Thursday 28 March 2013

Sabah Day 3: Kundasang

Sama macam semalam, bangun jam 5 lebih, mula mengemas beg semua. Kejutkan anak-anak terus mandi. Kami akan check out dari Gaya Centre Hotel hari ni, dan akan ke Kundasang untuk semalam. Breakfast di hotel jam 7 pagi, selesai makan balik ke bilik untuk ambil beg semua, dan terus check out.

The only decent photo of Mt Kinabalu

Perjalanan ke Kundasang lancar. Tak jauh mana pun. Dalam sejam setengah kami dah sampai di destinasi pertama, Kinabalu Park. Dalam perjalanan tu kami dapat tengok pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat clear. Husband sungguh-sungguh terpesona. Aku? Terpesona juga, tapi disebabkan ini bukan kali pertama, aku takdelah jakun sangat. Heheh.

Welcomed by a squirrel
I’ve been here before, about 14 years ago, untuk kursus anjuran Kadet Remaja Sekolah. 10 hari aku duduk di pekan Kundasang, 10 hari disajikan dengan pemandangan yang Subhanallah, sungguh indah. Rezeki aku juga dapat mendaki Gunung Kinabalu sampai ke puncak waktu umur masih muda belia.

Kundasang
Anyway, aku suruh juga husband berhenti tepi jalan untuk ambil gambar, tapi dia tak nak. Last-last sampailah ke Kinabalu Park. By then puncak gunung dah mula dilindungi awan. Tapi takpelah, ambik juga gambar. Dari sana kami turun ke Pekan Kundasang. Berhenti tepi jalan di pasar yang jual produk-produk tempatan. Macam-macam jenis buah ada. Kami beli pisang, strawberi, kerepek bayam, dan sebotol madu hutan untuk dibawa balik.

Perjalanan diteruskan ke Poring Hot Spring. Sampai sana dalam pukul 12 lebih. Masuk sini kena bayar juga, dan seperti biasa diorang hanya charge aku dan husband. Dan yang seronoknya, kalau dah bayar masa masuk Kinabalu Park tadi, tiket yang sama boleh guna untuk masuk ke Poring Hot Spring juga. Tak mahal pun, RM3 je sorang.

Poring Hot Spring
Dalam Hot Spring tu, kami bagi anak-anak aje berendam. Aku langsung tak tukar baju mandi. Duduk tepi meneman diorang. Bukan apa, kami tak plan nak stay lama dekat situ sebab banyak lagi destinasi. Bagi peluang anak-anak je mandi-mandi supaya diorang tak boring. Dalam Poring Hot Spring tu sendiri ada banyak lagi aktiviti lain; Taman Rama-rama, Canopy Walk… Tapi rasanya budak-budak ni memang nak main air je kot. Dan memang takkanlah aku nak mengendong Ilhan trekking naik ke Canopy Walk tu….


Dalam pukul 1 kami gerak dari sana. Budak-budak pun kami tak tukarkan baju. Biar pakai swimsuit dengan robe aje, sebab destinasi seterusnya ialah Luanti Fish Spa. Perjalanannya dekat setengah jam jugak dari Poring, lokasinya betul-betul sebelah Ladang Teh Sabah. Nak cari Luanti Fish Spa, ikut aje signboard ke Ladang Teh Sabah. Entrance feenya RM5 seorang kalau masuk kaki sahaja, dan RM10 seorang kalau masuk satu badan, tapi kalau nak bawak kamera masuk kena bayar tambah.

Agak strict jugak dekat sini. Nak pergi tepi sungai kena bergilir-gilir, ada had berapa orang boleh ada di tepi sungai dalam satu-satu masa, tak boleh bising, dan had masa berada di sungai tu hanya 15 minit…

Ikan Luanti yang gemoxx
Kalau dekat KL ni, fish spa ikannya kecil-kecil comel je kan? Hah, kat sini ikan dia besar-besar lengan! Hambek kau! Gigitnya pun boleh tahan sakit! Layla nampak je ikan besar-besar tu, terus menyerah kalah, duduk tepi je. Ilhan pulak mula-mula berani masuk air. Agaknya dia kena gigit sekali, terus patah balik, join kakak duduk tepi. Husband sibuk geli, geli. Last-last aku sorang je masuk. Dekat-dekat nak habis time baru husband masuk balik.

Dari Luanti, kami terus menuju ke Kundasang semula, check in di Felyn Resort Kinabalu. Ada lagi destinasi kami sebenarnya, tapi sebab belum solat, kami decide check in dulu, solat, hantar barang, baru keluar balik. Felyn Resort Kinabalu ni dekat aje dari Pekan Kundasang. Jalan menghala ke Ranau, simpang nak masuknya di sebelah kanan. Tapi itu baru simpang nak masuk ye… Resort ni nuuunn jauh ke dalam, dengan jalan yang tidak berturap. Dekat 10 minit jugaklah nak sampai ke resortnya.

Masa check in tu kami tanya juga, kenapa tak turapkan jalan tu, barula lagi ramai orang nak datang. Staf tu jawab, “Itu jalan kerajaan.” Okay, fine. Biliknya okay, basic. Yang kami susah hatinya sebab kami dapat katil queen aje, nak bersesak 4 orang malam karang. Ajak husband minta tukar bilik, dia malas.

Selesai solat, keluar semula ke Desa Dairy Farm, di Mesilau. Sampai sana dekat 4.30, makcik yang jaga pintu tu cakap ladang tutup pukul 5. “Saya boleh tunggu sampai 5.20”. Aik, makcik ni. Kalau makcik tak tunggu, takkan kami kena tidur dengan lembu malam ni? Entrance fee aku ingat-ingat lupa. Mungkin RM4 seorang kot.

Memang cantikla dalam tu. Geram aku tengok lembu-lembu dalmation ni. Bawak anak-anak pergi bagi anak lembu makan. Excited Layla! Lepas tu beli susu lembu, sebab kerap dengar yang susunya sedap, especially susu coklat. Dan memang betul seperti dikata, susu coklat dia sangat sedap! Very light and refreshing. Tak terlalu pekat macam most susu coklat, jadi minum banyak pun tak cepat muak. Susu ni fresh tanpa pengawet, jadi dia boleh ada di room temperature maksima 4 jam aje. Kalau nak tahan lama, kena cepat-cepat simpan dalam peti ais.Layla nak aiskrim jugak, so beli satu. Rush jugakla dekat sana, sebab dah nak tutup. Kalau tak teringin aku nak santai-santai makan waffle kat café dia.

On the way keluar tu, berhenti beberapa kali untuk ambil gambar. Tak dapat feel New Zealand sangatla, sebab tiba-tiba matahari terik pulak. Hahah. Turun semula ke Pekan Kundasang, makan nasi ayam dekat salah satu kedai kat situ. Sepanjang hari tak makan ni! Asyik snack on fruits, goreng pisang dan kerepek je.

Hari dah mula gelap masa kami siap makan, dan husband nak sampai ke resort sebelum malam. Yelah, jalan dia kan ala-ala off road gitu. Tapi satu permintaan terakhir oleh aku – nak jenguk hostel yang aku duduk 14 tahun lepas. Pergila explore. Nasib baik memori aku masih kuat, dan memang kami jumpa tempatnya walaupun diorang dah bina seketul flyover dekat kawasan tu. Dan terbiar rupanya Pusat Kokurikulum Negeri Sabah, Kundasang yang jadi penginapan aku selama 10 hari. So many wonderful memories. Sempat ambil gambar sikit.

And, off to the resort. Mandikan anak-anak, solat. Percaya tak, pukul 7.55 malam, kami semua dah tidur.

Wednesday 27 March 2013

Sabah Day 2: Island Hopping



Alfresco breakfast

Subuh awal dekat sini. Pukul 5 macam tu dah masuk. Our stay at Gaya Centre Hotel is inclusive of breakfast, dan restorannya buka 6.30. So santai-santai, kejut anak-anak. Pukul 7 turun makan. By then memang dah cerah dah, macam pukul 8 lebih. We opted for alfresco dining (makan di luar). Restorannya di tingkat 4 kalau tak salah, dan takdela nampak apa sangat pun sebab temboknya tinggi. Foodnya basic: roti, bubur, cereal, juice, mee goreng… Cukuplah untuk alas perut.

Siap makan, turun ambil beg semua, kami jalan kaki ke Jesselton Point sekali lagi. Nak ber’island hopping’ hari ni.

Memang ada rumours mengatakan kerajaan mengeluarkan pekeliling mengarahkan semua perjalanan ke pulau-pulau di Sabah dihentikan. Tapi kami ni macam hati kering pun ada. Bagi aku sendiri, Kota Kinabalu ni jauh sangat dari Lahad Datu dan pulau-pulau dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman ni semuanya tak lebih 15 minit perjalanan dari jeti tanah besar ni. So kami pergi juga. And true enough, everything was operating just as usual.

Lepas survey-survey beberapa kaunter, nampaknya harganya semua sama. Kami pilih untuk pergi ke 2 pulau, Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Since anak-anakku dua-duanya kecil lagi, orang tu hanya charge aku dan husband saja. Lepas tambah tolak harga pakej RM32 seorang (kalau tak salah), entrance fee ke pulau (dalam 7 ringgit lebih seorang) , conservation fee (RM3 yang perlu dibayar bila sampai di pulau – sekali bayar sahaja) totalnya jadi RM80++. Oklah tu.

Jernihnyeee air!!
Orang tu akan tanya siap-siap pukul berapa kita nak gerak dari pulau pertama, dan pukul berapa nak gerak balik dari pulau kedua (atau ketiga, keempat dan sebagainya), supaya senang diorang atur jadual. Bila kami kata kami nak balik pukul 12.30, orang tu naik stress sekejap. “Sekejap sangat tu. Nanti rush.” Yelah, masa tu pun dah pukul 8.30. Bisnes memang beroperasi mula jam 8.30 pagi.

Kami masih insist dengan waktu tu, sebab tahu dah dengan perangai kanak-kanak ni. Cepat penat, dan bila diorang penat kami yang tak enjoy. So orang tu atur supaya kami gerak dari Pulau Sapi pukul 10, dan dari Pulau Manukan pukul 12.30.

The boat ride was fun for us, but not so for Layla. Sibuk dia mintak kami suruh boatmen bawak perlahan sikit. Hahah. Ilhan jugak cool je.


Sapi Island - so serene and beautiful

Dan Pulau Sapi, masyallah, cantik! Kecil aje pulaunya, tapi air sangat jernih dan pasirnya putih dan halus. Masa tu hari dah panas terik, jadi kami suruh anak-anak main pasir bawah pokok aje. Layla langsung tak nak jejak air. Takut, ada ombak, katanya. Padahal ombaknya setakat jari kaki aje. Punyela kecik! Aku dan husband tinggalkan diorang main pasir, kami yang berendam. Nyaman! Ilhan pun kami rendamkan sekali. Dia memang ok jer…

Elok pukul 10, naik bot untuk ke Pulau Manukan. This island is much bigger, siap apa chalet-chalet semua. Orang pun ramai. Kurang enjoy sikitlah. Tapi dekat sini pulak, ikannya sangat jinak. Datang dalam kumpulan, berenang betul-betul celah orang ramai yang berenang. Husband sewa snorkel , berenang-renanglah di sana. Layla masih dok main pasir aje. Aku snorkel jugak sikit-sikit. Ilhan pun geram tengok ikan banyak. Air jernih, jadi memang nampak jelas.

Pulau Manukan with visible corals

Dekat 12.30 tu kami dah sedia tunggu bot. Ilhan terus terlena bila naik bot. Sampai jetty, kami redah masuk Suria Sabah Mall cari makan. Dengan baju basah, berpasir, selekeh ya amat. Hahah. Lepas tu baru balik bilik, mandi-mandi dan rehat. Pemilik kereta yang kami nak sewa, Afiq, datang hantar kereta di lobi hotel. Kami jumpa iklan dia di Mudah.com. The best rate we found – RM90 per day untuk Saga FLX, jadinya RM180 untuk 48 jam.

Lepas kami semua tidur sekejap. Petang bangun untuk meneruskan aktiviti. Husband ajak pergi Rumah Terbalik yang katanya tak jauh dari sini. Drive ke sana. Dah tersekat dalam jam dkt setengah jam barulah kami perasan yang it’s the same route we were going to take to go to Kundasang esoknya. Aduhai, membazir masa. Tukar direction ke Karambunai, tapi dekat sana pun takde apa. Patah balik nak ke Tanjung Aru. By then dah pun malam. Terlepas sunset untuk hari ni.

2 jam jugaklah kami drive around. Akhirnya kami pergi dinner di Medan Selera Tanjung Aru. Aku kurang gemar dekat sini, sebab dia dalam bangunan tertutup dan agak panas, banyak sangat bau makanan dan penuh dengan orang. Lapar punya pasal, makan ajelah. Kami order nasi sepinggan, ikan 2 jenis dan 1 sayur, dan 3 air – lebih kurang sama aje macam semalam. Tapi harganya hari ni 2 kali ganda! Dlm 70 lebih. Wah! Mentang-mentang Tanjung Aru kawasan mat saleh duduk.

Selesai dekat sana, terus balik hotel. Singgah Pasar Filipina, husband sorang je masuk belikan ikan bilis dan udang kering untuk mak dia. Pukul 10 lebih kami dah settle, kepenatan.








Sunday 24 March 2013

Trip To Sabah: Day 1; Kota Kinabalu


Tahun ni dengan rasminya diisytiharkan sebagai tahun bercuti untuk family aku.

Entah, aku gian semacam nak naik kapal terbang dan tengok tempat orang.

Earlier this month kami satu family ke Sabah.

Ya, ya aku tau, what bad timing, with all the chaos in Lahad Datu. I was quite nervous in the beginning. But I figured, since flights weren’t cancelled, the situation can’t be that serious. At least not in KK.

So anyway, here goes…

Day 1: Fly to Kota Kinabalu.


First glimpse of KK
Our flight was at 10.20a.m., jadi minta tolong adik iparku Ijah hantar ke LCCT. Kami sampai sana pukul 9, memang sipi-sipi jelah. Orang punyalah ramai, kaunter semua panjang-panjang. Rezeki kami, satu kaunter baru dibuka betul-betul sebelah kaunter kami beratur. Jadi husband cepat-cepat tukar lane, dapatla jadi orang kedua di kaunter tu. Nasiiib baik.

Everything was very punctual. Good vibes to start the journey. Kids pun behave dalam flight selama 2 jam setengah tu, walaupun diorang tak tidur. Sampai sana dekat pukul 1, beratur nak lepas kaunter dekat sana pulak yang lambat. Sesak sungguh. Dekat 1.30 baru lepas. Kami lepak dekat bench dalam airport, makan bekal yang aku bawak. Biasela, selagi boleh berjimat, kita berjimat. J

View from our room
Kami arrange untuk kereta sewa only on the second day, jadi dari airport ni kami naik teksi ke Gaya Centre Hotel. Fixed rate, RM30. Padahal perjalanan tak sampai 10 minit. Peehh. Bayar jela. Takkan nak jalan kaki pulak. Sembang-sembang jugak dengan taxi driver tu pasal situasi dekat sana. Katanya semua aman aje, cuma polis berkawal di perkampungan Filipina.



Hotel kami terletak betul-betul bersebelahan shopping complex Suria Sabah. Check-in lancar. Bilik kami okay. Quite small, but enough. Alhamdulillah, dapat 2 katil twin, jadi seperti biasa, kami buat susun atur sendiri, cantumkan dua katil tu, jadilah sebuah katil yang sangat besar. Layla jenguk dalam toilet, terus tanya soalan cepu emas, "Mana bath tub?" Hahah.. Kesian. Yelah, last trip ke Gold Coast Morib, hambek seketul jacuzi dalam toilet. Tiba-tiba yang ni takde pulak. Jangankan bath tub, swimming pool pun takde kat hotel ni anakku. Ini kali, kita bajet trip yerrr...

Get comfortable, tutup langsir bagi gelap, tidurkan kids dan bapaknye sekali. Aku bersantai baca buku sekejap, sampai  dekat pukul 5.

Memandangkan malam tiba cepat dekat sini, aku paksa diorang semua bangun untuk keluar merayau before night falls. Kami jalan kaki je Jesselton Point, which wasn’t too far from our hotel. Took the walkway tepi laut, jalan santai-santai dengan kids. Kami ke sana sebab nak survey harga island hopping yang kami rancang untuk pergi the next day. But by the time kami sampai, all counters were closed, except one. Takpelah, abaikan. Esok redah je.

Sunset view from the lenses of my modest compact camera
As it grew dark, we walked all the way back, pass our hotel towards Pasar Filipina, cari dinner. Makan di gerai tepi laut yang banyak ada dekat situ. Order nasi hanya sepinggan, air 3 gelas, dan 2 ekor ikan berlainan jenis. Dalam RM30 aje harganya. Okla tu. Kenyang.

Jalan-jalan cari souvenir dekat Pasar Filipina. Tak banyak kedai buka sebab dah malam, tapi kami lebih rela pergi malam daripada di tengah-tengah rembang terpacak di siang hari. Kesian kanak-kanak dikerah berjalan punyela jauh. Sampai balik bilik dalam pukul 8 lebih. Mandikan kids semua, dan by 10pm kami semua dah tidur.