Sunday 24 June 2012

Motherhood Challenge #577: Planning a Birthday Party


Layla is turning 3 in about a month, and I’m planning a party for her.

Dan betapa ia sungguh memeningkan kepala.

Truthfully, aku adalah jenis-jenis mak yang tak berapa over-acting sangat pasal birthdays ni. Walaupun memang ada celebrate birthday anak-anak sejak umur diorang setahun, aku tak pernahla buat party besar-besaran. Sekadar buat kat rumah, ajak family and friends yang paling rapat sahaja. Birthday Ilhan hari tu nampak macam besarla sikit, berkhemah-khemah bagai, sebab aku tumpang potong kek pada majlis bertunang adik iparku, Ijah. Hehehe…  

Bagi aku there’s no point buat party hebat-hebat sedangkan anak tu belum paham apa-apa. Macam Ilhan hari tu, terpinga-pinga je. Kakak dia yang lebih.

Sebab tu kali ni, party ni aku rasakan penting, untuk Layla dan juga aku. Untuk dia sebab dia dah paham apa itu ‘birthday party’, serta apa yang patut berlaku dalam sesebuah birthday party. Untuk aku sebab aku rasa bersalah dan kesian dekat dia kalau aku tak buat party untuk dia di kala dia sudah faham apa itu birthday party. Tengok gaya dia masa party Ilhan hari tu je cukupla. Orang nyanyi happy birthday untuk adik, dia yang tersipu-sipu…

So anyway, planning a party with limited (monetary) resources is another challenge altogether.

My first choice is an outdoor party, tapi weather unpredictability membuatkan aku dengan berat hatinya terpaksa melupakan idea itu. Kalau tidak, memang senang sangat, depan rumah Mama dah sah-sah  ada padang permainan. Tasik Kiara pun ada.

So now I have to resort to other (more expensive) plans. Expensive? Yes, indoor children’s parties are expensive!! Antara calon-calonnya ialah birthday party packages dekat fast food outlets seperti KFC, McD dan sebagainya, atau party di indoor playgrounds untuk kanak-kanak seperti YuKids, Kidzania dan sebagainya. Botaklah bapak kau, anakku.

Aku bukannya tak consider nak buat party kat rumah, tapi ruang takde. Jemputan dalam 50 orang, kat mana aku nak sumbat? Takkan nak sewa khemah? Pastu aku malas nak handle sendiri party games untuk budak-budak. Dah kena upah clown ke, magician ke, tukang bentuk belon ke pulak… Ish ish. Ini baru birthday party ke-3. Belum kenduri kahwin dia.

Di kala-kala beginilah aku selalu terfikir, kalau aku ada income tetap sendiri kan bagus. At least untuk benda-benda remeh, yang tak penting tapi masih tergedik-gedik nak buat ni, aku boleh guna duit sendiri. Tak payah menyusahkan suami. Sebab apa, mengikut nafsu keibuan aku ni, macam-macam aku dah berangan. Kalau boleh sewa stadium, Stadium Bukit Jalil aku sewa bagi diorang berparti puas-puas.

Macam mana nak plan ni? Party yang happening untuk 50 orang tetamu tapi di bawah RM500? Termasuk hiburan untuk kanak-kanak ya. Kalau untuk orang dewasa je, RM500 tu kacang goreng je. Hiburan untuk kanak-kanak tu ialah keyword yang menyekat kepala aku sekarang ni.  

Semoga datanglah ilham kepadaku secepat mungkin. Atau, lagi best, datanglah duit yang banyak kepadaku. Amin. 

Sunday 17 June 2012

Post Eurotrip


So…. The trip is finally over. It’s back to reality for both of us.

Ilhan decided to give us a huge dose of reality the day after we got back. Agaknya dia dah simpan lama dalam hati. Bila kami balik aje, dia terus buat perangai sungguh-sungguh; sepanjang hari dia mengamuk, melalak, menangis, menjerit. Mak, Ayah, Mama and Abah yang tengok perangai dia geleng kepala aje. Kata diorang, sepanjang kami takde dia punyelah baik, senang sangat nak jaga. Ewah ewah Awang! Dendam ye? Heheh… Marah betul dia kena tinggal.

Layla Alhamdulillah, okay. Ajak balik rumah Mutiara pun okay aje. Mak cerita, sepanjang kami takde tu dia tak pernah tanya pasal kami secara direct. Tapi dia berkias-kias. Sekali-sekala dia akan tanya, “Dekat Europe tu ada toilet tak, Nenek?” atau “Europe tu jauh ke?” atau masa diorang bawak dia pegi main dekat taman, dia tanya, “Europe tu dekat sini ke?”. Sungguh, sebak aku dengar, walaupun masa tu aku dah balik. Jenuh menelan-nelan air liur menahan sebak dan terkebil-kebil mengeringkan air mata yang bergenang. The fact that dia cuba untuk stay macho, tak nak tanya pasal Mama dan Ayah, tapi masih teringin nak tahu… Oh, sayu hatiku.

Mak kata ada sekali kami ber-skype dengan diorang (masa dekat Florence), right after that Ilhan terus mengamuk, susahnya nak dipujuk. Kesian bila pikir balik. Yalah, dia nampak kami dekat skrin, tapi lepas tu takde pulak. Nak tanya tak reti, orang explain pun dia tak paham. Aduhai, itulah kalau tinggal anak kecik-kecik. Insya-allah lepas ni tak buat lagi… Kecuali kalau menang trip ke Europe lagi. Ahahahahah….

Expenses wise, Alhamdulillah, kami cuma guna RM5,000 yang menang tu aje. Kalau ada guna duit sendiri pun, cuma untuk preparation sebelum pergi, beli begla, baju la ape semua, dan lengkapkan keperluan anak-anak sebelum tinggalkan diorang. Yes, I admit I would have preferred to spend more freely in Europe, buy better gifts for our family, buy more souvenirs for our friends, buy more stuff for ourselves! Hakikatnya, pegi sejauh itu, aku cuma beli untuk diri sendiri beberapa fridge magnet, 1 cow bell key chain, satu set underwear Marks & Spencer (yang harganya murah banyak berbanding di Malaysia), 1 jam kaca Murano dari Venice dan 1 pashmina. Selain jam tu yang harganya €12, yang lain semua di bawah €10. Husband pulak hanya beli sehelai T-shirt, 1 Swiss knife kecik dan 1 topi capitano Veniezia tu. For kids, hanya 2 helai t-shirt seorang dan 5 bar coklat Swiss.

Sebab tu, kalau ada yang membaca di sini, dan kalau ada yang berkecil hati sebab tak dapat apa-apa dari sana, aku minta maaf banyak-banyak… We wish we could buy everything for everyone, tapi that was impossible.

What I wish I had bought more of? The pashmina… €5 je satu, menyesal tak beli lebih! More T-shirts, for myself, husband and for family members. Sungguh, kalau aku tahu barang dekat Switzerland dan Paris semahal itu, I would’ve bought all T-shirts and souvenirs dekat Italy. Barang dekat Italy murah sebenarnya. Cost of living dia lebih kurang kita. Bezanya, berbelanja dalan Euro dan bukan RM. I wish I had bought the cute capitano hats for the kids sebab diorang suka sangat topi tu, especially adik. The Murano watches, untuk my sisters. Swiss knives for Faizal, Abah and Ayah. Dan yang paling aku terkilan sekali, I didn’t get anything for Kak Gayah. Tak sangka pulak Kak Milah nak balik kampong right after aku balik sini. Kalau tahu, mesti aku beli 1 cow bell tu untuk dia. Benda tu sangat meaningful untuk kami…

Anyways, seperti yang telah aku katakan kepada husband masa dekat sana, holidays are addictive. After this, we’re gonna want to do this again. This is bad, really bad. And I’m so right! Sampai aje balik, kami gatal tangan bukak-bukak website Trafalgar tu. Pastu hati panas, sebab dah confirm la tak mampu. I was content with holidaying all over Malaysia before, but now, that’s not gonna be enough. Damn! Kena cari job banyak-banyak supaya mampu.

Do I miss Europe? Yes! The weather, the food, the architecture… Am I glad I’m home? Yes! I can’t bear being away from my kids any longer. What did I enjoy the most? Oh, susah nak jawab. At every city I had something I fell in love with. In Rome it was the history, in Florence it was the hotel, in Venice it was the shopping, the whole atmosphere of the city and Burano Island. In Lucerne it was the weather and the scenery. In Paris it was the Lebanese galette. Heheh.. I just wish we got to experience Paris by night. Tapi aku redha, susah untuk mengalaminya sebab malamnya terlalu lewat. Maghrib pun dah hampir 10 malam, susah untuk kami bergerak ke sana ke mari selewat tu. Bahaya pun ya.

Where do I want to go next? Austria! I’ve always wanted to go to Austria. Tapi untuk adil, team mana yang kalah final Euro, kita pergi ke negara itu. Ahahahah… Kenapa yang kalah, bukan yang menang? Sebab Esther ada cerita hari tu, sebaik sahaja Italy menang World Cup, kos tourism dia meningkat sangat banyak. Harga barang semua naik. So I’d expect the same from this one too. Hehehe…

A lot of things were unexpected; some good, some bad. The optional excursions were sort of unexpected. We found about it just days before leaving. We thought the RM5k was only for food and souvenirs, but more than half of it went to the excursions. We didn’t expect to enjoy the company of our tour members. They were really cool! (Almost) everyone went along with each other, everyone was punctual ALL the time. Seriously, Esther was so impressed! I had some good food while we were there: delicious baked fish a few times in Venice, great pesto pasta in Florence, daily dose of super good croissants loaded with butter. Didn’t expect Paris weather to still be so Spring-y. Cold! And the Business Class surprise was the cherry on the cake!

All in all, it was a great experience. The highlight of 2012, and possibly my life. Alhamdulillah atas rezeki ni. And thank you Sayang, for taking me with you.

Friday 15 June 2012

Europe: Last Day and The Journey Home


Day 10

It’s our last day! Cepatnyaaa masa berlalu…

The rest of our group mates will continue on to London. Kami pun tak pasti kenapa travel agent kami belikan flight tiket kami untuk fly out from Paris. Frustla jugak tak dapat pergi sampai London, tapi apa boleh buat, holiday free, tadah aje. Only a bunch from the group yang ends at Paris, among which are Ron and Carol, Wayne and Peter, Marie, Herman and Bev…

Today is also the only day we get to sleep in. Hari lain semua by 8 dah siap dalam bas. Tapi husband pagi-pagi buta dah bangun, semangat nak turun jumpa Esther. Bukan apa, kena pergi bayar tip. Tip? Yup, tip. Dalam write-up daripada company tu dah siap tertulis mengenai Gratuity: If you are satisfied with the services of your travel director and driver, you are encouraged to pay them gratuity…bla…bla… Siap tulis harga lagi, sehari seorang kena bayar berapa. Kalikanlah dengan berapa hari trip tu. Memang semput kejap aku bila kira. Dalam Euro memangla nampak sikit, tapi bila kali dalam RM, telan air liur aku... Kalau ikutkan hati aku, aku tak nak bayar full. Bukan nak berkira, tapi mahal tu beb. Sama harga dengan sewa rumah aku sebulan dalam RM. Tip aje, kan? Gaji diorang mesti jalan jugak, kan? Huhuhu… Tapi husband insist on paying, and since it’s his money, I’ve got no more say. Plus, he is that kind of man yang takde tipu-tipu punya, and I love that quality in him…

Anyway, I slept in. He went down to see Esther dan dapatlah jumpa a few of our friends before they leave. Bila pikir balik later, menyesal pun ada tak turun sekali. At least dapat jumpa Celine, Lim, May Chow, Pei Yee dan Michelle. And maybe Kay and Tim.

We had a whole day of free time. Check out is at 12 but our flight is at 10.25 tonight at Charles De Gaulle airport. The transport that’s going to take us to airport is arranged to fetch us at 5pm.

Kami turun breakfast pukul 8, then masuk bilik and start packing. Try call Ron and Carol tapi no answer. Kami sepatutnya hang out together hari ni sebab kami akan ke airport sama-sama. A few times try tak dapat, kami turun check out pukul 11, hoping to run into them dekat bawah. Takde jugak. Figured they must have checked out early and went out, kami pun decide nak ke downtown Paris semula. Took the shuttle car to train station, took the train to Paris.

It was so disappointing to find out that most shops are closed on Sundays in Paris. So kami berjalan-jalan tanpa arah tuju. Hanya kedai-kedai di Champs Elysees aje yang bukak, dan kedai-kedai itu juga berada di luar kemampuan kami. Had lunch at the same Lebanese eatery we ate at yesterday. The weather was really cold today, mendung je, berangin. Nak ambik gambar pun dah takde mood. So in the end at 3 kami gerak balik hotel. Thankfully the whole group was there; Ron, Carol, Marie, Wayne and Peter.

Bersembang dekat lobby sampai dekat pukul 5, transport sampai so leave for airport. We got down at Terminal 1 and said goodbye to the rest. We still had 5 hours to go before flight time. Ish ish… menyangap! Dahla kedekut punya airport, Wi-Fi free untuk 15 minit pertama je. Lepas tu kena bayar.

Pergi semayang dulu dekat surau. Best tengok surau dia, sebab ramai orang. Ramai rupanya orang Perancis yang Muslim. Ramai yang berkulit hitam. Prayer room dia pulak dibahagikan kepada 3 bilik; untuk Kristian, Yahudi dan Muslim. Cool!

Aboard our plane at almost 10. It was raining heavily outside. Sesungguhnya aku sangat bersyukur sebab sepanjang perjalanan ni kami tak pernah tersekat dengan cuaca buruk. It did rain, but only on days we would be travelling on the bus. Esther sendiri gelarkan kumpulan tour kami “The Sunshine Group”. Amazing. Alhamdulillah.

Flight Qatar Airways QR0016 left CDG airport at 10.25pm. Great food again on board. Chicken breast in tomato sauce served with gnocchi and salad. Chocolate brownie as dessert. That’s my 1st gnocchi right there. Sedap! I could barely sleep again even though I was really tired. Felt really uncomfortable sebab the whole day dah berjalan, tak mandi, seluar dah ketat (ya, ya, saya gemuk dah!). Rimas!

Arrived in Doha at 5.50 waktu Doha. Cerah benderang dah. Macam 9 pagi. Cari surau qadha semua semayang yang terlepas smalam, then hang around menunggu connecting flight. Agak slow sikit pergerakan check-in ke penerbangan Qatar Airways QR0622.

When it was finally our turn, the lady keyed-in some details, looked at us, smiled and said, “I will upgrade you to Business Class.” What?! Kami katala, “No, we are on economy.” Dia jawab, “No, no. I upgrade you to business class.”Haa?! Sengih lebarla kami. Terima kasih banyak-banyak, kak! Just before we leave the counter dia cakap lagi, “Today is your lucky day!” Heheheh… It’s been a whole lot of lucky streak ma’am. It’s been a few lucky months, I’d say.

That's pretty much how our seats looked like. 
And I tell you, Business Class is AWESOME! I don’t think I can ever go back to economy! Kerusi dia terbaik! Boleh buat jadi katil. Peh! Siap ada gegar-gegar urut badan lagi. Meja dia ala-ala marble. TV skrin besar. Headset berkualiti tinggi. Dapat aksesori tidur; eyemask, ear plug and socks, lepas tu dapat pulak pajamas sepasang. Tak cukup tu, dapat vanity kit pulak. Lip balm, refreshing water and hand lotion berjenama Salvatore Ferragamo. Layanan pulak, wah! Tip top! Dapat hot towel, drinks are served in real water goblet. Yang macam kat hotel-hotel tu. Makan semua pun guna pinggan dan kutleri sebenar ya, bukan plastic. Siap ada menu lagi, boleh pilih nak makan apa. Breakfast aku makan roti-roti, fruit smoothie, fruit platter with honey yogurt, spinach frittata with steamed vege. Wah wah! Seluar makin ketat!

Lepas je makan terus tido, (sekaligus menyumbang kepada kegemukan lagi). 2 hours later baru bangun. The flight wasn’t so smooth. Throughout the way ada turbulence. But who cares when you’re in Business Class. Hahah. Makan 2nd round, macaroni and cheese pulak. Terbaiklah. Terbaik untuk tahap kalori badan yang bertambah. Hihih.

With all that luxury, penerbangan 6 jam lebih tu rasa macam singkat pulak. Arrived in KL at 8.50pm waktu tempatan.

I’ll have to say, the trip ended with a bang! Thank you Qatar Airways for upgrading us! I enjoyed every second of it!

Now I finally get to see my babies!!

Thursday 14 June 2012

Eurotrip: Paris


Day 9

We’re in Paris today!

Stereotype, again. :P
Lepas breakfast, first activity is sightseeing. Yakni bermaksud melihat Paris dari dalam bas. Frust jugakla sikit sebab belum sempat guide habis cerita pasal satu bangunan, dah sampai satu lagi lokasi bersejarah. Macam rushed sikit. Dan sometimes kami sendiri tak sure which building are we supposed to look at. Tapi satu yang aku suka, local guide dia tu sangat best. Lawak-lawak sarkastik, dan dia ceritakan sejarah dengan cara yang bersahaja dan mudah so that semua orang boleh relate. Selamba je dia kutuk English people depan-depan Esther yang dah sah-sah British. 

Dia bagilah kami chance turun bas amik gambar depan Eiffel. Itu je yang penting pun.

From there, siapa yang bayar optional tour ke Versailles stay on the bus, while those who don’t turun di situ untuk free time in Paris. Kami bayar for optional tour, so off we go to Versailles.

Ia adalah sebuah istana yang dibina oleh King Louis XIV yang menjadi istana rasmi Perancis sehinggalah kebangkitan Revolusi Perancis yang telah mengakibatkan Louis XVI dan Marie-Antoinette dihukum bunuh sekaligus membawa kepada berakhirnya legasi King Louis.

Strolling the garden in Versailles
The palace was huge, so was the garden and the history behind the whole place. But what struck me the most was the side most often overlooked by public. As usual, otak aku yang complicated ni suka nampak benda-benda di sebalik tabir. This time my mind centered on the queens of France. I mean, sejak kecik kita disogok dengan Disney cartoons and what’s it like to be a princess, to marry a prince, and to be a queen. All nice and glossy and sparkly and pretty.

But in reality, kehidupan diorang sungguh dreadful! Firstly, perkahwinan adalah satu kontrak pelebaran kuasa dan membina alliance sesame negara. There’s no such thing as marrying the person you love (unless you fall in love with person you marry. In which case, you are lucky.) Kedua, kau tak ada sebarang kuasa selain to sit there and look pretty. And you literally have to sit there because you can’t bear to stand so long, much less to walk around when you’re wearing a dress weighing 25kg. The whole country looks at you all day long, memerhatikan setiap gerak-geri dan bahasa badan, obviously sambil mengkritik dan mencari flaws. The minute you get married, the whole country waits for you to get pregnant as you are responsible to produce an heir to the throne. Imagine the pressure! If you produce female heirs (totally useless) or worse still, you can’t get pregnant at all, chances are high that your husband would go find a mistress. And well, the truth is, whether or not you produce an heir, your husband would still have mistresses anyway. He’s the king.

I was affected by that. Such injustice.

And then there was Marie Antoinette. Nama dia sering disebut-sebut sejak kami berada di Switzerland lagi (remember the lion statue?) Husband pun ada tanya, kenapa Marie Antoinette tu famous? Aku tak dapat jawab sebab I was never a history buff. Anyway, kini aku tahu dan aku ingin berkongsi.

The portrait of Marie Antoinette and her kids 
She was the wife of Louis the XVI. Guide tu cerita-ceritala pasal dia, kami masuk bilik dia, tengok pilihan hiasan bilik dia, diberitahu yang dia digelar Queen of Flowers. Fine. But one thing caught my eye. Gambar dia ni. 

Kata guide tu, dalam banyak-banyak queen, dia seorang yang insist nak dipotretkan bersama anak-anak dia. Dalam gambar tu ada 3 orang budak. Yang perempuan berada paling hampir dengan dia. Itu anak sulung dia, dan sangat rapat dengan dia. Yang kedua ialah anak lelaki, yang merupakan heir to the throne serta di ribanya seorang budak lelaki kecil, iaitu anak ketiga dia. Dekat belakang tu ada satu katil baby yang kosong. Rupanya dia ada satu lagi anak kecil, anak bongsu perempuan, yang meninggal sebelum lukisan tu sempat siap. Tak lama lepas tu anak lelaki dia (heir) pun meninggal. Tinggal dua anak dia. Bila Marie Antoinette dan King Louis XVI mati dibunuh semasa Revolusi Perancis, anak ketiga dia yang lelaki tu berumur 9 tahun. Sebab rakyat France takut dia bangkit membawa system beraja kembali, dia dimasukkan ke penjara. Dua tahun lepas tu dia meninggal. Tinggallah anak sulung yang perempuan, yang dianggap tiada threat kepada negara tetapi masih ada value. Jadi dia dihantar ke Austria (tempat lahir mak dia) sebagai pertukaran kepada tawanan-tawanan Perancis di sana. Sebak sungguh aku dengar kisah tu. Sungguh. Bergenang-genang air mata aku.

Bayangkan perasaan ibu yang kematian anak-anak. Bayangkan perasaan anak-anak yang ibu bapanya mati dibunuh. Bayangkan perasaan anak kecil yang dipenjara. Bayangkan perasaan seorang anak yang sebatang kara, kehilangan semua ahli keluarganya dan dihantar ke negara lain. I can’t bear it…

Ehem…

Eh, meleret-leret pulak kali ni.

Well, lepas ke Versailles tu kami dihantar balik ke Paris. We did our own thing sampai petang. Ate at a delicious Lebanese eatery yang menjual galettes; macam kebabla jugak sikit. Eh, sedap btul! Beli 1 galette with shredded chicken and 1 galette with minced meat. Masing terngiang-ngiang di lidahku!

Belila souvenir-souvenir sikit. Kedai berjenama yang kami masuk hanyalah Marks & Spencer. Ada 1 couple approach kami mintak tolong masuk LV belikan barang untuk diorang sebab katanya setiap customer ada limit berapa item yang boleh beli dan diorang dah exceed limit. Mintak maaflah ye, tak dapat tolong. Orang yang beratur kat luar LV panjang berjela. Entah apa yang digilakan. Aku tengok tak lawa pun. Semua corak sama, pattern macam makcik-makcik. Oopps. Personal opinion aje. No offence. J

Jauh kami berjalan kaki pusing Paris tanpa arah tuju. Baca peta pun tak berapa paham. So jadikan Arc de Triomphe serta Champs Elysees sebagai landmark dan berjalan ajelah. Dekat pukul 5 baru gerak balik naik Tram. Sesat sebentar sebab instead of turun kat station La Defense Grand Arche, kami turun di Esplanade de La Defense. Rugi lagi €3.40. Sampai di station yang betul, tunggu free shuttle car dari hotel, balik. Terus bertapa dalam bilik, dah malas nak keluar. Enough excitement for one day.



Malam makan Maggi aje. Hehe.

Wednesday 13 June 2012

Eurotrip: Journey to Paris


Day 8

We leave Lucerne today. And aren’t we glad we did, because it rained! Can you imagine just how freezing it would be like to go up the mountain today?!

Our journey of 11 days, marked.
And it’s a long, long drive, only stopping a few times at rest areas to go to toilet and have lunch. Most of the time duduk jela, melengung dalam bas. Tidur-tidur sikit, tengok pemandangan, baca buku…

Throughout the journey lancar je, but as soon as we reach Paris, which was at about 4.30pm, we got stuck in traffic jam. Ugh! Sampai Hotel Mercure La Defense 5 at 5.30. Kami boleh terus settle for the night sebab kami tak pilih untuk pergi River Seine Cruise tu. We were tired anyway.

The room this time was… well, just okay. Small. Very small. Barely had any place to put our bags and untuk semayang. Toilet pun basic. Thankfully ada unlimited wi-fi, although if you really think about it, it’s not entirely unlimited since they limit you from using any VoIP. Tak dapatla nak ber-skype dengan anak-anak.

Rest for about an hour, and then we went out to find dinner. Satu good thing pasal hotel ni ialah it’s situated in a business area, so we can find all kinds of food around the area. You name it, Chinese, Thai, Japanese, Italian… and we found a Turkish restaurant, Halal. Alhamdulillah. Orderla kebab segala. Tapi malangnya aku tak enjoy sangat sebab ayam dia bukan entirely chicken breast, dan aku hanya boleh telan chicken breast. Any other chicken part makes me wanna puke. Sorry!

Settled for the night at around 10.30. Husband bengang sebab takde channel yang show Euro. Huhuhu.

So we are finally in the last city of our trip. I can’t believe how fast the time flies; it’s almost dreamlike. I’m now nervous about going back. Aku tau betapa senang dan selesanya the kids have settled into a routine with our parents back in Malaysia, and how everything is so exciting as they get to rotate between both homes every other day. Aku tahu Layla akan sangat-sangat bising tak nak ikut kami balik Mutiara nanti, sebab it’ll all be boring. She’ll be stuck all day with just mama and adik. Mama selalu marah-marah. Tak ada orang nak layan dia main non-stop. Ah… Nervousnya aku!

Adik pulak have grown so comfortable. I heard he’s only been waking up once for milk every night. He’s been sleeping in aircond. Alamak! Risaunya! Kalau dia dah tak selesa tidur kat our house camane? Kalau aku dah tak larat nak dukung anak sendiri camane? Tengok dalam gambar, Ilhan macam dah membesar dengan jaya je! Ahahah…

And myself? I’m not even back home and I’m already suffering from post-holiday syndrome. I’m gonna miss my uninterrupted sleep, life of leisure and fun. Hahaha. Lama beb aku meninggalkan kerja-kerja memasak, mengemas, membasuh pinggan, menyidai dan melipat baju, membasuh berak anak, memandikan anak, membuat susu anak. Ho! Ho! Ho!

 Bila belek balik gambar-gambar trip ni, macam aku dengan husband pergi berdua je pulak. Berapa kerat je gambar kitorg dengan trip members yang lain. Katak bawah tempurung sungguh! Hahah. Tapi aku friendly la dengan diorang. Tak ambik gambar sama-sama je…

Tuesday 12 June 2012

Eurotrip: Lucerne-Mount Pilatus


Day 7

The view from right outside our hotel
Breakfast as usual and ready to board the bus by 7.45. First activity for today is menaiki bot ke sekitar Tasik Lucerne (The Lake of Four Forests). Sejuk gedi! Hari ni barulah berbungkus sakan. Jaketnya, pashmina lagi. Wah, winter abislah kengkonon. Viewnya, Masya-Allah! Cuaca perfect, pemandangan sangat cantik. The whole boat ride was an hour, dan kami turun di kaki Mount Pilatus, where we next rode the cog-wheel train up the mountain. Memang hebatlah train tu sebab gunung tu curam sungguh, steady je dia naik. It’s something like Bukit Bendera, but way, way higher. How high? Well, when we almost reached the peak, kami mula jumpa salji di situ. That’s how high and how cold it was. Tapi amazingly, gunung tu jugak menjadi training spot untuk orang yang nak naik pergunungan Himalaya. Punyela ramai kami jumpa orang yang mendaki gunung tu. Fuh! Respect!
The view from the cog-wheel train

Ish, cantik sungguhlah kat atas tu. I mean, words can only describe so much, and I am not overly articulate anyway. Apa yang boleh aku katakan ialah beautiful, amazing, breathtaking, awesome, dan perkataan-perkataan yang sewaktu dengannya. Especially since kami sungguh beruntung sebab cuaca clear aje sepanjang dekat sana. Esther sendiri cakap that is quite unusual for Switzerland. Aren’t we a lucky lot?

Puas amik gambar, minum dan makan sikit dekat kafe dia: sepinggan baked baby potatoes dengan secawan hot chocolate. Nyaman sekali! Then, at 10.55 semua naik cable car untuk turun ke bawah. So kami dapat experience both; cog-wheel train and the cable car. Duduk satu cable car dengan Kay and Tim.

The view from the top of Mount Pilatus
The bus then sends the rest of us yang tak join folklore lunch (optional excursion) ke bandar Lucerne. Kami hanya akan dijemput balik pada jam 5 petang. Ada 5 jam lagi tu masa tu. First sekali masuk Bucherer dulu sebab kami semua diberi voucher untuk redeem sudu percuma sorang satu. Sempatla tengok barang-barang yang diorang jual – barang-barang yang menjadi trademark Switzerland; jam, Swiss knife, jewelries. Orang semua kata murah ek? Aku tengok hampir muntah darah di situ. Ada satu jam on display tu, harganya Chf125,000, bersamaan lebih kurang RM375,000. Dapat sebijik rumah nok!

Lepas tu round bandar Lucerne. Cam biasalah, mencari makanan adalah satu aktiviti yang stressful kepada kami berdua. Penat berjalan, lepak tepi tasik makan biskut. Hilang penat, berjalan balik. Kami decide untuk pergi train station sebab kalau ikut teori train station tu tempat tumpuan ramai orang dan biasanya daripada golongan kelas pertengahan dan bawah. Aku bajet adalah makanan murah, dan mungkin juga makanan berbilang bangsa. Kali ini instinct kami tepat. Food ada, walaupun makanan Italy dan hanya untuk take-away, tapi price okay. Supermarket pun ada so stock up on bread and butter for later.

Pergi tepi tasik untuk menikmati makanan kami: Spinach and ricotta ravioli in tomato and basil sauce serta suku potong pizza. Dap! First time ni aku makan ravioli. Hilang kempunan.

Off topic sikit: Serious, aku yakin yang aku dah gemuk sejak start trip ni. seluar aku ketat wehhh. Tang perut! Hadoiyai! Dahla dah hitam, gemuk pulak. Sadis!

Anyway, lepak tengok orang lalu-lalang sampai bosan, pergi jalan-jalan cari souvenir. Belila coklat dalam 15 bar. Oh, dan aku juga dapat membeli cow bells macam yang Raj letak kat lembu sebelum keluar lagu Tujhe Dekha… dalam citer Dilwale. Boleh? Ahahhaha… Kecik je aku beli. 1 for me and 1 for Kak Milah, sebab hanya kami berdua je yang faham simboliknya. Dan, still slightly related to that, dekat sini ramainyalaaaa Indians! Sungguh, aku rasa filem Bollywoodlah penyumbang kepada hakikat tersebut, sebab sejak zaman-berzaman diorang suka shooting kat Switzerland. Kalau bukan whole movie pun, satu lagu mesti ada jugak. Aku hoping jugak jumpa pelakon Bollywood, tapi no luck. Ahahah.

Beli aiskrim seround sementara menunggu pukul 5. Tepat pukul 5 balik bilik. Husband kata nak tidur kejap, pastu baru nak keluar picnic tepi tasik, makan roti. Tapi belum sempat apa dah hujan lebat. Angin punyalah kuat, sungguh menakutkan. So we stayed in the room till morning; packing and all. Leaving Switzerland tomorrow.

Tau tak apa yang aku rasa since coming on this trip? Aku rasa nak cari balik SEMUAAA movie yang pernah aku tengok yang melibatkan SEMUAAA tempat-tempat yang aku dah pergi ni, dan do a movie marathon. Maybe I should get my sister to help with that. Heheheheheheheheh… 

Monday 11 June 2012

Eurotrip: Verona-Lucerne


Day 6

We leave Venice, and Italy, today.

Ada surat!
First stop, at around 9.30, was in Verona. Ini ialah lokasi rumah Juliet Capulet, heroin cerita Romeo and Juliet tu. Kami dibawa melawat balcony bilik dia, tempat di mana Romeo telah panjat untuk ayat si Juliet ni. Tengok dari bawah je. Nak masuk dalam kena bayar. Siapa yang pernah tengok cerita Letters to Juliet, diberitahu di sini bahawa memang ada surat-surat yang orang selit dalam dinding dekat situ. Tapi satu lagi realiti yang tak ditonjolkan dalam filem tersebut ialah dinding-dinding dekat situ habis diconteng oleh para jiwang karat dari seluruh dunia. Semua nak immortalize nama diorang dan pasangan dekat situ. Yang aku tak paham tu, kenapa Romeo and Juliet dijadikan simbol cinta sejati? Semua orang tak tahu ke yang sebelum sempat apa-apa Romeo dan Juliet tu dah mati bodoh-bodoh je? Hahah.

Strolling in Verona
The journey continues and we stop at a rest area after passing Milan untuk lunch. Beli pasta tomato sauce dan seafood risotto. Then the journey continues again, and at around 3 kami melintasi sempadan Italy memasuki Switzerland. Serta-merta pemandangannya bertukar. Subhanallah, cantiknya. Gunung, sungai, tasik. Jalan raya dia sendiri kurang sibuk dan ada banyak terowong. Kami turut melalui terowong San Gotthard yang terpanjang di… errr… Eropah? Dunia? Alamak, I wasn’t paying attention to Esther. Anyway, it was 17km long. Dahla satu lane aje each direction. Aku terfikir, kalau jadi apa-apa dalam tu macam mana? Elok je keluar dari terowong tu baru Esther cakap, “I didn’t want to say this earlier but a few years ago a truck caught fire in the tunnel. Quite a few people died from inhaling the fumes.” Ya, baiklah. Huhuhu.

Pagi tadi masa terserempak dengan Esther kami tanya dia, how long is the journey today. Dia kata, “We would reach Lucerne at about 4.35.” Wah, sangat precise. True enough, when the first of Lake Lucerne came into sight, it was 4.25pm. That’s pretty accurate to me. Masuk ke town untuk ambil gambar dekat lion statue yang menjadi symbol dan penghormatan kepada askar-askar Swiss yang tewas dalam mempertahankan Marie Antoinette. After that straight to Postillion Hotel.

Okay, when it comes to this hotel, aku sedikit disappointed. I mean, I know the location is superb. It is right by Lake Lucerne, and the view is amazing. Tapi berbanding 2 hotel yang sebelum ni; Novotel dan Antony Palace, yang ni kekuranganla. Where do I begin? Tak ada jag, naturally. Tak ada bath tub. Tak ada karpet (which I find totally unacceptable memandangkan kawasan ni sejuk giler). Tak ada wi-fi. Tak ada extra pillow. But, okay, I’m gonna stop complaining now.

Special meal request
Dinner at 6.15. Again, everyone was served pork so kami dapat fish. Sekali lagi makan semeja dengan pork. Well, just play it cool. I mean, kalau nak berkira sangat, jangan travel ke negara oranglah kan? We do our best to follow our religion, which is why kami buat special request kepada Esther, “No pork, alcohol, meat and poultry”. Other than that, everything is no longer within our control. Kalau nak yakin bersih, kenalah bawah periuk belanga pinggan mangkuk sudu garfu dari rumah sendiri.

Duduk semeja dengan father and daughter, Deb and Herman, from Tasmania. Like many of our groupmates we spoke to, diorang pun akan continue holiday untuk 2 minggu lagi – ke Holland. Seronok dengar. Macam masa sembang dengan Wayne and Peter, father and son, hari tu. Diorang akan continue lagi 2 minggu travel all over France and then to Turkey I think. Diorang boleh cuti lama sebab in Australia, if you have stayed in 1 company for more than 10 years, you get long service leave, which is for 3 months. You get to use up the 3 months as you please throughout your service there, dan itu tak termasuk dengan annual leave selama sebulan. Kenyang nok; pegi holiday, gaji jalan.

After dinner we went for a walk a little bit by the lake. But then it started raining so masuk bilik, mandi-mandi terus tido. Bangun balik semayang aje pukul 10 tu, then sambung tido balik. Sejukkkk….

Sunday 10 June 2012

Eurotrip: Venice-Burano Island


Day 5

First activity this morning was to go into Venice. Kami confuse jugak sebab kami tak pilih untuk join Venetian Magic optional excursion tu, tapi bila sampai dekat jetty tu, water taxi dah menunggu. Sekejap tu Esther tarik kami ke tepi dan cakap, “You were the only ones not going on the Venetian Magic, so to make things easier I decided to pay this one for you.” Alamak, malunya aku! Tapi nak buat camane, budget memang lari. Seorang €68 untuk benda ni. So, tebalkan muka, cakap thank you jelah, tak?

We go through the Grand Canal, di kiri kanan ada all those old buildings; palazzo, as the locals call it. Superb. Aku yang kekurangan informasi ni barulah tahu, rupanya Venice tu pulau. Dan ia terdiri daripada 119 buah pulau kecik-kecik. Mode of transport dia dekat sana ialah bot. maka terjadilah konsep water taxi, water bus dan sebagainya. Polis, bomba segala pun naik bot.

Sampai je kat St. Mark’s Square, Esther bagi-bagi briefing sikit pasal kat mana nak jumpa semula pada waktu-waktu yang ditetapkan, then semua disperse untuk buat hal sendiri. Kami dah malas nak masuk church-church yang ada, so terus ke arah kedai-kedai. Dan di sinilah aku telah menjadi mental…

Venice, beautiful Venice.
Mental weh, tengok barang-barang dia. Masa dekat Rome, Florence dan all the places in between aku biase je. Aku tahu the Lims dah mental masa kat Florence bila tengok designer brands. Diorang beli Prada, Gucci dan segala mak nenek sebab they’re about 40% to 50% cheaper than Malaysia. Tapi semua sedia maklum aku tak selera barang-barang camtu. Tapi dekat sini, oh oh oh! Aku jadi mental.

Apa yang me’mental’kan aku? Murano glass tu, yang kami pergi tengok kilang dia semalam, yang dibuat menjadi jam, loket, cincin, gelang, sepit rambut dan sebagainya. Particularly jam dan loket dia. Jam dia dari semalam lagi aku dah geram, tapi harga €50 tu buat aku tak pursue keinginan hati. Tapi kat situ €12 je. Apa lagi, nafsu membuak-buakler. Beli 4 – sajela beli yang mahal sikit untuk Mama, Mak dan Kak Dila sebab diorang dok jaga kids sepanjang aku takde. Pastu beli loket 3, untuk Ijah, Lyah and Ikin.

Pasar! Nak masak!
Tak cukup itu, jumpa pulak pasar basah dia. Dah lama aku mencari baru kini kutemui. Dan, sesungguhnya benda yang paling aku teringin sekali hari ini ialah membeli semua sayur-sayuran tersebut dan balik masak. Geramnyeeee aku tengok semua; especially tomato dia. Sebab cuaca sangat panas, husband beli topi kapten kapal satu untuk dipakai. Didn’t expect that to become a hit. Our groupmates as well as the workers in the restaurant we went later were all commenting on it, and calling him, “Capitano! Capitano!” Hahah.

Burano Island against blue skies.
Anyway, at 1pm kami berkumpul di jetty sebab we have signed on to join the optional tour to Burano Island. Mahal sikit yang ni; €68 sorang, tapi aku rasa macam pernah terbaca somewhere kata pulau tu sangat cantik so aku mintak kat husband nak pegi yang ni. The boat ride was about 40 minutes, and true enough, when we arrived I fell in love with the island. Bangunannya dicat berwarna-warni, pekan Burano tu sendiri terpisah oleh terusan kecil yang dibarisi bot-bot kecil yang ditambat di kayu. Tenang, damai, nyaman. As Celine and Magnus pointed out, even the air there smells fresh. Tak macam sesetengah pulau yang airnya berbau ikan atau bau laut yang busuk.

Lunch was included with this trip, so dapat makan besar hari ni. Everything seafood based so kami dapat makan semua. Fish pate with crackers, fish lasagna, seafood risotto, baked lemon fish and salad. The surprise of the day was me enjoying the fish pate. Selama ni bila tengok dalam TV bila sebut fish pate je aku terus putus selera sebab tuna dalam tin pun aku tak boleh bau. Tapi yang ni takde bau dan rasanya langsung tak hanyir. Sedap! Dan hari ini dalam sejarah, pertama kali rasa risotto. I would’ve liked it better kalau tak ada udang dalam tu. But my husband truly enjoyed this lunch.

Ada sikit masa lagi sebelum gerak balik so strolled through the island. Seriously, I fell in love with it completely. Sayangnya bila balik belek gambar-gambar yang dah ambik baru sedar yang kami tak ada gambar berdua kat sana. Lupa nak mintak orang amikkan. Sedih!

By 6 dah on the way ke hotel, singgah mall depan hotel sebab kena beli lotion. Muka berkerak dah nok! Mengelupas sana-sini. Kulit tangan kaki semua kering. Muka memang cun abislah, dalam tudung putih, yang terdedah kat matahari dah bertona-tona lebih gelap. Kena beli Garnier ni. Hahah.

Dinner malam ni sadis lagi. The rest of the group were served pork, so duh! Dah sah-sahlah kami tak boleh makan. So kami dapat pilihan omelette atau tuna salad. Aku ambil omelette, husband ambil tuna salad. Telan ajelah. Aku usahakan untuk tak berfikir pasal makanan kawan-kawan lain, tapi memang sejarah hidup jugakla, first time makan sambil dikelilingi pinggan-pinggan berisi pork. Uhuhu. 

Saturday 9 June 2012

Eurotrip: Classe-Venice


Day 4

Today we leave Florence and head to Venice. Hujan aje sepanjang jalan, menambahkan kedinginan suasana serta kadar kesesakan lalu lintas. Lepas 2 jam lebih on the bus, kami sampai di Classe, just a stop untuk tengok satu gereja. Seriously, aku dah lost track of the many churches that I’ve seen in this trip, and as much as I’d love to share every little detail of the places and buildings I’ve seen, I just can’t remember what the name of the church was. Had a simple lunch of cheese, lettuce and tomato sandwich dekat kafe tepi church tu. It was still raining.

Perjalanan diteruskan pada jam 12.15 tengah hari and we had one stop in between. Esther believes in stopping every 2 hours or so, so everyone can go to toilet and stretch their legs. Plus there’s this rule in Italy that says semua kenderaan pengangkutan besar macam lori dan bas kena berhenti a specific ampunt of hours every day for the driver to rest. Semua kenderaan yang berkenaan ada chip dia sendiri dan boleh dipantau pihak atasan. I find that law brilliant in order to reduce the number of road accidents. We all know how Malaysian bus and lorry drivers push themselves to cover as many trips as possible sebab mereka dibayar per trip, but them being tired dangers everyone else, not just themselves.

Anyway, kami akhirnya sampai di Venice pada jam 3 lebih petang. The initial plan was to go on the Venetian Magic optional excursion (which we opted not to go; terpaksa sacrifice some things due to financial constraints.) Tapi disebabkan it was pouring, and it won’t be fun going on boat rides in the rain, Esther arranged for us to go watch the glass blowing demonstration today instead. I was looking forward to that.

Tengok sambil telan air liur
Naik bot dari tronchetto pergi ke small island yang menempatkan kilang pembuatan kaca Murano. Oh, memang best tengok diorang buat kaca tu. Everything hand made, every piece unique, wonderful colors and shapes, RIDICULOUS prices! Hahaha. Sekali lagi aku tengok-tengok, telan-telan air liur sikit. Pastu balik. Sambil menunggu bot (dalam hujan), Aunty Rosalba dari New York ni datang payungkan aku sebab kami takde payung. Sempatlah sembang-sembang.

Toilet yang akan kurindui bila pulang nanti
Right after that we head to our hotel; Antony Palace Hotel Marcon, situated about 15 minutes outside Venice. This hotel is even better than the last one! Baru buka dalam 3 tahun. Nice room, although not as big as Novotel Firenze. Toilet dia bestttt! Shower head dia terbaik; rain shower. Good water pressure. Huge bath tub – much bigger than any tub I’ve seen in all hotels I’ve been to before. But no coffee and tea making facilities. Oh well, you win some, you lose some. And of course, the most important criteria of them all – very fast wi-fi connection.

Dinner was at 7. We Southeast Asians sat together at one table; the Lims, Celine and Magnus, and aku and husband. First course was spaghetti ala pomodoro (spaghetti in tomato sauce), followed by fried lemon fish with steamed French beans and chips, ending with ice cream cake. That was a good meal, semua happy, bergelak sakan mengutuk orangla, apela. The Lims dok complain pasal pesto pasta yang kami makan kat Florence tu. Diorang kata tak boleh telan, tak tahan bau basil. Memang sungguh-sungguh tak sukala. Sengih je aku, sebab that was my favorite so far. Hihihi.

 Naik bilik 9 lebih tu, semayang-semayang terus tido. Aku terfikir pasal local Muslims kat sini bila cakap pasal waktu semayang. Subuh dia pukul 3.15 camtu. Matahari terbit dalam 5.30. Zohor pukul 1.30 camtu, Asar 5.30 lebih, Maghrib almost 9, and Isyak 11 lebih! Okay, cuba bayangkan bulan puasa nanti. Peh! Tak kelakar beb! Bersyukur aku jadi warga Malaysia.

Wednesday 6 June 2012

Eurotrip: Pisa-Florence


Day 3
So it is to Pisa today. Aktiviti ni sebenarnya ialah satu optional excursion. What that means is that it’s not included in your basic package, and if you want to go you have to pay extra. Hmmm…

Nak tunjuk sejauh mana condongnya ia
Masa kami dapat itinerary untuk trip ni, about a week before the actual trip day, kami terkejut tengok ada konsep optional excursion ni. Bukan apa, kebanyakan tempat best-best semua termasuk dalam optional. Nak membayar pulak tak kelakarla kan? Bila kira balik kalau kami nak join semua excursion yang ada, it would cost us dalam €800 lebih SEORANG. Heheh. Balik Malaysia, makan pasirla. So kami pilih-pilih yang mana yang betul-betul matter to us aje. This Pisa trip cost us €40 each.

The journey to Pisa was about an hour. Sampai sini, kiri kanan jalan penuh dengan gerai jual souvenir. Tengok harga dia pun OK. Yang aku suka sebab penjualnya Bangla-bangla lagi. Bolehla nak tawar-menawar.

Anyway, the leaning tower was beautiful. It is a separate bell tower untuk gereja yang ada dekat situ sebenarnya. Dan dia punya lean tu memang obviousla. Photographs just don’t do justice to the actual thing sebab dalam gambar memang tak berapa nampak darjah kecondongan dia tu. I’m happy we got to see it with out own eyes.

Aksi stereotaip di Pisa :P
Dekat tower tu kejap je, pastu apa lagi, bagi bisnes kat Bangla la. Hahah. Beli fridge magnet, cam biasa. Ada kedai kebab halal kat tepi tu so husband beli bekal untuk lunch. Aku tak nak sebab mulut dok teringin pasta dah banyak hari belum dapat. Kat luar kedai kebab tu ada pokok-pokok lavender. Excited aku, first time tengok live. Bau dia memang sebijik sama macam botol essential oil! Aku petik sekuntum simpan dalam beg. Ada rezeki nak balik tunjuk Mama. Heheh. Sempat beli pashmina, 3 helai €10.

After that we head to Florence for 2 hours, just untuk jalan-jalan. Kami plan nak cari kedai makan. Berjalan punya jauh sampai station Santa Maria Novella, tapi langsung tak jumpa kedai yang meyakinkan sket. Dahla lapar, kaki melecet, penat. Memang hangin jela. Paling-paling pun aku jumpa macam some organic exhibition, jual fresh produce. Kiri kanan depan belakang jual cheese dan babi. Boleh? Hahah. Tak pernah aku tengok daging babi sebanyak tu seumur hidup aku. Berbagai-bagai jenis pulak tu. But we found a stall selling veges and fruits. Beli sebekas strawberry, makan sambil jalan. Manisssss sangat. Best strawberries I've ever tasted! Last-last balik bodo je, makan Maggi. Hahah. Dapatla aku makan Maggi idaman.

Sampai je bilik terus Skype dengan kids, Mama and Abah. First time tengok diorang since we left. Cam biasa, aku kebanjiran lagi. Letihla, jiwa selembut kapas ni. Ahhah. They seem okay. The rest of the day lepak bilik je sebab kami tak join optional belah malam; dinner di restoran dekat Tuscan hillside. Sound heavenly, but it was too expensive for us, plus we probably won’t have anything to eat anyway. Kalau kaki minum wine memang berbaloila. Free flow.

Our pasta dish
Pukul 8 camtu kami keluar cari restoran. Ada satu je pun. Tutto Bono. Bangunan bentuk kotak yang tinggi, terletak atas 4 tiang. Seriau jugak tengok. Order pizza sebijik, pasta sepinggan, air kosong sebotol besar, coke segelas: €24. Kalau tak convert ke duit kita, memang murahla. Pizza besar sebijik x sampai €10. Sedap food dia. Masa tengah makan tu aku and husband both rasa gegaran. Very mild, but it was there. Tak tahulah kat mane yang gempa.
Besar alam pizzanya

 By 10.30 we were back in the room. Bulan cantik malam ni. Kalau join pegi makan kat Tuscany hillside tu mesti best suasana dia dengan bulan camtu. Romatica d’amor gitu. Eh, itu bukan bahasa Sepanyol ke? Ahahhaha…

Tuesday 5 June 2012

Eurotrip: Siena-Florence


Before I begin on Day 2, aku nak cerita sikit pasal groupmates dalam tour ni. They consist of majority mat-mat salleh from all over the world, and I have to admit, ramai yang lebih tua daripada parents aku pun. 60 plus, 70 plus, ada sorang pakcik ni aku rasa dah 80 lebih. Amazingly, ada 2 ladies, sorang Australian and sorang South African, yang traveling alone! Berani giler! Sembang dengan diorang ni pulak, eh seronoknye! Macam-macam cerita keluar.

Surprisingly, quite a few of them are familiar with Muslims more than I expected. For example the Russells from South Africa. First time kami sembang masa kat Colloseum, dia baca nama aku dekat name tag (and mind you, she said my name right the first time!) “Fairuza. I had a colleague once, Idris. His wife’s name was Fairuza.” Aku angguk, sebab aku tahu South Africa ramai Muslims, nothing shocking there. Lepas tu dia sambung, “But he was a horrible man. He dranked, he gambled. But when it’s nearing Eid, he’d be a good man for 1 month.” Tergelak aku dengar observation dia. Spot on!

Lepas tu sembang dengan Kay Johnson from New Zealand. Bila dia dengar aku dari Malaysia, dia cerita, “A few years ago I had 2 Malaysian girls living with me for about 5 months. They were from a student exchange program.” Faridah and apetah nama sorang lagi, dia cakap. Dia kata sepanjang masa tu hari-hari dia masak vegetarian menu untuk budak-budak tu, tapi budak-budak to complain kat dia yang they were putting on weight sebab dia masak vegetarian pun sedap. Heheh.

It’s great, sebab none of them looks and reacts to me like I’m some terrorist with bombs strapped to myself, suicide bombing myself. Ramai yang arif pasal kami tak boleh makan pork, walaupun mungkin diorang tak peka pasal ayam dan daging pun perlu disembelih in the right way untuk kami makan. Oh, and they all say my name right! All of them; the local Italians, mat-mat salleh, Bangla-bangla kat sini. Fairuza ya, bukan Faizura. Ha! Baca betul-betul. Ha! HA!

Day 2

High end shops in lanes and building like these
Anyways, we left for Siena after breakfast, pukul 8. Pagi tu makan dengan Lim sekumpulan. Journey to Siena took about 3 hours. Sampai sana jauh jugak berjalan nak sampai ke destinasinya. Tapi suasana kat situ best. Jalan kecik, sikit mendaki, kedai kecik-kecik kiri kanan, tapi jangan main-main, kedai-kedai dia taraf shopping mall okay! Semua kedai brand hebat-hebat di atas bukit yang almost like middle of nowhere. Kalau nak bagi orang Malaysia bayangkan, aku akan describe macam pergi Frasers Hill tiba-tiba ada semua kedai-kedai baju, jam, kasut brand jenama antarabangsa. Luar biasa!

Aku dan husband suka sangat tempat tu, and wished we had more time there, tapi masa yang diberi cuma about sejam suku, including untuk have lunch. So tak sempat explore banyak. Lunch pun makan pizza sambil berdiri je dekat kedai pizza dan kebab halal. Sedapla, dan besar gedabak pizza tu. 10 Euro untuk 2 potong pizza (1 slice dia bersamaan about 2 slice regular kat Malaysia), 1 kebab ayam dan 1 air. Murahla kalau tak convert ke duit kita.

Our lunch for the day
We continued on our journey to Firenze/Florence, arriving there at around 3. Trafalgar (the tour agency) offered an art history tour on Michaelangelo’s  artworks but we opted not to go. Ramai jugak yang tak pergi; so the rest of us boleh merayau-rayau Bandar Florence, tengok Duomo and the many churches, aku pun dah lose track of which one is which.

Truthfully, we didn’t enjoy Florence much. The weather was hot, the place was too crowded, everyone smokes, the locals bring dogs with them everywhere, and people pee wherever they feel like it. Kalau tengah jalan-jalan, tiba-tiba nampak selopak air atas jalan tu, elakkanla. Tepi-tepi dinding bangunan dia semua ada stains, dan hancing sangat. Product special kat sana ialah leather dan 18k gold. Of course, both of that are waaaayyy beyond our budget, so tengok, telan-telan air liur sket, pastu balik.

Check-in hotel pukul 7. Novotel Firenze Nord Aeroporte. Oh, this time I’m so happy with the room. Modern, spacious, clean. Dah ada katil double, pastu ada sofa bed lagi. Flat screen TV with so many channels (unfortunately, semua channel dia cakap Italy, including movies. Aku tengok Thor cakap Italy, Reese Witherspoon pun cakap Italy, Keira Knightley pun cakap Italy. Blegh!) Jag air panas ada, so yay! I can eat my Maggi here. Love the hotel! Satu je tak best; it’s in the middle of nowhere, kawasan gudang-gudang so takde tempat shopping or makan.

Dinner was provided by the hotel, but since kami tak boleh eat any meat, they had no choice but to give us – tadaa! Telur dadar for dinner! Nasib baik starter dia was pesto pasta, dan portion dia not bad. Kenyangla jugak. Duduk semeja dengan Kay and Tim Johnson from New Zealand, and Magnus and Celine from Phillipines. They were okay, but spent most of the time talking to Kay. Walaupun tua – i think she’s at least 70 – but it was so much fun talking to her!


Went back to the room at 10, slept by 11. “Pooped!” Bak kata Esther McConkey, the travel director.

Sunday 3 June 2012

Eurotrip: Rome

Day 1

1st June 2012

Our day started early. Pukul 4.30 dah bangun. Pukul 6 dah macam 7.30 pagi kat Malaysia. Cuaca pun sejuk-sejuk sedap gitu. Mungkin dalam 20⁰C. Seperti dijadualkan, kami breakfast pukul 6.30 dan berada dalam bas by 7.15. Groupmates majority mat salleh, from all over the world: Australia, South Africa, Phillipines, New Zealand, USA. Tapi yang amazing tu ada 4 orang Cina Malaysia jugak; orang Kuantan. Antara benda pertama yang Lim tu tanya kami ialah, “Berapa aa u all bayar for this trip?” Maka terpaksala bagitau hakikat, kan? Tak bayarla bang, dapat free, menang contest. Geleng kepala dia. “Mahal ooo trip ni. Kami bayar RM11,000 seorang!” Fuh! Terima kasih Celcom.

Anyways, 1st stop was to luar pintu Vatican City. Kalau nak masuk kena bayar extra kat tour director, pergi Sistine Chapel dan sebagainya. Kami tak minat sangat, so we opted out. So instead kami dibawa jalan kaki ke Piazza San Pietro. Cantik. Memang cantik. And kami masuk Basilica San Pietro. Again, memang cantik. Aku memang kagum dengan kerja seni diorang. Fascinating. Seriously. Husband kata ada jugak dia perasan orang-orang yang toleh-toleh tengok aku memandangkan sah-sah identity aku Muslim, dengan tudung segala. Lantakler. Aku masuk nak tengok bangunan cantik.

Bersama Marie from South Africa, looking at Basilica St. Pietro
Since ada masa 2 jam sebelum berkumpul semula, kami jalan kaki pi Castel Sant’ Angelo. Tak masuk dalam pun. Malas, sebab banyak sangat sejarah dia yang nak kena baca untuk paham. Jalan kat luar tengok souvenir je. Banyak lori-lori orang jual Panini dan pizza. Tengok-tengok yang jualnya Bangla, Muslim. Kami pun beli Panini, pergi taman tepi tu, picnic makan. Ramai Bangla rupanya kat Italy tu; dan terima kasih kepada mereka kerana telah mengembangkan Bahasa Melayu ke Eropah. Ramai yang speaking Malay dengan kami, siap cakap ada sedara-mara diorang kat Malaysia. Hahah.

Destinasi seterusnya ke Collosseum, dan again we opted out of the detailed tour. Aku rasa macam harga berpuluh-puluh Euro tu tak berbaloi nak dibayar. Instead kami amik-amik gambar kat luar, dan tawaf Collosseum dari luar. Jujur aku cakap bila tengok bangunan tu bulu roma aku meremang. Bukan sebab takut, tapi sebab, ish, camane nak explain perasaannya ek? Teruja, terharu, tak sangka, tak percaya. I remember having read many, many period novels with the Roman empire as its story background. I saw the movie Gladiator; so I can almost imagine everything. Unbelievable, the feeling. And everywhere you look there are historical monuments, ancient ruins. BEAUTIFUL! I have never studied architecture and I’m not good at history, but coming here, you seriously wish you had and you are.

Later in the evening lepas balik rest sekejap kat bilik, kami join in optional excursion yang tour offer untuk jalan kaki sekitar Bandar Rome, tengok Trevi Fountain, Pantheon and Piazza Navona. Dekat Trevi Fountain tu semua orang kena baling coin ke dalam fountain tu, sebab Romans believe that if you do, then you will be back here again. Pegang coin dalam tangan kiri dan throw it over your right shoulder. So we did it, just for fun. Jangan main-main, aku baling syiling seposen baru Malaysia tau. Hahah.


Strolling along narrow streets of Rome
The atmosphere in Rome was electric. Probably because it was also a Friday night and everyone is out having fun celebrating the weekend. All the restaurants were full, and noisy, and not in a bad way!

Aku moody sekejap sebab husband decide not to have dinner kat situ; memang mahalla kalau convert ke duit kita. Masalahnya, lalu semua kedai ada menu kat luar, baca makanan dia je dah buat air liur aku kecur-kecur. Sesungguhnya, sesiapa saja yang cukup kenal aku akan tau apa significantnya pasta dalam hidup aku. Berada kat Italy dan tak benarkan aku makan pasta atau pizza samalah macam menghayun ikan ke muka kucing pastu simpan balik dalam peti ais. Kejam! Husband pujuk dengan membeli chocolate gelato yang Masyaallah! Sedap giler! Tapi muka aku masih belum manis sepenuhnya, so last-last kami beli satu slice pizza. Heheh. Baru senyum balik.


By 10 kami dah berada di hotel semula. Exhausted! We slept almost right away. Sesiapa yang plan nak berhoneymoon sambil going on tour, aku nasihatkan tak payahla… You won’t have time, or the energy, for ‘anything’. HAHAHAHAHAH…

Saturday 2 June 2012

The Journey To...


31st May 2012

Hujan turun pagi itu, sepertimana hujan air mata yang membasahi pipiku. Ceeewah! Memang aku nangisla sikit masa nak gerak tu. Giler lu, hati seorang ibu ni! Nasib baik Layla and Ilhan tido mati masa aku nak gerak tu, so kurang sket aku nak emo. Cium-cium diorang sambil diorang tido je.

Sampai KLIA dalam pukul 8, Mama n Abah hantar kat drop off luar tu je. Yang penting pagi tu aku akhirnya dapat makan blueberry pancake KFC. Brape bulan dah aku sebut-sebut, tapi sebab jenis manusia tak pernah bangun pagi, so tak pernah sempat nak kejar breakfast hour. Hahah.

Flight Qatar Airways QR0621 ke Doha was on time. 10.20 am berlepas. Masa tu aku banjir seround lagi. The flight was fine. Not great, but OK. Food dia surprisingly, aku boleh makan. Chicken breast dengan tomato sauce, and then later macam a huge karipap dengan inti vegetarian. Dap! So takdelah aku berlapar 6 ½ jam perjalanan tu. Setengah jam sebelum mendarat di Doha baru aku rasa excitement yang pertama: nampak padang pasir untuk kali pertama seumur hidup. Hahah. Terkinja-kinja dalam kapal terbang. Oh, I didn’t sleep at all on flight. Entah, tak boleh lelap.

The highlight of my day

Sampai Doha 12.30 waktu tempatan, bersamaan 5 petang waktu Malaysia. Pantas bergerak ke connecting flight sebab next flight was at 13:35. Flight Qatar Airways QR0079 to Rome had a better plane, even though smaller. More comfortable seat, entertainment system kali ni touch screen, and again, I enjoyed the food! Baked fish with dill sauce and mashed potato and pasta salad. Dap!

Kali ni kami duduk kerusi share bertiga; sorang makcik Perancis duduk tepi tingkap. Mungkin dia somebody sebab all the stewardesses were fussing over her. ‘Tapi kalau somebody kenapa duduk economy class?’ Terdetik soalan itu di hati nuraniku yang sedikit joyah dan agak kerek ini. Hahah. Bukan apa, aku bengkek dengan dia sebab bila stewardess pesan suruh tutup tingkap bagi plane gelap untuk orang tidur, dia buat dek je. Dia tidur, tapi pakai eyemask. Kan senang kalau tutup je tingkap tu! Jadi dah sah-sahla aku tak dapat tidur lagi dalam perjalanan selama hampir 6 jam itu. Instead aku tengok beberapa episode Koffee With Karan Season 3. J

Anyway, sampai di Fiumicino Airport, Rome at 6.04 pm waktu tempatan, bersamaan 12 tengah malam waktu Malaysia. By then kami sudah menghadapi 15 hours of daylight, dan sangat kepenatan. Had to take our own cab to the hotel sebab seperti yang dah dimaklumkan lebih awal, free shuttle service ke hotel hanya sampai pukul 3.30 petang aje. Takpe, takpe, nanti Sedunia Travel janji nak refund duit cab. So apadahal 41 Euro. Lek sudah. Hahahah. By the way, thank you to Danielle yang tolong tahankan cab kat airport. Kami tak pandai cakap Italy. (Baru aku sedar yang selama ni aku banyak tahu perkataan Sepanyol je. Terima kasih Betty La Fea.)

Sampai di Barcelo Aran Park Hotel pukul 7 lebih. Dan-dan mandi, jamak Zohor dan Asar dan rebah di katil. Ya, masa tu masih waktu Asar sebab Maghrib pun pukul 8.30 malam. Isya’ pukul 10 lebih. Subuh dalam pukul 4 pagi ya, kawan-kawan.

OH! Orang kat Europe ni minum air paip tak payah masak dan tapis rupanya. Bilik hotel jag air panas pun takde. Camane aku nak makan Maggi yang aku bawak penuh beg ni? Hahah.