Monday 11 February 2013

Getaway to Gold Coast Morib

End of January baru ni we had a short getaway to Gold Coast Morib. Ya, memang tempat tu tengah hot sekarang disebabkan promosi besar-besaran secara online. Kami juga tidak terkecuali terjebak, and we got a really good deal!

RM150 untuk penginapan 2 hari 1 malam di Junior Suite yang dilengkapi jakuzi, with buffet breakfast, buffet dinner and water theme park entry for 2. Kami duduk 2 malam. We bought through Streetdeal.

Check in was at 3, dan kami sampai tepat pukul 3. It took us about 2 hours to get there, sebab kami ikut map yang ada di website. Okay, bagi yang familiar dengan jalan-jalan KL, adalah dinasihatkan untuk pergi melalui Klang sebab walaupun banyak selekoh, banyak traffic light dan banyak masuk kawasan pekan, ia masih lebih dekat. Jalan yang ditunjukkan dalam  map adalah melalui KLIA. Jalan dia straight je, tapi jauh. Dan jangan tersalah pergi Gold Coast Sepang pulak. Tak mampu den nak bayor dekat situ!

Anyways, check in was fast, dan kami diberikan bilik di tingkat 8. Almost top floor dah. Cuma kami dapat bilik yang mengadap ke parking lot, which is bila difikirkan balik, lebih baik untuk kami, sebab Ilhan si hantu air tu confirm tak senang duduk 24 jam selagi dia boleh nampak swimming pool dan segala jenis slide kat bawah tu.

Biliknya besar! Toilet dia pun besar, untuk memuatkan jakuzi. Ada flat screen TV dan general amenities yang disediakan semua hotel. We were not disappointed. Kids almost immediately nak turun ke water theme park, jadi kami biar diorang pergi dulu dengan family kami yang lain yang ikut sekali.

Untuk budak-budak pun ada bayaran dikenakan, tapi disebabkan Layla dan Ilhan belum mencapai had ketinggian yang ditetapkan, masuk free je. Alhamdulillah. Ilhan really enjoyed himself! Layla took sometime to be coaxed into getting in the water, but when she finally did, she enjoyed it. Puas hatila diorang main air. Dress code pun tak strict. Ya, memang ada signboard yang tunjukkan apa yang dibenarkan dan tak dibenarkan, tapi tak ada orang yang disekat sepanjang aku ada dekat sana. Lifeguard ada sentiasa. Cuma untuk naik slide yang tinggi-tinggi, pakaian renang diwajibkan.

Pool tutup dalam pukul 7 petang. And then we’re off to dinner. Pilihan dia okay, walaupun tak banyak sangat, tapi tak mengecewakan juga. I really enjoyed the tempura yang digoreng fresh di situ. Both days aku makan tempura. Cuma first night tu budak-budak dah penat sangat, kami terpaksa makan gilir-gilir dan dengan pantas. Tak enjoy sangatla. Kami semua settled down really early that night. Before 9 kids dah beradu. 

Sunrise from balcony
The next day we had breakfast at 8 something. Breakfast dia pun okay. Nothing extravagant, but enough. Kami pergi ke pantai sekejap, tapi baru duduk sekejap mak mertua dan adik ipar aku dah gatal-gatal kaki. Kami risau ada agas, so cepat-cepat aku angkut budak-budak pergi swimming pool. Sebelum kami sampai ke hotel ni lagi aku dah pesan dekat Layla dan Ilhan yang diorang tak dibenarkan mandi laut dekat sana, sebab aku tak yakin dengan kebersihannya. So spent the morning at the theme park again.

For lunch, kami keluar cari food di luar, keluar sekali dengan family kami yang akan check out hari tu. Tak banyak gerai buka siang, jadi belasah ajela yang mana-mana yang jumpa. Disappointing food, jadi not worth mentioning.

Balik ke hotel semula, rehat dalam bilik. Kids and husband tidur. Petang kami turun ke pool lagi, bagi kids main puas-puas.

Malamnya kami dapat buffet dinner lagi. Disebabkan orang dah mula ramai check-in sebab esok lusanya cuti hari wilayah, buffet dinner dibuat di kawasan lapang tepi pantai. Pilihan makanan lebih kurang semalam. Yang gembiranya, tempura ada lagi. Aku balun tempura  3 kali tambah! Hambekk kau!

Selesai makan, pergi tepi pantai sekejap, lepas tu dah ketandusan aktiviti dah. Kami naik atas, sambung tengok movie daripada laptop yang disambungkan wayar ke flat screen TV. Ilhan terlena atas riba ayah, Layla terlelap di sebelah mama.

Esok paginya lepas Subuh aku dah pasang jakuzi. Niatnya nak berendam sorang-sorang, tapi Layla terjaga. Jadinya aku ajak dia join skali. Lepas tu Ilhan bangun, dengan Ilhan sekali masuk. Letak sabun, bubblenya melimpah ruah, meriah sungguh! Tak penah aku tengok bubble sebegitu melainkan di dalam filem Hollywood atau Bollywood.

Berhenti bersuka-ria sekejap untuk turun breakfast, yang disediakan di kawasan lapang tepi pantai tu lagi. Selection masih sama seperti semalam. Kami decide untuk meminimakan kelam-kabut dengan tidak membawa kids ke pool hari ni. Nasib baik ada jakuzi dalam bilik, jadi tak susah nak memancing dan memujuk. Kami buat bubble berkepul-kepul lagi, dan masuk empat-empat orang sekali. Tak ada kelucahan di sini ya, kerana kami memakai pakaian yang berpatutan. Kot iya pun, takkanla depan anak-anak… Hahaha…

Dari pukul 10.30 sampai 11.45 kami bersantai sambil packing rilek-rilek. 11.45 pagi kami turun check out dan terus balik. Bersyukurlah kami balik hari tu, sebab masa kami check out, ada 2 biji bas baru parking dengan sepenuh-penuh muatan, baru nak check-in hari ni.

Overall, aku puas hati dengan tempat ni. Untuk bawak anak-anak yang hantu air, memang sesuai. The jakuzi in the room was the icing on the cake. I would go back again and again just for that, seriously. Sebab aku bukan enjoy sangat pool semua, tapi getting into a jacuzzi in the privacy of your room is a luxury of a different level altogether. Love it!  Kalau diorang ada buat kids’ game room, karaoke room ke, lagi canggih. Buat masa ni, selain swimming, takde banyak aktiviti lain yang boleh dibuat di sini. But they do have a spa. Harga dia pun competitive dengan di luar.

I give this place a thumbs up, coz it made my family happy!

P/s: Jangan main air laut ya. Mak mertua dan adik ipar aku habis naik gatal-gatal badan lepas balik tu. Kebetulan memang diorang berdua aje yang sentuh air laut hari tu.