Sunday 30 March 2014

3rd Annual Couple's Trip Day 8: Manchester - Cheshire Oaks

Today is The Day. Kami akan bergerak ke Manchester hari ni. Kami bertolak awal, sebab husband dah book Stadium Tour di Old Trafford Stadium, Manchester United pukul 11.30. Sempatlah breakfast sikit-sikit kat rumah dan prepare bekal sandwich telur.

Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam, kami sampai sana 11.15 pagi. Ramai orang dekat stadium, mungkin sebab esok ada game. Kami terus masuk ke dalam, husband ambil tiket stadium tour. Kawan aku dan husband dia lepak di luar, tengok museum tour Manchester United memandangkan it’s free. Aku dan husband terus start Stadium Tour.
Bestla. Serious. Feeling dia lain macam sikit. Bila masuk je dalam stadium tu, aku pulak yang sebak tak tau kenapa. Padahal aku bukannya layan sangat team EPL ni. Setakat teman suami je. Mungkin sebab aku reflect feelings husband aku kot. Dream come true untuk dia ni.

Dapat tengok seat biasa, seating khas untuk golongan kurang upaya (terbaik beb seating kat sini. Privilege diorang sangat special – toilet special, tempat makan special, seating depan sekali, and everything free!). Kami pergi Director’s Lounge, bilik press conference, bench untuk players, Players’ Lounge, Dressing Room. Beberapa kalilah jugak aku sebak masa kat dalam tu, terexcited lebih. Wah, tetiba over pulak!
Orang Melayu kemain ramai buat tour jugak, sebab session dia setiap 10 minit. Masa awal tadi kami nampak segerombolan budak muda from Malaysia dengan pengacara Hunny Madu. Kata husband, tu peserta dan pengacara rancangan Mencari Ramli.


Selesai tour, kami merayau dalam souvenir shop dia. Husband beli sweater MUFC dengan keychain MU. Layankan aje, bukan selalu dapat sampai sini. Entah sampai lagi entah tidak. Dari sana kami jumpa balik dengan kawan aku. Husband dia sempat lari balik masuk dalam souvenir shop MU tu, beli muffler Champions League Bayern Munchen vs MU. Dia tu pembenci tegar MU, dan inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di Old Trafford walaupun dah 3-4 kali datang. Sebelum ni keluar kereta pun tak nak. Kami bangga menjadi pelopornya. Hahah.

Since dah pukul 1 lebih masa tu, kami decide nak check-in hotel aku terus. Malam ni aku dan husband akan tinggal di Holiday Inn Express Salford Quays. Kami dapat harga RM258 untuk satu malam, breakfast included. Pada aku harga tu agak standard, sebab kalau convert harga Pound baru dlm £45. Kami book through website Russia, www.ostrovok.ru.

The room impressed me. Saiz dia lebih besar daripada yang aku jangkakan, memandangkan bangunan dia agak kecil dan simple. Ada double bed, dan ada 1 sofa bed 2 seater. Flat screen TV dengan channels yang sangat banyak. Fair-sized toilet dengan shower yang sangat sedap. Free Wifi and breakfast. View pun cantik, menghadap ke sungai dan kawasan MediaCity.

Kami solat, lepas tu terus keluar balik. Kali ni nak ke Cheshire Oaks, iaitu lebih kurang macam Bicester Village hari tu, tapi 3 kali ganda lebih besar, dengan jenama yang lebih tertumpu kepada middle income. I like! It takes about 45 minutes driving dari Manchester.

Kami sampai di sana dalam pukul 3 lebih, dan kawan aku kata dia bagi kami masa 5 jam untuk explore – sampai tempat tu tutup pukul 8. Ternganga aku, lama giler! Tapi dia kata tak payah komen banyak-banyak, pegi je berjalan. Aku tak yakin aku boleh shopping selama itu, tapi nampaknya kawan aku memang lebih berpengalaman.

Aku akhirnya berjaya membeli barang untuk diri sendiri dekat sini. Beli juga sepasang sweater GAP sebab murah - £15. Husband telah menunaikan kata-katanya untuk memborong kasut dengan membeli 3 pasang kasut. 2 pasang di Clarks dan sepasang kasut Asics. Aku pun dapatlah jumpa wallet dan winter jacket, walaupun agak loser sebab beli winter jacket kanak-kanak saiz 12-13 tahun. Itu je yang muat dan macam comel-comel sket. Ada Cadbury Outlet jugak, husband beli coklat sikit lagi untuk bawak ke ofis.

Sedar tak sedar, pukul 7.30 jugak baru selesai kami pusing seluruh kawasan tu. Dalam pukul 8 kami gerak balik. Dah pusing naik kereta tu baru aku perasan kat belah belakang ada H&M jugak. Wuwuwuwuwu…

Terus menuju ke Manchester untuk jumpa dengan kawan diorang, 2 beradik students yang tinggal di sini. Kawan aku dan husband dia ni akan bermalam di rumah 2 beradik ni malam ni. Kami pun dapat beli tiket game MU vs Aston Villa esok dengan bantuan si abang. Kami dinner dulu di kawasan student di Manchester ni. Diorang bawa ke restoran cina halal. Kedai tu penuh dengan orang Melayu semata-mata. Harga dia OK, dan rasa pun not bad.


Siap makan, kawan aku bawa beli aiskrim falouda di Rusholme, kawasan Muslim dekat Manchester tu. Baru dia hantar kami balik ke hotel. Keletihan dah masa tu. Terus mandi, solat aje. Nak layan channel dia yang banyak pun dah tak larat buka mata. Rasanya masa kami tidur tu dah pukul 12 lebih.   

Saturday 29 March 2014

3rd Annual Couple’s Trip: Day 7 Oxford – Bicester Village

Bangun lambat sikit hari ni. Masak nasi goreng buat bekal berjalan. Kami bertolak dalam pukul 11. Kawan aku nak bawa pergi Oxford hari ni, dalam sejam perjalanan dari Birmingham. Sajela, pergi tempat intelek sikit, katanya. Aku orait je.

Cantik kawasan dia, dan as expected la, ramai budak-budak muda. Disebabkan parking dia agak mahal, kami bayar untuk 2 jam aje. Jadi dalam 2 jam tu kami explore setakat yang terdaya. Tengok Oxford Castle, architecture bangunan-bangunan di sini, window shopping. Ada agak banyak attraction, especially museums, tapi semua kena bayar. Kami pun masa tak panjang, jadi semua kami tengok dari luar aje.


Dalam pukul 2 kami gerak ke Bicester Village. Tempat ni kata kawan aku, ala-ala JPO dekat Johor tu. Aku tak taulah betul ke tak, sebab aku tak pernah sampai JPO. Haha. Yang penting, ini adalah outlet menjual barangan berjenama mewah – high end. Antara kedai yang ada ialah Prada, Gucci, Michael Kors, Coach, Kate Spade, Tommy Hilfiger… well, you get the picture.

Sebenarnya akulah orang yang paling tak layak membuat ulasan tentang tempat ni dan setakat mana berbaloinya berbelanja di sini, sebab aku tak pernah ambil tahu pasal jenama high end. Apa range harga jualan di KL pun aku tak tahu, jadi macam mana aku nak tahu harga dekat sini murah ke tak.

Jadi aku tak letak expectation apa-apa, saja jalan-jalan. Apa yang aku masih mencari dan belum jumpa yang berkenan sejak sampai di UK ni ialah winter jacket dan wallet. (Boleh pulak winter jacket yang aku pakai warna putih tu koyak lepas 3-4 hari pakai. Sedeyy..) Biar aku senaraikan benda yang menarik perhatian aku dekat sini. Please take note yang aku tak brand  conscious, jadi bila aku kata berkenan, maknanya rupanya cantik pada mata aku:  Wallet Michael Kors £99, jacket Coach ada a few dan dalam range harga £150 - £225, jacket/windbreaker/parka SuperDry dalam range harga £42 - £45.

Rata-rata yang jumpa dekat situ ialah orang Asia: Asia Tenggara dan Asia Tengah. Orang Thailand ada, Filipina ada, orang Malaysia punyelah ramai, Indonesia pun ada. Lepas tu orang Arab tak payah ceritalah. Mewah-mewah betul orang Asia ni.

Lepas pikir panjang, kira-kira duit, convert-convert harga – aku yang sangatlah super duper tak reti shopping ni akhirnya pulang dengan tangan kosong. Ada ke orang yang pergi Bicester Village pastu balik tangan kosong? Masa tu aku rasa macam loser jugak. Nafsu dan akal berperang jugak sekejap. Tapi berbaloi ke kalau aku beli wallet yang harganya RM550? Walaupun memang cantik, tapi berbaloi ke? Berbaloi ke aku beli jaket berharga RM1000? Entah bila pulak aku nak pegi tempat sejuk lagi, dan gayanya terlalu over untuk aku pakai saja-saja merayap pegi The Curve, atau beli sayur dekat Tesco. So berbaloi ke?

Konon-kononnya macam bersikap rasional lah tu. Jadi aku balik tangan kosong. Kepala aku tak boleh lupa winter jacket harga £10 yang aku jumpa dekat kedai kecik di Oxford tadi, tapi takde saiz. Sedeyyy lagi… Sedar tak sedar, aku belum beli apa-apa untuk diri sendiri lagi ni, 6-7 hari dah aku sampai di UK. Loser takkkkkk???

So anyway, kami balik, tapi sempat singgah di Toys R Us Birmingham sebab adik aku suruh carikan barang. Malangnya barang tu takde, so, sorry darling. I tried.

Balik, kami masak pizza, mushroom soup, dan fries for dinner. Sedap gak.. So sekian dulu untuk hari ini.
Semoga esok aku dapat jumpa sesuatu yang betul-betul kena dengan jiwa untuk dibeli bawa balik. I always, always do this to myself. Aku tak tahu kenapa aku tak pandai beli barang untuk diri sendiri. Adakah aku kedekut? Adakah aku bermasalah? Perempuan jenis apakah aku ini? Kecacatan apakah ini? Huwaaaaaaa…. 








Friday 28 March 2014

3rd Annual Couple’s Trip: Day 6 Stonehenge – Bath

Bangun dalam pukul 8, kami prepare bekal untuk our day trip. Egg sandwich, dan chicken ham, avocado and sautéed mushroom sandwish.

Gerak dalam pukul 10, the journey takes about 2 hours. Destinasi pertama kami ialah Stonehenge. Excited jugak bila first time nampak dari dalam kereta. Dia memang berada in the middle of nowhere. Tengah-tengah drive di kawasan-kawasan pedalaman, di kiri kanan ada banyak ladang babi. Tiba-tiba tersembul dia di situ.

Tapi agak malang nasib kami, sekarang ni nak masuk tengok dari dekat dah kena charge. Kata kawan aku, diorang baru je start charge entrance dalam 3-4 bulan lepas. Bayarannya dalam £15, dan kita bukan saja dibawa tengok Stonehenge; ada 10 spots yang akan dibawa, termasuklah cropcircles, tapak-tapak tinggalan bersejarah purba dan sebagainya. Tapi kami rasa macam tak berbaloi nak bayar. Bukannya nak belajar sangat – nak ambil gambar je, dan banyak location dia tak ada yang menarik nak diambil gambar pun. Bak kata aku pulak, batu bersurat dekat Terengganu pun aku tak pernah pergi tengok, tiba-tiba nak beria kaji sejarah purba England. Gitu. Ayat orang kedekut duit sebenarnya tu. Hahah.

Kami teruskan perjalanan ke Bath, sebuah bandar lama yang mempunyai banyak pengaruh Rom. Aku dah lama teringin nak ke sini, lepas aku baca satu novel Inggeris yang berlatarbelakangkan kawasan ni. Pandaila penulis tu menggambarkan suasana, sebab tanpa melihat gambar Bath, aku jatuh cinta hanya daripada penulisan dia. Tajuk cerita dan nama penulis pun aku dah lupa, tapi jalan cerita dia masih aku ingat.

Anyway, dengan perjalanan kira-kira sejam dari Stonehenge, kami sampai ke Bath. Dan memang cantik suasana dia. Agak mengingatkan aku kepada Siena dan Florence di Italy. Tempat ni terkenal dengan mandian-mandian air panas gaya Rom. Ada beberapa gereja yang cantik, dataran-dataran dan kedai-kedai. Sungai dan jambatan dia pun cantik. I fell in love.



Explore kawasan tu sambil bergambar. Tak besar sangat, jadi dalam masa 2 jam basically dah cover tempat-tempat utama. Cuaca masih sejuk, tapi boleh dibendung. Dalam pukul 4 tu kami ke Bath Islamic Centre untuk solat. Dia agak tersorok, dan malang sekali, aku lupa nak take note nama jalan dan landmark terdekat di situ. Nanti aku akan  cuba Google dan masukkan di sini untuk easy reference. It is considered a masjid di situ, dengan ruang solat yang proper untuk lelaki dan perempuan. Toilet dia pun ada paip air – sesuatu yang sangat rare di UK dan Europe.

Selesai solat kami ke Marks and Spencer café untuk minum sikit. Aku dapatlah merasa scone dengan jam dan clotted cream. Sedap! Lepas tu balik ke kereta untuk gerak balik. 

Rancangan asalnya kami nak bermalam di hotel mana-mana, sebab kesian dekat husband kawan aku, sepanjang hari drive. Dan senanglah, kami boleh mulakan journey dari Bath esok, dan boleh tengok tempat-tempat lain di kawasan ni. Mungkin dapat masuk ke Wales. Tapi malangnya hotel semua mahal, kawan aku dah cuba cari sampai ke kawasan yang agak terkeluar dari kawasan Bath pun tak jumpa. Jadi baliklah.

Hujan sikit dalam perjalanan balik tu. Kami sampai balik dalam pukul 7 lebih. Solat, lepas tu keluar semula ke supermarket, beli bahan untuk masak malam ni, esok pagi dan esok petang.





Wednesday 26 March 2014

Annual Couples’ Trip Day 5: Birmingham

Subhanallah sejuknya dekat sini!! Terseksa aku malam semalam. Nak mengendeng kat husband, tapi kami masing-masing tidur atas sofa. Aku sempatla menyempit atas sofa dia, tapi lepas tu tangan dia kebas sebab tak boleh bergerak. Huhuhu.

Anyway, macam biasa, lepas je Subuh pukul 5 lebih tu kami terus berjaga, walaupun malam semalam tidur lewat. Dalam pukul 7 lebih tu aku decide nak masak breakfast. Yela, tumpang tidur free dekat rumah orang, cubalah berbudi bahasa sikit. Husband suruh buat cucur, jadi aku pun ketung ketang di dapur. Kawan aku dah bagitahu yang diaorang takkan bangun awal sangat, so tak kisahlah. Kami goreng bahagian kami dulu, makan-makan, aku sempat kerja sikit, lepas tu husband ajak tengok cerita Korea. Last episode My Love From The Star (sebab kami bakal miss last episode yang ditayangkan di Malaysia Rabu ni).

Kawan aku dan husband dia bangun, kami breakfast sama-sama. Husband kawan aku ni ada kelas hari ni, jadi cuma aku, dia dan husband aku aje yang akan keluar merayap. Husband dia akan join kami lepas kelas dia habis. Dekat luar hujan gerimis dari malam semalam, jadi sampai pukul 11 pun kami macam liat je nak keluar rumah.

Matahari langsung tak menunjukkan wajah. Pukul 11 lebih tu akhirnya kami redah jugak hujan gerimis. Jalan kaki dalam 10 minit untuk ke Kings Norton Station dan naik train untuk ke New Street Station. So mulalah episode merayau.

Kawan aku bawa kami tengok Birmingham Library, round-round di kawasan shopping dia dekat situ. Masuk Marks and Spencer, Primark, Body Shop dan shopping complex Pavillions. Okay, aku kalah. Memang shopping di UK best. Aku terborong barang di Body Shop sebab a few items dgn harga £10, masuk Primark tershopping baju-baju kasual di rumah sebab sehelai £2 hingga £3. Standard aku membeli barang-barang harga macam tu je. Dekat butik-butik kecil dekat luar ada jumpa kedai jual baju-baju £5, so beli jugak buat souvenir untuk family.

Disebabkan kami berhujan sambil jalan-jalan tu, sekejap sejuk sekejap panas; aku tiba-tiba pening. So kami pergi lunch dulu di kedai fast food halal Yum Yum. Order cheeseburger set dengan Kinder Bueno shake. Oh em geeee! Kinder bueno shake dia super sedap! 1 set tu baru dlm £5, dengan fries sekali. Lazat, lazat. Dia ada banyak lagi flavour milkshake: Bounty, Ferrero Rocher dan sebagainya. Mungkin kena ajak pegi lagi. Haha..

Kami terus membeli-belah, masuk ke Poundland – iaitu kedai di mana semua barangnya berharga £1. Aku borong coklat kat situ. By then husband kawan aku dah join, jadi kami merayau-rayau dalam shopping complex. Pergi market sekejap beli buah. Blueberry dua bekas besar harga £1. Nangis aku, sebab kat rumah aku memang tiap-tiap minggu beli blueberry, satu bekas kecik paling murah pun RM9.

Dalam pukul 4 lebih kami gerak balik naik train. Sampai rumah, solat semua sekejap, then kami ikut kawan aku tu ke rumah kawan diorang. Nak ambil barang. Dia ajak masuk, dia jamu makan goreng pisang dan teh. Sedapnya, sejuk-sejuk tu makan goreng pisang!

Pukul 7.30 kami balik. Para suami duduk depan TV tengok Man United vs Man City. Aku dan kawan aku masak dinner. Simple je, nasi putih, ayam goreng, tom yam, sayur bak choy dan telur dadar. Sedapnya makan panas-panas dalam cuaca sejuk.

Itu ajelah untuk hari ni. Gambar pun tak banyak sebab shopping je. Dalam pukul 11.30 kami tidur.

Tuesday 25 March 2014

3rd Annual Couples Trip: Day 4 - London – Birmingham

Seperti biasa, bangun Subuh dan terus berjaga. Kerja sikit, packing semua, breakfast. Dalam pukul 8.30, lepas cakap thank you semua dekat Duane, kami gerak. Hari ni kami akan ke Birmingham. Mengheret beg ke station Queen’s Park dan seterusnya turun di Station Marylebone. Kereta api kami ke Birmingham pukul 10.15, jadi sempat minum hot chocolate dulu. Pukul 10 masuk ke train.

Kami agak impressed dengan train dia. Nampak sangat exclusive, siap ada free wifi, meja untuk bekerja, plug untuk charge devices. Dan kami hanya bayar £6 seorang untuk perjalanan selama 1 jam 45 minit. Jadi sambil menikmati pemandangan di luar, aku luangkan masa sejam 45 minit tu dengan bekerja. Manfaatkanlah masa yang ada dan wifi percuma tersebut. Hari ni pun hari Isnin, aku kena completekan quota mingguan yang baru.

Tepat pada masanya kami sampai di Birmingham. Kawan aku yang tinggal di sini dah pun bagitahu yang cuaca di sini jauh lebih sejuk daripada London. Memang betullah. Tunggu dia jemput kami, dan balik ke rumah dia. Comel je rumahnya, 1 bilik, a good sized living room, nice kitchen, 1 toilet. So sepanjang di sini kami akan tidur di ruang tamu.

Dia dah siap masak nasi goreng untuk lunch. Lepas makan, solat, kami siap-siap untuk ke Stratford-upon-Avon. Tapi kami dikejutkan dengan berita terkini tentang MH370, yang disahkan lokasi terakhirnya di Selatan Lautan Hindi. Innalillahiwainnaillaihirrojiun. Hilang sikit semangat aku nak berholiday bagai.

Anyway, kami teruskan perjalanan ke sana, yang mengambil masa sekitar 45 minit. Tempatnya cantik, tapi tak besar mana. Setakat jalan-jalan sikit-sikit, tengok-tengok barang. Beli dessert harga £1 untuk makan tepi sungai sambil sembang-sembang. By pukul 5 lebih tu kami gerak balik.
   
Singgah di kawasan Islam yang dimonopoli oleh warga India/Pakistan/Arab di Birmingham sebab kawan aku nak beli daging. Syok jugak tengok area tu, senang sungguh nak cari makanan halal. Murah pun murah. Kalau kita kerja di sini dan dibayar gaji dalam duit sini memang kenyanglah. 3 ekor ayam besar harga £7. Kalau kita di KL, silap-silap RM7 sekilo. Nampak tak perbezaan kos sara hidup di situ?

Untuk dinner kami makan di kedai Arab, makan nasi Arab. Beli set meal untuk 2 orang makan, nasi arab dengan ayam dan kambing. Subhanallah, just nice portion dia untuk makan 4 orang, harga £11. Jimat, dan sedap.

Lepas tu terus balik. Settle down for the night, mandi, solat, tengok TV. Sampai dalam pukul 11, tidur. Sejuknya ya rabbi. Rumah kawan aku ni dia tak pasang heater, sebab kos memasang heater sangat tinggi. Jadi berharap pada baju-baju sejuk dan selimut jelah. Brrrr… good night!


p/s: Berdoa dan terus berdoa. Semoga Allah menunjukkan hikmah daripada kejadian ini. Semoga Allah memberikan keajaiban, yang sememangnya dalam kuasaNya. I’m not trying to be funny, but I’m holding on to Hollywood logic. I’m holding on to the hopes of Lost, Castaway and Life of Pi. 

Monday 24 March 2014

3rd Annual Couples Trip: London Day 3



Seperti juga semalam, kami tidur awal dan bangun awal. Ini je masa yang ada untuk surf internet dan sebagainya. Aku pulak tak apply cuti daripada company yang aku kerja tu, so kerja masih kena buat sikit-sikit. Cukupkan kuota mingguan. Biasalah, freelance. Inilah faedahnya, tengah holiday pun masih boleh kerja. So, bila aku nak shopping pun aku taklah rasa guilty sangat. Balik bilik, buat je kerja lebih sikit untuk cover duit shopping. Hahahha…

Untuk breakfast kami “poach” telur dalam microwave, makan dengan roti. Siap-siap semua, pukul 8 lebih kami keluar. Sejukkk…

Terus ke Queen’s Park Station, ambil stop Charing Cross. Hari ni baru dapat ambil gambar kat Trafalgar Square. Tapi sign board bersepah kata tak boleh bagi makan kat burung merpati. Dan seekor burung pun tak jumpa. Tipah tertipu!


Seterusnya kami berjalan melintasi St James’ Park ke Buckingham Palace. Sempat kena hujan seketika, dengan suhu yang teramat sejuk hari ni. Nasib baiklah hujan lalu je, sekejap tu mentari kembali menyinar. Kami berjalan lagi sampai ke Parliament Square, barulah jumpa Big Ben dan nampak London Eye. Banyak je bangunan yang ala-ala familiar kat situ, tapi terus-terang aku katakan, aku tak arif tentang sejarah England. Cuma bangunan yang rajin masuk movie je aku kenal. Haha.

Seberang jambatan, dan kami ke London Eye. Lalu bawah dia je, sebab kalau pun aku sanggup bayar berpuluh-puluh pound untuk naik, aku tak kuasa nak beratur panjang giler. Yelah, hari ni hari Ahad, memang la semua tempat pun packed.

Seterusnya berjalan menyusuri River Thames di bahagian South Bank, sampailah ke Millennium Bridge, jambatan pejalan kaki merentasi River Thames. Kami seberang jambatan tu dan kami sampai betul-betul di St. Paul’s Cathedral.  Nampak London Bridge dari jauh, tapi kami kena tolong orang beli barang, jadi tak dapatlah nak ke sana. Takut tak sempat settle amanah orang.


Ambil train ke Hyde Park Corner dan berjalan sikit untuk ke Hard Rock Café, belikan T-shirt untuk member. Lepas tu kami berjalan kaki ke Harrods di Knightsbridge. Alang-alang dah sampai London, takkanlah tak ke Harrods. Dan memandangkan memang itu je shopping complex yang aku kenal, aku masuk ke situlah untuk carikan lotion untuk member yang pesan. Macam hebat je kan, shopping kat Harrods bagai. Food hall dia memang menggiurkan, especially pastry dan kek. Tapi aku bersabar, dan hanya beli lunch, sebab harga dia lebih kurang je macam beli kat luar. Kaunter makanan Arab dan India dekat sana memang halal. Makan-makan di luar, sebelum teruskan ke King’s Cross. Kali ni sebab adik aku pulak suruh cari kedai Harry Potter. A’ah kan, aku datang London ni memang sebab nak tolong orang beli barang……. Hahaha..

Lepas terpinga-pinga kejap di sekitar King’s Cross Station tu, barulah jumpa kedai Harry Potter. Mahai nak mampuih barang-barang dia. So buat adikku tercinta, seketul keychain £5 untukmu. Sebenarnya keychain tu lagi mahal, sebab kena kira sekali kos SMS guna rate roaming. Haha.

So barulah kami selesai beli barang amanah orang. Pergi semula ke Soho semalam untuk solat. Aku teringin nak ke London Central Mosque, tapi husband kata dia nak pegi tempat yang dia dah familiar, sebab macam dah lambat. So ke Berwick Street, lepas solat kami merayau di Oxford Street. Beli hot chocolate minum-minum. Jumpa Sports Direct tengah closing down sale. Mental sekejap di situ, terutamanya si suami. Aku beli barang anak-anak je. Husband beli jaket sepasang. Merayau lagi di sepanjang jalan tu, jumpa Debenhams dsbnya. Beli dinner di Zeynah, kedai halal betul-betul depan Debenhams Oxford Street, makan pizza 1 slice dan hotdog. Berhati-hati di sekitar sini, especially kalau kita bawa imej muslimah. Ada orang-orang peminta sedekah Muslim yang berlegar-legar dekat sini, yang suka ikut mintak kita belikan makanan. Aku pun tak tau genuine ke tak, dan kebetulan aku memang takde duit kecik dah nak bagi. Mintak maaf.

Masuk ke Bond Street, kena tarik dengan penjual kosmetik pulak. Dia buat demo produk kulit segala. Aku ni kalah sikit bab-bab ni. Dia letak harga mahal, pastu dia turunkan harga sampai £50. Aku tengok husband, husband tengok aku. Kalau dia flat out kata kat aku tak payah beli, senang aku nak tepis. Tapi dia pun kata “ikut you lah, ikut you lah..” So last-last aku terjebak jugak. Nama produk tu Adore. Kalau aku kena scam kali ni, biarlah orang yang membaca ni tak terkena jugak macam aku k? Lagi best tu, di hujung jalan yang sama kami kena tarik dengan penjual kosmetik dengan taktik yang sama. Kali ni nama produk dia Sekara. Kali ni dia target husband pulak. Nasib baiklah lepas demo semua, husband tetap dengan keputusan dia tak nak beli. Selamat duit aku.

So memandangkan hari dah gelap, kaki pun dah kejang. Baliklah…

Kami baru je dinner tadi, jadi malam ni tak ada apa-apa lah. Belek-belek barang yang baru beli, pukul 9 lebih tidur dah.






Sunday 23 March 2014

3rd Annual Couples Trip: London Day 2

Memandangkan semalam pukul 8.30 kami dah terbongkang, pagi tadi pukul 4.30 kami dah bangun. Memang kami set alarm pukul 4.30 sebab dah masuk Subuh. Lepas tu rasa macam segar-bugar pulak, so terus bangun, surfing apa yang patut, upload gambar apa yang patut. Breakfast ala kadar lebihan makanan Lubnan semalam dan buah-buahan yang memang Duane sediakan untuk kami.

Pukul 7.30 tu kami dah sedia menapak di jalan-jalan sekitar Queen’s Park ni. Sejuk oi! Kami saja gatal jalan kaki lalu Portobello Market tu lagi, pastu jadi mereng sekejap. Dengan makanan yang dijual, yang halal pun banyak. Pastry dan desserts lagi. Bunga-bungaan tok sah kira. Tapi aku menahan diri daripada membeli apa-apa. Iyerla, exchange rate Pound: RM = 5.50. Jadi bawak-bawak bertenang sikit bab shopping tu yer.

Kami menapak dan terus menapak lagi lalu Bayswater, sampailah ke Kensington Gardens. Sempat singgah 1 butik yang jual semua benda dlm kedai dia £5, so aku borong 5 helai cardigan untuk souvenir adik-beradik perempuan. And then masuk ke Kensington Gardens, saja-saja ambil gambar. Ramai warga tempatan beriadah memandangkan hari ni Sabtu. Nervous sikit, sebab anjing banyak dan dibiar terlepas aje. Heheh…

Kami menapak lagi lalu Hyde Park, sampailah ke Marble Arch. Jauh sebenarnya berjalan tu. Kalau naik train sekejap je sampai, tapi ntah, terasa nak berjalan. Dari Marble Arch tu barulah kami ambil train, sebab husband nak pergi ke Stamford Bridge. Hari ni ada game Chelsea vs Arsenal, dan walaupun kami takde tiket untuk masuk tengok, dia cuma nak merasa kemeriahan tu, serta membeli souvenir matchday. Meriah train, penuh dengan orang berbaju biru.

Bila sampai stadium tu memang terasala meriahnya. Kami tawaf luar stadium tu, ambil-ambil gambar. Husband beli muffler matchday ambil gambar untuk bikin panas kawan-kawan dia yang peminat tegar Chelsea mahupun Arsenal. Sempat nampak bekas pemain Liverpool, Steve McManaman (ye ker eja tu?). Bila orang semua masuk stadium, kami naik train balik ke town.
Turun di Charing Cross, sebab kata Duane station tu dekat dengan semua main attractions. Kami menuju ke Trafalgar Square, tapi rupanya hari ni macam ada perhimpunan aman berkempen tentang anti-racism or something like that. So tak dapatlah kami nak buat adegan drama Cinta Antara Benua kat situ. Badan pun dah mula letih.

Memandangkan dah pukul 1 lebih masa tu, kami nak cari surau/masjid. Masa di KL dulu research memang nampak ada banyak masjid di London, tapi bahananya di sini ialah kami tak ada internet connection. Tak kuasa pulak nak beli sim card bagai, setakat seminggu lebih dekat sini. So carila free wifi mana yang jumpa, lepas tu menapak cari masjid. Hampir nak putus asa sebab tak ingat nama jalan. So berhenti makan dulu dekat kedai kebab halal dekat situ. Nasib baik penjual tu tau dekat mana suraunya, di jalan yang sama, cuma kami putus asa awal sikit, tak sempat jalan sampai ke situ. Haha..

Makan dulu. Tapi kecewa la, sebab aku dok teringin makan fish and chips di UK ni. Pegi order kat kedai Lubnan. Samalah konsepnya macam order nasi goreng cina kat kedai makanan Thailand. Tak sedap! Patut order roti dengan hummus jeh.

Selesai makan pergi solat di Berwick Street, di dalam kawasan Soho. Islamic centre tu rupanya tak sediakan kemudahan solat untuk perempuan. Nasib baiklah aku memang cuti. Dia ada letak map untuk ke masjid yang lebih besar kalau jemaah perempuan nak solat. Jauh sikitlah nak jalan.

Dari sana kami berjalan ke Oxford Street. Haaa, barula berjumpa kedai untuk shopping. Aku masuk Marks and Spencer dan H&M. Dapat beli barang untuk anak-anak sikit. Takdelah nak beli hebat-hebat pun. Yang longgok-longgok, sale sampai tinggal £3 ke £5. Haha. Kenala kira, berbaloi ke tak. Kalau convert harga baju budak jadi sampai RM50-RM60, baik aku beli kat Malaysia je. Kat Malaysia pun aku tak beli baju anak mahal camtu.

By pukul 4 petang, kami naik train lagi skali. Kali ni husband nak ke Stadium West Ham United pulak. Ada game WHU vs Manchester United. Seperti awal tadi, kami bukannya ada tiket pun, tapi saja nak join kemeriahan dan beli matchday souvenir.

Beckham in khakhi jacket and hat. 
Kawasan Upton Park, di sekitar stadium Boleyn Ground tu sangat banyak orang Islam dan kedai halal. Tapi kami cepat-cepat je kat sana. Beli muffler ambil gambar depan stadium. Tapi detik yang sangat memorable adalah apabila kami nampak David Beckham live! Dia datang untuk tengok game tu, dan kebetulan kami tengah berdiri di depan pagar tempat dia parking kereta. Terkesima jiwa kewanitaan aku sekejap. Husband amik gambar laju-laju, tapi disebabkan jurugambar amatur, semua nampak pagar je. Dahla kamera zoom singkat pulak tu. Takpelah, yang penting ia melekat di hatiku. Hahah..

It started raining, so laju-laju kami ke station semula, dan balik. Naik train, ada beberapa pertukaran train, dan akhirnya pukul 6 lebih tu kami sampai ke Queen’s Park. Beli ayam panggang halal untuk dinner, bungkus bawak balik. Mandi-mandi, makan-makan, kemas barang yang beli tadi. Ayam yang beli tadi pedas pulak, so aku masak Maggi je makan. Telur dah beli di kedai runcit tadi. Nasib baik Duane sediakan microwave dalam bilik ni.

Maka sekian dulu untuk hari ni. Kaki kejang oii.. Mengikut app yang mengira langkah kaki, aku telah berjalan hampir 29000 langkah hari ini. Tahniah! Seluar dah longgar sikit. Hahaha…