuk ke Inari. Dari Kyoto Station sebenarnya 2 station je dah sampai.

Orang di Fushimi Inari ni, ya rabbi! Berkerumun macam pasar Ramadhan beberapa minit sebelum azan. Memanglah, hari Sabtu kan, aku memang dah expect. Yang aku tak expectnya tu, kenapa ramai orang China sedangkan hari ni raya Cina. Diorang tak raya ke?

Kami takde pun jengah temple dia tu, sebab last-last bentuknya semua sama aje. Jadi kami terus ke tiang-tiang merah tu. Tapi percubaan mengambil gambar yang tak melibatkan objek lain terselit dalam gambar adalah sangat mencabar! Sampai satu tahap aku pun dah naik moody. Elok orang reda, kita pacak je tripod, orang lalu. Stress aku. Setelah berjuta-juta klik dan buat muka toya, akhirnya dapatlah jugak beberapa yang layak diframekan di dinding rumah. Haha.

Barulah kami beransur dari sana. Ramai juga hari ni awek-awek dan couple-couple yang pakai lengkap pakaian tradisional untuk bergambar dekat sini. Memang kalau buat macam tu, effect dia terbaikla. Sangat cantik. Tapi takdelah aku kegigihan sedemikian rupa.

Luar kawasan tu ada banyak jual street food jadi kami saja jalan-jalan cuci mata. Banyaklah snek-snek pork. Kikikiki. Disebabkan kami belum breakfast, kami beli pastry ikan kacang merah, keledek bakar, dan takoyaki buat brunch. Makan sambil berdiri di lorong dekat situ. Sedap! Lepas tu barulah kami naik train semula kembali ke Kyoto.

Memandangkan dah berada di stesen sentral, kami boleh pilih untuk ke mana-mana saja daerah sekitar sini, macam Nara, Kobe, Wakayama, Osaka, Himeji, malah kami boleh je nak ke Biwako Valley, tempat ski tak jauh dari sini. Husband ajak pergi Biwako tu, tapi aku tak sampai hati rasa nak main snow kalau tak bawak anak-anak. Dulu masa ke Shimla diorang dah makan hati sekali. Bawak ke Europe pun takde rezeki diorang nak jumpa snow. Jadi selagi aku tak berjaya bawak diorang main snow, aku tak nak pergi main snow sendiri dulu. Bincang-bincang dekat situ, in the end decide untuk balik aje ke Osaka. Masa tu pun dah pukul 2. Sampai nanti just nice untuk check in rumah.

Naik JR ke Osaka, sampai sana terus ke rumah Airbnb kami di Shinsaibashi. Kali ni rumahnya studio apartmen. Ada dapur, ada toilet, dan 1 katil double. Basic, tapi cukup untuk kami 2 malam di sini. Luas berbanding hotel semalam, tapi hotel semalam tetap di hati aku. Hehe. Kami tak de jumpa pun dengan tuan-tuan rumah Airbnb ni. Semuanya bermesej aje. Senang macam ni. Kunci pun diorang ni letak dalam peti surat rumah aje. Diorang bagi kod untuk kita buka peti tu. Senang. Rumah ni kami cari tergesa-gesa, tapi alhamdulillah, semua okay. Harga pun total untuk 2 malam dalam RM450 lebih kurang. 

Naik untuk simpan beg, solat semua, terus keluar bilik. Misi petang ni ialah untuk ke Honolu Ramen, kedai ramen halal di Osaka ni. Ada train yang boleh kami naik. Tapi aku kata dekat husband, selain daripada pergi Fushimi Inari tadi, kami asyik tengok dinding stesen je sejak pagi. Rimas dah aku duduk bawah tanah. Cuaca cantik hari ni. Jadi aku ajak dia jalan kaki aje. Tak kisahlah walaupun ambil masa setengah jam. Dekat negara sejuk macam ni aje ada peluang nak jalan kaki setengah jam tanpa pecah peluh, ye dak?

So kami jalan lintas Dotonbori, Namba dan sebagainya, akhirnya sampai di kedai tu. Tutup! Boleh tak? Rupanya waktu operasi dia 11.30 sampai 2.30 petang, lepas tu tutup kejap, buka balik 5.30 petang sampai 9.30 malam. Masa kami sampai tu pukul 4.30. mula-mula consider nak patah balik ke Namba. Tapi memikirkan nak kena jalan 10 minit pegi, 10 minit patah balik. Last-last kami beli air dekat kedai, pergi lepak dekat satu taman dekat-dekat situ. Duduk je, sembang, tengok orang, bincang aktiviti esok. Sambil-sambil tu tengok sunset di langit Osaka. Wah gitu! Romantic abis.

Dalam pukul 5.15 kami jalan kaki ke kedai tu semula. Belum bukak, tapi lampu dah pasang. Jadi kami berdiri je depan kedai tunggu dia bukak. And that was a smart decision. Kenapa? Sebab kedai tu kecik aje sebenarnya, tempat duduk ada 10 aje. Nasib baik kami orang pertama, sebab dalam sekelip mata kedai terus penuh, dan orang dah kena beratur dekat luar. Selamat kami! Kedai ni pun sama macam Ayam-ya hari tu, beli kena tekan-tekan beli kupon dekat mesin.

Food dia sedap, tapi berbeza rasa daripada Ayam-ya hari tu. Aku pun tak boleh nak decide yang mana lebih aku suka. Both pun ok. Yang ada dalam kedai tadi semua orang melayu. 1 family dari Kedah dengan anak-anak kecik, 2 orang brader, dan 1 lagi family. Tak sembang pun, setakat senyum-senyum aje.

Selesai makan kami berjalan ke Namba. Masa tu baru 6 lebih. Jadi kami window shopping aje. Nak beli barang pun mahal. In fact, souvenir satu apa kami tak beli lagi. Kalau dah magnet seketul pun harga ¥400, bersamaan RM16, memang tidaklah aku nak beli. Ada harapan aku balik tangan kosong kali ni. Memanglah serba salah je rasanya, tapi bila tengok magnet pun, asyik-asyik gambar Mount Fuji. Susah betul nak cari magnet yang tunjukkan specialty kawasan ni.

Masuk kedai-kedai komersial macam Uniqlo, H&M, Zara segala. Dapatlah aku sambar baju sikit untuk anak-anak nan ramai di rumah. Itupun belum lengkap. Ada yang belum dapat. Esok serabut kepalalah ni nak bagi lengkap untuk 6 orang anak. Sedar-sedar dah pukul 9. Jadi kami beli groceries untuk breakfast esok. Dan balik ke bilik.


Selesai sudah untuk hari ini. Tapi tidak untuk aku. Kena kejar jugak deadline kerja nak dekat ni woiiiii… Letih baq hang. Jalan sepanjang hari pastu balik kena kerja lagi. Tapi jangan komplen. Kalau aku tak kerja, celah mana nak korek duit nak berjalan seantero dunia! Haha. 

Saturday 28 January 2017

Couple's Trip 2017 - Kyoto - Day 3

27 Januari 2017

Sama macam semalam, pukul 7 lebih baru aku bangun, mengadap laptop dulu. Hari ni dah kena kemas-kemas, sebab kami akan ke Kyoto. Kami nak keluar pukul 9, tapi disebabkan aku gatal nak eksperimen pakai shawl hari ni, 9.40 baru keluar. Sebab aku kan amatur. Biasanya serkup tudung Syria tu mengambil masa kurang daripada 30 saat. Hahah.

Dari rumah kami berjalan ke station subway terdekat, naik train ke Umeda Station, dan naik JR train ke Kyoto. Perjalanan dari Osaka ke Kyoto ambil masa 30 minit aje, dengan harga tiket ¥560 seorang.


Sampai sana pukul 11, masih terlalu awal untuk check-in hotel. Jadi kami berjalan mengheret beg ke sebuah kedai halal yang kami dah google siap-siap. Ayam-Ya namanya. Dari Kyoto Station tu bila keluar menghadap ke Kyoto Tower kan? Pusing ke kiri dan jalan sampai ke hujung jalan tu, dalam 300 meter. Akan sampai dekat jejantas, naik jejantas tu untuk seberang jalan. Kedai Ayam-Ya tu dekat tepi jejantas tu je. Kedai dia hanya jual ramen dan yang seangkatan dengannya. Halal certified oleh Japanese Halal Board. Nak beli makanan pun unik, kena tekan-tekan pilihan makanan dekat mesin, keluar kupon, baru bagi kupon dekat pekerja dia. Ada sorang pekerja dia orang Islam dari Indonesia. Kami enjoy la makanan dekat situ. Masa kami sampai tu dah ada satu family Melayu kita tengah makan, tapi diorang buat dono je kat kami, jadi kami pun makan jelah dengan tenang.

Siap makan, kami nak ke hotel terus, dengan harapan dah boleh check in. Perjalanan agak jauh sebenarnya, dan aku agak yakin ada bas nak ke kawasan hotel. Tapi sebab takde wifi dan malas nak ber’ayam itik’ dengan warga tempatan, kami decide untuk jalan aje ke sana. Seperti biasalah, kami memang suka menapak. Ambil masa dalam 30 minit. Tapi sempat kami singgah-singgah temple dekat tepi jalan, bergambar. Cuaca hari ni pun nyaman. Tak sesejuk semalam. Panas terik, tapi masih sepoi-sepoi bahasa.


Akhirnya sampai di Smile Hotel Kyoto Shijo pukul 12.30 tengah hari. Tapi malangnya, reception kata check-in time pukul 2. Tapi beg boleh simpan dekat sana, jadi kami terus tanya cara nak ke Arashiyama. Dia bagi peta dan tunjuk arah, kami terus jalan kaki ke station kereta api. Okla, agak straightforward cara nak ke Arashiyama tu. Tiket pun ¥220 je seorang. Dari stesen Shijo-Omiya, tukar train di station Katsuka kot. Lepas tu straight aje ke Arashiyama.

Rupanya kawasan Arashiyama ni pun sangat besar. Kawasan pokok buluh yang popular tu rupanya hanya satu bahagian kecik aje daripada kawasan ni. Dari station nak ke pokok buluh tu kena jalan dalam 10 minit. Lalu sungai, lalu pekan yang banyak kedai souvenir, lalu temple. Ada ramai abang-abang sado promote suruh kita naik beca dia. Dia antarkan ke pokok buluh. Tapi sebab aku dah diiringi abang sado peribadi hak milik mutlak, tak dapek la nak kenyit-kenyit mata dekat abang sado Jepun. Dekat sana jugak ada kedai-kedai yang sewakan kimono, siap mekap dan dandankan rambut dan kita boleh merayau sekeliling kawasan dengan pakaian tradisional orang Jepun. Aku sukala suasana dekat situ. Sempat kami singgah beli aiskrim green tea mix with soya, makan sambil berjalan.

Sampai di bamboo grove, wah luar biasa suasana dia. Magical. Kalau sunyi dan takde orang mesti lagi best. Tapi sebab orang agak ramai, feel dia kacau sikit. Nak amik gambar pun susah. Asyik orang enterframe je. Tapi aku pedulik hape. Aku pacak jugak tripod untuk dapatkan gambar couple. Giler datang jauh-jauh nak menyerah tak ambil gambar?


Siap posing dekat situ, kami nak pergi kedai makan halal yang ada dekat kawasan ni. Tapi kami cuba lalu jalan yang takde orang, sunyi sikit, tenang sikit. Berjalan sampai ke Togetsu Bridge. Kedai tu nama dia Yoshiya kot, tapi itu nama bangunan sebenarnya. Kedai makan tu terletak di dalam bangunan Yoshiya tu, nama kedainya Oku No Niwa.

Walaupun kedai tu feel dia sangat exclusive, harga makanan dia surprisingly agak murah untuk standard harga diorang. Kami pilih seorang satu set, sebab husband aku tak nak share. Itu pun total harga cuma ¥3000. Portion makanan dia mewah, dalam 1 set pun ada macam-macam. Contoh dish aku dapat tempura, nasi, mee soba, dan tau fu fah masin, tambah dengan sampingan dialah macam kicap, wasabi dan sebagainya. Aku makan tak habis pun, sebab banyak sangat. Sempat husband singgah solat semua. Pelayan kami pulak warga Indonesia yang bertudung.

Lepas tu barulah kami balik. Masa tu pun dah dekat pukul 5 petang, dah hampir senja. Kali ni kami naik train terus ke tengah bandar Kyoto untuk explore kawasan Gion. Bila masuk aje ke kawasan ni, rasa macam travel back in time. Bangunan dia semua bangunan lama, bangunan kayu yang sangat cantik bagi aku. Sini pun ramai orang berjalan-jalan pakai baju kimono sewa. Dan sekali-sekala akan terserempak dengan geisha sebenar yang masih ada dekat kawasan tu. Sangat interesting. Kami sampai dah pun gelap, tapi ada banyak lorong-lorong terpencil yang sangat cantik untuk ambil gambar. Entah belakang rumah sape-sape kami pacak tripod tadi.



Puas merayau, kami rehat sekejap dekat kafe mana entah. Beli hot chocolate, pinjam wifi. Lepak, sembang, online. Lepas tu barulah kami balik ke hotel, baru nak check in.

Walaupun bilik dia kecik, aku sangat happy… Last-last sekali jiwa aku ni serasi dengan hotel jugak. Toilet selesa, katil selesa, facilites yang dah boleh expect. Bukanlah kata sewa rumah orang tu tak best. Ada kelebihan dia duduk rumah, especially kalau bab masak-memasak dan bila pergi beramai-ramai. Tapi bila rumah orang ni pulak, cara tuan rumah dia lain-lain. Kadang-kadang tak kena dengan jiwa kita. Hotel ni pulak sangat standard dan dah boleh agak. Aku lebih senang dengan benda yang predictable.


Hari ni sangat hectic, kesimpulannya. Jauh kami berjalan sampai kaki sakit. Tapi puas dapat tengok benda-benda yang kami dah rancang nak tengok. Alhamdulillah. Kyoto ni lebih menarik dari Osaka bagi aku. Menyesal pulak rasa book hotel 1 malam aje dekat sini. 

Friday 27 January 2017

Couple's Trip 2017 - Osaka Japan - Day 2

Osaka day 2

Bangun dalam pukul 7 lebih, walaupun dah plan nak keluar pukul 9. Sejujurnya, kami tak mandi pun pagi ni, sebab malam semalam dah mandi. Musim sejuk ni cari pasalla kalau mandi kerap-kerap. Kejap lagi ruam la, selsema la bagai. Aku pagi-pagi memang acara wajib kena sentuh laptop juga sekejap, buat apa yang patut.

Breakfast tu sekadar roti dan susu yang kami beli semalam. Roti pun makan kosong-kosong gitu aje. Pukul 9 keluar rumah menapak ke station. Kali ni lepas dah ulangkaji pelajaran malam semalam, kami berjaya membeli tiket train! Yay! Itupun percubaan pertama kami lurus bendul lagi, tak check kiraan station betul-betul. Dah kena beli dua kali, Rugi sikit duit. Tapi itu normal, proses pembelajaran namanya tu.

Sampai di Universal Studios Japan pukul 10 pagi. Ya, memang itulah hala tuju kami pagi ini. Tiket Universal Studios ni kami dah beli siap-siap dari KL. Pegi beli dekat pejabat JTB di Isetan KLCC. Memanglah dia caj mahal sikit banding dengan beli di kaunter, tapi kami jimat masa beratur yang boleh tahan panjangnya tadi. Harga tiket seorang ialah ¥7,400. Tukar dengan currency kita, ditambah dengan handling fee, kami kena RM316 seorang. Duit Yen tinggi sekarang ni, 100 yen bersamaan RM3.93 kita. 2 tahun lepas aku pergi baru RM3.35 cam tu. Wuwuwu…

Masuk je dalam terus jumpa Minions. Excited aku bergambar dengan diorang. Lepas tu semuanya hal-hal husband ajelah. Amik gambar patung anime dialah, masuk show 4D anime dia jugak. Masuk show Terminator 4D. Dalam tu sampai aku tertidur-tidur. Memanglah 15 minit aje show dia, tapi punyelah mengantuk. Dapat heater, gelap pulak. Terlentok kat bahu member sebelah. Baru segar sikit lepas tu. Ride Spiderman agak menarik.


Berjalan di luar pun cuaca sangat cantik hari ni. Langit sangat biru, matahari terik. Kalau kat Malaysia cuaca macam tu kau lari masuk bawah bumbung. Dekat sini, dekat mana matahari, dekat situlah kau pergi berdiri. Perbezaan cuaca bawah teduh dan bawah matahari agak ketara. Sejuk!!

Untuk lunch kami makan baki roti kosong pagi tadi tu. Ingat nak beli pizza vegetarian kat satu kedai tu, tapi macam malas pulak nak bazir masa duduk makan. So cancellah. Kami pun pilih-pilih juga ride apa nak main. Yang kena tunggu lebih dari setengah jam tu kami tak berapa nak tunggu sangat. Ride Jurassic Park pulak ditutup untuk maintenance.

Untuk solat Zohor & Asar, kami jumpa tempat yang agak tersorok dekat kawasan Wonderland. Jadi aku temankan husband solat dekat situ. Lepas tu baru sambung merayau lagi. Terus ke Wizarding World of Harry Potter. Besar rupanya kawasan tu. Memang satu kampong Harry Potter la diaorang bina. Cantikla bangunan-bangunan dia tu. Terkesima juga aku. Almaklumlah, aku ni tak pernah tengok walau satu pun movie Harry Potter tu. Memang ternganga ajelah tengok semua benda tu. Kenalla satu dua watak, itupun sebab ada hantu Harry Potter sorang dekat rumah tu yang berkongsi ibu bapa denganku.

Alang-alang Harry Potter ni specialty dekat sini, kami pulun la beratur naik semua yang ada dekat situ. Apa nama ride dia aku tak tau, tapi aku naiklah. Hahaha… 1 ride dalam bangunan, 1 lagi roller coaster kat luar. Sempat juga merasa beli Butterbeer, sejenis minuman yang dipopularkan dalam movie tu. Adik akulah sibuk sangat, jadi aku cubalah. Tak perlu risau, ia adalah non-alcoholic.


Gerak dari sana tu dah dekat senja. Dah ada rides yang tutup dah pun. Waterworld kami tak sempat jejak pun, dah tutup. Frust jugak aku. Di Hollywood pulak, husband pergi naik satu roller coaster besar. Aku tengok saiz dia, awal-awal aku surrender. Penakut tu dah satu hal. Ditambah pulak dengan tengah heavy period ni, nak terpusing tergolek laju-laju camtu. Kebocoran mak nanti sape nak tolong di bumi Jepun ni…. Jadi aku merayau sorang-sorang dekat sejam lah jugak. Jalan-jalan je, feeling-feeling buat video clip. Kehkeh.

By then dah senja, sebab maghrib pukul 5. Aku dah kebuluran sangat dah ni. Jadi lepas husband beli souvenir sikit, kami gerak ke station. Sempatlah singgah toilet di luar USJ tu, sebab aku rimas guna toilet USJ, takde air nak basuh. Dekat shopping area luar USJ tu toilet dia ada bidet, barulah lega. Tak sanggup nak ber’tisu-tisu’an lagi dah. Dekat area tu jugak kami rompak wifi connection kafe ape entah, untuk cari restoran halal di tengah Osaka untuk dinner.


Husband pilih nak ke Namba, jadi beli tiket dan terus ke Namba. Restoran pilihan ialah Bulls dalam bangunan OCAT, bangunan sebelah Stesen JR Namba. Kedai dia di tingkat 5. Pilihan food dia sikit aje; Oyako Don, sejenis nasi dengan ayam. Lepas tu ada Steak Set, daging steak dengan taugeh, ubi, dan serve dengan nasi. Dan 1 lagi pilihan ialah sukiyaki; macam steamboat gitu. Kami amik steak set dan oyako don aje. Total harga dalam ¥4000. Mahallah, tapi at least something different kan. Kalau beli food dalam USJ tadi harga macam tu baru dapat 2 set pizza dan pasta.
Setakat ni kami masih berjaya lagilah bertahan dengan makan makanan Jepun sahaja. Itu pun kalau betul benda ni makanan Jepun, Aku bukannye tahu. Haha. Tapi steak set tu serve dengan taugeh gitu, macam teppanyaki pun ada kan?



Siap makan terus baliklah. Beli bekal roti, susu dan pisang untuk breakfast. Sampai je rumah rupanya ada kerja masuk pulak, deadline singkat pulak tu. Nayalah aku!  

Thursday 26 January 2017

Couple's Trip 2017 - Osaka Japan - Day 1

Hujung bulan 12 lepas aku dan husband decide on another trip; kali ni berdua. Decision kali ni agak tergesa-gesa sebab banyak benda yang terpaksa kami pertimbangkan. Pertamanya, memang kami selalu pergi trip berdua masa raya cina, sebab family kami dua-dua belah pakat cuti lama. Bila macam tu, takdelah terasa sangat penat nak melayan anak-anak aku tu. Diorang boleh gilir-gilir. Yang keduanya, banyak perubahan besar akan berlaku dalam family mertua aku tahun ni. Seorang adik ipar aku bakal dapat baby, dan seorang lagi dah nak kahwin bulan depan. Jadi kalau delaykan trip ni, dah takde dah orang boleh melayan anak-anak aku tu. Semua dah busy dengan life sendiri. Wuwuwuwuw…

Walaupun sejak tahun lepas aku n husband plan nak ke Europe berdua tahun ni, disebabkan kami baru je balik dari Amsterdam November lepas, duit tak sempat habis kumpul balik lagi. So lepas belek-belek tiket sana-sini, husband ajak pergi Osaka. Aku ikutkan ajelah. Aku ada ajak dia ke India semula, tapi lepas isu tarik balik not Rupee dekat India beberapa bulan lepas sampai riuh rendah satu negara diorang, aku belum yakin lagi nak pergi. Takut sampai sana duit tak cukup, naya tak boleh bergerak.

So anyway, perancangan kali ni serba kekurangan sebab punyelah takde mood nak plan holiday. Sehari sebelum gerak baru book tempat tinggal. Tukar duit pun 2 hari sebelum pergi. Pakai bedal aje. Aku pegang kata-kata husband aku ajelah. Kali bukannya pergi nak kejar apa sangat. Takde apa pun nak tengok dekat Osaka tu. Saja nak jalan-jalan ikut kaki, nak rehat-rehat, nak rasa sejuk. So rilek ajelah.

25 Januari 2017 

Flight kami 25 Januari 2017, pukul 1.55 pagi. Jadi gerak ke KLIA naik Skybus dari One Utama seperti kebiasaan bila kami berdua. Sampai sana pukul 12 pun masih banyak masa lagi. Flight pun lambat sikit bergerak. Kapal sangat penuh! Kami tidur je sepanjang jalan tu. Save energy untuk merayau esoknya.

Flight sampai di Kansai Airport pukul 9.20 pagi. Kami santai-santai aje, lepas imigresen dan kastam, ambil beg. Memang menjadi rutin dekat sana untuk pegawai kastam buka beg kita check walaupun kita takde declare apa-apa, jadi tak perlulah sentap ye.

Selesai semua pukul 10 masa tu, dan kami pergi ke prayer room dia untuk qada’ Subuh. Prayer room terletak di tingkat 3 (3F). Dia agak hujung-hujung jugak. Nak bagi direction pun aku bukan pandai sangat. Tapi kalau nak tingkat 3 tu, tengok je plan aras dia, memang ada tunjuk. Anyway, husband aku ajelah yang solatnya. Aku ni kengkonon nak honeymoon, pastu sampai je airport semalam terus period. Kuikuikui… Pergi honeymoon jauh-jauh, aku tengok hang, hang tengok aku jelah jawabnye!


Siap tu kami pi makan pulak kat kedai udon halal dalam airport tu. Sedap pulak sejuk-sejuk tu kena sup udon dengan tempura sayur. Beli semangkuk besar kami share 2 orang. Kedai tu penuh dengan warga Melayu dari Malaysia. Menu dia semua siap ada translate Bahasa Melayu lagi tu. Dah lama aku dekat kedai tu baru aku perasan. Patutlah senang je aku paham apa nak order. Haha.


Dah kenyang perut suka hati, barulah kita ada tenaga untuk tercangak-cangak cari jalan untuk ke town. Naik train harga ¥1000 sorang untuk ke Namba, diikuti dengan beberapa siri subway untuk sampai ke kawasan tempat tinggal kami. Kali ni kami duduk di Airbnb sebab rumah yang kami jumpa ni luas, lengkap, dan murah. Harga untuk 2 malam cuma RM309 camtu. Dapur ada, ruang tamu ada, nak basuh baju pun boleh kalau nak. Cuma satu je, nak naik ke rumah tu kena naik tangga 5 tingkat.

Sampai rumah tu dah pukul 1 lebih. Fresh-freshkan badan sikit. Dalam pukul 2 lebih kami keluar merayau. Seperti kebiasaan kami bila holiday berdua, kami suka jalan kaki. Jadi dari rumah tu kami jalan dalam 10 minit ke Osaka Castle. Cantikla jugak kawasan dia, santai-santai aje bergambar. Kami takdelah rajin pun nak masuk dalam istana tu, seperti biasa. Lepak luar sudahler.


Dari sana kami nak ke Dotonbori pulak. Bukannya takde stesen kereta api dekat situ. Tapi sebab suka berjalan punya pasal, kami berjalan dekat 45 minit dari Osaka Castle ke Dotonbori. Saja, nak tengok suasana Osaka ni. Jalan-jalan dia lengang aje. Kereta ada, bukannya takde, tapi berjalan tu tetap rasa tenang. Takde bunyi hon, takde jam. Tambah dengan cuaca sejuk pulak. Sedap aje berjalan.

Sampai di Dotonbori tu kami dah lapar, dan hari dah mula senja. Kami beli takoyaki 1 round buat alas perut. Tapi sekelip mata dah abis, jadi pergi beli lagi 1 round dekat kedai lain pulak. Nak cari kedai makan halal, tapi portable wifi yang tuan rumah kami bagi pinjam ni macam dah sampai limit, jadi lembap giler. Bukan salah tuan rumahlah pun sebenarnya. Tetamu dia yang sebelum ni yang melenjan kuota dia sampai abis. Jadi sebab susah nak search, kami tak have proper dinner pun hari ni. Dengan 2 set takoyaki dan 2 ketul pastry ikan tu, cukup sedap dah perut. Itulah bezanya bila travel berdua. Makan ala kadar je. Kami ada jumpa kedai makan halal Ali’s Kitchen – kedai makanan arab dan Pakistan. Tapi kami dah buat perjanjian sesama sendiri yang kali ni kami nak cuba survive dengan makanan Jepun halal sahaja selagi terdaya. Kebab, biriyani segala tu last resort, bila dah hampir kebuluran aje. Haha.


Sempat window shopping di kawasan tu. Tapi badan aku mula gatal-gatal, jari-jari aku kembung, mulut pun jadi bengkak. Tak pasti sama ada aku allergic dengan sotong takoyaki tu, ataupun sebab sejuk. Padahal sotong dia bukan aku makan pun, Husband aku korek keluarkan sotong sebab aku mana makan seafood. Haha. Tapi sejak sebulan dua ni aku memang selalu naik allergic badan. Entahler. 

So kami pun gerak balik ajelah. Nak naik train kali ni, sebab nak cepat, tapi ada problem nak beli tiket pulak. Tak reti guna mesin lah, senang cerita kan! Nak mintak tolong orang pun macam ayam dengan itik. Jadi last-last kami menapak jugak. Esoklah baru kita kerah otak balik pasal beli tiket tu.
Sampai rumah sejuk gedi weh. Mandi ketaq berlaga segala gigi. Rumah besar, lambatlah heater dia nak berfungsi. Selama ni pergi holiday tempat sejuk duduk bilik hotel, kecik aje. Tabahlah! Tomorrow is another day!